Topologi Rangkaian
Topologi rangkaian merujuk
kepada bagaimana komputer-komputer tersebut disambungkan secara pemetaan.
Topologi rangkaian terbahagi kepada dua jenis iaitu topologi fizikal dan
topologi logikal.
Topologi fizikal bagi sesuatu
rangkaian merujuk kepada kongfigurasi yang terdapat pada kabel, komputer
dan lain-lain periferal (peripherals). Topologi logikal pula adalah
merupakan kaedah yang digunakan untuk memindahkan informasi atau maklumat
di anatara satu komputer deengan satu komputer yang lain yang terdapat
di dalam stesen kerja. Berikut adalah jenis-jenis topologi yang utama :
-
Topologi Bas atau Linear Bas
-
Topologi Bintang
-
Topologi Gelang Token atau cincin
-
Topologi Pepohon
-
Topologi Hierarki
Topologi Bas atau Linear Bas
Ia mengandungi kabel yang
menjadi tunggak utama dan penyambung "nyawa" kepada komputer-komputer yang
terdapat di dalam rangkaian. Ia selalunya digunakan dipersekitaran
yang menggunakan wayar koaksial. Kabel-kabel ini mempunyai satu titik
permula dan penutupnya (terminator) yang dipasang pada kedua-dua penhujung
awal dan akhir kabel tersebut. Di antara kedua titik ialah komputer
peribadi atau komputer pelayan dirangkaikan di antara satu sama lain.
Semua nod (fail pelayan, stesen kerja dan periferal) adalah disambungkan
kepada kabel linear tersebut. Di antara rangkaian-rangkaian yang
menggunakan topologi linear Bas ialah Ethernet dan Local Talk.
Kaedah Topologi Linear Bas
Bekerja
Semua nod pada Bas, Ethernet
atau mana-mana rangkaian disambungkan kepada LAN sebagai cabang daripada
talian umum. Setiap nod mempunyai alamat atau tanda pengenalan yang
unit dan berbeza di antara satu sama lain. Kad rangakaian yang dipasangkan
di dalam nod sebuah komputer lain, pelayan fail atau pelayan pencetak,
mendengar untuk memastikan bahawa tiada isyarat yang sedang dihantar di
sepanjang rangkaian. Kemudian ia akan menghantar mesej ke peranti
lain dengan memberinya kepada penghantar-terima, biasanya pada kad tambah.
Setiap nod mempunyai penghantar-terimanya sendiri.
Penghantar-terima akan menyiarkan
mesej di dalam kedua-dua arah supaya ia sampai kesemua nod lain di dalam
rangkaian. Mesej yang disampaikan termasuklah alamat destinasinya,
sumber mesej tersebut, bingkisan pemeriksaan ralat, data-data atau maklumat.
Setiap nod yang terdapat disepanjang bas memeriksa maklumat alamat yang
terkandung di dalam mesej. Nod di mana mesej tidak di alamatkan,
tidak akan diberikan sebarang perhatian. Apabila nod mengesan alamatnya
sendiri di dalam mesej, nod akan membaca data, memeriksa ralat, dan menghantar
pemakluman kepada penghantar dengan menggunakan alamat penghantar yang
disertakan sebagai sebahagian daripada mesej.
Apabila dua nod menghantar
mesej secara serentak, pelanggaran akan berlaku di antara dua mesej membentuk
corak gangguan elektrik yang boleh dikesan bergerak sepanjang bas oleh
penghantar. Penghantar pertama yang mengesan perlanggaran akan menghantar
isyarat khas untuk menyekat rangkaian supaya setiap nod menunggu secara
rawak bagi satu tempoh masa sebelum cuba untuk menghantar semula mesejnya.
Proses ini akan mengulang sehingga satu daripada nod menghantar mesejnya
tanpa bertembung dengan mesej nod lain.
Kelebihan
-
Mudah menyambung sesebuah komputer
atau periferal kepada sesebuah topologi Linear Bas
-
Topologi ini amat mudah, murah,
serta senang untuk dikendalikan.
Kekurangan
-
Sebarang masalah pada mana-mana
nod pada rangkaian tersebut berupaya menjadikan keseluruhan rangkaian tersebut
gagal berfungsi.Titik permula
-
Titik permula atau penutup diperlukan
bagi kedua-dua penghujung tulang belakang kabel tersebut.
-
Sukar untuk mengenali permasalahan
yang dihadapi jika keseluruhan sistem itu gagal berfungsi.
-
Tidak boleh digunakan sebagai
satu-satunya jalan penyelesaian utama di dalam sesebuah bangunan yang besar.