Topologi Bintang Atau Labah-Labah
Selain daripada  topologi bas, turut merupakan topologi yang agak popular ialah topologi bintang.  Topolodi ini seringkali digunakan di dalam persekitaran rangkaian yang berasaskan kepada penggunaan komputer pelayan-pelanggan (client-server).  Persekitran rangkaian yang berasaskan kepada topologi ini adalah bentuk topologi yang menjadi pilihan  di kalangan pengguna rangkaian yang serius.  Segmen industri  khususnya syarikat multinasional, pusat pengajian tinggi awam, sektor pembuatan dan sebagainya selalunya selesa serta menggemari topologi ini.

Di antara ciri-ciri penting topologi ini serta sekaligus perbezaannya dengan topologi bas ialah penggunaan perkakasan yang dikenali sebagai hub.  Hub ini merupakan perkakasan pusat yang berfungsi sebagai penyambung kepada komputer induk iaitu komputer pelayan.  Manakala komputer peribadi iaitu nod-nod yang terdapat pada rangkaian tersebut akan bersambung pula kepada hub.  Kaedah serta fungsi topologi ini beroperasi juga berbeza sedikit dengan kaedah operasi topologi bas.  Ini adalah apabila sesebuah nod atau komputer peribadi pada rangkaian tersebut menghantar mesej sereta isyarat, ia akan dihantar dahulu kepada hub.

Hub pula terlebih dahulu memprosesnya dan kemudian menghantar secara terus kepada komputer peribadi serta nod destinasi.  Topologi ini juga agak stabil serta mudah diurus.  Oleh kerana ia berteraskan kepada pengguna hub, kerosakan p[ada mana-mana nod serta komputer peribadi tidak akan memberikan kesan kepada keseluruhan rangkaian tersebut.  Namun, jika ada masalah pada hub, alamatnya bermasalahlah rangkaian tersebut.

Kaedah Topologi Bintang
Rangkaian ini terdiri daripada satu komputer hos yang disambungkan kepada satu atau lebih komputer yang kecil.  Di dalam sistem seperti ini, semua komunikasi mestilah melalui komputer hos sebelum bergerak kesatelit jauh yang sesuai.  Apabila nod di dalam tatarajah rangkaian disambungkan kepada talian secara berasingan , kesemua nod-nod tersebut akan menghala ke hub yang sama atau ke stesen pusat.  Stesen pusat biasanya mengandungi suiz untuk menyambungkan dengan sebarang talian yang lain.  Nod akan menghantar mesej alamat nod di mana mesej itu hendak ditujukan berserta kod pemeriksaan dan ralat ke pusat stesen.

Walau bagaimanapun, lebih daripada satu nod dibenarkan untuk mengeluarkan mesej secara serentak.  Stesen pensuisan kemudiannya akan meninjau setiap nod yag disambungkan kepadanya dengan tetap dan teratur.  Dengan mengambil giliran untuk membuka dan menutup suis, stesen turut berfungsi bagi mengelakkan sebarang mesej daripada berlanggar.  Bagi mengelakkan sebarang nod daripada memonopolikan rangkaian tersebut, stesen pesuisan akan hanya membenarkan sebahagian kecil daripada mesej melalui suis pada setiap kali.  Mesej lain perlulah menunggu giliran sehingga stesen bersedia untuk menerima dan melayannya.

Kelebihan

Kekurangan