1.0 PENGENALAN
Motivasi merupakan satu penggerak dari dalam hati
seseorang untuk melakukan atau inginkan mencapai sesuatu matlamat.
Motivasi boleh juga dikatakan sebagai rancangan atau kehendak untuk menuju
kejayaan dan mengelakkan dari kegagalan hidup. Dengan kata lain motivasi
adalah proses menghasilkan tenaga oleh keperluan diarahkan untuk
mencapai sesuatu matlamat. Seseorang yang mempunyai motivasi bermakna ia
telah memperolehi kekuatan untuk mencapai kecemerlangan dan kejayaan dalam
kehidupan.. Dalam satu-satu kelompok kumpulan, motivasi menjadi penggerak
kepada kejayaan kumpulan. Dengan adanya motivasi, maka wujudlah kerjasama,
sifat suka tolong-menolong antara satu sama lain.
Motivasi memainkan peranan yang sangat penting dalam bidang pendidikan.
Guru dan murid memerlukan motivasi untuk mengerakkan dirinya untuk mencapai
kualiti kerja atau kejayaan yang lebih cemerlang. Di sini motivasi
boleh ditakrifkan sebagai kebolehan atau persetujuan yang dilaburkan
untuk mengembangkan tenaga demi mencapai matlamat atau juga penghargaan.
Oleh yang demikian motivasi adalah merupakan keadaan apabila keperluan
manusia itu dipenuhi dengan diberi ganjaran dan sesuatu status yang baik.
Ekoran daripada itu, mereka akan bekerja dengan lebih baik kerana tiada
lagi kebimbangan, rasa selamat dan kehidupan yang terjamin
telah tersedia untuk mereka. Begitu juga dengan kepuasan, jika seseorang
itu diberi motivasi, maka secara tidak langsung kehendak mereka telah dipenuhi
. Terpenuhnya kehendak dan kemahuan oleh seseorang itu boleh memberikan
suatu kepuasan yang tidak terhingga pada diri seseorang. Pada masa
yang sama guru juga menjadi “motivator” kepada pelajar-pelajarnya untuk
berjaya dalam kehidupan mereka. Seorang guru yang baik mesti mempunyai
motivasi yang dinamik, cekap dan sentiasa berusaha untuk memajukan serta
meningkatkan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Guru
yang bermotivasi juga mempunyai tenaga untuk menjadi penggerak kepada pelajar-pelajarnya.
Pelajar yang bermotivasi ialah pelajar yang mempunyai minat untuk
belajar bagi mencapai matlamatnya. Mereka akan mendengar dan memberikan
perhatian sepenuhnya kepada pelajarannya. Mereka aktif di dalam dan
di luar kelas, mudah bertindak dan sedia menerima teguran dan arahan guru.
Mereka boleh berdikari dan suka memberikan pandangan dan pendapat dalam
kelas. Pelajar-pelajar seperti ini mempunyai penggerak dalam dirinya
untuk mencapai kecemerlangan akademik dan juga dalam hidup keseluruhannya.
Oleh itu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di sekolah boleh
dicapai melalui guru dan pelajar yang sentiasa bermotivasi.
Ahli-ahli psikologi berpendapat bahawa tingkah laku manusia boleh
dipengaruhi oleh beberapa faktor. Adakalanya manusia bertindak berdasarkan
perasaan dan nalurinya sendiri dan juga kadang-kala dipengaruhi oleh persekitaran
sekeliling. Melalui apa cara pun, manusia bertindak untuk mencapai
sesuatu matlamat dan ia akan mencari jalan yang paling mudah untuk mancapai
matlamat tersebut. Apa yang mendorong manusia bertindak untuk sesuatu
tujuan itu ialah apa yang dinamakan “motivasinya” Untuk memahami
dengan lebih mendalam tentang tindakan manusia ini kita perlulah mengkaji
beberapa teori yang berkaitan. Jadi teori yang akan diketengahkan
disini ialah tentang teori motivasi “Maslow”.
2.0 Teori Motivasi Maslow
Struktur dan fungsi di dalam badan organisme mempunyai keperluan yang
tertentu. Telah diakui bahawa manusia sebagai makhluk yang paling
tinggi mempunyai keperluan yang kompleks. Berdasarkan Atan
Long ( 1976 : 131 ), Maslow (1954) telah menjelaskan bahawa keperluan-keperluan
manusia itu berperingkat-peringkat. Sesuatu peringkat keperluan yang
lebih tinggi tidak mungkin diperolehi sebelum keperluan yang lebih rendah
peringkatnya dipenuhi terlebih dahulu. Pada peringkat yang paling
asas terdapat keperluan hayat ataupun keperluan fisiologi. Setelah
keperluan ini dipenuhi baharulah keperluan keselamatan, diikuti keperluan
kasih-sayang, seterusnya peringkat penghargaan kendiri atau penghormatan
diri dan peringkat tertinggi atau puncak bagi keperluan manusia adalah
peringkat keperluan bagi penyempurnaan kendiri.
Peringkat keperluan manusia mengikut teori Maslow ini dapat dilihat
seperti rajah di bawah.
1. Keperluan Estetik
2. Keperluan Mengetahui
3. Penyempurnaan Diri
4. Penghargaan Kendiri
5. Kasih Sayang
6. Keselamatan
7. Fisiologi
Model Maslow yang berbentuk peringkat itu merupakan perkembangan ‘ontological’
individu kerana setiap peringkat perkembangan perlu dilalui oleh individu
misalnya pada masa bayi atau kanak-kanak, individu memerlukan perlindungan
dan keselamatan, diikuti dengan kasih-sayang, dan penghormatan diri dan
keperluan ini terus bertambah sehingga kepada peringkat penyempurnaan kendiri.
Kajiannya mendapati semakin tinggi keperluan individu itu maka semakin
kurang pergantungan kepada persekitaran social kerana dalam hal ini individu
menggunakan pengalaman lampau untuk menentukan tingkah-lakunya. Pada
masa ini motivasi bergantung kepada kemahuan dalaman, kemampuan, potensi,
bakat, dan kreativiti impuls individu. Sementara itu persekitaran
sosial merupakan faktor desakan dalam mencapai kemahuan ini. Maka
dengan itulah juga Maslow menamakan keperluan peringkat terbawah sebagai
keperluan kekurangan dan peringkat paling tinggi sebagai keperluan perkembangan.
2.1 Keperluan Fisiologi
Mengikut teori Maslow, peringkat ini merupakan keperluan yang paling
asas. Keperluan ini adalah penting bagi kehidupan sesuatu organisme, apatah
lagi manusia. Keperluan asas ini merangkumi apa
yang diperlukan untuk diri atau fizikal seseorang seperti keperluan mendapatkan
makanan, minuman dan tempat tinggal. Membicarakan teori motivasi
Maslow dalam konteks pendidikan, pelajar-pelajar yang mendapat kurang makanan
tidak dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap pelajaran mereka.
Ini kerana kesan daripada kekurangan keperluan ini akan mengakibatkan kesihatan
pelajar terganggu atau terjejas. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku,
para guru sepatutnya memberikan perhatian dan mengambil berat kepada tanda-tanda
yang menunjukkan apa-apa kekurangan dari segi fizikal pelajar itu.
Sekiranya keperluan ini tidak dipenuhi pelajar akan kurang bermotivasi
atau berminat terhadap pelajaran.
Selain itu, salah satu lagi yang termasuk dalam keperluan asas
manusia adalah keperluan seks. Keperluan ini akan mencapai kemuncaknya
apabila seseorang itu mencapai peringkat baligh. Melalui keperluan
ini, setiap individu dapat mengetahui peranan jantina masing-masing.
Mereka perlu berkahwin untuk memenuhi keperluan seks. Bagi remaja
yang cuba memenuhi keperluan seks melalui hubungan seks yang tidak selamat,
boleh mendatangkan penyakit yang berbahaya kepada mereka. Kekurangan
keperluan seks boleh menyebabkan seseorang individu tidak dapat melakukan
tugasan lain kerana keperluan ini adalah merupakan keperluan utama
yang perlu dipenuhi terlebih dahulu.
2.5 Keperluan Keselamatan
Telah menjadi lumrah setiap yang bernyawa, aspek keselamatan
amat penting dalam hidup. Demikianlah tiap-tiap individu memerlukan
keperluan ini tetapi dengan kekuatan yang berbeza-beza.. Ada individu
yang kurang mempunyai keperluan ini dan menjadikannya lebih gemar bersendirian,
tetapi ada individu yang mempunyai keperluan ini dengan kuatnya sehingga
menjadikannya bergantung di dalam banyak hal kepada orang lain. Keperluan
ini boleh jadi timbul daripada keadaan anak-anak kecil yang tidak dapat
hidup dengan sendirinya dan memaksa ia bergantung kepada orang dewasa terutama
ibu bapa untuk mendapatkan keperluan ini agar ia sentiasa dilindungi.
Sebagai contoh semasa dalam kesakitan seorang kanak-kanak amat memerlukan
jagaan ibu bapa. Sikap kepekaan dan keprihatinan seorang ibu atau
bapa yang bertanggungjawab diharapkan demi menjaga keselamatannya dan hasil
penyelidikan yang dibuat oleh Harlow dan Zimmerman (1958) berdasarkan kajiannya
turut menunjukkan betapa pentingnya perdampingan dan sentuhan orang dewasa
kepada seseorang kanak-kanak.
Hal yang sedemikian turut berlaku di dalam kelas. Pelajar-pelajar
memerlukan keselamatan daripada seorang guru iaitu dalam bentuk disiplin.
Oleh itu dari peringkat awal lagi, kanak-kanak perlu diajar akan disiplin
ini. Mereka tidak boleh dibiarkan mendisiplinkan diri mereka sendiri.
Sebagai seorang yang berpengalaman, wajarlah ibu bapa memainkan peranannya
dalam mendidik dan mengajari kanak-kanak akan hal ini.
Di dalam kelas guru pula berperanan besar. Keselamatan
di dalam kelas dapat dijamin jikalau seseorang guru itu bertindak dengan
konsisten. Ini kerana pelajar-pelajar itu akan dapat belajar dengan
lebih berkesan jika mereka dapat mengetahui perasaan atau ‘mood’’ guru
itu. Contohnya, cara seseorang guru itu memberikan arahan.
Semestinya setiap arahan yang diberi tidak bercanggah. Di samping
itu apa yang penting juga guru seharusnya ada sikap toleransi terhadap
para pelajarnya. Ini kerana pelajar-pelajar akan berasa selamat dan
membolehkan mereka dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap proses
pembelajaran.
2.3 Keperluan Kasih-sayang
Berdasarkan Teori Maslow, turut diperlukan keperluan ini
untuk mendapatkan hubungan yang mesra, kasih-sayang, dan perasaan diri.
Kebiasaan yang berlaku di dalam kelas, pelajar kadang-kadang akan berasa
terganggu apabila terjadi perkelahian atau perbalahan antara satu sama
lain. Mereka berasakan diri dan emosi mereka berada di dalam keadaan
yang tidak stabil menyebabkan tidak dapat menumpukan perhatian terhadap
proses pembelajaran mereka. Keadaan ini akan menjadi lebih kritikal
dan tegang jikalau mereka dimarahi pula oleh guru dan dikenakan denda.
Situasi ini akan menimbulkan rasa tidak senang di kalangan pelajar terbabit
dan merasakan diri mereka seolah-olah tidak disukai, dihargai, atau tidak
dipedulikan oleh guru mahupun kawan-kawan. Ekoran daripada itu keinginan,
minat, juga kehendak atau motivasi mereka untuk belajar akan pudar dan
lenyap.
Dalam konteks ini, guru perlulah memberi tunjuk-ajar kepada mereka
dengan menasihati atau mengadakan sesi kaunseling untuk mengeratkan hubungan
yang baik sesama mereka. Apa yang penting juga ini akan dapat memelihara
hubungan yang baik dan mesra di antara pelajar dengan guru.
Melalui cara ini, pelajar akan merasakan mereka diterima, dihormati, serta
dihargai oleh anggota lain dalam komuniti yang kecil dan mereka ada hak
milik keanggotaan dalam komuniti tersebut. Secara tidak langsung,
proses pengajaran pembelajaran berjalan dengan baik, harmonis, lancar,
dan berkesan kerana masing-masing individu telah dapat memenuhi keperluan
kehendaknya.
2.4 Keperluan Penghargaan Kendiri
Satu unsur besar dalam pembinaan konsep kendiri adalah penerimaan.
Penerimaan oleh keluarga, guru dan rakan sebaya amatlah penting. Penerimaan
bermaksud menghargai sifat-sifat istimewa individu sebagai manusia
unik yang bebeza dengan individu lain dari segi sikap, pengetahuan dan
kemahiran.Penerimaan bererti memberi peluang kepada individu belajar menerima
diri mereka sendiri.Penerimaan rakan sebaya penting supaya mereka tidak
merasa tersingkir.Murid yang diterima kerap kali memperolehi prestasi akademik
yang tinggi berbanding individu yang tidak diterima rakan sebaya. Murid
yang diterima merasai diri mereka dihargai, dikasihi dan bernilaai.Oleh
itu mereka dapat berinteraksi secara positif membincangkan masalah pembelajaran
dalam kumpulan.Guru perlu menyediakan aktivviti seperti projek-projek bagi
setiaap murid supaya mereka dapat berdamping dan mendampingi murid yang
lain.
Setiap individu memerlukan penilaian yang tinggi dan stabil tentang
diri mereka. Bagi memenuhi kehendak atau membolehkan perkara ini
berlaku, terlebih dahulu seseorang itu perlu menghormati dirinya sendiri
dan berusaha pula menjadikan dirinya dihargai oleh orang lain. Faktor
yang penting ialah keperluan ini dapat dipenuhi apabila seseorang itu mempunyai
keyakinan diri dan kebebasan, juga pengiktirafan, perhatian, dan penilaian
diri orang lain. Konsep ego seseorang itu berkait rapat dengan perasaan
penghargaan diri. Berdasarkan Saedah, Zainun, dan Tunku Mohani (1996
: 13) mengungkap kata-kata Kubiniec, 1970, ‘Orang yang mempunyai konsep
diri yang kuat lebih berkemungkinan mencapai kejayaan akademik Ini
bertepatan sekali jika dihubungkaitkan dengan diri seseorang pelajar itu.
Rasa ingin tahu mempunyai pertalian yang erat untuk memenuhi kehendak ini.
Rasa ingin tahu ini juga akan menggerakkan pelajar tersebut mendapatkan
pengetahuan dan pengalaman yang menarik perhatian mereka.
Keinginan ini juga mendorong pelajar untuk belajar dan mencari
pengetahuan dengan membaca buku, mentelaah, menjalani proses pembelajaran
atau mencuba berbagai-bagai perkara yang belum dialaminya. Oleh itu
menjadi tugas seseorang guru memberikan tugasan, yang sesuai untuk diterokai
serta yang mampu dan boleh dilaksanakan oleh pelajar. Pelajar akan
merasakan diri mereka penting apabila sesuatu tugasan yang diberi dapat
dilaksanakan dengan sebaiknya. Ini dapat memupuk diri pelajar untuk
lebih berkeyakinan seterusnya keinginan dan minat mereka untuk terus belajar
dan berjaya makin meluap-luap. Seseorang guru juga perlu berusaha
dan memastikan jangan ada pelajarnya yang gagal atau tercicir kerana
mereka ini akan merasakan penghargaan dirinya amat rendah.
2.5 Keperluan Penyempurnaan Kendiri
Konsep kendiri adalah pengertian atau kefahaman seseorang terhadap
dirinya sebagai individu yang asing yang memiliki satu ciri-ciri yang unik
atau istimewa ( Shaffer,1985 ).Ia membawa maksud bagaiman seseorang individu
itu berpendapat dan menganggap dirinya.Penyempurnaan kendiri pula bermaksud
apa yang seseorang itu boleh jadi, ia mesti jadi, iaitu potensinya dilahirkan.
Anggapan dan pendapat itu adalah berasaskan kepekaan dan kesedaran tentang
kekuatan dan kelemahannya.Kesedaran itu pula lahir daripada maklum balas,
gerakbalas atau preaksi individu lain disepanjang pergaulan, sosialisasi
atau interaksi dengan individu lain.
Cohen (1959) menjelaskan bahawa orang yang mempunyai konsep kendiri
yang tinggi dikonsepsikan sebagai orang yang menyukai atau menghargai dirinya
dengan melihat dirinya berkebolehan dalam hubungan dengan dunia luar.
Manakala mereka yang mempunyai konsep kendiri yang rendah pula melihat
dirinya sebagai orang yaang membenci dan tidak menghargai dirinya.Iaitu
seseorang yang tidak berkebolehan untuk berhubung secara berkesan dengaan
persekitarannya.
Peringkat penyempurnaan kendiri ini adalah peringkat yang paling
tinggi dan hanya diperolehi apabila semua keperluan peringkat bawah itu
telah dipenuhi. Demikian pula mengikut Atan Long (1976 : 148) daripada
Maslow (1970), keperluan untuk penyempurnaan kendiri itu adalah keperluan
yang menjadi kemuncak atau yang tertinggi di dalam peringkat sistem keperluan
manusia. Keperluan ini hanya dapat dicapai setelah seseorang itu
memenuhkan keperluan lain yang terdapat pada peringkat yang lebih bawah
di dalam sistem keperluan tadi. Menurutnya lagi, keperluan penyempurnaan
diri ini merupakan pemenuhan keseluruhan keperluan manusia.
Ini bermakna seseorang yang telah mencapai peringkat ini telah
dapat memenuhi keperluan untuk mendapatkan keindahan dan estetika; ia telah
dapat dengan sepenuhnya akan makna hidup; ia dapat menerima keadaan dirinya
dan orang lain; ia merasakan gembira tentang nikmat hidup dan telah menggunakan
kebolehannya dengan semaksimanya.
Penerimaan diri berlaku melalui sosialisasi dengan individu lain.Sikiranya
individu itu diterima oleh orang lain, dia juga akan menerima dirinya.Penerimaan
diri boleh mempengaruhi tindak tanduk individu dalam menghadapi cabaran
hidup ini.Manakal perhargaan diri pula bermaksud sikap penerimaan atau
tidak penerimaan individu terhadap dirinya.Individu yang tinggi penghargaan
dirinya selalu berkebolehan membenteras dan mengatasi kegawatan persenoliti
serta kurang upaya mengendalikan masalah yang timbul dalam hidupnya.
Untuk membina konsep kendiri yang positif ibu pada dan para pendidik
perlu memberi dorongaan, bantuan dan sokongan kepada murid. Bantuan kemudahan
dan sokongan moral perlu dalam pembelajaran mereka. Ibu bapa dan pendidik
juga perlu menyediakan segala jenis pengalaman hidup untuk membantu
murid mengembangkan bakat atau potensi mereka.
Dalam meniti arus kehidupan untuk membantu murid mengembangkan
bakat atau potensi mereka. Di sekolah, terdapat banyak ruang atau
peluang-peluang yang diberi atau disediakan kepada pelajar-pelajar untuk
mencapai peringkat penyempurnaan kendiri ini seperti pemilihan aktiviti
oleh pelajar sendiri, rancangan belajar yang bebas juga sesi bimbingan
kaunseling. Melalui aktiviti-aktiviti tersebut pelajar dapat memilih
jenis pengetahuan atau kemahiran yang mereka kehendaki dan mereka juga
bebas menggunakan masa untuk mengembangkan pengetahuan atau kemahiran itu
Apabila pelajar berusaha untuk mencapai peringkat penyempurnaan kendiri,
maka mereka mesti belajar dengan tekun, bersungguh-sungguh, serta melipatgandakan
usaha melalui arah yang tegas dan berdisiplin. Di samping itu pelajar
juga perlu mengetahui had aktiviti mereka.
Dalam membantu para pelajar berjaya mencapai sehingga peringkat
ini, guru perlu memainkan peranannya. Guru harus membantu menyuburkan
minat, bakat, juga kebolehan pelajar dengan menjadi pembimbing atau fasilitator
kepada mereka. Dengan ini pelajar dan guru berjalan seiringan dalam
memenuhi satu matlamat. Kesan daripada itu proses pengajaran serta
pembelajaran dapat ditingkatkan seterusnya mendatangkan manfaat kepada
semua pihak.
2.6 Keperluan Mengetahui
Keperluan mengetahui adalah berkaitan dengan perasaan ingin tahu
sesuatu perkara. Ia berhubung juga dengan keperluan mencari, menyusun
serta menganalisis sesuatu maklumat. Untuk mengetahui sesuatu perkara,
seseorang itu mestilah berusaha mencari jawapan mengenai makna kehidupannya
dan tentang kewujudan dirinya. Dalam konteks sekolah, guru
mestilah sentiasa mengajar dengan cara ikuiri penemuan dan kajian supaya
semua pelajar dapat melibatkan diri dalam proses mencari maklumat dan pemikiran
reflektif.
2.7 Keperluan Estetik
Keperluan estetik adalah merujuk kepada keperluan manusia untuk
memiliki dan memahami keindahan dan kecantikan dalam dirinya. Salah
satu untuk memiliki perasaan tersebut adalah dengan cara memiliki baranganyang
cantik dan mempunyai unsur-unsur kesenian dalam dirinya.
Akibat keperluan ini manusia sanggup membelanjakan beratus malahan beribu
ringgit untuk memiliki barangan yang indah .
Dalam konteks sekolah pula, pelajar perlu digalakkan supaya lebih
melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dapat mengembangkan otak kanan
mereka seperti dalam bidang drama, muzik dan sebagainya.
3.0 APLIKASI
Tugas guru semakin mencabar semasa menjalankan tugasnya sebagai
pendidik dewasa ini.Dalam pengajaran dan pembelajaran, motivasi dianggap
sebagai satu unsur yang membolehkan murid melibatkan diri secara aktif.Di
samping itu ianya menjadikan proses pembelajaran berlaku dalam situasi
yang bermakna,berfaedah dan menyeronokan.Guru merupakan penggerak kepada
muridnya supaya berjaya dalam pembelajaran.
Guru hendaklah sentiasa memberi peneguhan serta-merta kepada
muridnya apabila mereka memperlihatkan tingkahlaku positif. Peneguhan ini
boleh diberi dalam pelbagai bentuk seperti pujian, senyuman atau hadiah.
Secara tidak langsung dapat mempertingkatkan lagi aras motivasi serta meningkatkan
prestasi murid-muridnya.
Guru perlu memastikan setiap mata pelajaran yang diajar menarik
minat muridnya. Guru mesti menentukan proses pengajaran dan
pembelajaran itu sentiasa aktif, bersifat menyelidik, menyeronokkan dan
bermanafaat. Aktiviti pembelajaran perlu menggalakkan interaksi sosial
dan interaksi dalam kumpulan. Penyampaian pengajaran yang tidak menarik
boleh menyebabkan murid-murid merasa bosan. Oleh itu, guru perlu menyerapkan
pelbagai unsur aktiviti seperti proses penyelidikan, keseronokan dan sebagainya.Guru
boleh menyuruh murid ke perpustakaan atau makmal komputer untuk mencari
maklumat tentang topik-topik yang berkaitan dengan pelajaran yang dipelajari.Guru
juga boleh mengadakan lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang bersejarah
atau tempat yang sesuai dengan pelajaran.Ini adalah berguna untuk
pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran pragmatis kerana mereka dapat
melihat pertalian antara teori dan fakta yang dipelajari dengan
situasi sebenar.Selain itu, guru boleh mengadakan pusat atau ruang
untuk sudut mata pelajaran bagi mempamerkan segala alat bantu mengajar
seperti carta, peta dan sebagainya.
Guru menggalakkan murid-murid menggunakan pelbagai bahan rujukan.Guru
tidak boleh mengharapkan kepada buku teks sahaja.Guru perlu menggunakan
pelbagai bahan yang mempunyai unsur-unsur kreatif seperti bahan dari
internet, komik, CD-ROM , bahan-bahan daripada akhbar dan bahan-bahan bacaan
lain.Murid mesti digalakkan untuk menghasilkan ciptaan berdasarkan idea-idea
dan minat sendiri.
4. 0 KRITIKAN
Teori Maslow tentang keperluan telah menerima kritikan.
Terdapat dua kelemahan teori motivasi Maslow. Pertamanya tentang
keperluan individu. Keperluan individu tidak selalunya mengikut susunan
hierarki sepertimana yang telah dinyatakan di atas tadi. Keduanya,
keperluan seseorang murid berbeza kerana menjadi ketara mengikut tempoh
atau masa sesuatu tugas dijalankan. Walau bagaimanapun strategi Maslow
membuat kategori keperluan, menentukan hierarki yang mustahak amat bermanfaat
dalam meninggikan motivasi kerja.
4.1) Teori kognitif Tentang Motivasi.
Penganut teori-teori kognitif berpendapat bahawa individu
bermotivasi apabila mereka mengalami keadaan ketidakseimbangan kognitif
atau satu keinginan mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah.
Guru perlu menentukan muridnya mengalami keinginan mencari maklumat atau
penyelesaian. Guru juga perlu memastikan pembelajaran berlaku.
4.2) Teori Motivasi Pencapaian.
Menurut teori ini, pencapaian seseorang individu
cenderung untuk berjaya atau mencapai kejayaan ke aras yang paling tinggi.Pada
masa yang sama, mereka akan mengelakan kemungkinan mengalami kegagalan.Apabila
murid berjaya, mereka membina matlamat yang realistik bagi diri mereka
dan kejayaan tersebut telah menguatkan keperluan untuk pencapaian selanjutnya.
5.0 PENUTUP
Sesuatu matlamat pada satu peringkat berjaya dicapai akan menimbulkan
perasaan untuk memenuhi kepuasan pada peringkat yang lebih tinggi.
Oleh itu pendidik harus mengetahui langkah-langkah yang praktikal sejajar
dengan diri seseorang pelajar demi hendak memenuhi kehendak pelajar.
Dengan itu kepuasan belajar dalam keperluan motivasi boleh dicapai seterusnya
menanamkan minat pelajar mengembangkan potensinya.
Jelaslah bahawa keperluan itu mempunyai matlamat yang mesti dicapai
bagi memenuhkan keperluan tersebut. Matlamat ini mempunyai nilai
yang tertentu kepada seseorang mahupun seorang pelajar yang memerlukannya.
Teori Hiraki Maslow tegas memberi konsep bahawa perkembangan individu atau
pelajar ini perlu melalui beberapa tingkat kepuasan atau dengan kata lain
proses perkembangan individu itu merupakan satu usaha yang berterusan dalam
persekitaran sosial sehingga mencapai kecemerlangan.
Oleh itu bagi meninggikan atau mempertingkatkan lagi proses pengajaran
juga pembelajaran di dalam kelas, guru seharusnya peka dan bijak menentukan
apa keperluan seseorang pelajar. Dengan menyedari keperluan seseorang
pelajar guru dapat mengatur strategi serta alternatif yang lebih praktikal
demi kecemerlangan yang semaksimumnya.
BIBLIOGRAFI
1. Atan Long (1976). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur
: Dewan Bahasa dan Pustaka.
2. Drs. Wasty Soemato (1987), Psikologi Pendidikan, Jakarta, PT
Bina
Aksara.
3. Lester D. Crow, Alice Crow (1980). Psikologi Pendidikan Untuk
Perguruan.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
4. Lingren (1959), Psychology of Personal and Social Adjustment, Second
Edition, New
York. American Book Company.
5. Mok Soon Sang (2000). Nota dan Latihan Ilmu Pendidikan : Pendidikan
di Malaysia dan Psikologi
Pendidikan 1. Kuala Lumpur : Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
6. Moustakas (1953), Children in Play Therapy, New York, McGraw-Hill
Book Company.
7. Rohaty Mohd. Majzud (1992), Psikologi Perkembangan,Kuala Lumpur,
8. Saedah, Zainun, Tunku Mohani (1996). Motivasi Dalam Pendidikan.
Kuala
Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd..
9. Sufean Hussain (1993). Pendidikan di Malaysia : Sejarah, Sistem
dan
Falsafah. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
|