Menangani masalah perkakasan komputer
Menangani
masalah yang melibatkan perkakasan komputer biasanya mencabar. Bagi
yang sudah berpengalaman, ia
mungkin menyeronokkan, namun mungkin agak mengecewakan bagi pengguna baru. Sehubungan itu, Majalah PC cuba menjelaskan kaedah-kaedah praktikal untuk mengatasi beberapa masalah mudah yang melibatkan perkakasan komputer anda. Contoh yang diketengahkan di sini mungkin boleh menolong dan ianya boleh dilakukan sendiri. Umumnya masalah gangguan
pada perkakasan komputer boleh berlaku pada bila-bila masa dan ia boleh
dianggap
Oleh yang demikian, yakni
sebelum cakera keras anda menjadi lebih teruk, anda disarankan supaya segera
membuat
Sekiranya komputer anda lumpuh
(crash) dan bunyi cakera kerasnya kedengaran luar biasa, ini mungkin bermakna
|
Bekalan
kuasa : Apabila skrin monitor anda secara tiba-tiba gelap (blank) dan
tiada sebarang paparan
antaramuka aplikasi yang sedang berfungsi, maka langkah pertama yang perlu dilakukan ialah memeriksa bekalan kuasa untuk kesemua perkakasan sistem komputer anda. Misalnya, sesetengah kabel bekalan kuasa monitor dipalamkan pada bahagian belakang komputer dan ada pula dipalam kepada outlet AC. Jadi, palam (palam) bekalan kuasa itu boleh jadi longgar dan anda perlu memastikan semua palam dipalamkan dengan baik. Sekiranya kabel bekalan kuasa
komputer anda dihubungkan kepada sebuah ‘strip’ (soket sambungan) bekalan
|
Halangan
boot : Halangan semasa menghidupkan komputer boleh jadi berpunca daripada
disket kerana
komputer boleh diboot mengikut arahan yang terdapat pada disket (yang disisipkan pada pemacunya semasa proses boot/menghidupkan komputer dilakukan) atau cakera keras komputer anda. Kebanyakan komputer telah ditetapkan untuk membaca arahan pada disket yang disisipkan dan jika proses boot gagal dilakukan, maka komputer akan beralih kepada cakera keras. Proses ini biasanya berlaku apabila komputer anda dibootkan semula atau dihidupkan buat pertama kali. Andainya sekeping disket
tertinggal di dalam pemacunya, maka biasanya komputer anda akan menggunakan
|
Sambungan
: Satu lagi masalah yang biasa pada perkakasan komputer ialah kabelnya
yang dipasangkan
dengan tidak kemas. Semua peralatan komputer biasanya memiliki kabel kuasa dan data yang dihubungkan kepada komputer dan anda perlu memastikan penyambungannya tidak longgar. Kadangkala ada pengguna yang cuba memasangkan jenis kabel yang berbeza secara tidak sengaja atau memang tidak tahu. Sekiranya anda mendapati kabel tersebut tidak secocok, maka jangan cuba untuk memaksanya kerana ia boleh merosakkan. Sementara itu wayar telefon
yang dihubungkan kepada modem mungkin menghadapi masalah. Sebuah modem
|
Tetikus
: Sebuah tetikus (mouse) yang sudah lama digunakan biasanya diselaputi
kekotoran pada bahagian
dalamnya sehingga sensitiviti bebola dan ‘roller’nya kadangkala terganggu. Selain itu penunjuk anak panah (pointer) pada skrin mungkin tidak berganjak, walaupun tetikus itu digerakkan berulang kali. Satu-satunya cara berkesan untuk mengatasi masalah ini ialah membersihkan segala kekotoran pada roller atau bebola tersebut. |
Papan kekunci : Selain tetikus, papan kekunci (keyboard) juga boleh menimbulkan masalah ketika menaip seperti gangguan pada kekuncinya. Contohnya, anda mungkin secara tidak sengaja tertekan kekunci tertentu pada papan kekunci itu sehingga menyebabkan ia diaktifkan. Jadi, antara kekunci yang perlu diberi perhatian ialah kekunci yang berlabel CAPS LOCK dan NUM LOCK. Selain kekunci, kabel papan kekunci yang longgar mungkin perlu diketatkan dan proses boot semula mungkin perlu dilakukan supaya ianya kembali berfungsi. |
Bunyi
: Jika masalah yang dihadapi melibatkan bunyi (sound), anda mungkin
perlu memeriksa pembesar suara
(speaker) yang digunakan untuk memastikan kabel bekalan kuasa dibuka dan wayarnya dipalamkan pada soketnya yang betul. Selain itu anda mungkin perlu memeriksa ‘volume’nya untuk memastikan suisnya terbuka (on) atau tertutup (off). Sistem operasi (OS) popular seperti Win95 dan Win98 ada menyediakan kawalan volume pada bahagian taskbar desktop. Jadi, pastikan wayar pembesar suara, tidak dipasangkan pada soket lain. |
CD-ROM : Fungsi pemacu
CD-ROM akan terganggu sekiranya anda memasukan cakera padat (CD) secara
terbalik, permukaannya bercalar atau dilekati dengan kekotoran di atas permukaannya. Kadangkala anda perlu memasangkan program untuk memainkan kandungan CD tersebut terlebih dahulu atau mengklik sebanyak dua kali pada ikonnya sebelum ia boleh berfungsi. Sekiranya CD tersebut masih gagal untuk dimainkan, sila buka pada bahagian My Computer dan klik dua kali pada ikon berlabel D (untuk pemacu CD-ROM). |
Paparan
: Apabila monitor anda gelap (blank) setelah komputer dihidupkan, pastikan
kabel kuasa dan kabel
data disambungkan dengan betul dan kemas, selain itu cuba ubahsuai bebutang kawalan pada monitor tersebut. Biasanya monitor dilengkapi dengan tombol (knob) atau bebutang (button) untuk mengawal ciri-ciri komputer tersebut seperti kontras, kecerahan dan beberapa ketetapan lain. Kadangkala paparan monitor terjejas kerana gangguan pada kad video yang digunakan - misalnya gangguan gelombang elektomagnet atau kad video itu longgar. Jadi, cuba jauhkan monitor tersebut dari punca gangguan atau kad video yang longgar diketatkan. |
Cetakan
: Disebabkan pencetak merupakan sebuah peranti mekanikal - terdiri daripada
beberapa komponen
lain yang boleh ditanggalkan - maka ia kadangkala boleh menghadapi masalah atau gangguan. Katakanlah kabel bekalan kuasa telah dibuka dan dipalamkan dengan betul, namun masalah lain tetap boleh berlaku seperti kertas tersekat (jam) di dalamnya atau dakwat/toner kehabisan. Selain itu anda mungkin perlu memeriksa ketetapan (setting) pada kekotak dialog pencetak untuk mempastikan arahan cetakan boleh dilaksanakan. |
Agama
Pendidikan
Hiburan
Akhbar
& Majalah
KomputerPoskad
Wallpaper
Malaysia
Laman Utama