Takrif
Sistem Rangkaian boleh ditakrifkan sebagai lebih daripada satu hardware yang terdapat di dalam teknologi maklumat dipisahkan secara fizikal kedudukannya tetapi disambung atau dirangkaikan dari segi operasinya.  Ini bererti, sistem rangkaian komputer merupakan satu sistem komputer yang mengandungi dua atau lebih komputer yang dihubungkan di antara satu sama lain melalui sistem pengoperasian yang selaras walaupun komputer-komputer tersebut berada ditempat-tempat yang berbeza.

Manfaat Rangkaian
Wujudnya sistem rangkaian komputer telah memberikan beberapa manfaat yang besar kepada pengguna-penggunanya.  Melalui rangkaian ini, pengguna boleh berkongsi ,menggunakan perisian atau fail.  Perkongsian, penyalinan sereta penghantaran perisian serta fail dapat dilaksanakan secara talian.  Ini bermakna pengguna tidak perlu menghabiskan sumber kewangan yang besar untuk membeli perisian untuk setiap unit komputer mereka.  Pengguna hanya perlu membeli sebuah perisian versi rangkaian contohnya LAN Version sudah memadai untuk demua komputer yang terdapat di dalam rangkaian tersebut menggunakannya.

Pengguna juga boleh berkongsi data atau perisian pada masa yang serentak contohnya tiga orang pekerja di dalam suatu jabatan, bekerja dengan menggunakan hamparan helaian yang sama.  Keupayaan ini khususnya berguna di dalam kes pengkalan data., yang perlu dicapai dan ditukar oleh beberapa orang di dalam satu organisasi.  Selain daripada itu ialah kemampuan para pengguna rangkaian berhubung serta berkomunikasi di antara satu sama lain.  Pengguna juga boleh bertukar-tukar mesej atau pesanan melalui komputer melalui proses yang dikenali mel eletronik serta perisian chat di dalam persekitaran rangkaian turut membolehkan sesebuah pejabat serta tempat kerja berkomunikasi sereta berhubung di antara satu sama lain.  Malah, penghantaran memo serta dokumen di dalam sesebuah syarikat yang kelazimannya merupakan budaya serta kaedah kerja didalam sesebuah pejabat atau syarikat sudah menjadi tidak releven serta berguna lagi.

Sistem rangkaian komputer turut membenarkan beberapa komputer berkongsi perkakasan yang sama contohnya mesin pencetak,pengimbas,CD ROM dan kelengkapan faks yang mahal.  Contohnya, sebuah pejabat yang mempunyai 20 buah komputer tidak perlu membeli 20 mesin pencetak untuk mencetak dokumen.  Sebuah mesin pencetak yang disambungkan kepada mana-mana komputer tersebut akan dapat dikongsi bersama oleh komputer-komputer di dalam sistem rangkaian tersebut.

Konsep rangkaian juga tidak terhad kepada satu-satu lokasi atau perniagaan sahaja.  Internet sebagai contoh, satu daripada beberapa rangkaian yang ada berupaya menghubungkan pengguna komputer dari semarata pelusuk dunia.  Pengguna boleh menjalankan aturcara komputer dari benua lain dan boleh mencipta homepage (laman web) supaya berjuta-juta orang yang tidak dikenali boleh membacanya.  Internet juga membolehkan pelajar-pelajar khasnya serta pengguna-pengguna amnya mencari pelbagai variasi maklumat yang mereka inginkan mengenai apa-apa sahaja dari mana-mana sudut  dunia dengan hanya melayari dunia internet.  Satu lelebihan lagi ialah segala maklumat yang mereka inginkan itu akan mereka dapati di dalam jangka masa yang singkat sahaja.