1.1 Pengenalan
Beberapa
sarjana bahasa telah memberikan hujah masing-masing dalam mendefinisikan
bahasa. Antaranya Sapir dalam buku tulisan John Lyons terjemahan
Ramli Salleh dan Toh Kim Hoi mendefinisikan bahasa adalah “semata-mata
suatu kaedah yang bukan naluri untuk manusia menyampaikan idea, emosi,
dan keinginan melalui ciptaan simbol-simbol yang lahir secara sedar”.
Buku ini juga memetik definisi daripada Bloch dan Trager yang terkandung
dalam Outline of Linguistic Analysis (1942 : 2) sebagai “suatu sistem simbol
arbitrari untuk sesuatu kumpulan sosial yang bekerjasama”. Sementara
Hall dalam Essay of Language menegaskan bahasa ialah” institusi untuk manusia
berkomunikasi dan berinteraksi melalui simbol-simbol lisan-pendengaran
yang arbitrari mengikut tabiat”.Menurut Lyons lagi, Robins menterjemahkan
bahasa “bersifat remeh-temeh dan tidak memberikan maklumat tambahan, cuma
mengandaikan… beberapa teori am tentang bahasa dan analisis linguistik”.
Definisi bahasa oleh Chomsky yang dipetik John Lyons daripada Syntactic
Structures (1957 : 13) terdapat sedikit perbezaan iaitu “Bermula daripada
sekarang, saya akan menganggap bahasa sebagai suatu set ayat (finit atau
Infinit). Setiap satu set ini mempunyai had panjang dan tersusun
dengan menggunakan satu set unsur yang terha Ferdinand de Saussure,
seorang sarjana Linguistik Swiss mendefinisikan bahasa yang dititip daripada
buku Pedagogi Bahasa tulisan Kamarudin Hj. Husin dengan “satu sistem isyarat
yang yang mempunyai bahagian terpenting berupa gabungan daripada erti dengan
bayangan bunyi dan kedua-duanya adalah bersifat psikologi. Menurutnya
lagi erti dan bunyi itu tidaklah terpisah tetapi tergabung dalam satu rantaian
ucapan menurut hukum-hukum tatabahasa”.
Dapatlah
dirumuskan bahawa bahasa itu merupakan lambang-lambang bunyi yang dihasilkan
oleh alat-alat sebutan manusia, bersistem atau mempunyai susunan tertentu.
Turut mempunyai bentuk-bentuk tertentu, bertugas untuk menyampaikan dan
menyatakan sesuatu, yang mengandungi makna untuk difahami oleh orang lain
bagi mewujudkan interaksi sesama manusia.
1.2 Objektif
Berdasarkan
kandungan kertas kerja ini, kita akan dapat mengetahui tentang .
bentuk-bentuk
ragam bahasa seperti mana yang diutarakan oleh Za’aba, serta contoh-contoh
setiap klasifikasi ragam tersebut. Di samping itu juga diperihalkan
kepentingan penggunaan ragam bahasa dalam pertuturan khasnya dalam
masyarakat Melayu.
1.3 Kaedah Kajian
Bagi menyiapkan
kajian ini, digunakan kaedah kepustakaan. Segala maklumat berkaitan
yang diambil daripada buku-buku, juga daripada nota-nota kuliah yang diberikan
oleh Tuan Pensyarah, diolah, dianalisa, disusun, dan digarap sebaik mungkin
bagi menghasilkan kertas kerja yang bermutu. Di samping itu, menggabungjalinkan
idea-idea dan pandangan pelajar sendiri.
1.4 Batasan
Kajian
Kajian ini
menghadkan hanya ragam bahasa Melayu yang telah dikemukan oleh Pendita
tanah air terkenal iaitu Za’aba atau nama sebenarnya Zainal Abidin bin
Ahmad. Merujuk tulisan atau kenyataan beliau dalam karyanya ‘Ilmu Mengarang
Melayu’ (1965). Bagi menghuraikan setiap klasifikasi ragam bahasa oleh
Za’aba ini, contoh-contoh berkaitan yang diberikan serta dinyatakan adalah
berdasarkan sebuah novel karya Rejab F.I. yang bertajuk ‘Matahari Di Hujung
Malam’. Sehubungan dengan itu, dihuraikan secara ringkas kepentingan
atau keistimewaan atau kepentingan penggunaan ragam bahasa semasa berinteraksi.
Walaupun
di dalam buku ini mungkin tidak dapat memenuhi setiap klasifikasi ragam
bahasa yang dikemukakan oleh Za’aba, namun ianya menjadi pilihan atau bahan
rujukan disebabkan tema dan persoalan cerita ini yang menarik. Bertemakan
serta menyingkap persoalan manusia yang sememangnya lupa diri apabila mendapat
sesuatu kesenangan. Kisah seorang guru yang berjaya melanjutkan pelajaran
ke universiti kemudiannya sanggup menyingkirkan pengorbanan isteri, anak,
dan keluarga demi seorang yang lebih istimewa iaitu pensyarahnya sendiri.
Ibarat ‘sudah dapat gading bertuah tanduk tidak berguna lagi’.
1.5 Definisi
Konsep
Bahasa sebagaimana
yang didefinisikan berdasarkan perisian komputer ‘Kamus Eja Tepat’ edisi
1997, adalah antaranya bermaksud ujaran, pertuturan atau omong, biasanya
yang melibatkan sesuatu komuniti atau masyarakat. Manakala
‘ragam’ bermaksud jenis, aneka atau macam. Oleh itu ‘ragam bahasa’
menurut Za’aba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu (1965), mendefinisikan
sebagai beberapa jenis bahasa yang khas yang merupakan bahasa dalam karangan
atau percakapan kerana menguatkan tujuan kata dan mempertajam hasilnya
kepada faham pendengar dan pembaca. Dengan kata lain ragaman bahasa
ini dapat dikatakan sebagai bahasa tertentu yang digunakan untuk menyatakan
sesuatu maksud tertentu.
2.0 KLASIFIKASI
RAGAM BAHASA
Tidak ada bahasa
manusia yang tetap, seragam mahupun tidak berubah-ubah. Semua bahasa
manusia menunjukkan kelainan dalaman. Penggunaan sebenar berbeza
antara satu kelompok dengan kelompok yang lain, dan antara satu penutur
dengan penutur lain, dari segi sebutan sesuatu bahasa, pilihan kata, dan
makna kata-kata tersebut, malah dari segi pemilihan penggunaan ayat
khususnya dalam menyampaikan sesuatu hasrat atau mesej atau untuk menyatakan
tujuan-tujuan tertentu. Pendek kata, wujud pelbagai keragaman dalam
berbahasa.
Buku ‘Ilmu
Mengarang Melayu’ karya Pendita Za’aba yang diterbitkan pada tahun 1965,
menitipkan bahawa terdapat sejumlah lima belas ragam bahasa. Dinyatakan
di sini keragaman tersebut iaitu :
i. Bahasa Sindiran
ii. Bahasa
Menggiat
iii. Bahasa
Mengejek
iv. Bahasa
Terbalik
v. Bahasa Merajuk
vi. Bahasa
Tempelak
vii. Bahasa
Herdik
viii. Bahasa
Melampau
ix. Bahasa
Merendah
x. Bahasa Naik
xi. Bahasa
Seruan atau Mengeluh
xii. Bahasa
Berulang
xiii. Bahasa
Bertimbal
xiv. Bahasa
Bukan
xv. Bahasa
Bahasa Jenaka
Selain daripada yang dinyatakan, terdapat juga pelbagai nama lain untuk ragam bahasa ini. Namun demikian, kebanyakan nama-nama itu diambil daripada bahasa asing terutamanya Bahasa Inggeris.
3.0 HURAIAN
TENTANG JENIS RAGAM BAHASA
Berikut dihuraikan
tentang klasifikasi ragam bahasa yang dinyatakan seperti mana dikemukakan
oleh Za’aba secara terperinci. Perincian juga diberikan bersama-sama
contoh-contoh berkaitan
.
i. Ragam
Bahasa Sindiran
Iaitu perkataan
yang ditujukan untuk menyatakan sesuatu maksud kepada seseorang, tidak
disebutkan atau dinyatakan secara tepat. Hanya disampaikan secara
sinis dengan dikias-kiaskan atau dilambangkan kepada perkara lain.
Ianya tidak dinyatakan atau disebutkan secara terus-terang atau ditujukan
tepat terhadap seseorang.
Dalam novel
‘ Matahari di Hujung Malam’, contoh berkaitan jenis ragam ini ialah “Kalau
tidak ada sebabnya, masakan tempua bersarang rendah”. Kata-kata ini ditujukan
oleh Cikgu Sharif kepada Cikgu Hamdan. Ia tentunya menyindir Cikgu
Hamdan yang telah cedera dan dimasukkan ke hospital akibat dipukul
oleh Zaidi dan kawan-kawannya. Cikgu Hamdan pasti mengetahui sebab
berlaku kejadian tersebut atau mestilah berpunca daripada kesilapan Cikgu
Hamdan sendiri. Namun begitu, sindiran berupa tuduhan ini tidak pula
diluahkan secara terang-terangan oleh Cikgu Syarif. Begitu juga dengan
dialog antara Syaharudin dan ayahnya, Pak Mahat yang berbunyi, “Berdrama
sana, berdrama sini. Tak puas di atas pentas mereka berdrama pula di dalam
kereta, di tengah sawah!”. Ini juga menunjukkan ragam bahasa menyindir
iaitu bagaimana Shaharudin tidak terus-terang mengatakan isterinya Norhayati
berkelakuan tidak senonoh bersama-sama Cikgu Hamdan, tetapi diarahkan
pula dengan perkataan ‘drama’ yang membawa maksudnyayang sebenar.
Itulah antara
ragam sindiran yang terdapat dalam karya ini di samping banyak lagi contoh
yang lain. Jelaslah ragam jenis ini diujarkan dengan tujuan menyindir
seseorang tetapi tidak diluahkan atau dinyatakan secara terang-terangan
sebaliknya biasa diujarkan dengan mengarah kepada sesuatu yang lain.
ii. Ragam
Bahasa Menggiat
Ragam bahasa
jenis ini biasanya ditujukan tidak tepat kepada seseorang. Nadanya
seakan-akan juga sindiran. Namun begitu tujuannya agak berbeza iaitu
untuk mengusik, bergurau-senda atau kadang-kala bersungguh-sungguh betul,
jika benarnya orang yang terkena atau dimaksudkan menjadi malu.
Contohnya “Eh!
Baik sungguh kau hari ini” Rahmat membuat penilaian. “Hm! Aku
taulah. Kau seronok sebab Cik Juliana tu terpikat pada kau kan?”
Seperti kata-kata Rahmat ini kepada Syaharudin, nadanya adalah menggiat
kawannya itu bertujuan bergurau-senda. Namun begitu, seolah-olah
juga menyindir kawannya yang cuba berbuat baik dengan pensyarahnya itu
untuk kepentingan diri sendiri.
Selain itu
Rahmat yang menyebutkan “Kalau calang-calang belajar, hm … sia-sialah duit
kita tu”. Maksud Rahmat yang sebenar adalah mengusik kawannya Syaharudin
yang berbaik-baik dengan pensyarahnya sendiri sedangkan isterinya berkorban
mengirimkan perbelanjaan buat suaminya membiayai perbelanjaan semasa belajar
di universiti. Semuanya dilakukan demi ingin melihat suaminya berjaya
menggulung segenggam ijazah. Sedangkan kawannya Syaharudin berseronok
pula di universiti seolah-olah melupakan pengorbanan isterinya itu.
Walaupun nadanya mengusik juga seakan-akan menyindir kawannya itu demi
menyedarkan perbuatannya.
Agak menarik
pula ialah “Kau dah pikat burung dara di kampus ini, Din?” Walaupun
ada ‘burung dara’ sebagai kiasan dan mengarahkan atau merujuk kepada pensyarahnya,
Cik Juliana, kenyataan sebenarnya adalah Rahmat mengusik Syaharudin yang
sengaja ingin memenangi hati pensyarahnya itu. Mengetahui pula tujuan
Syaharudin yang ingin melepaskan perasaan marahnya terhadap isterinya yang
lambat mengutuskan wang buatnya.
Jika diteliti
sehalus-halusnya, memang benar ragam jenis ini iaitu ragam bahasa menggiat,
ada kalanya berupa sindiran secara sinis. Walaupun maksud sebenarnya
mengusik atau bersenda-senda tetapi kemungkinan orang yang dimaksudkan
itu mungkin terasa hati seperti kata pepatah ‘siapa makan cili, dia yang
terasa pedasnya’.
iii. Ragam
Bahasa Mengejek
Ragam bahasa
jenis ini pula bahasa yang mengata atau ditujukan tepat kepada seseorang
atau kumpulan. Ia ditujukan dengan menggunakan perkataan yang tepat
dengan gaya yang mengajukkan keburukan mereka itu. Juga perkataan-perkataan
yang mempermain-mainkan seseorang itu dengan hasrat menjelaskan kebodohan
atau jika ada orang lain yang mendengarnya akan mentertawakan seseorang
yang dimaksudkan itu.
Contohnya “Hm!
Kau ni takut yang bukan-bukan, Rahmat. Kalau macam tu tak merasalah
kau bercinta di sini. Kau nak tunggu biar keluar U nanti? Kau
nak tunggu rambut kau beruban?” Itulah contoh ragam bahasa mengejek
yang dinyatakan oleh Syaharudin. Beliau mengujarkannya kepada kawan
sebiliknya Rahmat yang masih bujang dan tiada berteman itu. Sedangkan
dia seorang yang telah berkahwin, dan punya anak tetapi digilai oleh pensyarahnya
sendiri yang masih belum berpunya.
Ragam bahasa
ini juga jelas dilihat dengan kata-kata Encik Jalal terhadap isterinya
Puan Fauziah. Beliau seolah-olah memulangkan paku buah keras kepada
isterinya yang menjadi penyebab anaknya putus tunang dan hinggakan anaknya
kembali semula kepada kekasih lamanya serta terlanjur akhirnya. Maksud
sedemikian tersirat dalam dialog “Itulah kau! Dulu budak ni bertunang
elok-elok dengan Cikgu Hamdan tu, minta diputuskan. Menuduh cikgu
tu bukan-bukan pula. Sekarang ni ha, apa yang dah jadi?” Dari
sini ternyata Encik Jalal mengejek isterinya yang disebabkabkan kebodohan
sendiri, berlaku perkara yang memalukan mereka sekeluarga.
iv. Bahasa
Terbalik
Ragam bahasa
jenis ini menggunakan bahasa berlawanan daripada apa yang hendak dimaksudkan.
Namun demikian, orang yang mendengar atau yang diajak bertutur akan faham
akan maksud yang sebenar. Contohnya kata-kata Syaharudin, “Dia tu
dah tua, kau tahu? Anak dara terlajak. Sebab itu dia nak cari
orang berumur macam aku ni. Betul tak?” Namun kenyataan Syaharudin
ini difahami Rahmat akan maksud sebenarnya.
v. Bahasa
Merajuk
Bagi ragam
jenis ini memperlihatkan tentang kekecewaan yang dialami seseorang.
Biasanya ragam ini adalah bahasa yang digunakan oleh orang yang sedang
kecewa atau berkecil hati kerana sebab-sebab tertentu.
Kata-kata Rahmat
yang membayangi kekecewaannya kerana sering diperli rakannya yang bertanyakan
mengapakah dalam umur sepertinya masih belum berkahwin, jelas menunjukkan
ragam bahasa jenis itu iaitu “ Macam muka aku ni siapa yang hendak, Din
…,” selar Rahmat sambil bangun manghadap cermin yang tergantung di dinding
kamar mereka, “muka macam buah kelapa tua,” sambungnya sambil ketawa, merendah
diri.
Selain itu,
kekecewaan yang dialami oleh Shaharudin juga dapat dilihat dalam ragam
bahasa ini. Tergambar betapa pedih dan kecewanya Shaharudin yang
telah kehilangan segalanya iaitu kekasihnya Juliana, isterinya serta anaknya,
dan juga keluarganya sendiri. Sehingga dia tidak sanggup kembali
ke kampung halamannya selepas menghabiskan pengajiannya di universiti apalagi
hendak berdepan dengan mereka itu. Kekecewaan dan kehampaan itu dapat
dilihat melalui kata-katanya kepada Rahmat, “Aku tak akan pulang lagi ke
kampungku, Rahmat,” “Ke mana kau, Din?” “Aku telah memilih Sabah
atau Sarawak.”
vi. Bahasa
Tempelak
Contohnya “You
pula sengaja ambil kesempatan berhubungan dengan I. Tak begitu?”
soal Juliana. Inilah salah satu contoh ragam bahasa tempelak yang
terdapat dalam karya “Matahari di Hujung Malam” Kata tempelak yang
ditujukan tepat oleh Juliana kepada Shaharudin. Ianya diluahkan disebabkan
kemarahan Juliana terhadap Shaharudin yang mengambil kesempatan di atas
perhubungan mereka berdua dengan memburuk-burukkan kesetiaan dan pengorbanan
isterinya.
Selain itu
kata-kata orang kampung yang menempelak Zaidi dan rakan-rakannya yang sentiasa
menyalahkan kakak iparnya sedangkan kelakuan buruknya jelas diketahui
ramai. Demikian bunyinya, “Jika kumpulan teater itu buruk, nyatakan
apa yang baik kumpulan anak-anak muda itu lakukan ha? Berapa banyak
mereka sumbangkan wang untuk mangsa-mangsa banjir dan membantu pelarian
Palestin itu. Katakan?” Ternyata tempelakan yang ditujukan
tepat kepada Zaidi dan kawan-kawannya itu mengunci mulut mereka.
vii. Bahasa
Herdik
Bahasa ini
bunyinya seakan-akan bahasa tempelak tetapi nadanya agak lebih keras.
Contohnya kemarahan Encik Jalal terhadap perbuatan anaknya yang telah memberi
malu mereka sekeluarga. Kata-kata Encik Jalal, “Habis! Muka
kita ni nak sorok di mana ha?! Sergah Encik Jalal pula sambil menudingkan
jari telunjuk ke arah isterinya.
viii. Bahasa
Melampau
Bahasa yang
digunakan untuk membesar-besarkan dan melebih-lebihkan daripada perkara
atau kedudukan yang sebenarnya adalah disebut ragam bahasa melampau.
Contohnya ‘Mereka berpegangan sambil melihat anak-anak ikan kecil berkejar-kejaran
di dalam air. Ah! Begitu mesra, bagai merpati sepasangan.
Kebahagiaan membalut jiwa Syaharudin. Saat-saat begitu terasa bagaikan
di syurga.
ix. Bahasa
Merendah
Bahasa yang
bertentangan dengan bahasa melampau. Contohnya, “Macam muka aku ni
siapa yang hendak, Din …,” selar Rahmat. “Muka macam buah kelapa
tua,” sambungnya lagi. Dalam bahasa ini, betapa merendah dirinya
Rahmat berbahasa dengan rakannya Syaharudin.
x. Bahasa
Naik
Bagi menyatakan
sesuatu maksud, digunakan bahasa yang menyebutkan sesuatu daripada perkara
yang paling rendah, kemudian beransur-ansur selangkah demi selangkah naik
ke atas hingga ke puncaknya. Begitu yang diceritakan bagi menggambarkan
persediaan dan suasana perkahwinan Norhayati dengan Cikgu Hamdan. ‘Tanpa
persoalan panjang, tanpa persediaan hebat dan tanpa kenduri yang meriah,
tiga bulan kemudian perkahwinan mereka dilangsungkan’.
xi. Bahasa
Seruan atau Mengeluh
Bahasa yang
digunakan ini juga untuk menyatakan kekecewaan yang dialami. Namun
begitu, ianya tidak dapat diluahkan kesemua perasaan tersebut tetapi orang
yang mendengarnya memahami dan mengerti betapa berat kekecewaan dan penderitaan
yang ditanggung seseorang.
“Ah!
Sudahlah bang. Anak kita ni dah terlanjur. Kalau dibunuh mati
pun perkara tu tak boleh diubat,”. Demikian kata-kata Puan Fauziah
yang menyatakan betapa kecewanya hatinya dengan apa yang terjadi terhadap
anaknya. Begitu juga rintihan Norhayati, apabila Syaharudin bertekad
tidak mahu pulang ke kampung itu. Lebih dari itu, dia menuduh dirinya
curang. Menduakan suami. Berlegar ke sana ke mari dengan Cikgu
Hamdan. Ah! Betapa pahit, betapa tersayat dan betapa pedih
hatinya!
xii. Bahasa
Berulang
Dalam ragam
bahasa jenis ini, digunakan bahasa atau perkataan yang diulang-ulang.
Ini untuk menguatkan atau mengukuhkan maksud atau tujuan sesuatu kata itu.
Contohnya ketidakpercayaan
Pak Mahat terhadap kecurangan dan sikap buruk menantunya iaitu Norhayati.
Penegasan Pak Mahat dalam hal ini jelas tergambar melalui kata-katanya,
“Karut!” tengking Pak Mahat. “Semua itu karut! Fitnah!” herdiknya
lagi sambil menepuk palang jendela. Perkataan ‘karut’ diulang bagi
menyatakan maksud yang sememangnya ia tidak mempercayai langsung tuduhan
anaknya Shaharudin terhadap isterinya, Norhayati.
Selain itu
dalam kata-kata, “Aku malu, Syahar! Aku malu! Mengapa kau bawa
perempuan itu ke kampung kita ini ha? Kau tau apa orang-orang kampung
mengata-ngatakan kita ha?”. Begitu kata pertama yang berjaya yang
diluahkan oleh Pak Mahat setelah sekian lama berusaha untuk meluahkannya
semenjak Syaharudin pulang ke rumahnya. Tergambar betapa malunya
Pak Mahat dan isterinya di atas kelakuan sumbang anaknya yang membawa pulang
wanita lain ke rumah sedangkan isteri dan anaknya masih ada tanpa dijenguk
dan dihiraukan.
xiii. Bahasa
Bertimbal
Bagi menyatakan
sesuatu, digunakan bahasa yang mempertentangkan sesuatu dua keadaan yang
seolah-olah berlawanan. Walaupun dalam karya Rejab F.I ini tidak
menggarapkan ragam bahasa ini, dapat diberi contoh lain iaitu,
Kendur
berdenting-denting tegang berjela-jela
Dekat
tak tercapai jauh tak berantara.
xiv. Bahasa
Bukan
Bagi ragam
bahasa ini digunakan perkataan ‘bukan’ untuk mendahului sesuatu kata lain.
Dalam karya ini, ragam ini dapat dilihat dalam kata-kata, “Bukan begitu,
Ham,” Cikgu Syarif membuat kesimpulan dan “Bukan dia nabi kita. Segala
ajaran dan perbuatannya mesti kita ikut!” Di sini digunakan kata
‘bukan’ mendahului kata-kata lain yang menunjukkan ragam bahasa bukan.
xv. Bahasa
Jenaka
Ragam bahasa
0jenis ini memakai atau menggunakan satu perkataan yang membawa dua makna.
Contohnya “Muka macam buah kelapa tua” yang membawa maksud sebenar iatu
muka atau wajah yang tidak setampan mana. Walaupun zahinya
perkataan tersebut melambangkan buah kelapa yang sudah tua.
Begitu juga
jenaka Cikgu Syarif, “Hm! Macam mana cikgu? Jambatan tu dah
emak cikgu hulurkan. Hm! Apa nak ditunggu lagi, lalui sajalah
cikgu!” Perkataan ‘jambatan’ membawa dua maksud yang berbeza.
Namun begitu dalam hal ini ‘jambatan’ tersebut membawa makna kebenaran
menganggotai kumpulan teater yang telah diberikan oleh Cik Hamidah kepada
anaknya Norhayati.
Demikianlah
huraian serta contoh-contoh berkaitan yang diberikan bagi membincangkan
tajuk ragam bahasa ini.
3.0 KEPENTINGAN RAGAM BAHASA
Bahasa adalah
milik manusia yang paling penting. Dengan bahasalah manusia dapat
berhubung antara satu sama lain bagi menyampaikan sesuatu maksud, perasaan,
pandangan, dan lain-lain lagi. Ternyata bahasa yang beragam-ragam
ini pula mempunyai kepentingan yang sangat tinggi dalam kehidupan manusia
seharian. Apalagi hidup dalam masyarakat yang bersifat homogen, dengan
sikap-perangai yang berbeza-beza. Dan menjadi kewajipan serta tanggungjawab
individu dalam masyarakat itulah menangani segala permasalahan bagi mewujudkan
masyarakat yang harmoni.
Antara
kepentingan ragam bahasa ialah :
i. Menyedarkan
individu atau seseorang daripada bersikap negatif seperti ragam bahasa
herdik atau menggiat ditujukan untuk yang pemalas,
ii. Mengeratkan
kemesraan seperti ragam bahasa jenaka akan menimbulkan kemesraan di samping
sesuatu tujuan sebenar dinyatakan secara bersahaja tanpa menimbulkan kemarahan
atau kecil hati di pihak yang terkena.
iii. Menjaga
air muka atau maruah orang lain walaupun berbahasa dalam keadaan yang marah.
Namun begitu maksud sebenar akan difahami, contohnya ragam bahasa menyindir.
iv. Mewujudkan
masyarakat yang bekerjasama, prihatin, bantu-membantu, tolong-menolong,
ibarat pepatah ‘yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dipikul.
Demikian antara
kepentingan ragam bahasa yang memainkan peranan penting dalam kehidupan
manusia.
4.0 PENUTUP
Telah jelas
ragam bahasa digunakan oleh masyarakat dalam kehidupan seharian.
Sebagai manusia yang hidup dalam satu komuniti, saling berinteraksi, berhubungan,
dan berkomunikasi, memang akan timbullah bahasa yang beragam-ragam.
Walau bagaimanapun, telah jelas keragaman ini mewujudkan kelompok masyarakat
yang saling mengambil berat antara satu lain, demi kebaikan bersama.
Kaunseling
DEFINISI KAUNSELING
Dalam
definisi kaunseling ada dua sudut pandangan yang biasa disentuh iaitu aktiviti
kaunseling; dan ‘product’ atau hasil kaunseling. Kedua-dua perkara
ini saling berkait rapat dan satu diskripsi yang sempurna tentang kaunseling
perlu mencakupi kedua-dua aspek ini. Berpandukan kepada kedua-dua
aspek di atas kaunseling dapat didefinisikan sebagai:
Satu
proses dan juga aktiviti pertolongan yang dilakukan oleh kaunselor yang
menggunakan pengetahuan dan teknik psikologi untuk tujuan menolong individu
berubah daripada keadaannya sekarang kepada satu keadaan yang dikehendakinya.
Arbu’ckle :
“Kita boleh
mendefinisikan kaunseling atau psikoterapi sebagai perhubungan dan proses
yang berkembang, di antara individu atau beberapa individu yang tidak berfungsi
sepenuhnya atau tidak mencapai potensi-potensi dan menghadapi masalah-masalah
yang dirasakan tidak dapat diselesaikan sendiri dan seorang profesional
yang terlatih yang menyediakan perhubungan yang diperlukan di mana individu
itu boleh mengubah cara-cara yang akan membawa kepada perkembangan potensi-potensi
dan kebolehan untuk menyelesaikan masalah-masalahnya sendiri”.
Dinkmeyer (1970)
:
“Orientasi
perkembangan bererti kaunseling yang diberikan tidak berorientasikan masalah
atau mengandaikan pelajar itu mempunyai masalah yang merunsingkan.
Sebaliknya matlamat orientasi perkembangan ialah untuk menggalakkan pemahaman
diri, sedar akan potensi yang ada pada diri masing-masing dan mengetahui
cara menggunakan kebolehan diri sendiri.. Pendekatan kaunseling perkembangan
ini adalah bertumpu kepada menolong individu mengetahui dan memahami serta
menerima dirinya”.
Md. Shuaib
Che Din :
“Satu proses
dan juga aktiviti pertolongan yang dilakukan oleh kaunseling yang menggunakan
pengetahuan dan teknik untuk tujuan menolong individu berubah daripada
keadaannya sekarang kepada satu keadaan yang dikehendakinya”.
Kaunselor
adalah seorang yang terlatih dengan pengetahuan dan kemahiran menolong.
Pengetahuan kaunseling ialah kemahiran asas kaunseling yang berasaskan
pada ‘human relation model’ seperti kemahiran tingkah laku melayan secara
fizikal, lisan, hormat kepada orang serta kemahiran di dalam strategi menolong
yang berasaskan teori. Kaunselor yang terlatih biasanya mengalami
latihan praktikum di bawah penyeliaan seorang kaunselor yang mahir.
Kaunselor
yang berkesan akan menggunakan pengajaran, tunjuk ajar arahan, latihan
dan sebagainya untuk membantu kliennya.
Kaunseling
diguna oleh individu dalam protesion ini untuk menggambarkan satu jenis
proses menolong yang khas. Ianya merupakan satu perhubungan yang
berasaskan kepercayaan dan fokusnya kepada peristiwa dalam kehidupan.
Bagi seorang pelajar umpamanya, ianya melibatkan soal akademik, peribadi,
sosial dan perkembangan kerjaya.
Kaunseling
mempunyai asas falsafah dan teori yang boleh memberi gagasan terhadap pembelajaran,
perlakuan manusia dan perhubungan interpersonal.
CIRI-CIRI KAUNSELING
Patterson (dalam
Shertzer dan Stone, 1974) mengemukakan beberapa perkara yang
dianggap bukan
kaunseling. Katanya kaunseling :
1. bukan
pemberian maklumat, walaupun maklumat mungkin diberi dalam kaunseling.
2. bukan
memberi nasihat, cadangan dan perakuan (nasihat mesti dibiar
sebagai nasihat dan tidak disamarkan sebagai kaunseling).
3. bukan
mempengaruhi sikap, kepercayaan atau tingkah laku dengan cara
memujuk, mengarah, atau meyakinkan orang lain, walaupun dengan cara tidak
langsung, halus atau bersahaja.
4. bukan
mempengaruhi tingkah laku dengan mengawas, memberi amaran,
mengancam atau memaksa tanpa menggunakan kekuatan fizikal atau paksaan
(kaunseling bukan untuk mendisiplinkan orang).
5. bukan
memilih dan menugaskan individu pada berbagai-bagai pekerjaanatau aktiviti
(kaunseling bukan melakukan kerja personalia walaupun kedua-dua bidang
ini
menggunakan ujian-ujian yang sama)
6. bukanlah
temubual, walaupun temubual terlibat (tetapi temubual tidaklah
sama dengan kaunseling)
Kata Patterson
lagi sifat kaunselinng terdapat pada hal-hal di bawah:
1. Kaunseling
berminat pada mempengaruhi perubahan tingkah laku secara sukarela
oleh klien.
2. Matlamat
kaunseling ialah untuk menyediakan kondisi yang melancarkan perubahan
secara sukarela (klien mahukan perubahan, dan mencar pertolongan
kaunselor
untuk tujuan tersebut).
3. Sama
seperti hubungan-hubungan yang lain, ada had-had yang dikenakan ke atas
klien (had-had ini ditentukan oleh matlamat / matlamat-matlamat kaunseling
yang
dipengaruhi pula oleh nilai dan falsafah kaunselor).
4.
Kondisi-kondisi yang melancarkan perubahan tingkah laku didapati dalam
temubual (bukan keseluruhan kaunseling adalah temubual, tetapi semua
kaunseling melibatkan temubual).
5. Aktiviti
mendengar berlaku pada semua jenis kaunseling tetapi bukan
semua kaunseling hanya mendengar sahaja.
6.
Kaunselor memahami kliennya (perbezaan antara pemahaman kaunselor
dengan pemahaman orang lain adalah bersifat kualitatif dan bukan
kuantitatif dan mendengar sahaja tidak membezakan kaunseling daripad
situasi lain).
7.
Kaunseling dilakukan secara ‘private’dan perbincangan kaunseling dibuat
secara rahsia.
PRINSIP-PRINSIP
KAUNSELING
Daripada
penjelasan, definisi dan makna kaunseling, aspek bukan kaunseling dan kaunseling
di atas tadi dapat dibuat kesimpulan tentang prinsip-prinsip falsafah kaunseling.
Diperturunkan beberapa prinsip yang dikemukakan oleh Scmidt dan McCowan,
(1962) yang tidak jauh daripada apa yang telah dibincangkan.
1. Kaunseling
mengiktiraf digniti, harga diri individu dan haknya untuk
mendapat pertolongan pada masa yang diperlukan.
2.
Kaunseling mementingkan individu dan prihatin pada perkembangan
optimanya, kesedaran tentang potensi individu dan juga keperluan
masyarakat.
3.
Kaunseling mempunyai tanggungjawab pada masyarakat dan individu.
4.
Kaunseling mesti menghormati hak individu sama ada menerima atau
menolak perkhidmatan yang ditawarkan padanya.
5.
Kaunseling adalah sesuatu yang berterusan, mempunyai urutan dan satu
proses pendidikan. Lantaran itu, kaunseling adalah sebahagian daripada
pendidikan dan bukan hanya hal sampingan.
6.
Kaunseling berkisar di sekitar kerjasama dan bukan paksaan. Tidak
ada
ancaman dan hukuman dalam kaunseling.
7.
Kaunseling membawa implikasi bahawa pertolongan yang diberi kepada
individu bertujuan untuk menghasilkan keputusan yang baik; untuk
perancangan; interpretasi, dan penyesuaian dalam situasi yang kritikal
di
dalam kehidupannya.
8.
Kaunseling memerlukaan kajian yang menyeluruh tentang individu dalam
latar budayanya dengan menggunakan teknik saintifik. Pemahaman
tentang individu mesti mendahului pertolongan yang hendak diberikan.
9.
Kaunseling sepatutnya ditugaskan pada mereka yang mempunyai
kecondongan semulajadi untuk menjalankan tugas ini serta mempunyai
latihan dan pengalaman yang cukup.
10. Fokus
kaunseling adalah menolong individu menyedari dan menggunakan
potensinya sebaik mungkin dan bukan hanya untuk menyelesaikan
masalahnya secara terpisah dari keseluruhan dirinya dan juga persekitaran.
11. Kaunseling
mesti sentiasa dinilai keberkesanannya secara saintifik.
CIRI-CIRI KAUNSELOR
Di sini
disenaraikan ciri-ciri seorang kaunselor yang menepati diri saya yang ingin
menjadi seorang kaunselor di sekolah menengah. Satu hakikat yang
harus diterima ialah personaliti atau sahsiah seorang kaunselor adalah
faktor yang dapat menolong untuk menjayakan perkhidmatan ini. Holden
(1969) dan Hamblin (1980) menyatakan, tidak semua guru boleh menjadi guru
kaunseling yang berjaya. Personaliti guru akan mempengaruhi hubungan
yang terbina antara guru dan pelajar.
Hamblin
(1980) mencadangkan tiga faktor penting yang berhubung dengan personaliti
guru.
1. Kebolehan
merasai dengan tepat (accurate empathy) apa yang dirasai oleh
mereka
yang ingin ditolong. Kesilapan dalam perkara ini akan
merumitkan
kerja guru bimbingan dan mungkin mendatangkan bahaya di
luar
dugaan. Terdapat guru-guru yang menekankan perasaannya sendiri
kepada
pelajar dan ini menyebabkan berlakunya kekeliruan.
2. Guru
juga perlu berkebolehan berlaku jujur dalam hubungannya dengan
pelajar.
Pelajar tersebut mestilah diterima sebagai seorang manusia yang
bermaruah
dan mempunyai harga diri.
3. Mewujudkan
rasa mesra serta suasana tenteram pada masa pelajar
menghubungi
juga perlu bagi seorang guru. Kebolehan begini menimbul-
kan
rasa selamat dan rasa percaya pada para pelajar, bahawa guru itu dapat
menolong
mereka.
Holden (1969)
serta Hamblin (1980) sememangnya yakin setiap guru memang layak menjalankan
peranannya ini. Holden (1971) percaya guru mempunyai beberapa
kelebihan dalam
memainkan peranannya kerana mereka mempunyai pengetahuan yang kemaskini
tentang pelajar-pelajar. Ini boleh menolong mereka untuk membentuk
hubungan yang rapat antara pelajar dan gurunya. Pelajar berasa lebih
senang berbincang dengan guru yang mereka kenal berbanding dengan orang
lain.
Mengikut
Combs dan rakan-rakan (1969), kaunselor yang berkesan dan berjaya menganggap
seseorang individu sebagai boleh diharap atau dipercayai, bersahabat ramai
dan bersikap wajar.
Nur Aini
(1989) menjelaskan pada asasnya seseorang kaunselor yang berkesan adalah
seorang manusia yang berkesan… yang peka kepada ciri-ciri kemanusiaan
yang berbagai-bagai ragam serta menyedari sifat-sifat kemanusiaannya sendiri,
tabah, berani dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Laporan
National Vocational Guidance Association (1949) menyatakan sepatutnya
kaunselor mestilah sentiasa memberi pendapat yang benar dalam khidmatnya
supaya dia mudah diterima sebagai seorang yang jujur dan ikhlas.
Menurut
Carl Rogers, ciri-ciri kaunselor ialah :
1. Penerimaan
dan kemesraan
2. Tidak
menghukum
3. Ketulenan
4. Ketepatan
Penerimaan
dan Kemesraan
Sebagai seorang
kaunselor, dia mestilah memberitahu kliennya tentang sikapnya yang sentiasa
menerima klien dengan kerelaan dan menghormatinya. Penerimaannya
digambarkan dengan air muka dan tutur kata yang baik semasa menyambut dan
melayani
percakapan
klien
Tidak Menghukum
Seseorang kaunselor
tidak boleh menghukum atau menilai sesuatu terhadap kelakuan klien.
Sekiranya kaunselor ingin mendapatkan maklumat tentang klien, dia hendaklah
mengelakkan daripada menetap atau menilai sesuatu ke atas klien.
Kata-kata yang tidak menyenangkan akan menyebabkan klien memandang serong
kepada kaunselor.
Ketulenan
Semasa sesi
kaunseling, kaunselor hendaklah tenang, sabar dan berterus terang kepada
kliennya. Kaunselor yang tidak jujur dan berpura-pura menyebabkan
klien berasa tidak selesa dan sukar mempercayai pendapat kaunselor.
Sebaliknya, kaunselor yang sentiasa mengambil berat tentang klien, memudahkan
lagi interaksi dan perkongsian pendapat di antara kaunselor dengan klien.
Ketepatan
Kaunselor seharusnya
sentiasa menggunakan bahasa yang ringkas, mudah dan tepat semasa sesi kaunseling
diadakan. Jika perlu kaunselor perlu mencelah dan membantu klien
menyatakan apa yang tersembunyi di hati klien. Kadangkala sesetengah
perkataan yang klien sampaikan susah difahami oleh kaunselor. Oleh
itu seseorang kaunselor perlu peka dan cepat memahami penggunaan bahasa
atau perkataan dalam konteks sesi perbincangan yang hendak disampaikan
oleh seseorang klien.
Berdasarkan
perbincangan-perbincangan tersebut, bolehlah dirumuskan bahawa ciri-ciri
penting seseorang kaunselor adalah seperti berikut :
1. Seseorang
kaunselor yang berkualiti ialah yang pernah menjalani
praktikum.
2. Mempunyai
ilmu dan kepakaran yang tertentu dalam bidang kaunseling.
3. Mempunyai
pengetahuan dalam bidang perkembangan psikologi kanak-
kanak
dan remaja.
4. Mempunyai
keyakinan diri dan percaya kepada kebolehan orang lain.
5. Mempunyai
kredibiliti tinggi, iaitu boleh dipercayai.
6. Mampu
mengurangkan risiko semasa prosese kaunseling.
7. Mempunyai
sifat terbuka dalam menghadapi sesuatu isu.
8. Sanggup
melibatkan diri dalam masalah klien.
9. Amanah,
jujur dan ikhlas.
10. Bersikap
terus-terang, tegas dan tidak menyembunyikan sesuatu.
11. Tidak
mempunyai syak wasangka terhadap klien.
12. Mempunyai
sifat sejati seperti ketepatan dalam pernyataan dan dalam
tingkah
lakunya.
13. Bijak
melayani klien dan boleh mewujudkan suasana mesra, iaitu dengan
menggunakan
perkataan yang lembut dan menarik hati.
14. Berprihatin,
bersimpati dan peka kepada perasaan kliennya.
15. Persepsi
kaunselor terhadap hubungan dengan klien mestilah positif.
16. Mempunyai
beberapa kemahiran seperti mendengar, memimpin, mentafsir,
merumus
dan menyampaikan maklumat.
17. Kebolehan
berfikir lebih jauh daripada klien.
18. Kebolehan
menentukan objektif jangka pendek dalam sesuatu perkara dan
berupaya
menjalankan sesuatu tumuduga.
19. Kebolehan
menyampaikan idea dan menganalisis perasaan klien.
20. Sabar
dan tidak jemu dengan sesi kaunseling.
21. Peramah
dan tidak sombong.
22. Mengutamakan
kebajikan klien.
23. Mempunyai
fikiran yang waras, sihat dan emosi yang stabil.
CIRI-CIRI PENTING
BAGI KAUNSELOR MUSLIM
Di negara-negara
Barat, kebanyakan pembimbing atau kaunselor terdiri daripada mereka yang
bukan Muslim. Oleh itu mungkin teknik mereka melayani dan menghayati
perasaan klien tidak sama dengan kehendak orang Muslim. Di Malaysia,
walaupun kita banyak mengkaji dan menerap nilai-nilai Barat dalam perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling, namun bagi kaunselor-kaunselor Muslim perlu juga
memahami unsur-unsur, nilai, penyelesaian dan bimbingan menurut pendekatan
pendidikan Islam dalam bidang tersebut. Dengan cara ini, mungkin
setiap klien yang mengadu masalah kepada kaunselor Muslim akan berasa lega,
bebas, tertarik dan kagum. Mengikut Abdullah Nasih Ulwan (1988),
ciri-ciri penting yang perlu ada pada pembimbing Muslim ialah :
1. Ikhlas
2. Takwa
3. Berilmu
pengetahuan
4. Bersopan-santun
atau beradab
5. Mempunyai
perasaan bertanggungjawab
Ikhlas
Dalam Islam,
setiap pekerjaan yang dilakukan hendaklah dengan ikhlas dan tidak semata-mata
mengharapkan ganjaran yang tinggi. Ikhlas merupakan asas keimanan
dan dituntut oleh Islam. Allah s.w.t. tidak menerima amal dan perbuatan
seseorang melainkan dengan hati yang jujur dan ikhlas.
Takwa
Takwa maksudnya
takut melakukan sesuatu perbuatan yang melanggar peraturan yang ditetapkan
oleh undang-undang Islam dan peraturan yang diterima oleh sebahagian besar
masyarakat. Oleh itu sifat takwa merupakan sifat yang utama, diperlukan
dan wajib ada pada seseorang pembimbing Muslim.
Berilmu Pengetahuan
Semua kaunselor,
baik yang Muslim atau yang bukan Muslim mesti mempunyai ilmu yang tinggi
dalam bidang yang diceburi. Dengan ilmu yang tinggi dan berkualiti,
mudahlah mereka membentuk akhlak diri mereka dan seterusnya menjadi model
kepada klien.
Bersopan-santun
Atau Beradab
Bersopan-santun
atau beradab merupakan sifat asasi yang membantu kaunselor dalam memahami
bimbingan di samping bertanggungjawab menasihati dan membaiki tingkah laku
klien. Kaunselor juga perlu menahan perasaan marah, memaafkan sekiranya
klien membuat kesalahan semasa sesi perbincangan. Dalam hubungan
ini, Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda (berkata) yang maksudnya ;
“Hendaklah
kamu permudahkan dan gembirakan mereka dan jangan
menyusahkan
sehingga mereka lari dari kamu”.
Mempunyai Perasaan
bertanggungjawab
Ciri ini merupakan
perkara yang wajib bagi pembimbing yang gigih. Perasaan bertanggungjawab
penting dalam membimbing ke arah keimanan dan jiwa yang mantap.
PERMASALAHAN
: KUMPULAN SASARAN
Masalah-masalah
individu yang berkaitan dengan masalah remaja seperti masalah fizikal dan
psikologikal telah mendorong pelajar-pelajar mencari bantuan kaunseling.
Perkhidmatan kaunseling membantu pelajar beralih dari zaman kanak-kanak
kepada status remaja atau dewasa muda dengan menyediakan peluang meneroka
berbagai-bagai jenis pilihan yang berkaitan dengan pelajaran, personal,
kerjaya, sikap dan nilai. Klien digalakkan membuat keputusan dengan
penuh tanggungjawab, mencuba berbagai-bagai aktiviti berkaitan dengan potensi,
minat dan meneliti akibat sebarang pilihan yang dibuat.
Kajian
menunjukkan ada pelajar-pelajar yang telai mencapai satu tahap pertumbuhan
di mana mereka hanya perlukan bantuan yang minima kerana mereka telah mempunyai
pengetahuan tentang diri dan kerjaya. Apa yang diperlukan ialah sedikit
penjelasan. Ada pula yang tidak mampu menterjemahkan pengetahuan
tentang diri, pilihan kerjaya dan kemahiran membuat keputusan.
Pelajar
yang menjadi kumpulan sasaran ini boleh dikategorikan kepada empat kategori
besar yang berasaskan kepada tahap pengetahuan diri dan kerjaya yang disebut
di samping sikap terhadap masa depan mereka sendiri.
1. Kumpulan
yang ada daya inisiatif
Pelajar-pelajar
dalam kumpulan ini telah mempunyai hala tuju dan tahu
tentang
diri, mempunyai nilai diri secara realistik berhubung dengan sistem
sosial
dan pilihan kerjaya. Kaunselor hanya mengukuhkannya sahaja dan
membentuk
tingkah laku yang memuaskan.
2. Kumpulan
pencari maklumat
Kumpulan
ini mempunyai sedikit pengetahuan tentang diri mereka dan
tahu
minat mereka tetapi tidak yakin. Kaunselor dapat membantu pelajar
dengan melihat
unsur-unsur dalam dirinya seperti minat, kekuatan diri,
bagaimana berinteraksi
dan membimbingnya membuat pilihan.
3. Kumpulan
yang keliru
Kumpulan
pelajar ini ialah mereka yang kelihatan keliru dalam banyak hal
kehidupan mereka. Mereka perlu dibimbing melihat kesan tindakan dan
meneliti proses bagaimana ia membuat keputusan atau melihat apa yang
mendorong dia melakukan tindakan tersebut. Keperluan kaunseling bagi
kumpulan ini adalah tinggi. Mereka perlu belajar menangani masalah
persekitaran dengan lebih berkesan dengan mendapatkan maklumat-
maklumat tertentu selain daripada berupaya mengubah unsur-unsur dalam
persekitaran tersebut. Kaunselor perlu berusaha membantu pelajar
menjelaskan masalah, menentukan matlamat, menyediakan prosedur yang
dapat meningkatkan produktiviti individu.
4. Kumpulan
yang tercicir
Pelajar-pelajar
kumpulan disifatkan sebagai telah hilang minat dalam
aktiviti-aktiviti
yang berkaitan dengan diri mereka dan masyarakat.
Kumpulan
ini memerlukan rawatan yang lebih serius, kerana ianya
melibatkan perubahan struktur personaliti.
Simptom
daripada keadaan ini lahir masalah-masalah sosial seperti jenayah
remaja, salah laku penagihan dadah, moral dan lain-lainnya, yang serius
dan menjadi punca kebimbangan keluarga dan masyarakat.
MASALAH : PELAJAR
SEKOLAH MENENGAH
1. Salah laku
Mengikut
data 1993 yang dianalisis oleh Unit Disiplin Bahagian Sekolah Kementerian
Pendidikan Malaysia, sebahagian besar salah laku yang dilakukan oleh para
pelajar adalah salah laku ringan, iaitu 0.67 peratus terlibat dalam ponteng
sekolah, diikuti dengan salah laku ponteng kelas (0.45 %), lewat datang
ke sekolah (0.38 %), berpakaian sekolah tidak mengikut peraturan (0.20
%), menganggu pelajaran (0.15 %) dan berambut panjang (0.13 %).
Kajian
yang dijalankan oleh T. Subahan Mohd. Meerah et.al (1993) ke atas 20 orang
guru pelatih yang pernah membuat latihan mengajar bagi sesi persekolahan
1987/1988 di beberapa sekolah menengah, menunjukkan bukti yang sama.
Antara jenis salah laku yang dilakukan ialah :
i. Ponteng
Dalam
kategori ini, salah laku ponteng sekolah ialah 50 peratus, ponteng
kelas
40 peratus dan kerap keluar kelas ialah 25 peratus.
ii. Tidak
patuh arahan
Kategori
ini mencakupi salah laku seperti tidak memberi perhatian kepada
pelajaran
sebanyak 30 peratus, tidak membuat tugasan sebanyak 25
peratus,
tidak membawa buku sebanyak 10 peratus, tidur dalam kelas
sebanyak
10 peratus dan tidak boleh mengikuti pelajaran yang diajar
sebanyak
5 peratus.
iii.
Ganggu pelajaran
Antara
jenisnya ialah buat bising (30 peratus), merosakkan alat bantu
mengajar
920 peratus), mengganggu kawan semasa proses pengajaran
guru (15 peratus) dan mempertikaikan pengajaran guru (10 peratus).
iv. Tidak
sopan
Dalam
kategori ini, berpakaian tidak kemas (25 peratus), bercakap kasar
dengan guru (25 peratus) dan mencarut (5 peratus).
Apa yang
mendukacitakan ialah jumlah pelajar Melayu yang terlibat dalam masalah
salah laku adalah tinggi. Di peringkat sekolah menengah, terdapat
kira-kira 8.68 peratus daripada 1499188 yang terlibat dalam salah laku
dan 5.48 peratus terdiri daripada pelajar Melayu.
2. Penagihan
dadah
Penagihan Dadah
Di Kalangan Pelajar
1983 - 1993
TAHUN JUMLAH
1983
1984
1985
1986
1987
1988
1989
1990
1991
1992
1993 197
275
138
240
343
206
156
251
227
197
140
JUMLAH 2370
Data rasmi
menunjukkan penglibatan golongan Melayu dalam penyalahgunaan
dadah dan penagihan,
setakat yang dapat direkodkan dan diuruskan oleh Pasukan Petugas
Anti Dadah
(PPAD). Golongan Melayu merupakan kelompok etnik yang terbesar terlibat
dalam masalah
ini.
3. Jenayah
juvana
Terdapat
tiga istilah yaang berbeza mengikut istilah perundangan iaitu ‘juvana’,
‘orang muda’ dan ‘remaja’. Bagaimanapun dapat disimpulkan bahawa
ianya bermaksud “seseorang yang telah mencapai umur 14 tahun dan mengiktirafkannya
mengetahui akibat perlakuan jenayah (criminal responsibility) dan di bawah
umur 18 tahun.
Terdapat
pelbagai masalah yang akan ditemui oleh seorang kaunselor dalam kategori
permasalahan ini. Perangkaan yang dibentangkan meliputi kesalahan-kesalahan
jenayah kekerasan, jenayah harta-benda, jenayah perdagangan, judi dan lain-lain.
Perangkaan Tangkapan
Juvana Yang Terlibat Dengan Kes Jenayah
Bagi Tahun
1985 Hingga !994 (Nov)
Kesalahan/Tahun
1985 1986 1987 1988 1989 1990 1991
1992 1993 1994
Bunuh
7 6
22 5 23
6 7
17 12
10
Samun
127 174 88
86 74 51
22 60 61
51
Rogol
20 17 22
21 36 27
24 36 53
55
Cederakan orang
62 54 84
123 106 83
87 116 111
101
Peras ugut
39 40 55
27 121 24
33 231 32
37
Bersenjata
70 16 425
32 19
6 5
8 15
16
Pecah rumah/curi
402 478 332 334
614 386 317 477
546 409
Curi kenderaan
93 134 88
93 179 375
270 240 345
293
Kecurian (lain)
856 980 720 636
537 205 132 514
480 571
Judi
18 25 37
81 27 44
23 28 29
27
Dadah
286 296 407 164
217 163 135
97 139
115
Rasuah
2 15 3
11 13 25
5 5
6 3
Lain-lain
221 282 322 272
423 375 298 305
480 348
Jumlah
2203 2517 2605 1885 2389 1770
1358 2134 2309 2036
Kategori Kes
Mengikut Umur
1990 Hingga
1994
Tahun
Peringkat Umur
15 - 18 13 - 15
10 - 12 Jumlah
1990
1374 899
133
133
1991
1066 727
99
99
1992
1816 1105
243
243
1993
2188 1214
200
200
1994
1942 914
159
159
Jumlah
8386 4859
834 14079
Peratus
(59.56%) (34.51%) (5.92%)
(100%)
Dari data yang melibatkan umur didapati penglibatan remaja dalam jenayah melibatkan peringkat umur 15 hingga 18 tahun adalah tinggi. Sudah pasti ketika ini mereka masih berada di bangku sekolah secara keseluruhannya dan menjadi tugas seorang kaunselor untuk membantunya sedaya mungkin.
BAGAIMANA SEORANG
KAUNSELOR DAPAT MEMBANTU
Guru
pembimbing merupakan satu profesion yang tidak boleh lari daripada memahami
perasaan dan tingkah laku pelajar serta mengambil tindakan untuk menolong
mengatasi masalah yang dihadapi. Oleh itu seorang kaunselor perlu
memahami beberapa teori untuk membantu kliennya. Berdasarkan pendapat-pendapat
itu, Belkin, C.S (1980, hal. 38) telah merumuskan :
Most
theories of caunseling were derived from the experiences of a practitioner.
Freud,
Rogers, Ellis, Wolpe, each developed a comprehensive theory of
personality
and caunseling from the observed results of interactions in the
clinical
setting, than reflecting on a large body of evidence with the goal of trying
to find a common concept or element.
Dengan
kata lain, kebanyakan teori yang dikemukakan itu adalah berdasarkan pengalaman
dan latihan oleh beberapa orang pakar kaunseling. Berikut ialah beberapa
teori yang dikemukakan oleh mereka dalam proses menolong klien.
1. Teori
Terapi Elektik
2. Teori
Pemusatan Klien
3. Pendekatan
Gestalt
4. Teori
Psikoanalitik
5. Terapi
Tingkah Laku