|
BIOS SETTING
Bergantung pada jenis BIOS yang
anda gunakan. Kemungkinan terdapat pelbagai maklumat lain yang tidak disertakan
yang mana mungkin terdapat/tersimpan di dalam ingatan BIOS atau ROM. Sesetengah
setting yang terdapat/tersenarai disini mungkin tidak terdapat di dalam
komputer anda.
Tanda Amaran y2k
Sebelum mengubah apa-apa setting di dalam BIOS
komputer anda, anda perlu mencatakan terlebih dahulu semua nilai asal yang
terdapat di dalam setting dan menyimpannya di tempat yang selamat kerana
dikhuatiri anda akan memerlukannya kembali. Adalah menjadi kebiasaan bagi
komputer menjadi "crash" apabila setting di dalam BIOS diubah. Walaubagaimanapun,
bagi komputer yang dilengkapi dengan BIOS yang baru, ini tidak menjadi
masalah kerana pengguna boleh memlih setting yang asal atau memilih option
"Load BIOS default" di dalam setting. Ini akan menyebabkan komputer menggunakan
setting asal di tahap yang paling minimum agar komputer boleh berjalan/beroperasi.
Kebanyakan BIOS mengandungi utiliti bagi cakera keras "hard disk" yang dinamakan "Low Level Formatting". Kebanyakan IDE/ATA atau SCSI driver yang dipasangkan di setiap komputer selepas tahun 1992 atau selepasnya akan rosak kerana menggunakan ciri ini. Utiliti ini hanya dicipta untuk berfungsi dengan cakera keras MFM dan RLL yang digunakan pada tahun 1980 hingga 1992.
ADVANCED CMOS SETUP
DISABLE AUTORUN FUNCTION
Kebanyakan CD-ROm yang dijual dilengkapi dengan
fail bernama autorun.inf. Komputer anda akan menjalankan segala arahan
yang terdapat di dalam fail tersebut. Sekiranya anda tidak mahu komputer
anda menjalankan program tersebut secara automatik, terdapat dua cara.
Cara Pertama:
Menekan Button Shift pada keyboard semasa anda memasukkan CD-ROM ke dalam pemacu.
Cara Kedua:TAMBAHAN DARI TEMPORARY INTERNET FILES
- Pergi pada Start Button> Setting> System> Device Manager.
- Klik pada tanda "+" di sebelah gambar CD-ROM.
- Klik pada nama atau keterangan CD-ROM tersebut. Contohnya, MitsumiCDx
- Klik pada option "properties" di bawah.
- Klik pada bahagian setting. Buangkan tanda pada "Auto Insert Notification" .
- Selepas berbuat demikian, komputer anda tidak akan menjalankan sebarang program dari CD-ROM secara automatik.
MICROSOFT PLUS
Sekiranya anda ingin menambahkan kelajuan komputer
anda. Disyorkan supaya anda tidak menggunakan Microsoft Plus sebagai tamabahan
atau accessories. Program ini hanya akan melambatkan komputer anda. Walaupun
komputer anda kelihatan menarik, sebenarnya, proses berjalan amat lambat.
BACKGROUND SETTING
Anda dapat menjimatkan ruang ingatan komputer
anda sekiranya anda setkan gambar background kepada none. Ini kerana gambar
background menggunakan sumber ingatan yang agak besar.
COLOR SETTING
Pastikan anda telah meletakkan setting warna
yang sesuai. Jika monitor dan kad paparan anda mampu menampung resolution
1024 by 768 mengapa anda tidak menggunakannya.
MEMPERCEPATKAN PERJALANAN ANDA
DI INTERNET
Sekiranya anda mahu lebih cepat untuk meninjau
ke internet tanpa melihat gambar yang dipamirkan. Anda boleh disablekan
pilihan gambar tersebut. Dengan ini, hanya paparan teks sahaja yang dipaparkan.
OPTIMISEKAN PENGGUNAAN MEMORY
"RAM"
RAM merupakan salah satu diantara faktor yang
mempercepatkan proses di dalam komputer. Sekiranya komputer anda kekurangan
komputer, perisian di dalam komputer akan berjalan atau beroperasi dengan
perlahan. Anda perlu tahu cara untuk menggunakan RAM anda dengan sebaik
mungkin. Diantara cara untuk menjimatkan RAM anda supaya boleh digunakan
oleh program-program yang penting ialah dengan cara membuang segala perisian
yang tidak diperlukan yang berada di dalam folder startup. Wallpaper yang
anda gunakan juga menggunakan ruang ingatan yang besar. Cuba setkan kepada
none.
MEMPERCEPATKAN PROSES SEMASA
BERADA DI INTERNET
Jika anda ingin cepat mendapatkan access ketika
berada di internet. Anda boleh setkan supaya pelayar anda tidak memaparkan
grafik. Ini kerana fail-fail grafik adalah lebih besar daripada teks. Kebiasaannya,
arahan ini boleh disetkan didalam ruangan option di dalam setiap pelayar.
Tapi, ia juga bergantung pada jenis pelayar yang anda gunakan.
RESTART KOMPUTER CARA CEPAT
Sekiranya anda hanya ingin restart windows
dan bukannya keseluruhan komputer. Tekan kunci shift sambil menekan
restart.
MEMADAM FAIL-FAIL YANG TIDAK
DIPERLUKAN
Terdapat banyak jenis fail didalam komputer kita.
Tetapi awas! Jangan padam fail-fail tersebut sesuka hati anda. Diantara
fail-fail yang boleh dipadam ialah fail sementara dan fail backup. Gunakan
arahan find, taipkan *.tmp Padamkan semua fail yang disenaraikan.
Ulangi langkah diatas dengan menaip*.bak Padamkan semua fail yang
disenaraikan.
MENGGUNAKAN DAKWAT REFILL
Sekiranya pencetak ink jet anda telah kehabisan
dakwat. Anda tidak perlu membeli dakwat yang baru beserta casingnya sekali.
Sebaliknya anda boleh mendapatkan ink refill. Pastikan terlebih dahulu
jenis pencetak yang anda gunakan. Kemudian pergi ke kedai komputer yang
berhampiran untuk mendapatkan ink refill tersebut. Anda dapat menjimatkan
wang anda dengan cara ini.
MENGHILANGKAN TASKBAR
Sekiranya taskbar sering mengganggu anda ketika
anda sedang melakukan tugas. Anda boleh menyembunyikan taskbar dengan cara
klik pada "start" button, "setting", "taskbar", "taskbar option". Seterusnya
pastikan anda menandakan ruangan hide "taskbar"
MENGUBAH KEDUDUKAN TASKBAR
Anda boleh mengubah kedudukan taksbar kemana
sahaja yang anda kehendaki. Hanya klik pada taskbar tanpa melepaskannya.
Kemudian seretkan taskbar ke lokasi yang baru. Lepaskan mouse. Sekiranya
anda menyeretkan taskbar dari bottom ke top, maka taskbar bar akan berada
pada top.
MENDAPATKAN PROGRAM WINDOWS EXPLORER
CARA CEPAT
Right klik mouse anda pada start button. Pilih
"Explore" left klik pada "Explore"
DOUBLE CLICK, ONCE CLICK, LEFT
CLICK AND RIGHT CLICK
Anda akan memperolehi lebih banyak rahsia dengan
melakukan double click, once click, left click dan right click pada item-item
yang tertentu. Ini tidak akan mengganggu sistem komputer anda.
PERGI KE BACKGROUND PROPERTIES
CARA CEPAT
Anda hanya perlu right click pada background
dan dapatkan pilihan properties. Anda akan dapat pergi ke display properties
MENGOSONGKAN DOKUMEN PADA START
BUTTON
Klik pada start button, pilih settings>taskbar
and start menu>start menu programs>clear. Kesemua dokumen yang baru sahaja
anda bukan akan dikosongkan.
MENGGUNAKAN PROGRAM MANAGER SEBAGAI
GANTI EXPLORER
Klik pada start button. klik pada run. Taipkan
sysedit. Dapatkan fail System.ini. pergi ke bahagian [boot]. Gantikan shell=explorer.exe
dengan shell=winfile.exe. Restart komputer anda. Setelah komputer dihidupkan.
Komputer anda akan menggunakan program manager dan bukannya explorer.
MENGGUNAKAN FUNGSI TETINGKAP
PADA KEYBOARD WIN95
Bagi anda yang menggunakan keyboard Win95, anda
boleh menggunakan short cut yang berikut.
Untuk membuat "shortcut" bagi pemacu liut, letakkan ikon pemacu cakera liut di dalam "My Computer" ataupun "Window Explorer". Klik kanan pada gambar ikon ini, tarik ia keluar ke "desktop" dan lepaskannya. Apabila menu "pop up" keluar, pilih "Create Shortcut(s) Here". Kemudian, namakan "shortcut" ini kepada nama yang sesuai seperti "Floopy Drive A". Cuba jalan pintas ini dengan memasukan sekeping Disk ke dalam pemacu. Klik dua kali pada gambar ikon. Kesemua kandungan fail akan dipaparkan pada "screen".
MENGELAKKAN DARIPADA MENAIP SEMASA
"CAPS LOCK" ON
Anda boleh mencipta bunyi amaran sebagai tanda
anda telah mengaktifkan kekunci "CAPS LOCK". Untuk melakukan ini:
MENYEMBUNYIKAN "TASKBAR"
Untuk memaksimumkan ruang penglihatan anda, anda
boleh tetapkan "properties" bagi "taskbar" kepada "Auto Hide".
CARA-CARA UNTUK PERGI KE WINDOWS
EXPLORER
Cara pertama, klik bebutang Start dan pilih Programs.
Seterusnya pilih Windows Explorer.
Cara kedua, klik ikon My Computer dua kali sambil
menekan kekunci Shift.
Cara ketiga, pergi kepada sisi tetingkap fail
dan klik dua kali sambil menekan kekunci Shift.
PADAM FAIL SECARA TERUS
Biasanya jika anda membuang fail ia akan tersimpan
di dalam Recycle Bin. Jika anda mahu membuangnya terus, klik fail terus
dan bawa ke Recycle Bin sambil menekan kekunci Shift. Atau tekan
Shift
dan Delete serentak setelah memilih fail yang hendak dibuang.
MENCETAK FAIL CARA PANTAS
Cara yang mudah untuk mencetak sesebuah dokumen
tanpa membukanya ialah dengan membuka Explorer dan klik serta bawa fail
tersebut kepada ikon Printer.
MENGOSONGKAN MENU DOKUMENT
Untuk mengosongkan menu Documents, klik bebutang
kanan pada Taskbar dan pilih Properties. Seterusnya pilih Start Menu Program
dan klik butang Clear dan Documents Menu. Kemudian klik OK.
MULAKAN KOMPUTER DARI DOS PROMPT
Jika anda tidak mahu memulakan komputer anda
dengan Windows 95, tekan kekunci <F4> untuk memulakan komputer
dari DOS.(jika komputer anda pernah menggunakkan DOS)
MENDAPATKAN START MENU MENGGUNAKAN
PAPAN KEKUNCI
Untuk mendapatkan Start menu dengan menggunakan
papan kekunci tekan kekunci <Ctrl><Esc>.
BUKA FAIL CARA CEPAT
Jika anda telah membuka WordPad atau Word 7.0,
anda hanya perlu membuka Explorer dan pilih fail teks yang anda mahu buka.
Klik fail tersebut dan tanpa lepas gerakan fail tersebut kepada "title
bar" WordPad atau Word 7.0. Fail tersebut akan terbuka.
MEMBERSIHKAN SKRIN
Untuk membersihkan skrin daripada ikon yang tidak
digunakan contohnya Microsoft Network dan My Briefcase, klik ikon tersebut
dan bawa ikon tersebut kepada ikon Recycle Bin.
PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU
TENTANG FAIL
Setiap fail yang wujud di dalam komputer mempunyai
sifat-sifat berikut yang perlu anda ketahui.
BUKU ALAMAT DALAM PERJALANAN
Sekiranya anda sering mengembara, saya ingin
mencadangkan supaya anda mengeksport buku alamat kepada format fail teks.
Dengan cara ini, anda boleh membawa bersama maklumat buku alamat ke dalam
sekeping disket dan tidak perlu bimbang kerana tidak dapat membacanya kerana
semua komputer mempunyai perisian Notepad. Carannya amat mudah. Masukkan
sekeping disket kosong kedalam pemacu A. Buka Buku Alamat "Address Book"
pilih File>Go>Eksport>Address Book. Apabila kotak dialog "Export" dibuka,
pilih "Textfile" (Comma Separated Values). Klik pada Eksport dan masukkan
nama fail. Contohnya A:\alamat.txt Klik "Next"
dan pilih medan yang ingin dieksport. Setelah anda membuat pilihan. Klik
"Finish". Kembali kepada kotak dialog. Klik "Close" untuk menyimpan perubahan
yang anda telah lakukan dan tutup kotak dialog.
TASKBAR PROPERTIES
Untuk membuka kotak dialog bagi "Taskbar" cara
cepat, anda hanya perlu "right click" pada ruangan kosong pada "taskbar"
dan pilih "Properties".
"DRAG & DROP" BAGI MEMPERKEMASKAN
"START MENU" ANDA
di dalam Windows 98, lebih mudah untuk anda bagi
memindahkah "programs", "shortcuts" dan "favourites". Hanya klik pada butang
"Start" dan "highlight" "Programs", "Favourites" ataupun "Dokuments". Klik
dan lepaskan "Item" yang anda ingin pindahkan ke lokasi yang baru. Anda
juga boleh memindahkan "item" daripada "submenu" ke lokasi yang lebih atas
untuk capaian yang lebih pantas.
"DRAG AND DROP TASKBAR"
Samaada anda tahu atau tidak, anda boleh meletakkan
"taskbar" anda kemana sahaja yang anda kehendaki. Hanya klik pada "taskbar"
tersebut tanpa melepaskannya, kemudian tarik dan lepaskan ke lokasi baru
yang anda kehendaki.
MEMBINA "TOOLBAR" ANDA SENDIRI
PADA "TASKBAR"
Anda boleh menukarkan mana-mana "folder" kepada
"toolbar". Hnaya dengan sekali klik "folder" tersebut akan dijalankan.
Untuk membina "toolbar" anda sendiri:
MEMILIH TEKS TERTENTU DI DALAM
MICROSOFT WORD
Sekiranya anda perlu untuk memilih lebih banyak
teks selain daripada yang anda perlukan. Anda boleh mencuba cara berikut.
Klik pada permulaan teks yang ingin dipilih. Tekan butang F8, kemudian
gunakan kunci anak panah untuk memilih perkataan yang diingini. Apabila
telah selesai, tekan butang Esc untuk menamatkan pilihan.
Untuk memilih keseluruhan muka surat. Anda perlu
klik pada bahagian teratas halaman (atau mana-mana bahagian yang anda kehendaki)
tekan F8, kemudian tekah Ctrl+G. Apabila kotak tetingkap "Find And Replace"
muncul, pilih "page" dan klik "next". Setelah anda memilih muka surat tersebut.
Klik Esc untuk menutup kotak dialog dan kemudian klik Esc lagi untuk menamatkan
pilihan.
Klik Sekali
Jika anda menggunakan Windows 98 anda boleh menggunakan
kemudahan klik sekali. Dengan cara ini, anda tidak perlu klik dua kali
untuk melakukan sebarang operasi. Caranya ialah dengan membuka Windows
Explorer>view>folder options>General>WebStyle>apply.
Tambah File Ke Dalam "Start Menu"
Caranya cukup mudah, gunakan Internet Explorer,
pilih nama fail yang dikehendaki dan lepaskan kedalam "Start Menu".
Laman Web : tuanmat.tripod.com | E-Mail : tmnm@hotmail.com |