TAJUK: Pengasingan
Pelajar Dari Perspektif Teori Sruktural- Fungsional
1.Pendahuluan
1.1 Makna teori struktural- Fungsionalisme
Teori Fungsional diperkenalkan oleh Comte, Spencer
dan E. Durkheim. Spencer dalam teorinya itu menyatakan bahawa masyarakat
adalah satu.Disamping itu beliau juga mengkategorikan keluarga sebagai
satu. Kedua-dua masyarakat dan keluarga memerlukan segala kemudahan seperti
rumah kediaman,rumah ibadat,balai raya,sekolah,padang permainan dan sebagainya.Ringkasnya
teori ini mengikut Spencer masyarakat terdiri daripada dua kumpulan iaitu
masyarakat berfungsi dan tidak berfungsi.
Ahli-ahli fungsionalisme berpendapat bahawa masyarakat
yang wujud kini mempunyai keperluan-keperluan tertentu untuk memenuhi kehendak-kehendak
mereka.Mengikut Brinkerhoff dan White(1989) ada tiga andaian utama ahli-ahli
Fungsionalisme iaitu evolusi, harmoni dan stabiliti.Diantara ketiga-tiga
ini stabiliti adalah yang utama dimana ianya menentukan sejauhmana sesuatu
masyarakat itu dapat bertahan dan berkekal di alam semesta ini. Kedua
Evolusi, mengambarkan perubahan-perubahan yang berlaku kepada sesuatu masyarakat
melalui proses adaptasi struktur sosial kepada pembaharuan.Ianya juga akan
menghapuskan segala struktur yang tidak diperlukan lagi.
Masyarakat yang berfungsi adalah masyarakat yang
stabil, harmoni dan sempurna dari segala segi termasuk dari segi bekerjasama,bersatupadu,hormat
menghormati dan sebagainya. Ringkasnya masyarakat fungsional ialah masyarakat
yang mengamalkan sikap berpositif. Kehidupan masyarakat fungsional sentiasa
seimbang dan disenangi oleh yang lain. Mereka mudah gaul antara satu sama
lain.
Sebaliknya masyarakat tidak fungsional ialah
masyarakat yang tidak berfungsi. Masyarkat tidk berfungsi merujuk kepada
masyarkat yang sentiasa mempunyai masalah seperti tidak berpuas hati terhadap
pihak pemerintah, kacau bilau, tidak menunjukkan sikap tidak berkerjasama
dan sentiasa berporak peranda.Mereka ini sentiasa mengamalkan sikap individualistik.
Masyarakat juga tidak menghormati orang tua mahupun muda dan tidak memiliki
nilai-nilai moral yang baik.Mereka sentiasa bersikap negatif sepanjang
kehidupan di alam semesta.
Merton yang merupakan seorang ahli Fungsionalisme
menyatakan bahawa terdapat Perbezaan terhadap Fungsi dan Disfungsi.Perubahan
dalam sesuatu masyarakat, jika membuahkan hasil positif, ia dikatakan fungsional(fungsi).
Manakala jika perubahan sosial dalam sesuatu masyarakat membuahkan hasil
negatif ianya dianggap Disfungsional.
Kesimpulanya Perkara-perkara yang mengekalkan
status qua disebut fungsional manakala yang tidak mengekalkalkan status
qua disebut Disfungsional.
2. Menganalisis Isu
2.1 Sinopsis isu
Tajuk kerataan akhbar- Pengasingan pelajar
Salah satu isu yang hangkat diperkatakan kini
ialah mengenai pengasingan pelajar di sekolah rendah. Pengasingan pelajar
ini telah berjaya dibongkarkan oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan
Kebangsaan Malaysia (NUTP). Menurut setiausaha agungnya Dato N. Siva Subramaniam
hampir sepuluh peratus daripada Sekolah Kebangsaan di Malaysia mengamalkan
pengasingan pelajar. Pengasingan ini menurut beliau berlaku mengikut kaum.
Iaitu kebanyakkan sekolah ini mengasingkan murid mengikut kaum.
Ada juga yang mengatakan bahawa pengasingan
ini berlaku disebabkan oleh pilihan matepelajaran di sekolah. Terdapat
dua matepeljaran yang memberi laluan kepada pengetua, guru besar dan guru
– guru untuk mengasingkan murid mengikut kaum iaitu matepelajaran ibunda
dan agama. Sementara itu ada juga yang menyatakan bahawa pengasingan pelajar
di buat berdasarkan kebolehan pelajar dalam bilik drjah. Contohnya, murid
yang rajin dalam kelas A dan murid sederhana dalam kelas B manakala murid
lemah dalam kumpulan C. Apabila ini dilakukan kemungkinan stu etnik pelajar
terlibat.
Sebagai bukti kepada kenyataan ini NUTP
telah meyenaraikan 27 buah sekolah yang terbabit mengasingkan murid-
murid ini. Menurut kesatuan tersebut banyak lagi sekolah yang akan disenaraikan.
Walaubagaimanapun dakwaan ini disangkal oleh beberapa pihak termasuk Menteri
Pendidikan,Timbalan Menteri Pendidikan dan beberapa Pegawai tertinggi kerajaan.
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan tindakan mengasingkan pelajar adalah
bercanggah dengan dasar kementerian dan ia boleh menjejaskan proses integrasi
kaum.Selain dari itu Kementerian jug enggan mempercayai segala tuduhan
tersebut sebaliknya meminta Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Malaysia mengemukakan
bukti yng kukuh terhadap tuduhanya itu.Mereka juga mahukan laporan lengkap
berhubung dakwaan tersebut di kemukakan oleh Kesatuan tersebut.
Walaupun pelbagai pihak bertelingkah
berhubung dengan isu tersebut,namun apa yang perlu diambil perhatian ialah
samada perkara itu benar-benar terjadi ataupun tidak. Jika perkara itu
benar-benar berlaku, mengikut Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Aziz Shamsuddin,Kementeriannya
perlu mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang bertanggungjawap terutama
Pengetua, Guru Besar dan Guru-guru.
Kementerian Pendidikan juga mengarahkan
Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing mengambil tindakan terhadap
mereka jika perkara itu benar-benar berlaku.Namun Kementerian Pendidikan
mengaku dan berpendirian bahawa sistem pendidikan negara tetap dalam keadaan
baik. Mereka juga merasakan bahawa sistem pendidikan negara tetap berada
dalam landasan yang betul bagi menghasilkan warganegara yang bertanggungjawap
dan bersatupadu.
2.2 Analisis isu berdasarkan satu teori
sosiologi
Isu dinyatakan
dalam akhbar ini ialah isu pengasingan murid mengikut kaum.
Pengasingan murid atau pelajar ini berlaku
disebabkan sikap Guru Besar yang mementingkan diri sendiri. Guru
Besar mempunyai agenda tersendiri seperti tidak membenarkan murid-murid
atau pelajar –pelajar bergaul antara satu sama lain. Ini berlaku mungkin
kerana pengetua ataupun guru besar seorang yang sangat ekstrimis dalam
agama. Kemungkinan juga guru besar ini tidak mahu murid-murid ataupun pelajar-pelajar
yang seagama dengannya bercampur gaul dengan murid-murid atau pelajar-pelajar
yang berlainan agama dan budaya. Disini kita dapati bahawa guru besar ini
tidak mempunyai nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati di antara
satu sama lain. Ianya jelas menunjukkan bahawa guru besar membawa
pengaruh negatif .I ni dapat kita kaitkan terus dengan teori sosiologi
Fungsionalisme.
Selain daripada sikap guru besar, pengasingan
murid ataupun pelajar berlaku disebabkan sikap negatif di kalangan
guru-guru. Guru-guru yang di tugaskan untuk mengajar murid-murid sering
menunjukkan sikap membezakan kaum mengikut agama, budaya dan bahasa. Ada
guru yang enggan mengajar murid-murid berbangsa india dan cina kerana mereka
mempunyai berlainan agama dan budaya. Meraka tidak sedikitpun menunjukkan
sikap kasih sayang yang perlu ada sebaliknya menunjukkan sikap benci terhadap
sesuatu kaum. Ini menyebabkan mereka terpaksa mengasingkan murid-murid
atau pelajar-pelajar mengikut kaum-kaum tertentu.Ini menunjukkan bahawa
guru-guru bersikap Disfungsional dimana mereka bertindak menghasilkan mayarakat
yang negtif dari segi mental dan jasmani serta rohani.
Pengasingan murid-murid tupun pelajar –
pelajar juga turut berlaku disebabkan oleh sikap ibu bapa.Ibu bapa mempunyai
peranan yang amat penting dalam menentukan kehendak-kehendak anak-anak
mereka.Mereka yang seharusnya mengetahui naluri dan perasaan anak-anak
mereka gagal berbuat demikian. Mereka tidak berfungsi dalam menentukan
halatuju anak-anak mereka.Jika mereka merupakan ibu bapa yang mempunyai
ciri fungsional maka tentunya mereka akan memberikan perhatian yang lebih
serius kepada kehendak anak-anak mereka. Contoh mereka akan menghantar
anak-anak mereka ke aliran yang seiring dengan budaya dan agama mereka
seperti murid melayu ke sekolah kebangsaan, murid india ke sekolah tamil
dan murid cina ke sekolah cina. Ataupun sekurang-kurang memberi nasihat
kepada pengetua dan guru besar sekirannya mereka mengasingkan pelajar-pelajar
mengikut kaum. Mereka juga boleh melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa
agar tindakan wajar dapat diambil ke atas mereka yang bertanggungjawap.Sebaliknya
ramai yang enggan berbuat demikian. Ini jelas menunjukkan bahawa ibu bapa
adalah Disfungsional.
Isu pengasingan murid dan pelajar juga
mempunyai hubungan rapat dengan Pegawai-pegawai di Jabatan Pendidikan
Negeri masing-masing. Pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri dan Negara tidak
menunjukkan tanggungjawab yang sepenuhnya. Ini dapat dijelaskan kerana
tiada pemantauan yang rapi dibuat dari masa ke semasa. Jikapun mereka membuat
pemantauan,tidak pernah mereka mendengar pandangan dan perasaan murid-murid
dan guru-guru berlainan bangsa terutama mengenai layanan yang diterima.
Ini menjelaskan bahawa pegawai di Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan
bersifat Disfungsional.
2.3 Definisi satu daripada konsep sosiologi
yang digunakan untuk menganalisis Isu( Meritokrasi )
Dasar kerajaan selepas negara mencapai kemerdekaan,
amat berbeza dimana
Pendidikan melalui pengaliran diamalkan. Melalui
pengaliran ini, murid-murid akan bersaing untuk mendapatkan pendidikan.
Pendidikan ini di sahkan oleh sistem peperiksaan. Bagi mencapai matlamat
sekolah murid-murid di asingkan mengakut kebolahan. Pelajar yang cemerlang
akan di tempatkan dalam kelas A, murid yang sederhana dlam kelas B manakala
murid yang lemah dalam kelas C dan D.Contohnya selepas U.P.S.R
pelajar-peljar yang melanjutkan pelajaran kesekolah menengah akan diasingkan
mengikut keputusan U.P.S.R. Di peringkat sekolah menengah pelajar-pelajar
diasingkan mengikut keputusan PMR dan SPM.
Selepas Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan
oleh kerajaan maka wujudlah sekolah- sekolah berasrama penuh.ekolah –sekolah
ini wujud supaya dapat membantu kaum yang ketinggalan dalam ekonomi
mencapai pembanggunan yang setara dengan kaum-kaum lain di Negara ini.
Khasnya kaum Bumiputra.
Amalan Metrokrai secara umumnya telah di terima
oleh segenap lapisan masyarakat di Malaysia sebagai sebahagian dari sistem
Pendidikan Negara.
Kesimpulanya , Metrokrasi membolehkan setiap
murid dan pelajar menikmati pendidikan yang sempurna mengikut kebolehan
masing-msing.Ianya juga memberi peluang kepada murid-murid untuk
mencapai ke tahap yang lebih tinggi.
2.4 Menganalisis isu berdasarkan 3 konsep
Sosiologi
2.4.1 Konsep Metrokrasi
Seperti mana yang dinyatakan sebentar tadi bahawa
Metrokrasi memberi peluang kepada semua murid dan pelajar untuk mencapai
pendidikan ke tahap yang maksimum. Setiap murid dan pelajar di beri peluang
untuk memperolehi ilmu pengetahuan mengikut kebolehan mereka. Namun apabila
kita membincangkan isu pengasingan pelajar, kita dapati ada pihak yang
cuba menyalahgunakan konsep ini untuk kepentingan diri sendiri. Sebagai
contoh, Pengetua , Guru Besar dan guru –guru yang sedia maklum perkara
ini cuba untuk mengasingkan pelajar-pelajar mengikut kaum. Mereka berbuat
demikian supaya dapat memberi pendidikan kepada kaum mereka sahaja dan
kaum-kaum lain di tinggalkan. Apabila ini berlaku maka satu kaum
dapat menguasai ilmu pengetahuan.Agenda sebenar mereka ialah supaya menjadikan
kaum-kaum lain lemah dri segi ilmu pengetahuan dan ekonomi.
2.4.2 KonsepPendidikan dan
hubungn Etnik
Selain daripada itu Sistem Pendidikan di
negara kita sebelum kemerdekaan turut memberi kesan secara tidak langsung.
Sebelum kemerdekaan inggeris telah mengasingkan tiga kaum utama di Malaysia
mengikut pekerjaan mereka. Umpamanya orang cina di bandar, orang melayu
di kampung manakala orang India di ladang.Sistem ini masih di amalkan di
Malaysia di mana hari ini kita dapat melihat masih lagi wujud sekolah melayu
di kampung, sekolah cina di bandar dan sekolah tamil di ladang. Ini menyebabkan
kaum mejoriti merasa, mereka tidak dihormati dan di pandang rendah.Mereka
mengangkap kewujudan sekolah aliran lain tidak perlu dan hanya semata-mata
untuk memberi persaingan kepada mereka.Bagi mereka sekolah satu aliran
sudah memadai. Namun akikat ini tidak diterima oleh kaum-kaum lain. Ini
kerana mereka mengangkap sekiranya kerajaan menghapuskan sekolah-sekolah
aliran lain seperti Sekolah Tamil dan Cina, maka budaya serta kepercayaaan
juga akan turut hilang.Oleh itu mereka tidak membenarkan pihak berkuasa
menutup sekolah-sekolah aliran Cina dan Tamil. Konflik ini menyebabkan
kaum mejoriti bertindak mengasingkan pelajar-pelajar yang tidak sekaum
dengan mereka.
2.4.3 Konsep Pendidikan dan Kurikulum
Pengasingan murid dan pelajar di sekolah
juga berlaku disebabkan kurikulum. Menteri Pendidikan Tan Sri Musa Muhammad
sendiri mengku bahawa pengasingan pelajar berlaku kerana kurikulum yang
berlainan.contohnya pendidikan moral dan pendidikan Islam. Pelajar –pelajar
diasingkan mengikut etnik untuk memudahkan pihak pentadbir membuat jadual
waktu pelajaran. Di samping itu Ustaz dan Ustaza juga tidak dapat
mengajar pendidikan Islam sekiranya murid bukan beragam islam berada dalam
kelas tersebut. Justeru ada yang menyatakan bahawa adalah wajar bagi pihak
sekolah mengasingkan pelajar untuk memudahkan segala pentabiran. Namun
kita juga perlu meneliti pandangan ini kerana ada sekolah yang tidak mengasingkan
pelajar dapat menjalankan pendidikan agama dan moral tanpa sebarang masalah.
Lebih-lebih lagi mereka dapat mewujudkan suasana pembelajaran yng harmoni.
2.5 Rumusan
Isu pengasingan murid dan pelajar di sekolah
seperti mana yang di dakwa oleh Kesatuan perkhidmatan Perguruan Kebangsaan
( NUTP ) sememangnya wujud di beberapa buah sekolah di negara kita.
Namun isu tidak sangat serius seperti mana berlaku di negara-negara lain.
Antara sebab utama isu berlaku adalah kerana sikap Pengetua, Guru Besar
dan Guru-guru yang mementingkan diri sendiri tanpa berfikir akan kepentingan
negara dan masyarakat. Mereka juga tidak berprofesional apabila menentukan
halatuju sekolah pada masa hadapan.
Sekumpulan guru yang sangat extrimis kepada agama
adalah juga merupakan punca pengasingan pelajar di sekolah. Mereka ini
sangat extrimis sehingga sanggup tidak sanggup lagi mendidik bangsa
lain kecuali bangsa mereka sendiri sahaja. Guru-guru ini juga mempengaruhi
minda kanak-kanak supaya tidak bergaul dengan masyarakat lain. Justeru
adalah wajar bagi guru-guru seperti ini supaya sedar akan bahaya yang menimpa
negara sekiranya mereka teruskan usaha sedemikian.
Selain dari itu isu pengasingan juga berlaku
disebabkan sikap ibu bapa yang menjadi tidak fungsional. Mereka tidak berusaha
menyelesaikan masalah yang di hadapai oleh anak-anak mereka
di sekolah. Justeru pihak pentadbir dan guru sekolah bertindak melampaui
batas-batas yang di tetapkan oleh Kementerian Pendidikan.
2.6 Cadangan untuk menyelesaikan isu pengasingan
pelajar
Pada pandangan saya adalah tidak wajar
lagi kerajaan masih mengkekalkan sistem pendidikan yang lama iaitu sistem
semasa pemerintahan Inggeris.Kerajaan hendaklah berhenti dari membina sekolah
kebangsaa, sekolah tamil dan sekolah Cina secara berasingan. Sebaliknya
cadangan mewujudkan sekolah Wawasan perlu diberi perhatian dan sokongan
oleh semua pihak. Disamping mewujudkan sekolah wawasan, kerajaan juga harus
memastikan kepentingan setiap kaum di negara ini di pelihara. Antaranya
kerajaan harus memastikan peluang pekerjaan di ekolah di berikan samarata
kepada semua kaum, agama dan budaya kaum lain di pelihara tanpa sebarng
masalah.
Selin dari itu Kementerian Pendidikan juga
perlu mengubah polisi Pendidikan jangka panjang di mana hanya satu aliran
sekolah sahaja di kekalkan di negara kita. Contohnya menghapuskan sekolah
bersrama penuh sekolah-sekolah yang hanya melibatkan satu kaum sahaja.
Kementerian juga harus berpendirian positif sewaktu menerima sebarang isu.
Contohnya isu pengasingan pelajar. Pada mula Kementerian Pendidikan
tidak mengaku kewujudan isu ini malah meminta berapa pihak supaya
tidak berburu membuat tuduhan.Apabila isu ini dikaji barulah Kementerian
Pendidikan membuat pengakuan.Jadi adalah baik, jika setiap Isu yang
di bawa dengan teliti dan mengambil tindakan sekiranya benar ianya wujud.
Ibubapa yang menghantar anak-anak mereka
juga perlu pastikan mereka belajar rajin-rajin.Sementara itu segala kemuskilan
dan kesulitan yang terdapat pada anak perlu di selesaikan secepat mungkin.
Ibu bapa juga perlu sentiasa peka terhadap perkembangan diri anak-anak
mereka. Kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam pembelajaran hendaklah
di beri perhatian terlebih dahulu supaya mereka tidak ketingalan
dalam pelajaran. Sekiranya mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran, maka
tidak akan timbul isu pengasingan kaum di sekolah.
Pengetua,Guru Besar dan guru-guru
hendaklah sentiasa di awasi. Pengawasan ini bukan bermakna pergerakkan
mereka di kongkong. Sebaliknya melalui pengawasan ini kerajaan dapat mempastikan
mereka tidak melampaui batas-batas kepimpinan.Jika perlu, kerajaan bolehlah
mengadakan kursus-kursus jangka pendek kepada mereka terutama yang berkaitan
dengan isu-isu emasa.
Akhirnya dasar kerajaan yang membeza-bezakan
kaum dan status perlu di hapuskan. Contohnya, status Bumiputra dan Bukan
Bumiputra, Islam dan Bukan Islam. Kewujudan pembezaan sedemikian
menyebabkan rakyat tidak berpuas hati. Jika status ini dihapuskan dan kesamarataan
di wujudkan, maka tidak akan timbul isu pengasingan murid dan pelajar di
sekolah.
Bibliografi
Amir Hassan Dawi.2002.” Sosiologi dan Pendidikan”.Tanjung
Malim:Quantum Books
Fatimah Daud.1992. Pengenalan Teori-teori Sosiologi.
Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Ahmad Mahdzan Ayob.1992. Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi.
Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bernama. .Kesatuan Guru Melayu Kesal Sikap Siva(Article).Berita
Harian.
22 Dis 2001.
Bernama. Pengasingan pelajar: Pengetua boleh dihukum(Article).
Berita harian. 25 Dis 2001
Bernama. Selesaikan isu pengasingan pelajar secara
profesional(Article). Berita Harian 26 Dis 2001
 Agama Pendidikan Hiburan Akhbar
& Majalah
Komputer Poskad Wallpaper Malaysia
Laman Utama
 
|