TEKNIK MENJAWAB
SOALAN SASTERA SPM
A. CERPEN, NOVEL DAN DRAMA
1. SOALAN KONTEKS/PETIKAN
Bentuk soalan :
Biasanya 3-4 soalan dikemukakan untuk soalan
bentuk ini. Soalan biasanya berkisar tentang:
Watak dan perwatakan
Latar tempat/latar waktu/latar masa/latar
zaman/latar masyarakat
Berhubung dengan petikna atau dialog dengan
peristiwa sebelum dan selepas peristiwa tersebut
Hubungan antara 2 watak yang terlibat
Mesej/perutusan/amanat
2. SOALAN PERBANDINGAN
Bentuk soalan biasanya :
Perbandingan watak dan perwatakan
Tema
Plot
Gambaran masyarakat
Nota: Perbandingan boleh berlaku dalam
satu karya atau antara 2 karya.
Mesti nyatakan unsur
persamaan dan perbezaan jika soalannya berbentuk perbandingan kecuali
soalan yang memang dikhususkan
untuk membandingkannya dari satu aspek sahaja iaitu sama
ada aspek persamaan atau perbezaan
sahaja.
3. TEMA/PERSOALAN UTAMA/PEMIKIRAN
Menyatakan jenis tema
Huraian tema
Contoh
Biasanya 4 markah diperuntukkan utk soalan
berkaitan dgn tema
4. PANDUAN MENJAWAB SOALAN YANG BERKAIT DENGAN PLOT
Penekanan kepada 4 aspek iaitu:
i. Tentukan bentuk plot sama ada terdiri daripada :
a. Plot kronologis - mengikut urutan peristiwa
b. Plot kompleks /bukan
kronologi – tidak mengikut urutan peristiwa
[biasanya
2 markah]
ii. Terangkan cerita tersebut
dari awal hingga akhir secara ringkas
[biasanya
1 markah]
iii. Penilaian iaiatu menyatakan sama ada plot ceritanya senang atau sukar difahami
iv. Kemukakan sinopsis ringkas (dr awal-akhir)
cerita tersebut. Penjelasan mesti
meliputi tahap
perkembangan plot iaitu :
a. eksposisi/permulaan
cerita ,
b. klimaks
/kemuncak merupakan saat paling tegang dalam sesebuah cerita iaitu
dipenuhi dgn pelbagai konflik dan unsur suspens sehingga membawa
kepada
pengakhran konflik
c. penyelesaian/peleraian
cerita iaitu bahagian akhir sesebuah karya. Pada tahap ini
segala konflik dan masalah telah dapat diselesaikan.
[biasanya 2 markah]
[keempat-empat aspek tersebut merupakan asas
salam menjawab soalan berkaitan dgn plot]
5. UNSUR KEMASYARAKATAN
Merangkumi nilai-nilai positif / baik
sahaja yang dilakukan oleh seseorang watak sebagai anggota
masyarakat dalam cerita tersebut.
PANDUAN MENJAWAB SOALAN:
Nama watak mesti didahulukan daripada unsur
masyarakat
Contoh : Lebai Pa seorang yang sabar
…(seterusnya kemukakan huraian dan contoh)
Taburan Pemarkahan: Biasanya 1 isi=2
markah
6. NILAI KEMASYARAKATAN
Nilai kemasyarakatan merangkumi nilai-nilai yang baik dan buruk yang dilakukan oleh anggota masyarakat.
PANDUAN MENAWAB SOALAN:
Nyatakan kata kunci nilai tersebut dahulu,
kemudian baru dikuti oleh nama watak sebagai contoh dan huraian isi.
Tuliskan perkataan ‘nilai’dalam setiap perenggan
jawapan.
Contoh: Nilai masyarakat yang prihatin
terhadap penderitaan orang lain.
7. NILAI KEMANUSIAAN/NILAI MURNI/NILAI MORAL
Nilai kemanusiaan:
Nilai-nilai baik dari segi akhlak,perlakuan
dan sahsiah seseorang individu
Nilai moral:
Ajaran atau pegangan berkenaan baik buruk
sesuatu perbuatan
Nilai murni:
Nilai yang masih suci,tulen,benar dan belum
tercemar oleh unsur asing.
PANDUAN JAWAPAN BAGI SOALAN TENTANG NILAI KEMANUSIAAN/NILAI MURNI DAN NILAI MORAL
Mengemukakan nilai yang positif (baik) sahaja.
Perkataan ‘nilai’ mesti diletakkan dipangkal
ayat, kemudian baru dikuti oleh contoh yang diwakili oleh watak
Jawapan terdiri daripada isi + huraian + contoh
Contoh jawapan: Nilai kasih sayang…[kemukakan
contoh berserta huraian]
Taburan markah: Biasanya 1 isi = 2 markah
B. SOALAN PUISI
1. Huraian maksud sajak
Memberi makna keseluruhan sajak iaitu baris
demi baris dan rangkap demi rangkap tetapi tidak terlalu panjang
(rumuskan). Oleh itu mesti teratur huraian baris.
Jika tidak ikut rangkap demi rangkap tolak
2 markah utk penyampaian
Kehilangan baris- tolak satu markah
2. Ciri-ciri Bentuk/luaran Sajak
:
a. rangkap
menyatakan jumlah rangkap
menyatakan jumlah baris dalam serangkap
perkaitan baris dalam rangkap
b. perkataan
menyatakan jumlah perkataan dalam setiap baris
cth jumlah perkataan paling banyak
cth jumlah perkataan paling sedikit
c. sukukata
menyatakan jumlah sukukata dalam baris
cth jumlah suku kata paling banyak
cth jumlah suku kata paling sedikit
d. Rima
Menyatakan pola rima keseluruhan dengan melihat
rimanya (rima akhir dan rima tengah)
Kesimpulan bentuk sajak : tentukan sama aada
bentuk terikat/tradisional atau bentuk tak terikat
atau bebas
3. Tema
4. Persoalan
5. Mesej/amanat/pesanan/pengajaran
6. Latar
7. Gambaran masyarakat
8. Nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan
9. Unsur kemanusiaan dan kemasyarakatan
Peringatan : Panduan menjawab soalan berikut dalam puisi hampir sama dengan panduan menjawab soalan cerpen dan novel
10. Nada atau perasaan penyair
Jawapan perlu terdiri daripada isi + huraian+contoh
Biasanya 1 isi =2 markah
11. Unsur bunyi
Asonansi (pengulangan vokal)
Aliterasi (pengulangan konsonan)
Rima (persamaan bunyi di penghujung baris)
Jawapan perlu diberi definisi setiap unsur
bunyi tersebut dan contoh
Agama
Pendidikan
Hiburan
Akhbar
& Majalah
KomputerPoskad
Wallpaper
Malaysia
Laman Utama