Balik ke.... ....mat
SISTEM OPERASI
Apakah Sistem Operasi
Sistem Operasi (OS ) adalah satu program
software yang mengawal proses aturcara dan hardware di dalam komputer.
Apabila komputer dihidupkan, sistem operasi adalah software pertama yang
diaktifkan dalam memori. Operasi Sistemlah yang memulakan / melaksanakan
semua software program yang lain, contohnya Word Processor, spreadsheet,
DataBase, Paint Program, Web Browsers, dan lain-lain lagi.
Sistem Operasi juga mengurus semua
sumber ( resource ) input dan output yang ada dalam sesebuah komputer.
Ia mengawal tetikus, monitor, pencetak, pemacu ( drives ), pengimbas, modem,
kayu ria ( joy stick ), dan lain-lain lagi.
Jenis-jenis Sistem Operasi
Antara Sistem Operasi komputer ialah
DOS, Win3.1, Win95, Win98, WinNT, OS2, dan Lynux.
1. Window 3.1 (akhir 80an)
- Graphic User Interface ( GUI )
- Melalui GUI, sesuatu program dapat
diaktifkan dengan cara dwiklik tetikus pada ikon berkenaan.
- Menggunakan kaedah ‘drag and drop’
untuk menyalin fail.
- Kaedah ‘copy and paste’ merupakan
kaedah paling mudah untuk menyalin fail.
- Menggunakan 16 bit.
2. Win95 / Win98 / Win NT
- menggunakan 32 bit
- Sistem Operasi ini lebih baik daripada
Window 3.1. Keupayaannya telah dipertingkatkan lebih canggih.
- Perisian Windows ini digunakan
secara meluas.
Desktop Win95 / Win98 / Win NT
Desktop adalah skrin utama Win95
/ Win98 / WinNT. Ia berfungsi sebagai tempat permulaan di mana perisian
komputer dan maklumat dapat diambil. ‘Background’nya boleh diubah melalui
panel kawalan (control panel). Ikon-ikon di desktop adalah ‘shortcut’ kepada
fail-fail, dokumen-dokumen, dan program. Untuk membuka fail-fail atau dokumen,
dwiklik tetikus anda pada fail atau dokumen yang berkenaan.
Paparan Desktop
Ikon My Computer
Semua pemacu cakera di dalam komputer
dipaparkan di sini. Anda boleh menggunakan My Computer untuk melihat
semua kandungan dengan cepat dan mudah di dalam komputer. Dwiklik
pada ikon My Computer di desktop untuk mencari fail-fail dan folder.
Recycle Bin
Ia adalah direktori ‘trash’.
Jika sesuatu fail atau program didelete, ia akan disimpan dalam direktori
ini. Recycle bin hanya akan menghilang fail tersebut jika anda klik
butang kanan pada ikon ini dan memilih ‘empty recycle bin’.
My Briefcase
Jika anda bekerja dengan fail-fail
di rumah atau di dalam perjalanan, anda boleh menggunakan My briefcase
untuk membantu menyimpan salinan-salinan fail supaya dapat dikemaskinikan.
Untuk menggunakan ikon ini. Drag fail-fail dari folder yang dikongsi dari
komputer utama ke ikon ini pada portable komputer. Bila anda selesai
bekerja dengan fail-fail di dalam portable komputer, sambung kembali dengan
komputer utama. Kemudian klik ‘update all’ di dalam My Briefcase untuk
menukarkan secara otomatik fail-fail yang tidak diubah di dalam komputer
utama dengan fail-fail yang telah diubah di dalam My Briefcase. Fail-fail
di dalam komputer utama akan dikemaskini secara otomatik.
Start Button
Kebiasaannya ada pada sebelah kiri
taskbar pada bahagian bawah skrin. Gunakan tetikus dan klik pada
start button untuk memilih program-program bagi ‘run’ program tersebut,
menukar ‘setting’ pada control panel, mencari fail dan folder.
Bila button ini diklik, satu senarai program akan dipaparkan. Anda
hanya perlu klik pada program yang dikehendaki. Rujuk contoh di bawah.
1. Klik pada ‘start button’
2. Klik Program
3. Pilih program yang dikehendaki
Taskbar –taskbar terletak di bahagian
bawah skrin. Untuk setiap aplikasi yang dibuka, satu butang muncul
pada ‘Taskbar’. Anda dapat melihat nama semua aplikasi yang
dibuka pada ‘taskbar’. Anda hanya perlu klik pada butang untuk melancarkan
program tersebut.
Bila anda menggunakan lebih
dari satu aplikasi pada sesuatu masa, taskbar akan berada di paparan (display)
atau di ‘set’ untuk bersembunyi (hidden) sehingga kursor digerakkan pada
bahagian bawah paparan. Dalam satu masa yang sama, lebih daripada
satu program boleh digunakan. Contohnya, Microsoft Word, Netscape,
dan PowerPoint.
Bekerja Dengan Windows
Windows adalah bahagian empat segi
pada skrin yang dikelilingi oleh bingkai tetingkap dengan nama tajuk
yang diletakkan pada bahagian tengah. Bila anda melancarkan aplikasi
windows, ianya akan dipaparkan pada windowsnya yang tersendiri.
Keupayaan windows yang utama ialah
membolehkan beberapa windows menjadi aktif pada masa yang sama. Jumlah
maksimum windows bergantung kepada berapa banyak ingatan yang ada di dalam
komputer. Mesej ‘out of memory’ akan terpapar bila anda cuba
melancarkan aplikasi yang lain tetapi tidak ada ruang untuk windows
yang lain.
Membuka Windows
1. Untuk membuka windows pada ikon,
klik dua kali pada ikon tersebut, sebagai contoh, klik dua kali pada ikon
‘My Computer’. Dialog box
‘My Computer’ akan muncul.
Anda juga boleh menggunakan shortcut
untuk membuka windows. Halakan kursor pada ikon, klik butang kanan
dan shorcut akan muncul. Pilih ‘Open’ pada
shortcut dan dialog box ‘My Computer’
akan muncul.
2. Memeriksa Folder Windows Dalam
Hard Disk.
Dwi klik ikon hard disk untuk memaparkan
kandungan hard disk komputer anda.
3. Folder windows boleh juga dibuka
dengan menggunakan butang kanan tetikus untuk membuka menu properties
dan kemudian klik open.
4. Tetingkap Windows akan muncul
dan anda boleh menggunakan scroll bar untuk melihat kandungannya.
Akhirnya tutup semua tingkap dengan
mengklik butang ‘tutup’.
Mengubah Saiz Windows Dengan Butang
Maximize, Minimize Dan Restore
a. Pilih butang maximize untuk membesarkan
windows pada saiz maksimum.
b. Pilih butang minimize untuk mengecilkan
windows supaya menjadi butang pada task bar.
c. Pilih butang restore untuk mengembalikan
saiz windows kepada saiz asal. (saiz sebelum dibesarkan). Butang
restore hanya muncul bila windows dibesarkan.
Menutup Windows
Bila anda selesai menggunakan windows,
anda patut menutupnya. Ini menolong untuk mempercepatkan penggunaan
windows, menyimpan ruang ingatan dan mengelakkan desktop dari menjadi sesak.
Cara-cara menutup windows
1. Klik pada butang close atau
2. Pilik windows yang hendak ditutup
dan kemudian tekan ‘ALT + F4.
Menggunakan Scroll Bar
Scroll bar muncul pada tebing bawah
di sebelah kanan windows bila teks, graphic atau ikon-ikon pada windows
mengambil lebih ruang pada ruangan yang dipaparkan.
Guna ‘vertical scroll bar’ atau ‘horizontal
scroll bar’ untuk melihat objek di bahagian bawah atau atas dan di bahagian
kiri atau kanan windows.
Recycle Bin
Windows menyimpan fail-fail yang didelete
di dalam Recycle Bin, directory yang digunakan untuk menyimpan fail-fail
atau folder untuk sementara. Fail-fail atau folder yang berada di
dalam Recycle Bin ini boleh diambil semula atau didelete terus.
Untuk mendelete fail atau folder,
klik dan drag ikon fail berkenaan ke dalam recycle bin. Jika butang
shift ditekan semasa fail didrag, fail berkenaan akan dibuang tanpa disimpan
di dalam Recycle Bin.
Mendapatkan Semula Fail Yang Telah
Dibuang
1. Dwi klik pada ikon Recycle Bin.
2. Klik pada fail atau short cut
yang hendak diambil semula.
3. Jika lebih daripada satu fail
yang hendak diambil, tekan ‘control’ dan klik pada fail-fail yang dikehendaki.
4. Klik menu Fail, klik Restore.
Jika anda membuang folder, hanya fail-fail
di dalam folder muncul di dalam Recycle Bin. Jika anda mendapatkan
semula fail yang diletakkan di dalam folder yang dibuangkan, windows akan
membuat semula folder tersebut dan mendapatkan semula fail-fail
di dalamnya.
Mengosongkan Recycle Bin
1. Dwi klik pada ikon Recycle Bin.
2. Klik fail, klik ‘Empty Recycle
Bin’.
Atau pun tekan butang kanan pada ikon
Recycle Bin, kemudian klik ‘empty recycle bin’. Jika anda hendak membuang
beberapa fail atau folder di dalam Recycle Bin, tekan kekunci control dan
klik pada fail atau folder berkenaan. Klik menu Fail dan klik delete.
Memasukkan Program ke Dalam Komputer
1. Klik butang Start dan klik Setting
( rujuk rajah di bawah )
2. Klik pada Control Panel
3. Dialog Box ‘Control Panel’ akan
muncul
4. Double klik pada ‘Add / Remove
Program’
5. Dialog Box ‘Add / Remove Program
Properties’ akan muncul.
6. Ikut arahan selanjutnya seperti
yang dipaparkan pada skrin.
Mencari Fail Atau Folder
1. Klik pada butang start, klik ‘Find’.
2. Klik fail atau folder.
3. Dialog Box ‘Find: All Files’ akan
dipaparkan.
4. Pada kotak ‘Named’ taip nama fail
yang hendak dicari.
5. Klik ‘Find Now’.
Pencetak / Printer
Mencetak Dokumen
1. Jika dokumen sudah dibuka, klik
pada menu ‘Fail’ kemudian klik ‘print’. Klik OK.
2. Jika dokumen belum dibuka, seret
dokumen dari ‘My Computer’ atau Windows Explorer kepada pencetak
anda di dalam folder ‘Printer’.
Taskbar
Ubahsuai Taskbar Setting
1. Klik butang start, klik setting.
2. Klik taskbar.
3. Pada bahagian Taskbar Option atau
Start Menu Program, tukar Settings yang dikehendaki. Untuk menukar
Settings, klik di dalam ‘Check Box .’
0.Memindahkan ‘Taskbar’
1. Tekan butang kiri di mana-mana
bahagian pada ‘Taskbar’ dan seret ke bahagian yang anda kehendaki
(atas, kanan atau kiri)
2. Lepaskan butang.
Mengubah Tarikh Dan Masa Di Atas ‘Taskbar’
1. Klik dwi kali pada paparan ‘clock’
di atas ‘Taskbar’.
2. Kotak dialog ‘Date/ Time
Properties’ muncul di atas skrin.
3. Buat perubahan yang diperlukan.
Mengubah “Pattern”.
1. Klik dwi kali pada ikon ‘Display’
pada ‘Taskbar’.
2. Kotak dialog ‘Date/ Time
Properties muncul di atas skrin.
3. Klik Tab ‘Background’. Pilih ‘Pattern’
yang amda kehendaki di dalam senarai ‘Pattern’.
Balik ke....
MENGUBAH WINDOWS SETTINGS
DISPLAY
Menukar Latar Belakang Pada Desktop
1. Klik butang start, klik setting.
2. Klik control panel
3. Dwi klik ikon Display.
4. Klik pada ‘Background’ di dalam
kotak dialog Display Properties.
5. Dalam senarai Pattern atau Wallpaper,
klik pada pilihan yang dikehendaki.
Mengubah Kemunculan Pada Desktop
1. Ulang langkah 1 – 3 seperti di
atas.
2. Klik pada ‘appearance’.
Jika anda mahu mengubah kemunculan
pada satu elemen dalam skrin, klik pada elemen di dalam senarai item.
Kemudian, tukar Settings pada item Size, Color, Font Size Dan Color Areas.
Jika mahu mengubah kemunculan untuk
semua elemen dalam skrin serentak, klik pada Apperareance Scheme di dalam
senarai Scheme.
Mengubah Settings Pada Desktop
Resolusi Skrin
1. Klik start dan klik settings.
2. Klik control panel dan dwi klik
pada display.
3. Klik pada settings di dalam display
properties.
4. Di bawah desktop area, drag Slider.
5. Monitor dan display adapter akan
menentukan samada anda boleh mengubah resolusi skrin.
Display Fonts
1. Klik start dan klik settings.
2. Klik control panel dan dwi klik
pada display.
3. Klik pada settings di dalam display
properties
4. Di dalam font size, klik pada
size yang dikehendaki.
5. Untuk mengubah pada saiz display
fonts, klik customs.
6. Kawasan fonts size cuma ada jika
desktop area ditetapkan (set) melebihi daripada 640 X 480 pixels.
Screen Saver
1. Klik start dan klik settings.
2. Klik control panel dan dwi klik
pada display.
3. Klik pada settings di dalam display
properties
4. Klik screen saver dalam display
properties.
5. Klik screen saver yang dikehendaki.
6. Untuk mengubah screen saver, klik
settings.
7. Screen saver muncul apabila
komputer tidak digunakan selama beberapa minit mengikut masa yang
ditetapkan dalam kotak ‘wait’.
8. Untuk menghilangkan screen saver,
gerakkan tetikus atau tekan mana-mana kekunci.
Bentuk Tulisan / Fonts
Menambah Bentuk Tulisan Baru Di Dalam
Komputer
1. Klik butang start,klik settings.
2. Klik control panel.
3. Klik dwi kali pada ikon Fonts.
4. Pada menu File,klik ‘install new
fonts’.
5. Klik pada pemacu dan folder yang
mengandungi fail bentuk untuk tulisan baru untuk ditambah.
Mencetak Contoh Bentuk Tulisan
1. Klik butang start,klik settings.
2. Klik control panel.
3. Klik dwi kali pada ikon Fonts.
4. Klik dwi kali pada ikon bentuk
tulisan yang dikehendaki.
5. Klik ‘Print’ pada contoh muka
surat yang muncul.
Membuangkan bentuk tulisan daripada
komputer.
1. Klik butang start,klik settings.
2. Klik control panel.
3. Klik dwi kali pada ikon Fonts.
4. Klik dwi kali pada ikon bentuk
tulisan yang hendak di delete.
5. Pada menu File, klik Delete.
Melihat Bentuk Tulisan Di Dalam Komputer
1. Klik butang start,klik settings.
2. Klik control panel.
3. Klik dwi kali pada ikon Fonts.
4. Untuk melihat contoh bentuk tulisan,
klik dwi kali pada ikon tulisan berkenaan.
Tarikh Dan Masa / ‘Date & Time.
Mengubah tarikh komputer.
1. Klik butang start ,klik settings.
2. Klik control panel
3. Klik dwi kali pada ikon
Date & Time.
4. Di bahagian Date,pilih hari,bulan
dan tahun yang betul.
Mengubah Masa Komputer
1. Klik butang start ,klik settings.
2. Klik control panel
3. Klik dwi kali pada ikon
Date & Time.
4. Di dalam kotak di bawah jam,pilih
bahagian jam,minit,saat,atau penanda AM/PM yang dikehendaki.
5. Tambah atau kurangkan nilai yang
dipilih dengan klik pada anak panah atas atau bawah.
Regional Settings
Memaparkan Properties Untuk Regional
Settings
1. Klik butang start , klik settings.
2. Klik control panel
3. Klik dwi kali pada ikon
Date & Time.
4. Klik pada Regional Settings dalam
kotak dialog Regional Settings Properties.
5. Dalam senarai klik pada kawasan
yang menggunakan format tarikh ,masa,nombor dan mata wang yang dikehendaki.
Tab-tab dan fungsi.
Tab currency - menukar cara
nilai matawang muncul
Tab numbers - menukar cara
komputer menunjukkan nombor.
Tab date – menukar cara komputer
menunjukkan tarikh.
Tab time- menukar cara komputer menunjukkan
waktu.
Mencipta ‘Shortcut’
Anda boleh memasukkan shortcut dalam
mana-mana program,dokukmen atau pencetak di atas desktop,start button atau
di mana-mana folder.Shortcut adalah cara pantas mendapatkan item.
Memasukkan shortcut ke atas Desktop
1. Dalam My Computer atau Windows
Explorer dapatkan item yang senang di access .
2. Gunakan butang sebelah kanan untuk
drag item ke dalam desktop.
3. Lepaskan butang tetikus.
4. Dwi klik fail untuk mengaktifkannya.
Masukkan Shortcut Ke Atas Start Button.
1. Klik butang start,klik Settings.
2. Klik ‘Taskbar’,klik ‘Start Menu
Program.’
3. Klik Add,dialog box create shortcut
muncul, klik Browse.
4. Dapatkan program yang hendak dicipta
shortcut.
5. Klik Next,dwi klik pada menu yang
anda mahu letakkan program.
6. Satu dialog box akan muncul.
7. Taip nama fail yang hendak dimasukkan
dalam menu,klik Finish.
8. Jika Windows meminta memilih ikon
,pilih satu ,dan klik Finish.
‘WINDOWS EXPLORER’ DAN
‘SYSTEM TOOLS’
Balik ke....
‘WINDOWS EXPLORER’
Aplikasi ‘WINDOWS EXPLORER’
digunakan sebagai pengurus fail iaitu untuk melihat dan Skrin menyusun
fail-fail yang disimpan di dalam komputer.
‘WINDOWS EXPLORER’ menunjukkan
kandungan asas di dalam hard disk PC anda.Bila anda membuka ‘WINDOWS
EXPLORER’ , anda dapat melihat susunan folders di dalam komputer dan semua
fail-fail dan folders di dalam setiap folder yang dipilih.
Ini amat berguna bila menyalin dan
memindahkan fail-fail.
Anda akan membuka folder yang mengandungi
fail yang hendak dipindah atau salin dan kemudiannya ‘drag’ ke dalam folder
yang hendak dimasukkan.
Anda juga boleh membuat beberapa
set folder dan menamakannya.
Membuka ‘WINDOWS EXPLORER’
1. Klik butang start,klik Program.
2. Klik ‘WINDOWS EXPLORER’.
Sesetengah papan kekunci mempunyai
kekunci ‘flying windows’.Tekan kekunci tersebut dan tekan’E’ untuk shortcut
ke ‘WINDOWS EXPLORER’.
Folders di ‘WINDOWS EXPLORER’.
Desktop - aplikasi yang mempunyai
ikon-ikon shortcut pada desktop akan muncul pada bahagian kanan skrin ‘WINDOWS
EXPLORER’ bila anda dwi klik pada desktop.
My Computer - folder yang mewakili
kandungan di dalam PC .Semua pemacu komputer dipaparkan di sini.Jika PC
anda disambungkan di dalam satu rangkaian, anda boleh melihat ikon di sini
yang memwakili komputer-komputer lain.
3 Floppy A - ia mewakili
disket yang dimasukkan ke dalam slot pemacu A.Dari sini anda dapat melihat
kandungan disket.
Control Panel - folder yang
menunjukkan skrin ikon-ikon yang mewakili komputer settings dan menggunakan
aplikasi-aplikasi yasng boleh digunakan untuk meningkatkan lagi operasi
komputer.
Printers - ia memberikan
capaian untuk ssettings pada pencetak dan membenarkan penukaran dari
satu pencetak kepada pencetak yang lain.Atau bertukar kepada ‘fax output’.
Dial-up Networking - folder
yang mengandungi fail-fail yang di setup untuk membenarkan komputer berhubung
melalui kabel telefon ke rangkaian komputer di luar.
Sebagai contoh, untuk berhubung ke
katalog perpustakaan yang tertentu atau internet.
Recycle Bin - ini adalah
ikon ‘trash’ .Jika anda menghilangkan fail ataupun program, ianya
akan disimpan buat sementara di dalam direktori ini.
Recyce bin akan hanya dikosongkan
bila anda menekan butang kanan tetikus dan klik ‘Empty Recycle Bin’.Melihat
Fail-fail Dalam Folder.
1. Di dalam ‘WINDOWS EXPLORER’
, klik View.
2. Kilk salah satu dari ikon-ikon
ini: ‘small icons’, ‘list’ atau ‘details’.
3. Cari View yang anda sukai.
Anda juga boleh menyusun item-item
mengikut nama , saiz,tarikh dan jenis ,bergantung kepada jenis View.Cuba
gunakan arahan ‘Arrange Icons’ pada menu View.
Melihat semua fail dan lanjutan nama
fail.
1. Di dalam Windows Explorer , buka
folder yang hendak dilihat.
2. Pada menu View, klik Options klik
pada View,kemudian klik ‘Shows All Fail’.
3. Jika anda mahu melihat nama ‘FileName
Extentions’, pastikan kotak ‘Hide MSDos’, ‘File Extentions…’ tidak ditandakan.
Format Disket.
1. Masukkan disket yang hendak diformat
dalam pemacu A.
2. Di dalam Windows Explorer ,dwi
klik ikon My Computer.
3. Klik ikon pemacu A.
4. Pada menu File ,klik Format.
5. Kotak dialog ‘Format 3 Floppy
A’ muncul.
6. Buat pilihan yang anda kehendaki.
Format disket akan menghilangkan semua
maklumat di dalam disket tersebut.Jika ada fail yang terbuka dalam disket
anda tidak boleh memformat.Jika disket itu dipadatkan (compress) gunakan
Drive Space untuk memformat disket tersebut.
Menyalin Fail atau Folder.
1. Di dalam Windows Explorer ,klik
fail atau folder yang hendak disalin.
2. Pada menu Edit, klik Copy.
3. Buka folder atau pemacu yang hendak
disalin.
4. Pilih menu Edit,klik Paste.
Menyalin fail ke pemacu
A.
1. Masukkan disket ke dalam pemacu
A.
2. Di dalam Windows Explorer, klik
pada fail yang hendak disalin.
3. Pada menu File, klik
pada ‘Send to’, klik pada pemacu yang dipilih.
Memindahkan Fail atau Folder.
1. Di dalam Windows Explorer ,klik
fail atau folder yang hendak dipindahkan
2. Pada menu Edit,klik Cut.
3. Buka Folder di mana anda
hendak masukkan fail atau folder.
4. Pada menu Edit,klik Paste.
Membuang Fail atau Folder.
1. Di dalam Windows Explorer ,dapatkan
fail atau folder yang hendak di delete.
2. Klik pada fail atau folder.
3. Pada menu File,klik Delete.
Mendapatkan semula Fail-fail yang
telah di delete.
1. Di dalam Windows Explorer ,klik
fail atau folder yang hendak didapatkan semula.
2. Pada menu Edit,klik “Undo Delete”.
Memilih Lebih Dari Satu Fail Atau
Folder.
1. Tekan keunci ‘CTRL’, klik pada
fail-fail atau folder-folder yang hendak dipilih.
2. Jika item-item disusun dalam satu
baris ,klik pada item pertama,kemudian tekan kekunci ‘SHIFT’ secara serentak
dan pilih item-item yang terakhir.
Mencipta Folder Baru
1. Di dalam Windows Explorer ,buka
folder yang hendak dibuat folder baru.
2. Pada menu File,klik New ,kemudian
klik Folder (Folder baru muncul).
3. Taip nama pada folder baru itu
dan kemudian tekan <ENTER>.
Menamakan Semula Fail Atau Folder.
1. Di dalam Windows Explorer ,klik
fail atau folder yang hendak ditukarkan namanya.
2. Pada menu File,klik ‘Rename’.
3. Taip nama pada folder baru itu
dan tekan <ENTER>.
Nama boleh mengandungi sebanyak 255
huruf termasuk ruang kosong (spaces).Tetapi ia tidak boleh mengandungi
huruf-huruf berikut: \ / : * ? “ < > |.
Menyalin Dan Memindahkan Fail-Fail
Dengan Menggunakan Butang Sebelah Kanan
1. Gunakan butang sebelah kanan untuk
klik pada fail yang hendak salin atau pindahkan.
2. Untuk pindah,klik ‘Cut’,
untuk salin klik ‘Copy’.
3. Buka folder yang hendak diletakkan
fail.Kemudian ,gunakan butang kanan tetikus untuk klik pada bahagian kosong
di dalam Windows.
4. Klik Paste.
Memindahkan Atau Menyalin Fail-Fail
Dengan Cara Drag
1. Di dalam Windows Explorer ,buka
folder yang mengandungi fail yang hendak dipindah ata disalin.
2. Gunakan butang kanan tetikus untuk
drag fail ke folde yang anda hendak pindahkan atau salin.Kemudian ,lepaskan
butang tetikus.
3. Klik ‘Move Here’ atau “Copy Here’.
SYSTEM TOOLS
Disk Defragmenter
Ia digunakan untuk menyusun semula
fail-fail atau ruang yang tidak digunakan agar program dapat beroperasi
dengan cepat .Ia akan menambah kelajuan had disk.
Memulakan Disk Defragmenter
1. Klik butang start.
2. Pada Program, Accessories, System
Tools, Disk Defragmenter.
3. Klik Disk Defragmenter.
Scandisk
Scandisk digunakan untuk memeriksa
har disk pada kerosakan logik dan fizikal dan kemudiannya membaiki bahagian-bahagian
yang rosak.
Memulakan Scandisk
1. Kilk butang Start.
2. Pada Program, Accessories, System
Tools, Scandisk
3. Klik Scandisk
DriveSpace
DriveSpace ialah satu cara memampatkan
fail dalam pemacu cakera untuk mendapatkan lebih banyak ruang kosong.
1. Klik butang start. Pilih program
2. Klik Accessories, pilih System
Tools, klik DriveSpace.
3. Pilih pemacu cakera untuk dimampatkan.
4. Pilih Drive, klik compress. Tetingkap
yang muncul menunjukkan saiz pemacu sebelum dan selepas dimampat.
5. Klik butang option untuk membuka
kotak dialog Compression Options. Anda boleh menukar huruf dan saiz pemacu
induk, atai menyembunyikannya, klik butang OK.
6. Apabila anda mengklik butang start,
anda diminta mengesahkan sama ada anda ingin memampatkan pemcau terpilih.
7. Klik butang Compress Now.
Sebelum berbuat demikian, anda mungkin membuat sandaran fail dengan mengklik
butang Back Up Files. Butang cancel akan membatalkan pemampatan.
Pemampatan mungkin menyebabkan kehilangan
data. Oleh itu salin dahulu fail-fail penting sebelum memampatkan cakera.
Pemacu Hos dan Termampat.
Windows 95 akan membahagikan pemacu
termampat kepada cakera termampat dan hos yang tidak termampat. Hos
tidak termampat mengandungi data pemacu dan fail yang tidak boleh dimampatkan.
Pemacu hos diberi satu huruf pemacu. (contohnya H). bagi pengguna,
kedua-dua bahagian ini kelihatan sebagai pemacu berasingan.
Menukar Saiz Pemacu Termampat
Bagi langkah 4 dalam arahan di atas,
anda berpeluang menukar saiz bahagian pemacu yang tidak termampat.
Saiz bahagian termampat akan bertukar secara berpadanan. Untuk mengubah
nisbah ruang termampat kepada ruang tidak termampat, guna perintah Drive
pilih Adjust Free Space.
Memasang DriveSpace
1. Klik Control Panel
2. Dwi klik ikon Add / Remove Program
dan pilih tab Window Setup.
Balik ke....
BACKUP
Tujuan Backup data ialah untuk menyelamatkan
data penting seandainya fail atau hard disk rosak.
Backup boleh disimpan dalam pemacu
atau pita. Jika pemacu digunakan, backup sedikit sahaja data setiap
kali. Data dalam hard disk perlu dibackup dari semasa ke semasa.
Adalah perlu untuk membuat backup lebih dari satu salinan. Ini adalah
untuk mengelakkan kemungkinan menyalin fail rosak secara tidak sengaja.
Gunakan kemudahan backup untuk menyalin
fail penting. Jangan salin fail terus daripada hard disk.
1. Klik butang start. Pilih Prgram,
Accessories, System Tools dan klik Backup. Apabila tetingkap Backup
muncul, pilih tab Backup.
2. Jika anda ingin membuat backup
bagi keseluruhan folder, pilih folder dari anak tetingkap kiri
3. Jika anda ingin membuat backup
bagi fail-fail tertentu sahaja, pilih fail itu dari anak tetingkap
kanan.
4. Klik Next Step.
5. Pilih pemacu bagi menyimpan backup
ini.
6. Klik butang Start Backup.
7. Pilih nama bagi backup tersebut.
8. Klik OK
9. Bar kemajuan akan memaklumkan
anda tentang proses backup.
10. Apabila selesai proses backup,
klik OK.
Memulihkan Backup
1. Dari dialog box Microsoft Backup,
pilih Restore.
2. Pilih pemacu yang mengandungi
fail backup.
3. Pilih fail backup yang akan dipulih.
4. Klik butang Next Step.
5. Pilih folder atau fail yang akan
dipulih.
6. Klik butang Start Restore.
7. Bar kemajuan akan memaklumkan
tentang proses pemulihan.
8. Setelah pemulihan selesai, klik
OK.
Membandingkan Fail Backup
Selepas backup. Anda mungkin ingin
membandingkan fail cakera keras. Windows 95 menyediakan satu
alat sistem untuk tujuan ini.
Fungsi compare membolehkan anda memastikan
sandaran itu adalah lengkap. Anda boleh juga menyemak sana
ada dail itu telah diubah selepas sandaran terakhir. Perhatikan bahawa
anda tidak dapat mengesan sama ada fail baru telah dicipta.
1. Mulakan Backup dengan memilih start,
program, system, tools,backup. Pilih tab Compare dari kotak dialog
yang muncul.
2. Pilih fail backup yang ingin diperiksa
seta folder dan fail yang ingin dibandingkan.
3. Laksanakan perbandingan semak
keputusannya.
MEMASANG PERANTI
Memasang kad bunyi
Klik butang Start dan pilih settings,
klik control panel.
1. Klik butang Next dalam tetingkap
pertama.
2. Dalam tetingkap yang berikutya,
pilih NO dan klik Next.
3. Pilih jenis peranti untuk dipasang.
4. Pilih jenis peranti daripada senarai
Hardware Types.
5. Contoh, peranti – kad bunyi, pilih
Sound, Video and Games Controllers.
6. Klik Next.
7. Pilih pengeluar peranti daripada
senarai Manufacturers.
8. Contoh, pengeluarnya Creative
Labs.
9. Pilih modelnya daripada senarai
Models.
10. Contoh – Creatives Labs Sound
Blaster 16 or AWE-32. Klik Next.
11. Dalam tetingkap seterusnya, anda
berpeluang melihat setting bagi peranti itu. Klik Next.
12. Klik butang Finish. Arahan
Restart akan muncul. Klik YES.
Mencari Peranti
Jika anda memilih YES dalam langkah
di atas, Win95 / 98 akan mencari peranti yang baru ini. Tutup semua
program supaya program ini dapat beroprasi dengan lancar.
Pemasangan Gagal
Jika peranti tidak dapat dikesan,
atau anda telah tersalah memilih peranti, satu mesej akan muncul.
Klik butang Back, untuk memilih peranti yang lain. Sekiranya anda
klik butang Next untuk meneruskan pemasangan, peranti itu tidak akan berjalan
dengan baik.
Klik Cansel untuk membatalkan pemasangan.
Setting Peranti
Untuk mengubah Setting, klik ikon
System dalam Control Panel. Buat perubahan yang dikehendaki dalam Device
Manager.
MEMASANG DAN MENGHAPUS PROGRAM (ADD
AND REMOVE PROGRAM)
A. Memasang Program
Klik Start, klik Control Panel.
1. Dwi klik Add/Remove
Program.Pilih Install/ Uninstall.
2. Klik Install. Masukkan CD
-Rom atau Disket driver dalam pemacu.Klik Next.
3. Windows 95/98 akan menyemak pemacu
cakera atau pemacu CD –Rom untuk program pemasangan.(bergantung kepada
pemacu yang digunakan.)
4. Jika fail yang betul tidak ditemui,
klik Browse .
5. Sebagai contoh,program pemasangan
bagi MS Office 95/98 dapat dilaksanakan dari pemacu CD Rom dengan dwi klik
fail Setup.
6. Klik Finish.
Nama Program Pemasangan
Program pemasangan biasanya dinamakan
sebagai Install atau Setup.Secara amnya,anda memasang program baru
dengan mencari nama seperti ini dalam disket atau CD Rom kemudian
melaksanakannya.
B. Menambah Dan Menghapus Program.
Klik Start, Settings dan klik
Control Panel
1. Dwi klik Add/Remove
Program.Pilih Install/ Uninstall.
2. Pilih program yang hendak dipasang
atau dihapus daripada senarai yang terpapar dan klik Add / Remove.
3. Masukkan cakera pemasangan program
ke dalam pemacu cakera atau CD Rom.
4. Kilk OK dalam Setup.
Program pemasangan akan bermula.
C. Memasang Dan Menghapus Sebahagian
Win 95/98
Klik butang start. Pilih setting,
control panel.
1. Dwiklik ikon Add/ Remove Program.
2. Pilih Windows setup.
3. Pilih komponen yang belum dipasang.
Dalam gambar, butir yang terpilih ialah Disk Tools.
4. Klik butang Details. Kotak
dialog Disk Tools dibuka dan memaparkan option yang boleh dimasukkan.
Pilih option yang dikehendaki dan pilih OK.
5. Klik butang apply dalam Add/Remove
Program. Komponen terpilih akan dipasang.
6. Jika anda memasang Disk Tools,
Backup dan Drive Space akan ditambah terlebih dahulu ke menu Start di bawah
programs Accessories - sistem tools.
Nota :- Program ini membantu anda
membuat sandaran bagi fail anda.
DriveSpace
Program ini diguna untuk memampatkan
data pada pemacu cakera. Ini membolehkan anda memuatkan lebih
banyak data ke dalam pemacu itu, namun data mampat lebih mudah dipengaruhi
oleh kerosakan cakera dan fail.
Balik ke....
|