TAJUK :Tingkahlaku yang melanggari norma-norma hidup 1.0 Pendahuluan
2.0 Definisi
Longman
~Albert Cohen,
Deviance and Control
“Kelakuan yang menyimpang secara significant daripada
norma-norma yang ditentukan untuk individu dalam status sosial…… , ia tidak
dapat dipelihara secara abstrak tetapi perlu dikaitkan dengan norma-norma
yang dianggap oleh masyarakt sebagai munasabah dan morally binding
bagi orang menduduki status yang berlainan.”
M.B Clinard Sociology of Deviant Behaviour Jelas bahawa devians dan delinquent rata rata membawa maksud tingkahlaku yang melanggar norma-norma masyarakat tertentu. Devian lebih merujuk kepada tingkahlaku ini secara umum manakala delinkuen pula menumpukan sesuatu had umur yang lebih menumpukan pelajar sekolah dan belia. Masyarakat dalam perbincangan ini adalah merujuk kepada institusi sekolah. Seperti yang kita sedia maklum norma-norma dalam sesebuah institusi sekolah adalah dikenali sebagai disiplin. Disiplin pula sering dirujuk sebagai masalah pelajar atau salah laku pelajar. Kita seharusnya memandang perkataan disiplin ini dalam erti kata sebenar yakni, disiplin merupakan satu garis panduan yang disediakan untuk mengawal tingkah laku pelajar. Norma membawa pengertian peraturan dan garis panduan yang dikongsi bersama, sesuai dengan situasi. Norma memberi garis panduan bagaimana individu bertingkah laku dalam masyarakat. Menurut kamus Longman , Discipline ~ a practise of making people obey rules and orders. Jelas menunjukkan bahawa disiplin disini adalah merujuk kepada kebiasaan yang diamalkan dalam mematuhi garis panduan dan arahan. Oleh itu adalah tidak wajar apabila disiplin dikaitkan dengan tingkah laku pelajar yang melanggar peraturan sekolah. Jelas, disiplin merupakan garis panduan menakala devian ataupun delinkuen pula merupakan sekumpulan manusia yang tidak mematuhi garis panduan ini. Apakah pula perkaitan antara
devian dan delinkuen dengan disiplin. ? Sebelum melihat perkaitan
ini kita akan melihat apakah sebenarnya yang dikatakan devian dan
delinkuen.
Devian
Delinkuen
3.0 Faktor-Faktor Devian dan Delinkuen Di Kalangan
Pelajar Sekolah
3.1 Faktor Sekolah Menurut Amir Hassan Dawi dalam bukunya Penteorian Sosiologi dan Pendidikan, terdapat beberapa sebab mengapa seseorang itu berkelakuan devian dan delinkuen. Faktor petama merupakan kesalahan guru yang gagal berperanan dalam bilik darjah. Apakah peranan yang harus dimainkan oleh guru agar pelajarnya tidak terjerumus kearah devian dan delinkuen? Seseorang guru seharusnya menjadi contoh kepada pelajarnya. Contoh disini lebih memberatkan tentang perawakan dan nilai-nilai murni. Pelajar menganggap guru sebagai idola mereka. Apabila guru memberikan contoh yang kurang baik maka pelajar tidak boleh dipersalahkan apabila mereka mewarisi ciri ciri seseorang yang devian atau delinkuen. Sebagai seorang guru yang tidak mempunyai nilai murni adalah tidak munasabah apabila pelajar disabitkan dengan kesalahan yang guru itu sendiri tidak mengamalkannya. Contoh yang paling ketara dalam dunia hari ini ialah merokok. Adalah tidak wajar bagi seseorang guru disiplin mengenakan sekatan kepada pelajar yang merokok , walhal guru sendiri dilihat merokok dikantin sekolah dan sebagainya. Faktor lain yang tidak kurang pentingnya yang telah digariskan oleh Amir adalah sikap guru yang tidak menghormati murid. Terdapat pepatah inggeris yang mengatakan “give respect and take respect”. Hormat menghormati merupakan salah satu nilai murni yang perlu diamalkan oleh setiap individu tanpa mengira umur, darjat, keturunan dan agama. Apabila kita menghormati seseorang , sudah tentunya kita akan dihormati. Ini merupakan proses interaksi sosial yang biasa dalam sesuatu masyarakat. Andainya terdapat guru yang tidak menghormati
pelajarnya sebagai seorang pelajar yang mempunyai hak tersendiri ,
maka pelajar tersebut akan bertindak balas untuk memenuhi kehendak nalurinya
membalas dendam dan ini akan ditafsirkan sebagai tingkah laku devian dan
delinkuen. Adakah ini adil? Sebagai contoh apabila pelajar A lewat
tiba ke sekolah kerana mempunyai masalah dalam perjalanan ke sekolah, tidak
diberi peluang untuk membela diri dan memberi penjelasan , sebaliknya terus
didenda oleh guru. Apakah kesan yang tertinggal dalam jiwa pelajar
A? Pelajar A memerlukan seseorang guru yang ingin mendengar penjelasannya.
Tetapi sebaliknya tidak diindahkan dan ia akan meninggalkan bibit
bibit hitam dan menyimpan dendam terhadap guru tersebut. Ini akan
berlarutan dan apabila dalam situasi lain pelajar A tidak menghormati guru
berkenaan ianya akan dikategorikan segai tingkah laku devian dan delinkuen.
Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini?
3.2 Faktor Luaran
Mereka lebih dipengaruhi oleh media yang dengan sewenang-wenangnya meyebarkan unsur unsur negatif ini. Ini merupakan salah satu kesan negatif akibat modenisasi. Ini merupakan gejala dari pengaruh faktor luaran. Keluarga seharusnya menjadi contoh dan memastikan agar anak-anaknya tidak bertingkahlaku devian dan delinkuen. Kadangkala sesuatu tingkah laku yang biasa diamalkan dalam kelompok keluarga seperti merokok , atau meminum arak tidak dilihat sebagai devian . Apabila tingkah laku ini diamalkan dalam kelompok lain seperti institusi sekolah maka ianya dianggap sebagai devian. Bagaimanakah keadaan ini harus dinilai? Disini pepatah melayu yang berbunyi “Masuk kandang kambing, mengembek . Masuk kandang lembu manguak” haruslah diamalkan. Kita seharusnya menghormati budaya atau subudaya masyarkat setempat. 4.0 Devian dan Delinkuen Di Kalangan Pelajar Sekolah Negeri Sembilan Apabila meneliti statistik Laporan Displin 2001, Unit Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. ( Rujuk Lampiran 1), laporan salah laku jenayah di kategorikan kepada lapan bahagaian dan sub-sub bahagiannya. Pada tahun 2000 Tingkah laku jenayah mencatatkan kes yang mencecah 970 bebanding dengan 1600 pada tahun sebelumnya yang memperlihatkan penurunan sebanyak 630 kes. Antara tingkah laku jenayah ini ialah seperti berjudi, mencuri, melawan guru, melawan pengawas, memeras ugut, membuli, kongsi gelap, penyalah gunaan dadah, membawa senjata berbahaya, mencabul kehormatan mengancam, menceroboh, mengedar dadah, menunjuk perasaan dan bertaruh secara bear-besaran. Walaupun perangkaan mencatatkan penurunan secara keseluruhan namun tumpuan harus diberikan pada kes menyalahgunakan dadah. Pada tahun 2000 terdapat sebanyak 6 kes berbanding dengan 1 kes pada tahun 1999. Ini mencatatkan peningkatan sebanyak 83.33%. Tumpuan juga harus diberikan pada kes menunjuk perassan/ piket dan Ganggu Sekolah. Kes ini mencatat peningkatan sebanyak 21.28%. Mungkinkah tingkah laku ini adalah akibat daripada contoh contoh yang dipertontonkan oleh media yang menjadi salah satu faktor yang mempengaruhi pelajar kearah tingkahlaku devian dan delinkuen? Analisa tingkahlaku lucah pula memperlihatkan sub kategorinya sebagai berumbu-cumbuan, berkhalwat, membawa bahan lucah ke sekolah, mengintai pelajar perempuan, menggunkan kata-kata lucah dan perbuatan lucah, dan melukis dan menulis kata kata dan gambar lucah. Salah laku ini mencatat penurunan sebanyak 121 kes secara keseluruhan iaitu sebanyak 71%. Namun bagi kes seperti bercumbu-cumbuan dan berkhalwat ia menctat peningkatan sebanyak 59.1% dan 31.8% masing-masing. Tingkah laku ini juga sudah tentunya bukan merupakan satu tingkah laku yang diwarisi dari guru guru sekolah sebaliknya merupakan punca makro seperti yang dinyatakan oleh Amir Hassan Dawi dalam bukunya Penteorian Sosiologi dan Kurikulum. Bagi kes-kes seperti kekemasan diri, tidak pentingkan masa, tingkah laku biadab, tingkah laku musnah dan tingkah laku menipu, rata-rata mencatatkan penurunan yang amat memberangsangkan. Ternyata aktiviti-aktiviti pemulihan yang dijalankan disekolah-sekolah sekitar Negeri Sembilan dalam menangani tingkah laku devian dan delinkuen berjaya setakat tahun 2000. Bagi kes ponteng pula ianya mencatat penurunan
sebanyak 4475 kes. Kes yang harus diberi perhatian di sini ialah
masalah ponteng peperiksaan dan ponteng asrama yang mencatat peningkatan
sebanyak 54.5% dan 64% masing-masing. Secara keseluruhannya sekolah-sekolah
di Negeri Sembilan telah berjaya dalam memainkan peranan sebagai agen kawalan
sosial dalam meminumkan kadar pelajar mereka dari bertingkah laku devian
dan delinkuen. Apakah yang telah dilakukan oleh mereka sehingga penurunan
dalam semua kes menjadi begitu ketara, iaitu penurunan sebanyak 10,
040 kes.
5.0 Peranan Sekolah Di Alaf Baru
Pelajar pelajar yang dilahirkan oleh sekolah pada alaf baru juga seharusnya bukan sekadar robot yang cekap, pintar dan mahir tanpa memiliki nilai-nilai moral yang selaras dengan perubahan dan pembangunan. Sekolah perlu mempunyai mekanisme pengawalan sosial yang berkesan bagi membolehkannya mengawal gejala-gejala buruk dan membenteras kes jenayah yang melibatkan pelajar sekolah. Bagi mencorakkan disiplin sekolah, semua guru
harus menunjukkan komitmen dan diberi tanggungjawab bagi menguatkuasakan
disiplin. Salah satu faktor yang meyebabkan pelajar bertingkah laku
devian yang makin berleluasa ialah kera guru-guru tidak diberi kuasa untuk
mempertahankan disiplin.
Rujukan Abd. Rahim Abd. Rashid, 2000, Wawasan & Agenda
Pendidikan, Utusan
Abd. Rahim Abd. Rashid, 2001, Nilai-Nilai Murni
Dalam Pendidikan, Utusan
Ting Chew Peh, 1997, Konsep Asas Sosiologi, DBP.K.L. Steven Box (terjemahan Cheu hock Tong),1997,Devians,
Realiti dan Masyarakat,
Amir Hasan Dawi, 2002, Penteorian Sosiologi dan
Pendidikan, Quantum Books,
Sekolah Pembangunan Sosial UUM,1998, Pengenalan
Kepada Sains Sosial,
Shahril @ Charil Marzuki,1999,Isu Pendidikan Di Malaysia, Utusan Publications. K.L ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Komputer ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |