TAJUK : Bagaimana sistem meritokrasi dalam pendidikan membezakan individu? 1.0 Pengenalan.
Pada bulan Mei 2001 masyarakat Malaysia dikejutkan dengan isu sistem kuota pengambilan pelajar memasuki institusi pengajian tinggi awam(IPTA).Orang Melayu umumnya membantah sekeras-kerasnya jika sistem meritokrasi ini dilaksanakan.Sebenarnya tanpa mereka sedari sistem ini telah diguna pakai sejak lama dahulu.Jika kemasukkan pelajar bukan berdasarkan kecemerlangan(meritokrasi) dalam akedemik mereka,cara apakah yang kita gunakan sekarang?.Oleh itu sistem ini adalah yang terbaik untuk membuktikan para pelajar hasilan Malaysia adalah berkualiti tanpa mengharapkan kuota semata-mata. 2.0 Definisi:-
3.0 Konsep meritokrasi :
Meritokrasi juga boleh ditunjukkan oleh dasar pemilihan pelajar-pelajar pintar ke sekolah berasrama penuh.Pada peringkat awal pelajar-pelajar cemerlang yang memperolehi keputusan ‘5A’ selalunya akan dipilih.Pelajar yang tidak cemerlang akan ke sekolah biasa.Kemudiannya system biasa. Kemudiannya sistem pemilihan telah diubah berdasarkan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) .Di peringkat sekolah menengah pula,Sijil Rendah Pelajaran (SRP) telah diubah kepada Penilaian menengah Rendah(PMR) yang menjadi sebahagian kriteria pengagihan ke sekolah-sekolah berasrama ,teknik atau pun vokasional dan harian.mereka yang gagal Penilaian Menengah Rendah atau pada tahap seterusnya gagal Sijil Pelajaran Malaysia akan disingkirkan daripada sistem persekolahan. Sesungguhnya pewujudan sekolah-sekolah berasrama penuh mempunyai rasionalnya sendiri.Ia adalah selaras dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.Dengan itu pihak yang ketinggalan dari segi ekonomi dan sosial,khususnya orang-orang Melayu diberikan bantuan melalui pendidikan.Mereka inilah yang diharapkan untuk menjadi guna tenaga penting dalam negara Malaysia moden.Oleh itu kriteria untuk memilih mereka yang benar-benar ‘inteligen’ dianggap sangat penting.Setakat ini tidak ada kecaman daripada anggota-anggota masyarakat berdasarkan merit peperiksaan ke asrama penuh.Justeru itu,amalan meritokrasi sebegini secara umumnya telah diterima oleh masyarakat sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan negara. 4. Kebaikan meritokrasi.
4.2 Kedua, institut pengajian tinggi awam dapat melahirkan graduan yang benar-benar mahir dalam bidang yang diambil oleh para pelajar.Ini kerana pelajar sentiasa berusaha dengan sedaya upaya untuk membuktikan kebolehan mereka 4.3 Ketiga,para pelajar di luar bandar akan
mendapat faedah yang banyak kerana jika sistem ini dilaksanakan sudah
pasti pihak kerajaan akan mewujudkan frasarana yang lebih baik seperti
wujudnya kelas/bilik komputer yang lengkap dengan peralatan terkini,perpustakaan
yang mempunyai buku-buku rujukan yang berkualiti dan terkini serta lain-lain
kemudahan yang difikirkan sama dengan sekolah bandar.
5. Keburukan meritokrasi.
5.1 Pertama,secara umumnya masyarakat Melayu akan menentang sistem ini secara sekeras-kerasnya ini kerana sistem ini akan menyebabkan mereka hilang hak keistimewaan orang-orang Melayu seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 153(1) dan (2). 5.2 Kedua,isu ini amat sensetif untuk dibicarakan dan boleh menyebabkan kontrovesi dan ketegangan di antara kaum dan kita sudah tentu tidak mahu melihat Peristiwa 13 Mei di mana kaum Cina berbunuhan dengan kaum Melayu secara beramai-ramai berulang kembali. 5.3 Ketiga, jika sistem meritokrasi ini dilaksanakan sekolah-sekolah di luar bandar seperti di kampung-kampung dan felda ,pihak kerajaan perlulah mengeluarkan belanja yang banyak untuk membina atau menyediakan frasarana seperti yang terdapat di sekolah-sekolah di bandar-bandar contohnya menyediakan bilik-bilik komputer yang lengkap,perpustakaan yang lengkap,bilik-bilik darjah yang sempurna.Ini kerana untuk mewujudkan persamaan, peluang terlebih dahulu perlu diwujudkan persamaan kemudahan.Jika para pelajar di bandar ada menghadiri kelas tambahan pihak kerajaan juga perlu mengambil inisiatif untuk mengadakan kelas tambahan untuk para pelajar di kampung.Aspek-aspek lain juga perlu di kaji secara mendalam supaya sesudah perlaksanaannya tidak timbul sebarang implikasi. 5.4 Keempat,selain merit dan kecemerlangan perlulah diberikan pertimbangan yang sama beratnya kepada factor keperluan iaitu latar belakang,ekonomi,keluarga,social dan juga pendidikan pelajar-pelajar.Pada umumnya pelajar yang datang dari keluarga atau kawasan yang mundur di mana kemudahan pendidikan tidak begitu baik sukar hendak bersaing dengan pelajar dari kawasan maju atau keluarga kaya. 5.5 Kelima, sekiranya hanya kecemerlangan diambil kira dan tidak bersama-sama,maka ramai pelajar dari kawasan mundur atau keluarga miskin tidak kira Melayu,Cina,India,Kadazan,Iban dan lain-lain akan keciciran untuk melanjutkan pendidikan mereka.Akibatnya jurang sosio-ekonomi di antara yang kaya dengan miskin akan bertambah lebar. 6. Perbincangan/cadangan.
Namun demikian sistem ini sangat ideal kerana ianya dapat melahirkan insan yang benar-benar berkebolehan tanpa dipengaruhi oleh kedudukan,pangkat,kaum dan agama.Sistem ini juga dapat meningkatkan daya saing di kalangan para pelajar terutamanya pelajar kaum seterusnya memajukan bangsa Melayu itu sendiri.Individu yang terhasil melalui sistem ini juga akan mementingkan kualiti kerja yang cemerlang.Suka juga diingatkan bahawa sikap orang Melayu yang mudah bertolak ansur akan memudaratkan hak keistimewan orang Melayu yang semakin terhakis ekoran desakkan demi desakkan kaum lain.Ada perkara yang bangsa lain perlu hormati (bangsa Melayu) dan ada perkara yang membolehkan orang Melayu bertolak ansur. 7. Rumusan/kesimpulan.
Rujukan:-
John Rex,1985.Hubungan Ras Dalam Tteori Sosiologi.(terjemahan
A.Nazeri
Mohd Salleh Lebar,1998.Sosiologi sekolah dan pendidikan,Thinker’s
Library Sdn.
Sharifah Alwiyah Alsagoff,1988.Sosiologi Pendidikan,Kuala
Lumpur,Longman
T.Marimuthu,1990.Pengenalan sosiologi pendidikan,Kuala Lumpur,Siri Fajar Bakti ________________, 1996. Kamus Dewan ( Edisi Ketiga) ,Kuala Lumpur,.Dewan Bahasa dan Pustaka. Majalah MASSA Berita Mingguan,Bil.291,Mei 2001. ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Komputer ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |