Perpustakaan-perpustakaan awam dan agensi-agensi kerajaan biasanya gemar menggunakan MAN untuk berhubung dengan wargaa setempat dan pihak pengurusan sektor swasta. Satu contoh penggunaan MAN ialah di Pasco Country yang terletak di Florida, Amerika Syarikat. Rangkaian MAN di sini dikenali senbagai "the MIND Netwrk" yang mana rangkaian tersebut berfungsi menghubungkan semua pusat media Pasco kepada komputer kerangka utama berpusat yang terletak di pejabat daerah dengan menggunakaan talian telefon, kabel koaksial, alat perhubungan tanpa tali/wireless.
Di dalam bidang perniagaan contohnya, satu komputer peribadi menghantar data kepada satu minikomputer atau kerangka utama. Oleh kerana, komputer-komputer yang lebih besar atau berkuasa tinggi sememangnya direka sebagai pelayan (server), ia berfungsi untuk membenarkan mana-mana laluan masuk sesebuah terminal, sesebuah komputer peribadi itu boleh berkomunikasi dengan sebuah minikomputer atau kerangka utama.
Ini hanya berlaku jika komputer peribadi tersebut boleh bersaing atau menyerupai sebuah terminal. Oleh yang demikian, kerangka iai akan berjaya apabila komputer peribadi itu dilengkapkan dengan terminal emulation software. Komputer yang lebih besar itu menganggapi komputer peribadi atau stesen kerja itu sebagai satu pengguna lain di dalam rangkain perantaraan komunikasi input-output.
Apabila komputer yang lebih
kecil disambungkan ke komputer yang lebih besar, perhubungan yang dirujuk
sebagai perhubungan yang mikro ke kerangka utama. Komputer besar
dimana terminal atau komputer peribadi disambungkan dikenali sebagai komputer
hos. Jika komputer peribadi itu digunakan sebagai terminal, perisian
memindahkan fail membenarkan pengguna memindahkan fail (download) dari
hos ataupun menghantar data ke hos (upload). Dowload file bererti
membuka dan mengambil data dari sebuah komputer peribadi yang lain dan
menghantar data ke komputer yang berkenaan yang diminta oleh pengguna.
Upload file pula bererti pengguna membuka fail data dan menghantarnya ke
sebuah komputer yang lain.