TAJUK:
Isu sistem kuota pengambilan pelajar memasuki Institut Pengajian Tinggi
Awam
Sinopsis
Isu sistem kuota pengambilan pelajar memasuki
Institut Pengajian Tinggi Awam(IPTA) telah berjaya menimbulkan keresahan
di kalangan masyarakat Melayu terutama golongan pendidik, pemimpin masyarakat
dan politik. Ia berpunca daripada satu laporan kononnya pelajar bumiputera
tidak mampu memenuhi kuota yang disediakan oleh IPTA berkenaan.Masyarakat
Melayu semakin resah apabila Perdana Menteri,Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad
membayangkan kesediaan kerajaan menghapuskan system kuota bagi kemasukan
pelajar ke IPTA sekiranya langkah itu dipersetujui rakyat.
Kenyataan Perdana Menteri itu, menimbulkan banyak
reaksi dari pelbagai pihak.Ada pihak yang menyokong, ada pihak yang ragu-ragu
dan tidak kurang juga ada yang membantah kerana mereka lihat tindakan
itu sebagai merampas hak bumiputera. Kekusutan itu berakhir apabila Kementerian
Pendidikan menjelaskan perkara yang sebenarnya bahawa tidak wujud kekosongan
seperti yang dilaporkan. Kuota itu sudah dipenuhi malahan ramai yang tidak
dapat memasuki IPTA. Ramai di kalangan bumiputera yang menarik nafas lega
dan berpuas hati dengan penjelasan Kementerian Pendidikan itu.
Namun begitu, kesilapan itu ada hikmah di sebaliknya.
Sekurang-kurangnya masyarakat bumiputera harus mula menyedari dan menginsafi
bahawa peluang yang ada sekiranya tidak mampu diisi , ia akan diisi oleh
orang lain. Justeru itu dalam keratan akhbar yang dipilih, rencana ini
telah dapat mengupas kepentingan system meritokrasi kepada kemajuan orang
melayu . Perbincangan ini telah dilakukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Promosi
dan Seranta Kongres Pendidikan Melayu Pertamayang juga bekas pensyarah,
Dr Alias Mohamed. Beliau menerangkan maksud meritokrasi, masalah yang dihadapi
oleh masyarakat Melayu masa kini,meritokrasi yang diamalkan oleh masyarakat
bukan melayu, kebaikan meritokrasi dan system kuota pada masa akan datang.Sesungguhnya
dengan penerangan yang diberikan oleh beliau sekurang-kurangnya dapat
saya membincangkannya dalam tugasan sosiologi saya.
Pengenalan
Unsur-unsur kebimbangan jelas tertera dalam
kebanyakan reaksi yang dikemukakan oleh pelbagai pihak mengenai cadangan
kerajaan menggunakan dasar meritokrasi bagi pemilihan pelajar-pelajar ke
IPTA dan yang akan diberi pelbagai bantuan dan kemudahan tambahan setelah
dipilih. Malah ada pihak yang turut menyatakan kebimbangan masing-masing
akan implikasi penggunaan dasar itu. Kononnya, penggunaan dasar meritokrasi
akan menyekat peluang pelajar-pelajar Melayu(bumiputera) ,khususnya mereka
yang dating dari luar Bandar, untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat
yang lebih tinggi. Pada masa yang sama ada pula pihak yang mendakwa bahawa
tindakan menggunakan dasar meritokrasi adalah keterlaluan . Tidak syak
lagi, sebahagian daripada unsure-unsur kebimbangan dan dakwaan ini berpunca
daripada kekeliruan mengenai dasar meritokrasi yang akan dilaksanakan itu.
Meritokrasi sebenarnya telah diterima dan
diamalkan oleh kebanyakan masyarakat secara sedar atau tidak sedar dalam
kehidupan seharian mereka contohnya pemberian hadiah kepada murid-murid
yang mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga di dalam peperiksaan., system
penggredan peperiksaan sama ada peperiksaan dalaman atau awam contohnya
PMR,SPM dan lain-lain. Terdapat banyak kelebihan sekiranya sistem meritokrasi
diamalkan di antaranya kita akan dapat masyarakat yang berkualiti,
dapat meminimakan jurang pengkelasan dan membuka peluang kepada individu
yang berkebolehan dari kalangan rakyat bawahan dan miskin.
Definisi
Meritokrasi berasal daripada dua perkataan
iaitu ‘merit’ dan ‘krasi’. Merit bermaksud kepujian atau kecemerlangan
atau dalam bahasa mudah,bermakna ‘hanya yang terbaik layak’ manakala krasi
pula berasal daripada perkataan latin iaitu pemerintahan atau sistem pentadbiran
sesebuah negara.
Definisi lain pula, meritokrasi bermaksud
status social boleh dimiliki melalui pencapaian akademik dan bukannya melalui
kriteria askripsi. Pencapaian boleh diperolehi oleh setiap individu berdasarkan
keupayaan dan kebolehan semulajadi sedia ada. Terdapat dua jenis meritokrasi
yang utama iaitu moderated meritocracy dan unrestricted meritocracy.
Bagi tafsiran-tafsiran lain pula, meritokrasi
ialah sistem yang menggalakkan individu yang berkebolehan dipilih dan dibantu
berdasarkan pencapaian yang dimiliki oleh mereka. Ia juga adalah satu sistem
sosial di mana individu manusia dipilih berdasarkan kebolehan, intelektual
dan amalan dan bukannya prinsip kekayaan, penampilan, latarbelakang keluarga
atau status sosio-ekonomi mereka.
Menurut Dr. Alias Mohamed, pelaksanaan
meritokrasi dalam bidang pendidikan terutama pada peringkat IPTA dapat
menjamin hanya anak Melayu yang terbaik di antara beribu-ribu mereka yang
layak diterima masuk ke universiti.
Menurut Amir Hassan Dawi, sistem pendidikan Malaysia
moden meneruskan dasar-dasar meritokrasi dalam pendidikan melalui pengaliran.
Setelah memasuki sistem persekolahan, seseorang itu akan menerima pendidikan
dan bersaing antara satu sama lain. Persaingan disahkan oleh sistem
peperiksaan. Murid – murid yang “intelligen” telah diutamakan
dalam sistem.Kebiasaan sekolah ialah mengasingkan murid-murid mengikut
tahap intelligen dalam bilik darjah berlainan.
Namun begitu bagi kemasukan ke IPTA di
Malaysia, Amir Hassan Dawi mempunyai pandangan beliau sendiri. Meritokrasi
untuk kemasukan ke IPTA tidak diamalkan di Malaysia sebaliknya kuota yang
diberikan kepada pelajar-pelajar Melayu telah menjejaskan kecemerlangan
akademik mereka.Kelayakan masuk ke IPTA bagi pelajar-pelajar Melayu lebih
rendah berbanding pelajar-pelajar bukan bumiputera. Ini menyebabkan pelajar-pelajar
Bumiputera tidak perlu berusaha lebih untuk bersaing dengan pelajar-pelajar
bukan Bumiputera.
Teori Sosiologi Yang Berkaitan Dengan Isu.
Teori Fungsionalisme
Teori yang berkaitan dengan tajuk ini ialah teori
fungsionalisme. Teori ini mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi
dalam kegiatan-kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat.
Masyarakat telah diibaratkan sama seperti organisma yang mempunyai bahagian-bahagian
dan setiap bahagian masyarakat dikenali sebagai struktur. Menurut teori
ini, struktur-struktur sosial akan menentukan kelancaran perjalanan atau
keharmonian masyarakat. Brinkerhoff dan White(1989:9) telah merumuskan
tiga andaian utama ahli-ahli fungsionalisme iaitu stabiliti, harmoni dan
evolusi. Stabiliti merupakan kriteria penilaian utama untuk menentukan
sejauh mana sesebuah masyarakat dapat dikekalkan. Harmoni menunjukkan bagaimana
semua bahagian atau struktur-struktur dalam masyarakat bekerjasama untuk
mencapai tujuannya.Evolusi pula menggambarkan perubahan-perubahan yang
berlaku kepada masyarakat melalui proses adaptasi struktur sosial kepada
pembaharuan. Di samping itu proses evolusi juga akan melenyapkan segala
apa yang ada pada struktur yang tidaklagi diperlukan oleh masyarakat. Oleh
itu jelas bahawa teori ini menekankan kepentingan persefahaman anggota-anggota
masyarakat atau konsensus untuk mencapai keharmonian dan kestabilan masyarakat
berkenaan.(Amir Hasan Dawi: 29).
Di Malaysia, sistem pendidikan masih
mengekalkan kehendak pendekatan fungsionalisme kerana Malaysia terdiri
daripada berbilang kaum.Dasar meritokrasi mungkin akan dilaksanakan secara
berperingkat-peringkat tetapi tidak setulen dasar atau sistem yang dipelopori
oleh pihak-pihak yang berpendapat bahawa sesiapa sahaja sepatutnya diberi
peluang yang sama berdasarkan kemampuan, kebolehan dan pencapaian masing-masing.
Untuk menjalankan sistem meritokrasi di Malaysia , teradapat banyak perkara
yang perlu dikenalpasti. Sebagai permulaan kita perlu mengenalpasti struktur-struktur
sosial. Kemudian peranan-peranan yang dimainkan oleh struktur-struktur
berkenaan dan peraturan-peraturan yang mengawal perjalanannya perlu dikesan.
Teori fungsionalisme akan mengkaji bagaimana sistem sosial bergerak atau
berfungsi. Kita cuba menilai sejauh manakah perjalanan sistem sosial membawa
kepada keharmonian sebagai syarat untuk mengekalkan ikatan masyarakat.
Dengan itu kita akan melihat sama ada proses yang berlaku pada struktur-struktur
berlangsung dan berjaya mencapai apa yang dijangkakan ataupun kesudahannya
tidak sebagaimana yang diharapkan. Apa yang telah dibincangkan oleh Dr.
Alias Mohamed, masyarakat Malaysia perlu memahami kenyataan Perdana
Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad bahawa sistem kuota akan terus
dikekalkan walaupun meritokrasi diperkenalkan. Beliau juga berkata, walaupun
meritokrasi akan dilaksanakan dengan mengekalkan sistem kuota, masyarakat
Melayu perlu ingat bahawa pencapaian mereka dalam pelbagai bidang
masih lagi rendah.Sistem kuota mungkin tidak digunakan apabila tiba satu
masa kelak jumlah penduduk Cina lebih tinggi daripada Melayu. Ada pendapat
mengatakan keadaan itu pasti akan berlaku selepas 100 tahun akan datang
ataupun menjelang tahun 2030.
Definisi satu konsep daripada tiga konsep
yang berkaitan dengan isu.
Definisi Mobiliti Sosial
Kemajuan sesebuah negara menyebabkan taraf sosioekonomi
sesebuah masyarakat berubah-ubah. Golongan yang mempunyai kesedaran kepentingan
pendidikan biasanya berlumba-lumba untuk memberi pendidikan yang secukupnya
kepada anak-anak agar masa depan keluarga lebih baik daripada keluarga.
Dengan cara ini sahaja dapat meningkatkan taraf hidup atau mobility social
khususnya golongan bawahan.
Menurut John Jarolimek(1981):
Social mobility refers to the movement
of person upwards or downwards in the social structur. Lower middle-class
parents, for instance, who want their children to get good education in
order to become lawyer, doctor, scientists or business executives are expressing
an aspiration for the upwards social mobility of their children.
Menurut Noran Fauziah Yaakub(1990) menjelaskan
mobility social ialah perubahan kedudukan dalam system susun lapis: pertambahan
atau kekurangan pendapatan atau kekayaan atau kedua-duanya sekali; pertambahan
atau kekurangan kuasa; pertambahan atau kekurangan prestij.
Kesimpulan daripada definisi di atas ialah
tidak ada cara lain yang dapat membantu untuk meningkatkan taraf hidup
sosialnya melainkan dengan pendidikan.
Analisis isu berdasarkan 3 konsep yang sesuai.
Daripada isu yang telah dipilih ini, terdapat
tiga konsep yang berkaitan iaitu:
a)mobiliti sosial
b)modenisasi
c)reformasi pendidikan
a)Mobiliti sosial
Pendidikan merupakan factor yang penting
bagi meningkatkan taraf hidup seseorang. Semua negara di dunia ini inginkan
rakyatnya maju dalam bidang pendidikan contohnya Amerika Syarikat ,England
dan lain-lain negara maju. Begitu juga Malaysia pada masa kini, boleh dikatakan
perubahan dalam bidang pendidikan sedang berlaku apabila menjelang wawasan
2020. Dengan adanya pendemokrasian dalam bidang pendidikan , semua rakyat
berpeluang untuk mendapatkannya sehingga ke peringkat universiti. Apabila
mereka diberi peluang melanjutkan pelajaran ,maka mereka berpeluang mengubah
mobiliti diri dan keluarga ke arah yang lebih tinggi.
Begitu juga sekiranya meritokrasi diamalkan
di IPTA, ia mungkin dapat membangunkan mobiliti masyarakat dan bangsa Melayu
yang kuat serta memiliki daya saing yang tinggi. Kebanyakan anak Melayu
bukanlah lemah dan gagal mencapai kecemerlangan akademik tetapi masalah
yang membelenggu anak Melayu ialah sikap dan kesungguhan mereka untuk belajar
berbanding dengan Cina dan India.
b) Modenisasi
Modenisasi boleh diterima sebagai keadaan
masyarakat tradisional memodenkan sikap, autoriti, hubungan dari nilai-nilai
yang lama kepada yang baru.Gaya hidup tradisi telah berubah sebagai gaya
hidup moden. Pendidikan di Malaysia telah mengalami modenisasi secara beransur-ansur
dengan adanya pertemuan dengan gejala barat. Dalam pengisian kemerdekaan,
pelbagai usaha telah dan sedang dijalankan dalam memodenisasikan pendidikan
negara. Segala perubahan ke arah kemodenan memerlukan pemikir dan pelaksana.
Oleh itu ramai rakyat Malaysia yang pintar dihantar melanjutkan pelajaran
ke negara-negara maju dengan harapan supaya mereka pulang ke tanahair,
mereka akan dapat memodenkan negara.
Di dalam rencana yang dipilih ini, Dr Alias
mengatakan bahawa kesan daripada amalan meritokrasi yang dilaksanakan ,
pelajar MCKK yang berjaya dikeluarkan dulu terutama ketika pra dan awal
merdeka adalah antara lepasan pelajar yang paling baik dan menonjol bakatnya
berbanding dengan pelajar lain.Dengan adanya mereka ini dapat membantu
membangunkan negara.
c) Reformasi pendidikan
Komitmen kerajaan terhadap reformasi pendidikan
juga jelas ditunjukkan dengan pertambahan peruntukan pendidikan pada setiap
tahun.Sejak merdeka hingga kini,banyak kemudahan pendidikan telah dibangunkan.
Untuk menghadapi abad ke 21 berbagai-bagai strategi telah diatur dan salah
satunya adalah pelaksanaan sistem meritokrasi secara berperingkat. Sistem
kuota mungkin tidak diperlukan lagi apabila jumlah penduduk Cina lebih
tinggi daripada Melayu. Meritokrasi merupakan cabaran bagi pelajar-pelajar
Melayu untuk menjana semangat juang yang lebih tinggi,meningkatkan iltizam
keilmuan dan keintelektualan, merangsang produktiviti dan kecekapan. Meritokrasi
juga boleh dijadikan mekanisme untuk menghapuskan amalan pilih kasih,pilih
bulu dan kronisme. Dalam Islam sendiri, meritokrasi menjadi keutamaan dalam
banyak perkara contohnya untuk menjadi seseorang pemimpin, seseorang itu
mesti memiliki cirri-ciri kepimpinan yang unggul seperti berilmu,bertanggungjawab,
amanah dan taat pada perintah Allah.Kesimpulannya apa-apa juga kemestian
atau syarat dalam sesuatu amalan,di situlah terletaknya unsure meritokrasi
secara langsung.
Cadangan dan Kesimpulan
Pada pendapat saya pelaksanaan meritokrasi
seperti yang dicadangkan oleh kerajaan mesti dipandang secara positif selagi
ia tidak mengorbankan hak-hak keistimewaan orang Melayu. Selagi ia bertujuan
untuk menaikkan taraf, kedudukan dan maruah orang-orang Melayu, ia wajar
disokong demi kebaikan bersama. Dasar meritokrasi ini seharusnya mencabar
para pentadbir dan guru-guru supaya berusaha dengan lebih cekap dan
kreatif serta komitmen yang lebih besar.
Pihak yang lebih wajar berusaha dengan
kuat dan gigih tentulah para pelajar Melayu itu sendiri. Sikap sambil lewa
dan enggan bersusah payah mencapai kejayaan, dalam apa-apa keadaan sekalipun,
tidak akan menjadi seseorang itu cemerlang. Maka dasar meritokarasi yang
akan dilaksanakan perlu dijadikan cabaran untuk membuktikan bahawa kemampuan,
kebolehan dan pencapaian yang tinggi, segala persaingan boleh dimenangi
dan segala rintangan boleh diatasi.
 Agama Pendidikan Hiburan Akhbar
& Majalah
Komputer Poskad Wallpaper Malaysia
Laman Utama
 
|