Bagaimana ia Berfungsi
Mel udara,TV, radio,buku,suratkhabar
dan sebagainya merupakan kaedah yang sering digunakan bagi menghantar dan
menerima maklumat. Teknologi ini tidak mengalami sebarang perubahan
yang drastik sejak mula diperkenalkan sehingga sekarang. Walaubagaimanapun,
sistem komunikasi data iaitu sistem komputer yang memindahkan
data melalui talian komunikasi seperti telefon dan kabel telah berubah
dan semakin maju berbanding diawal kemunculannya (1960)
Pemprosesan Data Berpusat
Di awal penggunaan sistem
komputer semua prosesnya termasuk pemprosesan,perkakasan,perisian tertumpu
pada satu pusat yang sama. Konsep ini dinamakan Pemprosesan Data
Berpusat. Masalah timbul di mana setiap data perlu dipindahkan secara
fizikal kepada sistem komputer dan setiap maklumat yang telah siap diproses
juga melalui prosese yang sama untuk kembali kepada pengguna. Semua
ini memakan masa dan merugikan pengguna.
Pemprosesan Seiring
Perubahan seterusnya berlaku
di mana setiap terminal disambungkan kepada satu sistem pusat melalui talian
telekouinikasi. Sistem Pemprosesan Seiring membenarkan pengguna mencapai
atau menghantar data kepada sistem pusat dari terminal masing-masing walau
di mana jua mereka berada. Kekurangannya di sini ialah, setiap pemprosesan
masih tertumpu kepada pusat yang sama iaitu sistem pusat sesebuah organisasi
atau syarikat.
Pemprosesan Data Tersebar
DiDi awal tahun 70-an, minikomputer
mula diperkenalkan di sektor perniagaan yang menjurus kepada bermulanya
teknologi Pemprosesan Data Tersebar (DDP). DDP merupakan kaedah di
mana setiap komputer mampu memproses datanya sendiri dan pada masa yang
sama mempunyai keupayaan mencapai sitem pusat. Ianya hampir
sama dengan kaedah pemprosesan Seiring cuma DDP bukan sekadar mampu melaksanakan
remote access (capaian jauh) tetapi juga remote processing (pemprosesan
jarak jauh). Kemunculan rangkaian komputer dan juga mikrokomputer
kemudiannya terus membawa perubahan yang lebih dramaytik kepada teknologi
DDP. Kini, rangkaian komputer direka bagi membolehkan setiap mikrokomputer
dirangkaikan bersama dan berkongsi data dan juga sumber-sumber.
Konfigurasi Bagi Komputer Data
1. Peranti
Penghantaran
2. Talian
Komunikasi
3. Peranti
Penerimaan
Pemindahan Data
Komputer menghasilkan signal
berbentuk digital yang sebenarnya merupakan kehadiran denyutan elektrik.
Setiap denyutan ini diwakili pula dengan nombor binari 1 dan 0 bagi status
on dan off. (1 = on, 0 = off). Sebahagian talian komunikasi mampu
menghantar signal digital ini secara terus tetapiu talian komunikasi seperti
talian telefon, kabel coaxial atau litar mikrowave yang asalnya direka
untuk penghantaran suara secara analog tidak mampu menerima signal berbentuk
digital. Signal digital ini perlu ditukar dan diterjemahkan terlebih
dahulu kepada bentuk analog sebelum dipindahkan. Perterjemahan data
dari bentuk digital kepada analog dinamakan modulation. Perterjemahan
sebaliknya pula (analog kepada digital) dinamakan demodulation. Alat
yang paling popular digunakan sebagai modulation ialah modem
Modem