|
|
|
Keselamatan
Dari Terkena Kejutan Elektrik.
Jangan
sesekali pegang wayar hidup dengan tangan
 |
Jangan
pegang/sentuh 'live wire' dengan tangan anda. Gunakan 'Test pen' atau 'Multimeter'
untuk memeriksa sama ada talian tersebut mempunyai tenaga elektrik atau
tidak. |
 |
Sekiranya
kita memegang wayar hidup dengan tangan, maka secara automatik tangan kita
akan mengenggam wayar tersebut. |
 |
Sekiranya
kita terpaksa juga memegang wayar hidup disebabkan ketiadaan peralatan
yang sesuai, kita boleh menyentuh wayar hidup tersebut dengan jari belakang
tangan. Sekiranya wayar yang kita sentuh merupakan wayar hidup maka secara
automatik tangan kita akan tergenggam dan ini menyebabkan jari kita tadi
terpisah dari wayar hidup tersebut. |
Buang
wayar hidup(tutup) apabila membantu pesakit yang terkena kejutan elektrik.
 |
Sekiranya
seseorang terkena kejutan elektrik, jangan sesekali menyentuh mereka, ini
dikuatiri mereka masih lagi menyentuh talian yang mempunyai tenaga elektrik.
Tutup talian utama atau alihkan talian tersebut jauh dari pesakit sebelum
menyentuhnya. |
Bila
melakukan pemeriksaan terhadap 'live equipment' pastikan
plug
yang digunakan berada ditempat tinggi.
 |
Pastikan
plug kuasa yang digunakan dipasangkan ditempat yang mudah dicapai dan dilihat
oleh pengguna lain supaya sekiranya berlaku sebarang kemalangan mudah sahaja
pengguna lain dapat melihat dan memadamkan bekalan kuasa. |
Jangan
melakukan pemeriksaan terhadap 'live equipment'
dalam
keadaan bilik yang tidak selamat.
 |
Pastikan
bilik yang digunakan adalah selamat. |
 |
Pastikan
tiada peralatan tajam berada dibelakang
anda
semasa melakukan pemeriksaan. Sekiranya
berlaku
kejutan elektrik yang besar, kemungkinan
kita
akan terhumban kebelakang. |
Pastikan
sebelah tangan anda berada didalam poket seluar semasa
melakukan
ujian terhadap 'live equipment'.
 |
Secara
amnya, tenaga elektrik akan mengikut laluan yang mudah untuk sampai ke
bumi. |
 |
Apabila
kita membuat pemeriksaan terhadap 'live equipment', selalunya sebelah tangan
akan memeriksa peralatan tersebut dan sebelah tangan lagi akan memegang
peralatan tersebut. |
 |
Apabila
berlaku kejutan elektrik, tenaga elektrik tersebut akan mengalir dari satu
tangan kepada satu tangan yang lain melalui dada kita. Ini kerana itulah
laluan yang paling cepat untuk sampai ke bumi. Ketika tenaga elektrik melalui
dada kita, tenaga elektrik tersebut akan menganggu denyutan jantung kita. |
 |
Sekiranya
sebelah tangan kita berada didalam poket, tenaga elektrik tersebut akan
mengalir dari tangan terus kepada kaki tanpa melalui jantung kita. |
Gunakan
Kasut Getah.
 |
Kasut
kulit bukanlah penebat yang baik. |
 |
V=IR
(Voltan tinggi tidak membunuh, tetapi Current 'mill' yang membunuh. |
 |
Elecktrik
Statik boleh mencapai sehingga 10KV tetapi tidak akan membunuh. |
Pastikan
diri tidak dibumikan.
 |
Sekiranya
kita memakai gelang elektrik statik yang digunakan untuk membuat tenaga
elektrik statik yang akan merosakkan peralatan elektronik, pastikan kita
mencabutnya sebelum kita memeriksa 'live equipment'. |
 |
V=IR,
dengan menjadikan diri kita dibumikan. Rintangan diri kita akan menjadi
rendah. Dengan ini tenaga arus (currrent) akan meningkat tinggi.
TENAGA
ARUS YANG TINGGI BOLEH MEMBUNUH. |
Putuskan
punca bekalan tenaga elektrik sebelum melakukan pemeriksaan kecuali terpaksa.
 |
Matikan
suis peralatan. |
 |
Matikan
suis bekalan di plug dimatikan. |
 |
Cabut
plug dari dinding. |
 |
Cabut
plug pada peralatan. |
 |
Letakkan
kabel kuasa yang mudah anda lihat. |
Pisahkan
peralatan lain yang bersambung dengan peralatan yang dibaiki.
 |
Peralatan
seperti monitor dan kapasitor (power supply) mungkin membawa bahaya, ini
kerana kapasitor boleh menyimpan tenaga elektrik. Semakin besar kapasiti
maka semakin banyak tenaga elektrik boleh disimpan dan dilepaskan. |
Berhati-hati
apabila membaiki 'power supply'
 |
Mungkin
masih ada lagi kuasa yang disimpan didalam kapasitor. |
 |
Sekiranya
ada fius, tukar sahaja fius tersebut dan hidupkan kembali bekalan kuasa.
Sekiranya fius tersebut terputus. Ganti sahaja bekalan kuasa tersebut.
|
Jauhkan
diri dari peralatan yang dibaiki apabila menghidupkan bekalan kuasa.
 |
Sebab?
Mana le tahu kalau ada letupan berlaku. |
 |
Sekiranya
letupan berlaku, tiada apa yang dapat dilakukan lagi. Semuanya sudah rosak. |
 |
Sekiranya
ada bau hangit, cepat-cepat matikan bekalan kuasa dan cuba selamatkan peralatan
lain yang masih elok. |
Monitor
 |
Monochrome
10,000 volt, Color 35,000 volt. |
 |
Tiub
monitor juga boleh menyimpan tenaga elektrik selama berbulan-bulan. |
Apabila
mengubah potentiometer, gunakan barangan plastik.
 |
Penggunaan
Test Pen tidak digalakan, dikuatiri semasa mengubah potentiometer test
pen tersebut akan tersentuh peralatan yang lain. |
Berhati-hati
dengan peralatan yang bergerak.
 |
Sekiranya
pembaikan dilakukan terhadap barangan yang bergerak seperti Mesin Pencetak,
pastikan tali leher, Kad nama, rambut dan barang kemas tidak ditarik oleh
peralatan tersebut. |
|