Jenis-Jenis Rangkaian
Jenis-jenis rangkaian sebenarnya ditakrifkan mengikut linkungan geografi sesuatu rangkaian itu.  Selain daripada itu, perbezaan di antara skema rangkaian-rangkaian tersebut turut melibatkan jarak dan orientasi.  Biasanya, ia berorientasikan kerangka pusat dan menggunakan talian telefon atau bergantung kepada geganti gelombang mikro untuk menghantar data.  Terdapat 3 jenis rangkaian komputer yang asas iaitu: RANGKAIAN KAWASAN SETEMPAT (LAN)
Rangkaian jenis LAN ini biasanya terhad kepada batasan geografi yang kecil misalnya rangkaian yang meliputi sesebuah bangunan, sekolah, pejabat atau kampus.  Fungsi asas LAN sebagai satu rangkaian yang menghubungkan sebilangan komputer didalam kawasan yang terhad seperti dalam kampus universiti, di dalam sebuah bangunan dan di dalam bilik serta kerapkali dihubungkan dengan komputer kerangka utama atau minikomputer.  Namun begitu, jarang sekali rangkaian LAN meliputi kawsan yang lebih daripada satu batu jarahnya.  Komputer-komputer ini dapat dihubungkan dengan pelbagai kaedah seperti kabel pasangan terpiuh atau berpintal, gentian optik, talian telefon dan cahaya inframerah serta isyarat radio.

Setiap topologi perlu melaksanakan kerja yang sama.  Situasi yang paling biasa ditemui oleh rangkaian ialah mesej dari satu komputer ke satu komputer yang lain atau arahan supaya menjalankan aturcara tyang tersimpan di dalam rangkaian.  Data atucara yang diminta oleh mesej mungkin disimpan pada komputer yang digunakan oleh seseorang rakan sekerja dalam rangkaian atau pada pelayan fail (server), suatu komputer khusus.  Pelayan fail biasanya adalah merupakan komputer berkuasa tinggi dan mempunyai pemacu cakera keras yang tidak digunakan secara ekslusif oleh individu pada rangkain itu serta cakera padat (CD drive).  Pelayan fail juga seharusnya mempunyai storan semua perisian yang mengawal pengurusan sesuatu sistem rangkaian itu.

Selain daripada itu, pelayan fail wujud hanya untuk melayan semua komputer yanglain yang berada dalam sistem rangkaian tersebut.  Komputer-komputer yang disambungkan kepada pelayan fail dikenali sebagai stesen kerja (workstation).  Stesen kerja tidak memerlukan kuasa tinggi seperti pelayan komputer namun begitu, komputer-komputer tersebut boleh mempunyai perisian tambahan pada cakera keras masing-masing.  Manakala, setiap satu komputer yang menggunakan khidmat pelayan fail dukenali sebagai pelanggan (clien).  Pencetak boleh uga disambungkan kepada rangkaian supaya ia boleh dicapai oleh semua pelanggan LAN.

Untuk menggunakannya, rangkaian mestilah menerima permintaan daripada komputer individu atau nod yang dihubungkan pada rangkaian dan ia mestilah mempunyai cara untuk mengendalikan permintaan serentak untuk perkhidmatannya.  Sebaiak sahaja komputer mendapat perkhidmatan rangkaian, ia haruslah mempunayi cara untuk menghantar mesej dari satu komputer kepada komputer yang lain supaya ia hanya menuju kepada nod  yang diperlukan dan tidak muncul di komputer yang lain.

Rangkaian piula mestilah melakukan semua ini dengan secepat mungkin sambil memberi perkhidmatannya secara serata mengikut giliran di antara nod lain di dalam LAN.  Terdapat 3 jenis rangkaian topologi yang biasa digunakan didalam tatarajah LAN bagi rangkaian pelayan-pelayan.  Rangkaian-rangkaian itu ialah :