Pengenalan Internet
Mengenal Internet

Anda pasti ingin tahu bagaimana boleh mendapatkan Internet. Pasti juga mahu tahu apa yang patut dilakukan untuk menjadi sebahagian daripada komuniti Internet. Apa yang diperlukan ialah komputer (PC atau Macintosh), modem, perisian relekom, talian telefon dan penyedia perkhidmatan Internet.

Internet adalah dalam bentuk pengkomputan pelanggan/pelayan di mana komputer pelanggan boleh mencapai lebih daripada satu pelayan dan manakala pelayan boleh berkhidmat untuk lebih daripaa satu pelanggan. Setiap pengguna Internet adalah pelanggan dan sumber bahan Internet iaitu pelayan terletak di mana-mana sahaja di dunia.

Internet berasaskan kepada protokol rangkaian iaitu TCP/IP (Transmission Control Protocol / Internet Protocol) dan setiap pembina Internet mesti mengikuti protokol ini untuk memudahkan capaian oleh para pengguna. TCP/IP terdiri daripada alamat numerik IP dan nama domain. Alamat IP terdiri daripada 4 set nombor yang dipisahkan oleh titik contohnya 124.199.4.88. Tetapi setelah pengguna Internet meningkat pengguna huruf adalah lebih berkesan dan mudah diingat.

Pertama
Komputer yang sesuai adalah sekurang-kurangnya Pentium 233 MMX tetapi Pentium II ke atas adalah lebih baik. Jumlah memori atau RAM hendaklah sekurang-kurangnya 36MB dan cakera keras 2.1GB atau lebih.

Kedua
Modem adalah sebuah peranti yang digunakan untuk menukar isyarat analog kepada digitial dan sebaliknya. Contohnya isyarat dari komputer kepada talian telefon dan seterusnya. Keupayaan modem diukur dari segi kepantasan menghantar data dan ukuran yang digunakan adalah dalam bps atau bit per saat iaitu bilangan bit data ditukar dan dihantar. Biasanya keupayaan modem yang digunakan pada sebuah PC adalah di antara 9.6 kbps hingga 192 kbps. Harga modem pula adalah di antara RM200 hingga RM2000, bergantung kepada jenama dan keupayaannya. Dengan menggunakan modem yang lebih tinggi keupayaannya maka masa penggunaan Internet akan berkurangan dan bayaran caj penggunaan juga adalah rendah. Modem juga mempunyai keupayaan menerima atau menerima faksimili, menerima pesanan bersuara dan membetulkan ralat dokumen. Terdapat dua jenis modem iaitu dalaman dan luaran. Modem luaran akan dipasang pada bahagian belakang PC anda dan kelihatan seperti sebuah kotak, manakala modem dalaman pula sekeping kad modem yang dipasang di dalam komputer.

Ketiga
Perisian telekom digunakan untuk mengisytiharkan kehadiran pengguna dalam Internet. Perisian telekomunikasi ini untuk menyambungkan komputer kepada Internet dan contoh perisian ini ialah Trumpet Winsock. Jika anda menggunakan Windows 95/98 anda tidak perlu bimbang kerana perisian TCP/IP telah dimasukkan ke dalam perisian tersebut. Sebuah lagi perisian diperlukan ialah pelayar Web (web browser) untuk memudahkan pencarian, pemaparan dan memindah terima fail. Contohnya ialah Netscape Navigator, dan Internet Explorer.

Keempat
Talian telefon digunakan sebagai perantara untuk mendapatkan bahan dari kawasan Internet. Jika ingin menggunakan Internet boleh menggunakan talian telefon yang sedia ada tetapi anda boleh mendapatkan talian telefon baru dari Telekom Malaysia.

Kelima
Untuk membolehkan anda menggunakan Internet, anda perlukan penyedia perkhidmatan Internet (ISP) yang membuka dan mengawal laluan Internet di Malaysia. Anda boleh memilih salah satu daripada tujuh ISP tempatan, antaranya ialah TMNet, Jaring dan Nasionet. Bayaran yang dikenakan adalah berpatutan dan ia bergantung kepada jumlah penggunaan laluan yang serta bayaran panggilan telefon tempatan.

Kandungan Internet

Setelah mengetahui mengenai Internet dan cara-cara untuk mendapatkannya, anda pasti ingin tahu apakah kandungan Internet. Saya rasa buat masa ini anda pasti tahu tentang kandungan Internet yang terbahagi kepada negatif dan positif. Anda boleh memanfaatkan Internet dengan mendapatkan bahan-bahan rujukan yang positif tetapi terpulanglah kepada anda untuk samada hendak pergi ke laman-laman Web yang negatif.

Fakta umum Internet
Secara umumnya dalam Internet terbahagi kepada 4 jenis applikasi :
1.  mel elektronik - mel elektronik adalah satu applikasi asas dalam Internet bagi memudahkan para pengguna Intenet berhubung antara satu dengan yang lain
2.  rangkaian pengetahuan - berkongsi maklumat dan membincangkan topik melalui Internet dan kumpulan akhbar Usenet.
3.  applikasi capaian jauh - menggunakan fail dan data seperti aturcara, bunyi, imej, data dan teks dengan menggunakan aturcara seperti Telnet dan FTP.
4.  applikasi capaian pengetahuan - dengan menggunakan perkakasan seperti Archie dan Gopher untuk mencari maklumat tertentu dalam pangkalan data di seluruh dunia.

Anda mestilah mempunyai asas komputer yang baik dan rakan-rakan yang pernah menggunakan Internet supaya boleh membantu anda. Anda juga perlu meningkatkan pengetahuan anda mengenai Internet dengan membaca mengenainya serta memahami beberapa aspek teknikal Internet.

Senarai laman-laman Web....

Portal Web
Altavista - www.altavista.com/
Excite – www.excite.com
Snap – www.snap.com
Yahoo! – www.yahoo.com
MSN Malaysia – www.msn.com.my
HotBot – www.hotbot.com
Infoseek – infoseek.go.com
Lycos – www.lycos.com

Senibina dan Seni Grafik
Virtual architecture - www.gold.net/oneday/arch/onevarch.html
ArchInform -www.archinform/
Architectour - www.rahul.net/arctour/
Art Comic - www.cais.com/artcomic.home.html
Design & Publishing Center -www.graphic-design.com/
Art Source - www.uky.edu/artsource/artsourcehome.html
Colorize.com - www.colorize.com/
Great Buildings Online - www.greatbuildings.com/

Bahan Rujukan
Britannica Online - www.eb.com/
Information Please - www.infoplease.com
Hypertext Webster Interface - c.gp.cs.cmu.edu:5103/prog/webster
Internet Encyclopedia - clever.net/cam/encyclopedia.html

Komputer
IBM - www.ibm.com
Silicon Graphics’ Silicon Surf - www.sgi.com
Data Fellows – www.datafellows.com
U.S.Robotics - www.usr.com
Adobe Systems - www.adobe.com
Microsoft - www.microsoft.com
Netscape –www.netscape.com

Makanan dan minuman
Chocolate Factory - mmink.cts.com/mmink/dossiers/choco.html
FYNet's Collection of Malaysian Recipes - ucsee.eecs.berkeley.edu/~soh/recipe.html
The Food Channel - www.foodchannel.com/
Galaxy of Coca-Cola - www.cocacola.com/
Cheese Page - corsa.ucr.edu/~formy/cheese.html
Recipes Folder - english-server.hss.cmu.edu/recipes.html
SOAR - soar.Berkeley.EDU/recipes/
Planta margarine - www.planta.com.my/index1.html
International Food Information Council - iffinfo.health.org/

Hobi
American Racing Scene - www.racecar.com
Autoweb - www.autoweb.com
Asia Photo – www.asiaphoto.com
International Federation of Red Cross & Red Crescent - www.ifrc.org/
Gamesdomain – www.gamesdomain.co.uk
Franklin Institute Science Museum - sln.fi.edu/
Adventure Online Gaming - www.gameworld.com
San Francisco Exploratorium - www.exploratorium.edu/
Photos Online - www.holli.com/ponline/
Blind Spot - www.blindspot.com/

Filem
Academy Awards - www.ascars.org/ampas/
Disney and Buena Vista Pictures - www.disney.com/BVPM/MooVplex.html
Hollywood Online - www.hollywood.com
Film.com – www.film.com

Media (Penyiaran, Majalah, Suratkhabar, TV dan Radio)
Associated Press - www.trib.com/NEWS/Apwire.html
BBC - www.bbcnc.org.uk/
RTM - www.asiaconnect.com.my/rtm.net/pm/
CBS - www.cbs.com/
ESPN - espnet.sportzone.com/
News.com – www.news.com
Sci-fi Channel Online - www.scifi.com/
Popular Mechanics - popularmechanics.com
Ziff-Davis Publishing - www.zdnet.com
USA Today - www.usatoday.com
Utusan Malaysia - www.utusan.com.my
Discovery Channel Online - www.discovery.com

Muzik
Underground Music Archive - www.iuma.com
The Electric Gallery: Jazz and Blues Wing - www.egallery.com/jazz.html
Classical Music Online - www.crl.com/~virtualv/cmo/
MP3 – www.mp3.com
XSMusic – www.xsmusic.com
MP3 Box – mp3.box.sk

 

Internet – Chat

Saya telah menerangkan penggunaan FTP dan cara-cara fail dipindahkan daripada satu tempat ke satu tempat
dengan menggunakan protokol tertentu. Dengan itu kali ini saya akan menerangkan mengenai satu lagi
perkhidmatan Internet yang paling popular di kalangan Netizen (warga Internet) iaitu pekhidmatan “chat” atau
berborak.

Perkhidmatan chat merupakan salah satu perkhidmatan yang awal disediakan oleh Internet selain FTP, emel dan
laman Web. Malah ketika Internet dibina pada awalnya, chat adalah satu cara yang mudah untuk berkomunikasi
dengan individu lain yang berada jauh di tempat lain. Di Malaysia, chat mula diperkenalkan pada awal 1995 tetapi
tidak ramai yang menggunakannya dan mempunyai capaian Internet. Pada ketika itu juga kegiatan Internet
hanyalah bertumpu kepada pelayaran laman Web dan penggunaan kumpulan berita (newsgroup) sahaja.

Hanya pada awal 1997, kegiatan chat semakin popular di kalangan pengguna Internet tempatan kerana kafe siber
mula muncul dan semakin ramai pengguna mempunyai komputer serta akaun Internet. Ketika ini juga jumlah
pelayan (server) chat terutamanya IRC (Internet Relay Chat) di seluruh dunia semakin bertambah. Kehadiran
perisian mIRC yang telah dihasilkan oleh seorang warga Britain telah mempopularkan rangkaian chat IRC. Setelah
itu banyak perisian chat lain dihasilkan, antaranya ialah pIRCh, WarMaster dan KombatIRC.

Kini IRC merupakan sebuah rangkaian yang besar dan melibatkan ratusan pelayan chat di seluruh dunia.
Pelayan-pelayan ini disediakan oleh syarikat atau organisasi perkhidmatan Internet yang menyediakan jenis
rangkaian yang berbeza. Antara rangkaian IRC yang terdapat ialah Efnet, Undernet, IRCnet, ChatNet, DALnet
dan Afternet. Biasanya pengguna di Malaysia menggunakan rangkaian Undernet kerana ia adalah lebih mudah
dicapai dan lebih popular.

Sebelum anda memasuki IRC anda perlu ada nama khas sebagai pengenalan anda di dalam dunia siber itu. Nama
khas ini digelar nickname atau nick secara ringkasnya dan biasanya nick ini akan menggunakan nama yang ganjil
dan jarang orang menggunakan nama asal sebagai nick. Antara nick yang digunakan dalam IRC ialah Neo, RippeR,
MaX, Maul dan CreX.

Setelah anda memasuki sebuah rangkaian contohnya Undernet anda hendaklah memilih channel (saluran) yang
biasanya dimulakan dengan tetanda #. Dalam setiap saluran terdapat seorang moderator (penyelaras saluran)
iaitu W dan X, yang merupakan sebuah aturcara atau bot bagi memudahkan saluran itu diuruskan. Dalam channel
itu juga terdapat seorang atau lebih operator channel iaitu tuanpunya saluran atau rakan-rakannya di mana
mereka akan mempunyai tanda @ pada pangkal nick mereka. Operator channel ini boleh menjalankan tugas-tugas
penyelenggaraan saluran seperti menukar topik, menendang keluar pengguna yang melakukan kesalahan dan juga
menetapkan mod saluran.

Selain daripada chat menggunakan perisian seperti mIRC, anda juga boleh menggunakan chat berasaskan Web iaitu
sebuah laman Web yang menyediakan kemudahan chat menerusi pelayar Web. Antara laman Web yang
menyediakan ruangan chat berasaskan Web ialah Yahoo Chat, Snap Chat dan Xoom Chat. Biasanya chat
berasaskan Web ini menggunakan program Java Applet dan pengguna memerlukan sebuah pelayar Web yang boleh
menerima Java.

Anda juga boleh membuat laman Web chat sendiri dengan mendapatkan Java Applet daripada Xoom atau
Homestead. Anda akan diberi satu senarai kod yang perlu menyalin ke dalam laman Web anda dan juga sebuah fail
Java Applet (fail bersambungan .class). Anda hendaklah menyimpan fail HTML dan fail Java Applet dalam satu
folder supaya ia mudah dicapai.

Selain daripada itu, terdapat satu lagi cara untuk anda berkomunikasi menerusi Internet iaitu dengan menggunakan
ICQ (I Seek U) dan Yahoo Messenger. Kedua-dua perisian ini disambung kepada Internet menerusi sebuah
rangkaian khas dan membolehkan pengguna berhubung dengan menggunakan mesej, chat, emel dan suara.
Tambahan daripada itu, kedua-dua perisian ini juga mempunyai kemudahan diari, peringatan mengenai tarikh-tarikh
penting, penerimaan harga-harga saham, ramalan cuaca dan juga mendapatkan berita-berita terkini.

Ketika menggunakan perkhidmatan chat menerusi Internet, anda hendaklah mematuhi beberapa etika bagi
mengelakkan salah faham dan pergaduhan di antara pengguna. Contohnya jangan gunakan huruf besar kerana
anda akan dianggap menjerit kepada pengguna lain, jangan gunakan perkataan lucah, jangan “flood” (tindakan
tujuan memenuhi channel dengan teks yang banyak) dan jangan melakukan “nuke” (tindakan memutuskan
sambungan pengguna lain daripada IRC dengan menggunakan program tertentu).

Nasihat saya kepada anda bertindak bijak dan bersopanlah di dalam Internet. Pastikan anda melengkapkan diri
dengan pengetahuan mengenai IRC atau ICQ sebelum menggunakannya. Jika anda ada sebarang masalah atau
pertanyaan mengenai Internet anda boleh menghantar e-mel kepada saya. InsyaAllah dalam keluaran hadapan kita
akan menyentuh mengenai corak komunikasi yang lain menerusi Internet.

 

Internet – Chat 2 – Perisian-perisian Chat

Saya telah membentangkan serba sedikir tentang “chat” dan jenis-jenis “chat” yang ada. Saya berharap para pembaca sekalian telah mendapat manfaat daripadanya dan sedang berborak dengan rakan-rakan Internet yang lain. Namun begitu saya berharap para pembaca dapat menjaga tatasusila ketika berada di dalam Net dan tidak mengeluarkan kata-kata yang tidak elok kepada pengguna lain. Sebelum saya memperkenalkan kaedah berkomunikasi yang lain menerusi Web dalam artikel yang akan datang, di sini saya menyenaraikan beberapa perisian “chat” kepada para pembaca sekalian.

IRCFerret 1.11

IRCFerret akan mencari rangkaian IRC (Internet Relay Chat) di seluruh dunia untuk mencari rakan anda. Carian itu ditentukan dengan menggunakan kata kunci seperti nama dan pengenalan pengguna (user ID) untuk dipadankan dengan e-mel dan nick pengguna itu.

Versi : 1.11
Saiz fail : 678 KB.
Laman Web : FerretSoft

mIRC 5.6

Perisian ini adalah antara perisian IRC yang paling popular di kalangan pengguna IRC. Ia memaparkan sebuah antaramuka yang mudah untuk digunakan di mana ia dilengkapi dengan pengendali ruangan chat serta kemudahan menerima dan menghantar fail. Ia juga mempunyai keupayaan teks berwarna, nama gantian, perintah “remote” dan bunyi. Anda boleh menetapkan jenis pesanan ketika anda tidak berada di depan komputer serta menentukan kawalan jenis fail yang boleh anda terima. Dalam versi 5.6 ini anda boleh memasang kata laluan untuk beberapa bahagian perisian itu bagi mengelakkan sebarang pencerobohan. Anda juga boleh mendapatkan perisian-perisian tambahan yang disebut “script” bagi menambahkan keupayaan perisian mIRC anda.

Versi : 5.6
Saiz fail : 1.1MB
Laman Web : MIRC

Pirch 98

PIRCH98 adalah salah sebuah lagi periisan IRC yang popular. Ia membolehkan pengguna membuat sambungan kepada lebih daripada satu pelayan IRC dan nama gantian. Ia menyokong set perintah IRC2 dan pemindahan fail DCC (Direct Client to Client). Anda juga boleh melakukan aliran video, pendailan semula automatik serta sokongan multimedia seperti RealAudio. Pirch juga mempunyai koleksi “script” yang boleh di dapati daripada laman-laman Web IRC.

Versi : 1.0.1.1190
Saiz Fail : 1.7MB
Laman Web : PIRCH

PowWow 3.72

PowWow pula adalah sebuah aplikasi komunikasi dan komuniti Internet. Anda boleh berborak dengan rakan-rakan serta mengambil bahagian dalam 10,000 ruangan komuniti PowWow. Perisian ini mempunyai beberapa ciri penuh komunikasi seperti pesanan pantas, senarai rakan, ruangan “chat” teks atau suara, papan elektronik dan permainan dalam talian. Anda juga boleh mendapatkan e-mel percuma daripada PowWow Mail.

Versi : 3.72
Saiz fail : 3.5MB
Laman Web : Tribal

ichat Rooms Plug-In

Perisian tambahan ini dikenali sebagai ichat dan ia dipalamkan kepada perisian pelayar Web Netscape Navigator. Ia memudahkan para pengguna berkomunikasi secara dalam talian menerusi Web tanpa sebarang gangguan. Dengan ichat, laman Web menjadi bilik “chat” dan pelayar Web menjadi perisian “chat”. Jika anda ingin berborak dengan rakan-rakan anda, silalah ke laman Web Open24 (www.open24.net) di mana tersedia ribuan ruangan chat yang dibahagikan kepada Business, Computing, Games dan Sports.

Versi : 2.3
Saiz fail : 1MB
Laman Web : Ichat

OfficeChat for Microsoft Outlook

Perisian OfficeChat for Microsoft Outlook menawarkan penambahan ruangan “chat” kepada perisian Outlook yang sedia ada bagi memudahkan anda berkomunakasi dengan rakan pejabat yang lain. Ia memberikan sebuah antaramuka “chat”, sokongan pelbagai bilik “chat” dan pemindahan fail secara “heret dan letak” (drag-and-drop). Tetingkap “chat” yang dipaparkan juga mempunyai medan teks seperti Chat Name, Availability, dan alamat Internet bagi memberikan maklumat mengenai identiti rakan “chat” anda.

Versi : 1.1
Saiz fail : 2.9MB
Laman Web : Polarlogics

TurboIRC

Turbo IRC adalah sebuah lagi perisian IRC yang membolehkan anda melakukan persidangan berkomputer dalam Internet. Ia juga memberikan sebuah antaramuka bergrafik termasuklah sambungan kepada pelayan IRC popular dan senarai saluran (channel) “chat”. Perisian ini juga mempunyai ciri-ciri seperti “script” yang baik, permainan catur dalam talian, sokongan IRCX dan pesanan suara.

Versi : 98
Saiz Fail : 3.1MB
Laman Web : Chourdakis

 


 


AgamaPendidikanHiburanAkhbar & Majalah
 KomputerPoskadWallpapeMalaysia
Laman Utama