Tajuk :
1.0. PENGENALAN
Komputer
kini sedang menjadi kenyataan hidup. Komputer telah mewujudkan sistem
maklumat yang amat efektif dalam membantu memperkemaskan pengurusan sesebuah
organisasi. Ini menjadikannya sebagai alat yang amat diperlukan untuk
segala urusan perniagaan, perindustrian, pendidikan, dan pentadbiran.
Boleh dikatakan semua organisasi besar ,sama ada jabatan kerajaan atau
swasta , menggunakan komputer untuk pelbagai urusan harian mereka dan ianya
merupakan industri yang paling pesat di dunia masa kini.
Setiap organisasi biasanya mempunyai satu atau lebih sistem komputer
besar serta beberapa unit mikrokomputer. Sistem komputer besar adalah
untuk tugas-tugas pemprosesan data yang banyak sementara mikrokomputer
adalah untuk kegunaan kecil seperti pemprosesan perkataan. Komputer
telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita yang amat diperlukan.
Secara amnya, penggunaan komputer boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Pertamanya untuk pemprosesan data yang banyak bagi mengelak dari
beban kerja yang berulang di samping meninggikan lagi keberkesanan dalam
perdagangan dan industri. Keduanya sebagai pembuat keputusan dan
ramalan bagi pembuat-pembuat keputusan tentang perancangan, perkembangan,
dan pertumbuhan berdasarkan data-data lalu. Selain itu, ia juga sebagai
alat kawalan sistem elektrik dan bukan elektrik berdasarkan keperluan kita
seperti menutup alat hawa dingin jika suhunya rendah dan menjimatkan tenaga,
menyambungkan bahagian-bahagian dan sebagainya. Ia juga sebagai penghubung
untuk menghubungkan data di seluruh dunia dalam masa yang singkat.
Untuk
bidang-bidang penggunaan yang telah dinyatakan tadi, program-program yang
diperlukan mesti dibentuk ,diuji, dan dilaksanakan pada komputer.
Pelbagai program perlu ditulis dan dipautkan untuk membentuk sistem bagi
tugas tertentu. Secara amnya, sistem bermakna kumpulan software
dan hardware. Memandangkan sistem-sistem ini digunakan untuk memproses
data atau maklumat, kita menyebutnya sistem maklumat.
2.0 PENGGUNAAN
KOMPUTER DALAM PELBAGAI BIDANG
Telah
diketahui bahawa perkembangan penggunaan komputer semakin pesat sekarang.
Dalam semua bidang telah menggunakan komputer bagi melancarkan urusan.
2.1 Penggunaan Komputer Dalam Bidang Perniagaan
Penggunaan
komputer dipraktikkan secara semaksimumnya antaranya dalam bidang perniagaan.
Malah perniagaan kecil juga menggunakan komputer memandangkan kini terdapat
mikrokomputer yang murah harganya. Organisasi-organisasi perniagaan
kini mempunyai jumlah fakta dan nombor yang banyak untuk diproses.
Jadi, kebanyakan organisasi perniagaan telah mula menggunakan komputer,contohnya
untuk mengira gaji, untuk mengesan barang-barang yang dijual dan yang masih
dalam stok, untuk mengeluarkan dan menghantar atau menerima penyata perniagaan,
surat, invois dan lain-lain.
Penggunaan
komputer dan alat-alat pejabat yang lain yang membantu pengurus, kerani,
dan pihak pengurusan disebut disebut pengautomatikan pejabat. Salah
satu daripadanya ialah pemprosesan perkataan yang menggunakan kaedah menaip
secara elektronik yang membolehkan kita menghasil dan mengubah surat, laporan,
dokumen, dan lain-lain dalam beberapa saat berbanding kerja menaip
secara manual. Banyak pejabat menghasilkan surat-surat piawai seperti
pembayaran baki, jemputan dan sebagainya lagi. Selain itu organisasi
perniagaan setempat menggunakan komputer untuk menyedia, menyimpan, dan
menghantar utusan ke tempat tertentu. Pengurus organisasi itu juga
boleh mengawasi kakitangannya bila-bila masa.
Pengautomatikan pejabat juga membolehkan pihak pengurusan atasan
berunding tanpa bertemu secara fizikal yang disebut teleperundingan.
Antara kelebihan penggunaan komputer dalam bidang ini, ternyatalah ianya
amat penting dalam sesebuah organisasi perniagaan.
2.2 Penggunaan Komputer Dalam Bank Dan Institusi
Kewangan
Pemprosesan
data yang melibatkan akaun-akaun simpanan, simpanan tetap, pinjaman, pelaburan,
analisis keuntungan dan sebagainya adalah antara operasi organisasi-organisasi
kewangan. Langkah-langkah yang digunakan adalah piawai dan berulangan.
Maka dengan itulah, institusi kewangan merupakan pengguna yang pertama
sedar akan kepentingan komputer untuk menjimatkan masa. Penggunaannya
dalam institusi kewangan ini meliputi aktiviti pemindahan wang secara elektronik
Misalannya sebuah
bank mempunyai terminal di setiap cawangannya di seluruh negara dan juga
di pasaraya, stesen minyak, sekolah, kilang, rumah, hotel, dan sebagainya.
Majikan akan memindahkan gaji ke dalam akaun pekerjanya dengan memasukkan
nombor pengenalan pekerjanya seterusnya wang gaji dipindahkan ke dalam
akaun pasaraya, hotel, atau stesen minyak apabila membuat sesuatu pembelian.
Kemudahan pemindahan wang ini yang disebut pemindahan wang secara elektronik
ini amat efektif penggunaannya juga kaedah yang selamat dan cepat untuk
urusan kewangan.
Dengan kemudahan yang dikenali sebagai ETC ini juga individu itu bolah
mengeluar, memindah, dan memasukkan tunai atau cek ke dalam baki semasa
pada bila-bila masa sahaja. Ternyatalah tujuan utama penggunaan komputer
dalam institusi kewangan dapat membantu dalam menyusun segala urusan pelanggan
serta menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan cekap, mengurangkan
penipuan dalam urusan kewangan juga menghapus urusan yang melibatkan wang
tunai dalam masyarakat dengan matlamat utama untuk menghasilkan sebuah
masyarakat tanpa tunai.
2.3 Penggunaan Komputer Dalam Bidang Industri
Industri merupakan
bidang yang banyak sekali menerima faedah daripada penggunaan komputer
dan juga perkembangan mesin berupa manusia iaitu ‘robot’. Industri
pengeluaran misalnya memerlukan komputer untuk memproses banyak data yang
dikumpul dari pekerja, pelanggan, jualan, keterangan barangan, jadual pengeluaran,
dan sebagainya. Boleh dikatakan komputer digunakan bagi mengawal
proses pengeluaran.
Pemprosesan maklumat pengeluaran khasnya kawalan inventori bagi menyimpan
maklumat terbaru tentang baki inventori bahan-bahan mentah dan juga barangan
siap digunakan untuk menentukan nilai inventori dan status stok.
Hal ini komputer boleh mengingatkan kakitangan terlibat bila dia harus
memesan bahan-bahan mentah dan bila untuk menghantar barangan siap kepada
pelanggan. Begitu juga untuk menyimpan maklumat tentang struktur
sesuatu barangan, perancangan keperluan bahan malah dalam kerja proses
turut menggunakan komputer bagi memudahkan pekerjaan. Ternyatalah
penggunaan komputer dalam bidang industri amat meluas serta turut mempengaruhi
perkembangan industri di sesebuah negara.
2.4 Penggunaan Komputer Dalam Bidang Pendidikan
Kini dalam era
dunia sains dan teknologi yang semakin canggih, komputer mungkin mengambil
alih peranan buku dalam menyimpan dan menyebarkan pengetahuan kepada orang
ramai. Dengan kata lain komputer akan mengubah cara kita belajar
dan cara kita menyimpan pengetahuan. Hal-hal yang berkaitan contohnya
pendaftaran pelajar, penjadualan kelas, pemprosesan keputusan peperiksaan,
penyimpanan peribadi pelajar dan guru boleh dilaksanakan oleh komputer
dengan berkesan dan cepat dalam membantu pihak pentadbiran.
Kini keputusan
SPM dan STPM turut diproses oleh komputer. Di IPT juga tugas-tugas
pengautomatikan pejabat, pemprosesan keputusan peperiksaan dan penyelidikan
saintifik turut menggunakan komputer. Malah mengkatalog buku-buku
di perpustakaan juga mengaplikasikan penggunaan komputer. Tidak ketinggalan
diguna untuk proses pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja di institusi-institusi
pengajian tinggi juga di sekolah-sekolah, baik untuk mengajar dengan bantuan
komputer atau belajar pendidikan tentang komputer.Oleh itu komputer kini
sangat dititikberatkan dalam bidang pendidikan untuk menbantu dalam proses
pentadbiran, penyelidikan juga apa yang penting ialah memudahkan serta
membantu pelajar dan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
2.5 Penggunaan Komputer Dalam Bidang Perubatan
Hospital dan
klinik menggunakan komputer untuk menyimpan rekod pesakit, jadual doktor,
jururawat dan kakitangan lain, inventori dan belian ubat-ubatan, penyelidikan
perubatan dan juga diagnosis perubatan.
Pengaplikasian peralatan-peralatan berasaskan komputer atau penggunaan
teknologi maklumat telah membantu para doktor untuk mendiagnosis penyakit.
Ternyata penggunaan komputer dalam bidang perubatan menyediakan penyelesaian
kepada masalah-masalah rumit. Antaranya teknologi komputer yang baru
menyediakan pelbagai bantuan kepada mereka yang cacat. Mikropemproses
yang berasaskan sistem suara membantu orang-orang yang cacat percakapan
dengan menggunakan terminal yang mengarahkan komputer untuk melakukan sesuatu
tugas secara lisan. Begitu juga perkembangan komputer telah membantu
orang buta untuk melihat, orang bisu untuk berkomunikasi, sama ada dengan
bantuan percakapan pensintesis atau dengan menggunakan papan kekunci.
Ini dapat membantu mereka menjadi lebih aktif dan dapat membuat apa yang
mereka tidak boleh buat sebelum ini.
Selain itu kerja-kerja
pemprosesan data secara tradisional seperti mengeluarkan bil pesakit, statistik
perubatan dan penjadualan kakitangan dan lain-lain telah turut diperkemas
dan diproses dengan menggunakan komputer. Sistem Maklumat Hospital
yang digunakan dapat disimpan dalam pangkalan data pesakit secara berpusat.
Malah penggunaan teknologi maklumat iaitu komputer diprogramkan untuk mengkultur
dan manganalisis bakteria, virus, dan agen jangkitan lain secara automatik
bagi mengesan dan mengenalpasti sesuatu penyakit seterusnya membolehkan
pihak hospital dan makmal untuk memulakan rawatan. Contohnya mesin
Temography Bantuan Komputer (Computer Aided Temography, CAT) yang digunakan
untuk trjuan tersebut.
Begitu juga
komputer digunakan untuk mengaawasi pembolehubah psikologi seseorang pesakit
seperti tekanan darah, suhu badan, ECG (Electro-Cardiograph) dan membunyikan
amaran jika sesuatu yang tidak biasa berlaku. Untuk tujuan ini komputer
membaca pembolehubah yang berlainan dan membuat pembandingan dengan nilai-nilai
piawai. Jika ada sesuatu yang luar biasa yang berlaku komputer akan
menarik perhatian doktor dan jururawat dengan mengeluarkan amaran.
Jelaslah didapati bahawa komputer mempunyai bidang pergunaan yang luas
dalam bidang perubatan.
2.6 Penggunaan Komputer Dalam Bidang Perundangan
Komputer telah
digunakan dalam proses perundangan sejak beberapa tahun dahulu. Penggunaan
yang terpenting ialah dalam penyediaan dokumen yang menggunakan pemproses
perkataan. Penggunaan komputer juga melibatkan pemprosesan perakaunan
perundangan untuk menghasilkan laporan mingguan dan bulanan, menyimpan
rekod-rekod pembayaran perundingan, dairi untuk peguam mendapat maklumat
mutakhir tentang pelbagai pelanggang dan prosedur mahkamah juga untuk menyimpan
rekod-rekod pelanggang.
Memandangan bidang
ini sangat rumit, sudah menjadi keperluan untuk mendapatkan semula maklumat
yang diperlukan sama ada tentang penindeksan jurnal undang-undang, kes
penting, perkalaan, dan statistik atau keputusan penting untuk tujuan membuat
keputusan dengan menyimpan bank data perundangan. Oleh itu penggunaan
komputer salah satunya akan membantu peguam dan peguam pelatih serta pelajar
perundangan mencari data berkaitan tanpa membuang masa serta mendapat perkhidmatan
yang lebih baik.
2.7 Penggunaan Komputer Dalam Kerajaan
Sektor kerajaan
merupakan salah satu pengguna terbesar yang mempraktikkan penggunaan komputer
dalam melaksanakan hal-hal pertadbiran. Segala data yang diperlukan
dapat diperoleh dalam jangka masa yang pendek misalnya maklumat tentang
penduduk, perkhidmatan perancangan ekonomi, projek pembangunan negeri dan
sebagainya untuk membuat perancangan serta membuat keputusan.
Melalui komputer
ramalan cuaca jangka panjang kini boleh dilakukan. Dengan tiu kehilangan
nyawa dapat dilakukan kerana adanya maklumat yang lebih baik dan pantas.
Kejayaan Neil Amstrong pada 23 Julai 1969 mendarat di bulan juga dijayakan
dengan bantuan komputer yang digunakan untuk merekabentuk kapal angkasa,
baju angkasa untuk angkasawan, dan juga jadual penerbangan. Ini menunjukkan
begitu pentingnya penggunaan komputer dalam bidang pengangkutan angkasa.
Perkhidmatan
pengutipan cukai dan cukai pendapatan turut dipermudah dengan menggunakan
komputer. Penyimpanan rekod pembayar cukai yang dilakukan secara
manual serta mendatangkan pelbagai masalah telah ditangani dengan penggunaan
danperkhidmatan komputer yang dapat melakukan tugas tersebut dengan lebih
cekap dan cepat. Begitu juga dalam bidang ketenteraan, komputer digunakan
dari menyimpan inventori hinggalah mengadakan simulasi peperangan di skrin.
Komputer juga digunakan untuk mengikut pergerakan musuh di kawasan sempadan.
Satu sistem komputer juga diguna untuk mengawal pengaliran trafik di
bandar. Aliran trafik dapat diurus dengan berkesan dengan mengesan arah
trafik yang banyak dengan menggunakan alat-alat pengesan. Melalui
cara ini, jika terdapat lebih banyak kenderaan dari satu arah, komputer
akan membiarkan lampu hijau menyala untuk jangka masa yang sesuai.
Dalam bidang pengangkutan, COSMOS-11 diperkenal oleh Mas dengan memberikan
kemudahan kepada penumpang untuk mengetahui status penempahan merekatermasuk
penempahan hotel, dari mana-mana tempat di dunia. Begitu juga urusan
pendaftaran pemilik dan kenderaan dapat dilaksanakan dengan penggunaan
komputer. Hinggakan telah diperkenalkan juga penggunaan komputer
untuk menjalankan kenderaan-kenderaan penumpang tanpa kawalan.
Banyak lagi segala urusan-urusan pentadbiran diurus dengan menggunakan
komputer. Ini bukan hanya dapat menjimatkan masa malah dapat melakukan
segala urusan dengan lebih praktikal.
2.8. Penggunaan Komputer Dalam Bidang Muzik,
Tarian, Sukan, dan Seni
Sekarang
ini komputer boleh diprogramkan untuk bermain muzik. Tempat-tempat
hiburan mempunyai muzik yang dikawal oleh komputer dengan lebih murah dan
boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja. Komputer juga digunakan untuk
mengatur susunan tarian dan juga muzik.
Setiap
permainan memerlukan pergerakan. Pergerakan terbaik boleh didapati
dengan analisis terperinci tentang sistem fizikal seseorang. Olahragawan
olimpik yang terkenal, pemain tenis semuanya menggunakan komputer untuk
menganalisis prestasi sambil mereka bermain dengan menggunakan penderia
tubuh. Pemain-pemain tersebut mngikut arahan-arahan komputer untuk
memperbaiki permainan mereka.
Komputer
juga boleh diprogramkan untuk melukis gambar yang berkualiti tinggi .
Melukis dengan menggunakan komputer mempercepatkan proses mencipta.
Kerja-kerja seni boleh dilakukan dan dibuat kajian semula dalam waktu yang
singkat jika dibandingkan dengan kedah tradisional. Filem-filem kartun
yang dihasilkan oleh komputer telah berkembang dengan begitu meluas.
2.9. Penggunaan Komputer di Rumah
Penggunaan komputer
di rumah bermula dari bermain, membeli-belah hinggalah pemindahan bayaran.
Mikrokomputer dugunakan juga di rumah untuk mengawal keselamatan di samping
mengawal hawa dingin dan lampu. Penggunaan komputer di rumah membolehkan
surirumah mendapat maklumat terbaru tentang fesyen dan boleh membuat pesanan
kepada pasarayadengan menggunakan teleteks dan video. Juga untuk
merancang belanjawan dan inventori di rumah. Ini semua boleh dilakukan
dengan menggunakan mikrokomputer yang disambungkan pada bank data kebangsaan.
Kanak-kanak boleh menggunakan komputer untuk mempelajari mata pelajaran
sekolah atau permainan pendidikan. Memang jelaslah komputer telah
menjadi mesin maklumat dalam masyarakat kita.
3.0 PENUTUP
Perkembangan
pesat dunia sains dan teknologi telah mengubah corak hidup masyarakat kini.
Segala urusan, pemprosesan, pengumpulan maklumat-maklumat, atau apa juga
aspek-aspek dalam pelbagai bidang yang dahulunya dilakukan secara manual,
yang memberikan banyak risiko daripadanya telah berjaya dilakukan dengan
lebih efektif, cepat, serta lebih praktikal dengan pengaplikasian atau
penggunaan teknologi maklumat atau komputer.
Penggunaannya
yang mencakupi dalam pelbagai bidang antaranya dalam bidang perniagaan,
institusi kewangan, industri, pendidikan, pentadbiran dan lain-lain bidang
lagi telah merealisasikan hasrat untuk memajukansesebuah negara. Hakikatnya
kini, komputer telah menjadi nadi dan tulang belakang masyarakat hari ini.
Apa jua bidang,pengkomputeran telah banyak mengambil-alih tugas manusia.
Ia bukan sahaja dapat membantu dalam pengiraan, menyimpan maklumat, mengesan
sesuatu juga membuat keputusan untuk meningkatkan keberkesanan dan produktiviti.
Maka dengan
itu jelaslah dikatakan kini bahawa penggunaan komputer telah meluas dipraktikkan
dan digunakan. Bersesuaian dengan dunia globalisasi dan tanpa sempadan,
komputer merupakan mesin maklumat dalam masyarakat kini juga merupakan
nadi
penggerak semua jentera pentadbitan dalam apa juga bidang.
Hakcipta : tmnm@hotmail.com / PKPG (2001)
UPSI / Tek. Maklumat / Fakulti : Sains & Teknologi
|