TAJUK :Bincangkankan
Gaya Kepimpinan Pengetua .
1.0 Definisi
Dalam kajian dan penulisan tentang sekolah efektif
tidak terdapat satu jenis gaya kepimpinan yang dikatakan lebih baik daripada
yang lain . Walaubagaimanapun , begitu banyak saranan telah dibuat
tentang kepimpinan cara demokrasi , yang dikatakan lebih berkesan daripada
kepemimpinan secara ‘laissez-faire’ , atau kepemimpinan secara autokratik
. Kajian juga menunjukkan bahawa gaya kepimpinan yang bercorak kepada gaya
orientasi tugasan ( task-oriented ) dan orientasi manusia ( person-oriented
) daripada bercorakkan kepimpinan ‘ laissez – faire atau autokratik . Ini
bererti bahawa kedua-dua gaya kepimpinan , iaitu gaya orientasi tugasan
dan orientasi manusia perlu digunakan mengikut keperluan keadaan .
2.0 Konsep Kepimpinan
Pengetua sentiasa disifatkan sebagai pemimpin
sekolah kerana kedudukan dan jawatannya yang berwibawa . Kepimpinanan
adalah satu konsep yang sukar dan kompleks .
Dalam pada itu , terdapat berbagai – bagai jenis
pemimpin seperti pemimpin politik , pemimpin organisasi , pemimpin pelajar
dan lain – lain lagi . Dalam konteks ini , pemimpin boleh dilihat sebagai
seseorang yang diiktirafkan oleh satu atau lebih daripada satu orang ,
bahawa pemimpin mempunyai pengaruh , berwibawa , dan mempunyai kuasa sama
ada jangka pendek atau jangka panjang dalam situasi yang tertentu . Dengan
ini , maka adalah jelas bahawa pemimpin ditentukan oleh peranan dan bukannya
oleh kedudukan . Seseorang yang dilantik sebagai pengetua , dijangka akan
memainkan peranan “ pemimpin “ , iaitu , sebagai pemimpin pendidikan
.
3.0 Gaya Kepimpinan
Gaya kepimpinan seseorang pengetua
akan mempengaruhi pembelajaran dan pengajaran di sekolah : Terdapat
tiga gaya kepimpinan utama yang dipraktikkan oleh pemimpin iaitu gaya kepimpinan
Demokratik , gaya kepimpinan Autokratik , dan gaya kepimpinan Laissez-faire
.
Di bawah ini , dibincangkan tentang gaya kepimpinan
demokratik oleh seorang pengetua dalam mewujudkan kecermelangan pencapaian
akedemik dan sahsiah di kalangan pelajar serta menanam semangat profesionalisme
yang tinggi terhadap guru-guru dan kakitangan..
Kajian tentang perubahan atau kemajuan
organisasi mengatakan bahawa sesuatu inovasi memerlukan keadaan yang
dapat menggerakkannya , supaya ia dapat dilaksanakan . Salah satu
penggerak adalah dengan adanya cara kepimpinan demokrasi .
Mengikut gaya kepimpinan seperti ini , mereka
yang akan terlibat dalam perlaksanaan perubahan atau mereka yang mendapat
kesan daripada perubahan itu , diberi peluang untuk berbincang dan membuat
keputusan . Misalnya , dalam perlaksanaan kurikulum baru di sekolah , pihak
yang terlibat dengan perubahan itu ialah guru , dan pihak yamg mendapat
kesan daripada perubahan itu ialah pelajar . Mengikut cara kepimpinan
demokrasi , kedua-dua pihak iaitu guru dan pelajar juga terlibat dalam
perancangan , dan membuat keputusan tentang perlaksanaan kurikulum itu
. Cara ini boleh menimbulkan semangat kesanggupan untuk bekerjasama dalam
melaksanakan sesuatu program . Cara demikian dikatakan dapat memberi kepuasan
kepada mereka . Hord (1986) telah mengatakan bahawa sebarang perubahan
dan inovasi yang hendak dilaksanakan , perlulah dilakukan dengan cara yang
bijaksana , beserta dengan usahasama antara pemimpin dengan rakan sejawatannya
atau stafnya . Oleh yang demikian , kepimpinan merupakan tingkahlaku pemimpin
bagi mencari jalan untuk melaksanakan sesuatu program atau tugasan , yang
bertujuan untuk mencapai matlamat organisasi itu . Walau bagaimanapun kepimpinan
pengetua yang berkesan bukanlah bererti kepimpinan yang berjaya mendorong
stafnya membuat perubahan semata-mata , tetapi juga merupakan kepimpinan
yang berjaya dalam menyelesaikan masalah secara bersama-sama .
Apa yang jelas , pengetua sebagai pemimpin
di sekolah haruslah melakonkan peranannya dengan cara yang berkesan
bagi membawa perubahan dan kemajuan dari segi amalan dan budaya yang terdapat
di sekolahnya . Dengan ini sesiapa yang menjadi pemimpin perlu berkerjasama
dengan orang lain dan bekerja melalui mereka iaitu guru , pelajar
, dan staf sekolah . Dengan cara demikian , inovasi dapat dilaksanakan
, idea-idea baru dapat dikemukakan oleh pemimpin , matlamat sekolah dan
matlamat pengajaran serta peranan masing-masing dapat ditetapkan , keberkesanan
pelaksanaan inovasi dapat dinilai dan pelbagai lagi . Pengetua sebagai
pemimpin sekolah hendaklah menjadi teladan dengan bekerjasama dengan rakan
sejawatan atau dengan staf .
Boleh dikatakan bahawa gaya kepimpinan
demokratik amat berkesan di samping bergantung kepada kawalan dan pengaruh
yang diberikan kepada seseorang pemimpin oleh sesuatu situasi . Gaya kepimpinan
paling efektif akan berubah ikut situasi , ini bermakna tiada satu gaya
kepimpinan yang paling efektif . Dalam situasi mana seorang pemimpin mempunyai
kawalan dan pengaruh yang tinggi terhadap pemimpin berkenaan sesuatu
tugas . Gaya kepimpinan ini amat disukai oleh para guru dan staf lain kerana
ia lebih banyak berbincang atau membuat keputusan bersama-sama . Dengan
ini akan menimbulkan suasana kondusif menyebabkan guru-guru dapat menumpukan
sesi pengajaran dan pembelajaran dengan tenang dan gembira serta semangat
yang jitu demi memartabatkan lagi profesion perguruan . Guru juga berasa
bebas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas kerana gaya
pengajaran tidak perlu terikat dengan sukatan mata pelajaran sepenuhnya
tetapi mengikut tahap atau kemampuan murid serta `mood`pembelajaran pada
sesuatu masa . Sesi perbincangan juga dapat memberi kesempatan kepada guru-guru
untuk mereka memberi idea-idea kepada pentadbir demi untuk memajukan lagi
pendidikan di sesebuah sekolah . Perbincangan sebegini sebenarnya boleh
mencetuskan lagi idea-idea yang difikirkan masing-masing serta membuat
teguran yang positif tanpa merasa takut atau rendah diri terhadap rakan
setugas yang lain dan pengetua sendiri . Keberkesanan sekolah lazimnya
diukur dan dinilai dari segi kejayaan atau pencapaian sekolah dalam peperiksaan
di samping mewujudkan rasa kepuasan bekerja dalam sesebuah sekolah itu
. Di dalam organisasi sekolah , keberkesanannya adalah tanggungjawab pengetua
sekolah itu sendiri . Dia bertanggung jawab terhadap prestasi dirinya sendiri
dan juga guru , pelajar serta staf-staf yang lain di sekolahnya . Tidak
akan wujud prestasi , tanpa kepemimpinan yang berkesan , yang perlu dikuasai
melalui proses pembelajaran . Dengan ini dapat dibuat kesimpulan bahawa
apa yang membezakan keberkesanan sesebuah sekolah dengan sekolah yang lain
adalah kepimpinan pengetuanya .
Sekiranya kecemerlangan sekolah hendak
dicapai , seseorang pengetua itu mestilah memainkan peranan pemimpin yang
berketerampilan seperti menjadi pemimpin yang teknikal yang seharusnya
memainkan peranan sebagai jurutera pengurusan . Kepimpinan seumpama ini
ditumpukan kepada teknik pengurusan yang cekap dan mahir dalam memanipulasi
strategi dan keadaan demi untuk menjamin keberkesanan yang maksimum . Kemahiran
ini termasuklah aspek perancangan , pengelolaan , penjadualan , dan penyelarasan
. Pengetua juga sebagai pemimpin manusia . Dalam hal ini pengetua memainkan
peranan sebagai jurutera manusia . Maksudnya pengetua sewajarnya mahir
dan cekap dalam aspek perhubungan manusia , dan perhubungan individu serta
mampu menggerakkan atau memotivasikan stafnya . Ini adalah langkah untuk
melibatkan staf dalam membuat keputusan bersama . Seterusnya pengetua juga
mestilah memainkan peranan sebagai penghulu yang memberi isyarat tentang
nilai dan kepentingan atau tujuan sesuatu yang hendak dicapai melalui perbincangan
. Ini termasuklah aktiviti seperti melawat kebilik darjah dan di kawasan
sekolah , mengetuai upacara rasmi di sekolah . Di samping itu pengetua
yang memainkan peranan ini juga mempunyai wawasan sebagai satu unsur kepimpinannya
. Kepimpinan seperti ini meletakkan pengetua sebagai tumpuan perhatian
bagi semua guru dan pelajar .
Pengetua juga diibaratkan sebagai pemimpin
budaya , dalam hal ini , pengetua memainkan peranan sebagai “high priest”
. Kepimpinan budaya ini sangat penting bagi mencapai kecermelangan sekolah
. Pengetua yang menjalankan peranan ini dapat dilihat menerusi usaha-usahanya
mencari , mentafsir dan memperkukuhkan nilai , kepercayaan dan unsur budaya
yang dapat menjadikan sekolah itu sebagai sebuah sekolah yang unik . Peranan
ini termasuklah mengadakan aktiviti sosialisasi guru dan pelajar dengan
budaya sekolah . Ini termasuklah mengadakan upacara memberi hadiah atau
penghargaan kepada sesuatu kejayaan yang dicapai . Kepimpinan seperti ini
sering memperlihatkan usaha bagi mengekalkan imej dan prestij sekolah .
Di samping itu , peranan ini juga melibatkan usaha untuk menarik perhatian
setiap orang guru dan pelajar di sekolah dan juga orang lain terhadap pencapaian
matlamat sekolah dan perhubungan yang mesra .
Dalam gaya kepimpinan demokratik , pengetua
juga menggunakan ciri-ciri humaniratin atau “modestly effective” . Fokus
utama pengetua bercirikan demikain adalah iklim sekolah atau perhubungan
antara perorangan . Apabila membuat keputusan , pengetua ini mengamalkan
penglibatan bersama , yang bertujuan untuk menglibatkan dan mendorong staf
dalam membuat keputusan bersama . Oleh yang demikian staf akan merasa dihargai
. Pengetua seperti ini menunjukkan tingkahlaku yang proaktif dalam membuat
keputusan yang melibatkan aspek iklim .
Jika sesuatu keputusan yang akan diambil
, pengetua terlebih dahulu akan berbincang dengan stafnya serta keputusan
yang akan dibuat adalah berasaskan maklumat dan kajian penyelidikan dan
hasil analisis maklumat ini menjadi sumber untuk membuat keputusan . Dari
segi matlamat pula , pengetua memilih pelbagai sumber dan meletakkan pengharapan
yang tinggi kepada para pelajarnya . Matlamat jangka pendek digubal dan
digunakan sebagai landasan interaksi dengan staf , agar haluan yang hendak
ditujui dapat dipersetujui bersama .Pengetua juga menggunakan pelbagai
strategi bagi memajukan pelajaran dengan mengambil kira kesemua faktor
yang mempengaruhi pengalaman pelajar di sekolah dan di bilik darjah . Kriteria
pemilihan strategi itu bergantung pula pada matlamat faktor , konteks ,
dan masalah yang ditanggapkan . Walau bagaimanapun , pengetua yang bertindak
sebagai penyelesai masalah ini banyak menggunakan strategi faktor khusus
untuk mencapai matlamatnya . Dia juga mempunyai pemahaman yang jelas tentang
faktor tersebut dan pemahaman ini berasaskan penyelidikan dan pertimbangan
professional . Dengan gaya kepimpinan ini pengetua dapat menyebarkan
dengan jelas matlamat mereka kepada komuniti sekolah dengan menggunakan
strategi yang berkesan , seperti membina dan mengekalkan perhubungan dan
kemahiran staf , mengadakan kemudahan komunikasi dalam sekolah dan
antara sekolah serta dengan komuniti .
Sebagai pentadbir sekolah , kepimpinan
demokratik dapat memastikan sekolah itu berjalan dengan lancar , demi untuk
memastikan suasana pembelajaran yang kondusif untuk pelajar . Pengetua
seperti ini menumpukan perhatian , misalnya kepada penyediaan senarai tugas
stafnya , peraturan dan disiplin pelajar , pesanan alat pembelajaran dan
di samping memastikan suasana sekolah kondusif bagi proses pengajaran dan
pembelajaran.
Dengan mengekalkan suasana yang kondusif ini
semua perancangan dapat berjalan dengan lancar dengan mendapat kerjasama
semua pihak bagi melicinkan lagi pentadbiran serta perjalanan pengajaran
dan pembelajaran di sekolah . Semua yang terlibat juga dapat menyumbangkan
idea – idea yang dapat membantu dengan rasa gembira serta berpuas hati
apabila segala idea yang disumbangkan dibincang bersama demi untuk kemajuan
pendididikan di sekolah . Dengan perbincangan seperti ini maka idea-idea
yang paling baik pasti digunakan dan dijalankan bagi kepentingan sokolah
dan pelajar-pelajar .
4.0 Kesimpulan
Daripada faktor-faktor yang telah dijelaskan
maka boleh dikatakan bahawa gaya kepimpinan demokratik adalah satu gaya
kepimpinan yang terbaik di antara gaya-gaya kepimpinan yang lain seperti
autokratik dan laissez-faire . Ini adalah kerana gaya kepimpinan demokratik
adalah berpusatkan kerjasama serta pemilihan yang lebih adil seperti mengadakan
perbincangan dengan guru-guru , membuat keputusan bersama , meminta pandangan
atau nasihat daripada guru-guru lain dan staf sokongan malah pelajar sendiri
sebelum membuat sesuatu keputusan atau tindakan berbanding dengan gaya
kepimpinan autokratik yang lebih mementingkan idea dan keputusan sendiri
serta suka menonjolkan diri dan mengarah guru atau staf sokongan sama ada
dalam hal menjalankan tugas atau dari segi tingkah laku . Begitu juga jika
dibandingkan dengan gaya kepimpinan laisez-faire yang lebih fasif dan tidak
menggunakan kuasa dan tidak berusaha untuk kebaikan atau kemajuan sekolah
.
 Agama Pendidikan Hiburan Akhbar
& Majalah
Komputer Poskad Wallpaper Malaysia
Laman Utama
  
|