TAJUK : PENDIDIKAN
RENDAH PERLU DIBERI PENEKANAN
Pengenalan
Menurut Prof. Datuk Ishak Haron dari Fakulti Sains Kognitif dan
Pembangunan Malaysia , Universiti Pendidikan Sultan Idris, isu kelemahan
akademik dan prestasi di kalangan Bumiputera tidak memberansangkan
walaupun ia dibincang dan dikaji dari semasa ke semasa sejak beberapa dekad
lalu. Beliau menekankan bahawa pembelajaran peringkat rendah
yang menjadi asas pendidikan kerana masalah pembelajaran pada tahap
rendah akan berterusan ke peringkat menengah dan tinggi.
Menurut kajian yang dijalankan di sekolah kebangsaan terutama di luar
bandar menunjukkan bahawa kegagalan murid bumiputera dalam UPSR adalah
berpunca daripada kelemahan menguasai kemahiran asas pada Tahun Satu.
Salah satu faktor utama yang menjadi punca isu ini ialah keadaan sosio-ekonomi
pelajar yang rendah. Kedaifan ibu bapa mengenai kepentingan pendidikan
kerana kurang atau tiada pendidikan menyebabkan sikap tidak endah terhadap
pendidikan anak-anak mereka. Baka juga menjadi faktor penyebab kelemahan
akademik dan prestasi pelajar bumiputera . Sub-budaya seperti malas
membuat kerja rumah dan ataidak menumpukan perhatian turut mempengaruhi
prestasi pelajar. Sekolah dianggap sebagai tempat menghabiskan masa.
Bukan hanya keluarga menjadi punca penyebab kelemahan pelajar tetapi juga
masyarakat. Masyarakat persekitaran atau setinggan yang kurang menggalakkan
pendidikan menjadikan pelajar pasif dan tidak berminat terhadap ilmu.
Penduduk di kawasan luar bandar mempunyai kurang pendidikan terhadap
perkembangan semasa. Kedudukannya yang kurang strategik tidak memberi
peluang kepada para pelajar mengikuti kelas tuisyen.
Memang tidak dapat disangkal lagi, kelemahan pelajar bukan hanya bergantung
kepada faktor sosio-ekonomi sahaja, malah institusi pendidikan turut memainkan
peranan. Kelemahan dan ketidaksedaran guru, kefahaman guru yang rendah
tentang kandungan kurikulum , latihan yang tidak setimpal serta sikap guru
yang pasif turut menjejeaskan prestasi murid. Faktor sekolah bukan
sahaja tertumpu kepada guru semata-mata. Pentadbiran sekolah yang
diterajui oleh guru besar yang berpandangan sempit dan tidak bermotivasi
juga menjadi punca .
Memandangkan kelemahan akademik dan prestasi pelajar bumiputera
berada pada tahap yang tidak memuaskan, maka beberapa langkah positif
telah diutarakan sebagai mengatasi masalah ini. Langkah jangka panjang
perlu digariskan bagi meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar bumiputera
bermula dari pendidikan peringkat rendah dan menengah supaya pelajar bumiputera
di IPTA boleh bersaing dengan pelajar lain dalam meningkatkan prestasi.
Bilangan pelajar bumiputera yang melanjutkan pelajaran di IPTA mestilah
mempunyai kelayakan yang sepatutnya supaya pelajar yang berkualiti benar-benar
mendapat peluang. Langkah jangka pendek yang memakan masa antara
tiga hingga lima tahun yang boleh dijalankan oleh IPTA ialah meningkatkan
kualiti pembelajaran pelajar di IPTA sekarang.
Usaha-usaha ini patut diberikan perhatian serius dan dilaksanakan dengan
berkesan supaya isu ini dapat ditangani dalam jangka waktu yang singkat.
3. Pengenalan
Sesuatu bidang boleh dikaji dengan menggunakan pelbagai kaedah dan
teori. Demikian juga dengan bidang kajian sosiologi.
Sosiologi pendidikan melihat masalah sosial melalui dua pendekatan iaitu
pendekatan makro dan miro. Pendekatan makro merupakan kajian tentang
masyarakat secara keseluruhan, manakala pendekatan mikro berkaitan dengan
kehidupan manusia yang dibentuk melalui proses interaksi yang kecil di
dalam individu itu sendiri bukan dalam suatu kumpulan masyarakat yang besar.
Pendekatan makro boleh dikaji menggunakan dua teori iaitu teori fungsionalis
dan teori knflik. Pandangan teori konflik ialah masyarakat berada
di dalam keadaan berubah-ubah, berkonflik dan sentiasa ingin memperjuangkan
kepentingan masing-masing. Teori fungsionalis pula mengkaji funsi
perlakuan sosial atau institusi dalam aktiviti yang menyumbang kepada penerusan
masyarakat.
Berdasarkan kepada isu kelemahan akademik dan prestasi pelajar bumi,
teori fungsionalis didapati lebih menonjol peranannya. Merton (1949)
menyokong teori ini dengan membahagikan kepada dua elemen iaitu fungsi
nyata dan fungsi tidak nyata. Fungsi nyata merujuk kepada aktiviti yang
ditetapkan seperti pengajaran guru sementara fungsi tidak nyata ialah aktiviti-aktiviti
yang tersirat seperti kurikulum tersembunyi.
4. Analisis isu berdasarkan teori fungsionalis
Kelemahan akademik dan prestasi pelajar bumi menjadi isu masyarakat
yang serius kerana setiap individu mempunyai fungsi yang dipersetujui
untuk mencapai matlamat yang sama. Di dalam hal ini, aktiviti
yang dipersetujui masyarakat ialah menjadikan individu berpendidikan supaya
mesyarakat yang berpendidikan serta mampu mengikuti perkembangan semasa
dapat dicapai. Bila prestasi pelajar luar bandar menurun, ia mencerminkan
masyarakat luar bandar yang kurang prihatin terhadap pendidikan.
Faktor utama yang menjadi punca kepada kelemahan prestasi pelajar
ialah keadaan sosio-ekonomi keluarga yang merupakan sebahagian daripada
institusi masyarakat. Teori fungsional membincangkan variasi kelas
sosial dalam pendidikan menyebabkan perbezaan peluang hidup. Peluang
pelajar kelas sosial rendah mendapat prestasi yang tinggi adalah kurang
andainya dibandingkan dengan pelajar kelas atasan. Pelajar yang mempunyai
latar belakang sosio-ekonomi yang tidak menggalakkan, mempunyai banyak
kekangan yang perlu diatasi untuk bersaing dengan pelajar kelas atasan.
Keadaan hidup yang serba kekurangan kerana wang menjadi penghalang bagi
mendapatkan makanan, tempat tinggal yang selesa dan peralatan yang
secukupnya memudarkan minat murid terhadap pendidikan yang agak mencabar
bagi tahap perkembangan mereka.
Sosio-ekonomi rendah adalah disebabkan oleh pendidikan
yang rendah
atau tiada pendidikan. Bila ibu bapa tiada pelajaran, maka mereka
juga tidak
mengambil berat mengenai pencapaian anak-anak mereka.
Anak-anak juga
tidak boleh mengharapkan pertolongan dari segi akademik daripada
ibu bapa mereke. Pendekatan fungsionalis menekankan kepentingan
pendidikan di sekolah dan di rumah. Jika sekolah dipertanggungjawabkan
sepenuhnya terhadap pendidikan anak-anak adalah tidak wajar. Pengukuhan
dan penekanan perlu disalurkan juga di rumah. Malangnya , ibu bapa
yang tidak berpendidikan tidak mampu membantu anak-anak mereka yang akhirnya
menjadikan prestasi pelajar bumiputera lemah pada peringkat asas, menengah
dan juga IPT.
Para pelajar yang hidup dalam suasana persekitaran yang tidak menggalakkan
pendidikan, tidak mempunyai “role model” yang boleh menjadi dorongan kepada
mereka. Secara tidak langsung , motivasi luaran yang kurang atau
hampir tiada menenggelamkan motivasi intrinsic mereka. Ini menyebabkan
pelajar kurang berminat terhadap pendidikan.
Walaupun, istilah keluarga iaitu salah satu institusi yang diberi
keutamaan dalam teori fungsionalis gagal berfungsi, institusi pendidikan
boleh mengambilalih tanggungjawab tersebut untuk menjadikan masyarakat
mempunyai kemahiran-kemahiran asas. Kewujudan masyarakat bumiputera luar
bandar yang mempunyai prestasi yang tinggi merupakan tanggungjawab bersama
institusi keluarga dan institusi pendidikan. Institusi keluarga di
masyarakat luar bandar tidak dapat memainkan peranannya sepertimana institusi
keluarga di dalam masyarakat bandar. Oleh itu, institusi pendidikanlah
harus memikul tanggungjawab dengan serius untuk meningkatkan prestasi pelajar
. Guru-guru di kawasan luar bandar perlu lebih berdedikasi dalam
mengajar pelajar-pelajar mereka. Latihan yang mencukupi dan bahan
mudah diperolehi perlu digunakan seperti yang dilakukan oleh guru-guru
di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang amat mengambilberat tentang prestasi
pelajarnya.
Subbudaya belajar secara positif perlu sentiasa ditekankan terhadap
murid dan institusi keluarga serta masyarakat perlu memberi kerjasama supaya
subbudaya lain tidak mempengaruhi para pelajar ini. Subbudaya seperti
ponteng, malas, tidak memberi tumpuan dan tidak berminat terhadap pendidikan
inilah yang bersemadi dalam jiwa pelajar ini sehingga terbawa-bawa ke peringkat
IPT. Subbudaya sebegini menyebabkan pelajar bumiputera di IPT
tidak dapat bersaing dengan pelajar-pelajar lain. Oleh itu, langkah-langkah
perlu juga diambil untuk mengatasi masalah ini di peringkat IPT. Langkah
utama yang sewajarnya diberi tumpuan ialah penekanan pendidikan rendah
yang kukuh. Justeru itu, persefahaman dan kerjasama dari semua pihak diperlukan
dalam memainkan peranan masing-masing agar dapat mencapai matlamat tertentu
seperti yang diutarakan dalam teori fungsionalis.
5. Definisi Konsep Institusi Sosial
Kesedaran mengenai ilmu sosiologi amatlah berguna bagi memahami masalah
sosial dari perseptif sosial. Beberapa konsep asas diperkenalkan
bagi memudahkan kajian yang dijalankan ke atas masyarakat.
Konsep utama yang sesuai bagi mengkaji isu kelemahan akademik dan prestasi
pelajar bumi ialah konsep institusi sosial. E.Chinoy (Society , 1962)
berpendapat bahawa istilah institusi perlu dikhususkan kepada pola tingkahlaku
yang telah dipersetujui seperti undang-undang. A.W.Gouldner dan H.Gouldner
( Modern Sociology ) melihat institusi sebagai cara yang standard untuk
mengatasi masalah . Malinowski menganggap institusi sebagai konsep
utama memahami masyarakat dan kebudayaan.
Sosial adalah berhubung dengan interaksi dalam masyarakat. Institusi
sosial bolehlah dirangkumkan sebagai pola tingkahlakku yang menjadi kebiasaan
atau satu pola hubungan sosial yang mempunyai matlamat sosial yang tertentu.
Institusi sosial utama ialah institusi keluarga, institusi politik, institusi
pendidikan, institusi ekonomi dan institusi agama. Peranan institusi
sosial adalah seperti agen-agen penentu dan pengawal yang memastikan masyarakat
berjalan dengan lancar.
5.1 Konsep Institusi Sosial
Institusi keluarga dan pendidikan adalah lebih diketengahkan
kerana ia mempunyai hubungan secara langsung dengan isu kelemahan akademik
dan prestasi pelajar bumiputera . Peranan keluarga dalam menentukan
pencapaian pendidikan perlu dipertingkatkan dan diberi penumpuan yang lebih.
Walaupun ibubapa tidak berpendidikan, mereka boleh duduk bersama pelajar,
melihat kerja mereka , menggalakkan mereka belajar, menyedarkan kepentingan
pendidikan dan perubahan status yang mampu dicapai menerusi pendidikan
dan pastikan anak-anak mereka menyedari hasrat dan impian ibubapa terhadap
mereka. Dorongan sebegini dengan sendirinya mampu menarik minat terhadap
pendidikan. Ibubapa juga harus memberi pujian dan ganjaran supaya
anak-anak mereka berusaha dengan lebih gigih lagi. Awasi kumpulan
rakan yang mereka sertai dan beri bimbingan yang sewajarnya. Pelajar-pelajar
di luar bandar tidak mempunyai “role model” yang sewajarnya untuk dijadikan
contoh. Oleh litu, ibubapa mestilah mengetahui siapakah mereka ingin
teladani.
Institusi pendidikan harsulah memahami masalah ibubapa di luar bandar
dan cuba sedaya upaya mereka untuk mengajar dengan sebaik mungkin.
Luar bandar atau bandar tidak harus menjadi halangan bagi seseorang guru
itu menjalankan tanggungjawab mereka. Guru telah dilatih dan diberi
pendapatan yang agak tinggi supaya dpat merealisasikan matlamat masyarakat
dan negara iaitu menyediakan pelajar yang berkaliber dan seimbang
dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang termaktub dalam
FPK.
Di samping itu, institusi pendidikan juga mempunyai tanggungjawab menjalankan
fungsi tidak nyata seperti menyerapkan norma-norma dan nilai-nilai yang
perlu dijadikan ikutan. Melalui teladan dan peraturan sekolah, pelajar-pelajar
dengan sendirinya mempelajari nilai-nilai yang baik. Sekolah di luar
bandar juga haruslah menjalankan aktiviti-aktiviti yang mengikuti perkembangan
semasa seperti kempen kesihatan, kempen motivasi dan kempen pengguna.
Guru perlu memberi peluang yang sama kepada pelajar luar bandar untuk bersaing
dengan pelajar bandar dalam semua aspek. Pelbagai bentuk pertandingan
harus dijalankan supaya pelajar-pelajar mendapat pendidikan yang mampu
digunakan di peringakt IPTA.
5.2 Konsep Sosialisasi
Sosialisasi adalah proses mempelajari peranan, status dan nilai
yang perlu ada pada seseorang dalam institut sosial. Ia juga
merupakan proses pembelajaran yang berterusan sepanjang hayat. Konsep sosialisasi
mengkehendaki seseorang individu mempelajari dan menerima nilai, sikap
, kemahiran dan peranan uang dapat membentuk personalitinya dan menyatukannya
ke dalam kelompok masyarakat. Terdapat tiga peringkat sosialisasi
iaitu permulaan (primer) , peryertaan ( sekunder) dan sosialisasi semula
( resosialisasi).
Sosialisasi primer berlaku pada zaman awal kanak-kanak yang baru
cuba mempelajari konsep kendiri, personaliti, kemahiran, motor, penaakulan
dan kemahiran bahasa. Di peringkat ini, ibubapa dan ahli keluarga
perlu membentuk sahsiah yang betul kerana pada usia ini, anak-anak mudah
menerima dan mempelajari. Nilai-nilai positif ini yang menentukan
tingkahlakunya kelak dalam membuat pertimbangan. Sosialisasi sekunder
pula berlaku di luar keluarga. Budaya dipindahkan kepada individu
oleh agen-agen seperti rakan sebaya, sekolah, media massa dan juga
persatuan. Apabila seseorang berhadapan dengan sesuatu yang baru di suasana
yang baru , dia perlu menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut.
Individu tersebut perlu memilih peranan yang bersesuaian dengan dirinya.
Individu haruslah dapat membuat pertimbangan yang sesuai dengan suasana
barunya. Pelajar bumiputera perlu mendapatkan dan mengikuti perkembangan
positif yang dilihat dalam masyarakat kaum Cina, misalnya kecerdikan dalam
bidang perniagaan. Individu patut mengubah sikap yang kurang realiti
supaya mampu bersaing dengan individu lain. Pelajar perlu sedar pendidikan
sekolah rendah menjadi asas ke arah kecemerlangan hidup. Oleh itu,
usaha yang berpatutan oleh semua pihak harus dilaksanakan.
Resosialisasi pula merujuk kepada pengagihan konsep kendiri dan cara
hidup yang sedia ada kepada yang baru iaitu mengikut perubahan yang dikehendaki
oleh masyarakat. Pelajar di IPTA perlu mengikis segala sifat negatif
supaya tidak ketinggalan. Kejutan budaya memang berlaku di situasi
yang baru tetapi pertimbangan yang sewajarnya perlu diambil supaya dapat
mengekal dan meningkatkan prestasi. Budaya yang sedia ada perlu dicorak
semula bersesuaian dengan keperluan institusi pendidikan.
Oleh itu, pelajar bumiputera haruslah cuba menyesuaikan diri dan cuba
memperbaiki kekurangan diri supaya prestasi di peringkat IPTA dapat dipertingkatkan.
5.3 Konsep Kelas Sosial
Kelas sosial merujuk kepada segolongan individu yang mempunyai
kedudukan yang sama dari segi kuasa politik , kekayaan, pendapatan, status,
pekerjaan atau hubungan dengan punca-punca pengeluaran. Menurut Karl
Marx , kelas sosial adalah kategori individu yang mempunyai hubungan yang
sama terhadap punca-punca pengeluaran serta hubungan pengeluaran seperti
sistem pengagihan dan pertukaran.
Marx mengkategorikan masyarakat kapitalis kepada dua golongan iaitu
bourgeoise yang memiliki punca pengeluaran dan proletariat yang hanya mempunyai
tenaga kerja. Class-in-self akan menjadi class-for-itself apabila
anggota-anggotanya mempunyai kesedaran kelas itu, menyedari identiti, kepentingan
seta peranan sosial.
R.J.Stalcup ( 1968) mendefinisikan kelas sosial sebagai :
A level in society made up of people who consider themselves equal
due to similarities in family background, level of education, occupation,
race and
attitudes toward social issues.
Sementara itu, Rohand Meighan (1986) menjelaskan walau apa cara
definisi kelas sosial, ia tetap menggambarkan perbezaan cara hidup atau
pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama.
Kelas sosial para pelajar selalu dikaitkan dengan kelakuan dan
pencapaian pelajar-pelajar di sekolah. Dengan kata lain, latar belakang
sosio-ekonomi mempunyai kolerasi terhadap perangai dan pencapaian.
Banyak pandangan yang mengaitkan pencapaian pelajar dengan struktur kelas
sosial masyarakat. Latar belakang budaya keluarga mempengaruhi
pelajar kerana mereka lebih banyak menghabiskan masa di rumah bersama
keluarga. Mereka telah disosialisasikan dalam budaya keluarga yang
mungkin berbeza dengan budaya sekolah. Ada juga mengatakan bahawa
masalah di sekolah adalah refleksi masalah di rumah. Para pelajar
mempunyai nilai-nilai sendiri yang dibawa ke sekolah. Terdapat juga tanggapan
bahwa kelas sosial rendah tidak mementingkan kelulusan akademik.
Guru harus sedar bahawa disiplin yang berkesan adalah seiring dengan pengajaran
yang berkesan. Lebih-lebih lagi, profesion perguruan bukan semata-mata
untuk mengajar subjek tetapi juga mendidik manusia. Individu dari
kelas sosial perlu dididik dengan sabar kerana mungkin rasa rendah diri
mereka menjadi penghalang sehingga tiada motivasi kendiri.
Kelas sosial rendah tidak sepatutnya menjadi kekangan malah individu atau
pelajar perlu mempunyai sikap positif untuk membuktikan bahawa pelajar
dari kelas sosial rendah juga mampu mempunyai prestasi akademik yang tinggi
dan mampu bersaing denan pelajar kelas sosial atasan. Masyarakat
perlu berikhtiar untuk meningkatkan prestasi di kalangan pelajar dengan
memberi kerjasama yang sewajarnya kepada pihak sekolah.
6. Cadangan dan Kesimpulan
Kementerian Pendidikan dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) perlu
menapis dan menambah kualiti pelajar bumiputera yang diterima masuk untuk
melanjutkan pelajaran di IPTA. Langkah yang drastik perlu dilaksanakan
di peringkat sekolah rendah ialah pemantauan prestasi pelajar secara berterusan
dari Tahun 1 supaya produk jangka panjangnya memuaskan. Pendidikan
prasekolah dapat membantu dalam menangani masalah ini. Kira-kira 40 peratus
daripada 500 000 kanak-kanak yang berusia lebih lima tahun di seluruh negara
belum berpeluang mengikuti pendidikan prasekolah. Program pendidikan
prasekolah Kementerian Pendidikan yang diperkenalkan pada 1992, akan diperluaskan
dengan tambahan 1 500 kelas setiap tahun mulai 2003 hingga 2006 dan
1 600 kelas pada 2007 untuk memberi pendidikan berkualiti.
Penekanan dan pendedahan yang lebih efisien perlu diberikan kepada
para pelajar supaya minat dalam bidang Matematik dan Sains dapat dipertingkatkan.
Menurut
Dr. Ibrahim dalam kertas kerja”Strategi kebangsaan untuk mengorientasi
semula kecenderungan pelajar ke arah sains dan teknologi” , “peranan patut
dimainkan oleh setiap rakyat, bukan sahaja guru,tetapi juga ibubapa dalam
masyarakat keseluruhannya ..” dalam menigkatkan prestasi dalam Sains dan
Matematik. Peruntukan khas untuk sekolah rendah luar bandar
haruslah dipertingkatkan untuk memudahkan pembelian kit pembelajaran dan
CD interaktif pendidikan. Masyarakat luar bandar tidak mampu menyediakan
peralatan yang canggih sebegitu rupa.
JKKK kampung di kawasan luar bandar perlu memberikan penekanan
kepada pendidikan dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang bermanfaat kerana
pendidikan bermula dari rumah. Langkah ini dapat menambahkan minat
dan menyedarkan kepentingan pendidikan.
Walaupun pelbagai usaha diambil, pendidikan rendah yang mantap
menjadi penentu kepada pendidikan peringkat tinggi. Kukuhkan asas,
maka kukuhlah kehidupan..
Senarai Rujukan
Amir Hasan Dawi ,2002. Penteorian Sosiologi dan Pendidikan – Edisi
kedua,
Tanjong Malim,Quantum Books.
Ibrahim Shah ,1994. Perspektif Sumber Manusia ke Arah Pencapaian Wawasan
2020,
Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Khoo Phon Sui ,1983. Fikiran-fikiran Mengenai Pendidikan di Malaysia,
Kuala Lumpur, Utusan Publication dan distributors.
Olive Banks ,1987. Sosiologi Pendidikan , Kuala Lumpur,
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Omar Mohd. Hashim ,1993. Persoalan, Penyelesaian dan Harapan,
Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Omar Mohd. Hashim ,1999. Pengisian Misi Pendidikan – Edisi kedua,
Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mark Disney ,January 2001. Malaysian Business: Education and the K-economy
Mohd Salleh Lebar ,1998.Pengenalan Ringkas Sosiologi Sekolah dan Pendidikan,
Thinker’s Library, Selangor.
AgamaPendidikanHiburanAkhbar
& Majalah
KomputerPoskadWallpaper Malaysia
Laman Utama
|