KONSEP ASAS
KOMPUTER
Secara teknikal komputer sebagai
alat pengiraan. Tetapi komputer berbeza dengan alat lain kerana ia boleh
diaturcarakan. Maksud aturcaraalah satu set arahan logik yang tersusun
untuk mengarahkan komputer melaksanakan sasuatu tugas. Oleh itu, Komputer
bolehlah dimaksudkan sebagai satu alat eletronik yang mendapat menerima
satu set aturcara yang dibina untuk melaksanakan sesuatu tugas. Ia dapat
menerima dan menyimpan data dan memproses data yang disimpan mengkut arahan
tertentu dan seterusnya menghasikan output kepada pengguna.
Terdapat 2 jenis komputer;
-
Komputer untuk kegunaan tertentu
sahaja, seperti jam digital, yang mana arahan tidak boleh diubah.
-
Komputer untuk kegunaan umum
yang mana lebi fleksible berupaya menyimpan dan melaksana arahan-arahan
yang berbeza mengikut pengguna.
Komputer untuk kegunaan umum
biasanya terdapat dalam berbagai saiz dan bentuk serta mempunyai keupayaan
berbezaseperti keupayaan ingatan, menyimpan data, kelajuan memproses data
, kos penggunaan. Komputer boleh di kelaskan seperti berikut;
-
mikrokomputer seperti laptop,
notebook, desktop
-
minikomputer
-
kerangka utama
-
super komputer.
Mod Komputer biasanya bergantung
kepada keupayaan dan jumlah pengguna yang boleh disokong serentak.
-
Komputer peribadi untuk kegunaan
peribadi dan biasanya kekuatannya bergantung kepada masing-masing.
-
Komputer Pusat .Pelbagai aturcara
dan berkongsi masa.Sebuah komputer yang besar boleh dicapai oleh ramai
penggunapada satu-satu masa.
-
Komputeraan Teragih. Setiap pengguna
dapat mencapai aturcara/data disimpan di mana-mana mesin di dalam satu
rangkaian.
-
Komputer pelanggan/pelayan yang
dapat menyimpan satu atau lebih komputer yang digelar pelayan fail yang
menyimpan aturcara/data. Biasanya pemprosesan dilakukan secara peribadi.
PERKAKASAN KOMPUTER
Komponen Asas
-
Input : digunakan untuk menghubung
sistem komputer seperti memberi arahan , mendapatkan maklumat, memasukkan
data
-
Output: Menghasilkan maklumat
dalam bentuk yang difahami oleh pengguna dan memaparkan maklumat seperti
dalam bentuk skrin
-
Pemproses (CPU): Ialah litar
eletronik yang menggunakan satu siri arahan untuk melaksanakan operasi
aritematik, membuat keputusan, menghasilkan output dan menerima data.
-
Ingatan Utama; Tempat untuk menyimpan
atur cara/data secara sementara (RAM)
-
Ingatan Bantu: Tempat untuk menyimpan
atur cara/ data secara kekal(disket, cakra padat, dll).
Unit Pemprosesan Pusat (CPU)
Terdiri darpada berjuta-juta
komponen eletronik yang bertindak sebagai pusat kawalan kepada keseluruhan
sistem komputer. Antara fungsi utama CPU ialah;
-
mengawal penggunaan ingatan utama
untuk menyimpan data dan maklumat
-
mengawal jujukan operasi
-
memberi arahan kepada semua bahagian
komputer.
-
melaksanakan pemprosesan.
Terdapat 2 komponen utama dalam
CPU iaitu Unit Kawalan (CU) Unit Aritematik & Logik (ALU).
Peranan unit Kawalan (CU)
ialah merupakan pusat kawalan komputer, menyelaraskan semua fungsi komputer
dan mengawal operasi perkakasan. CU beroperasi secara mencapai arahan,
mentaksirkan arahan dan mengarahkan ALU untuk melaksanakan arahan.
Peranan ALU pula melakukan
fungsi-fungsi arimetik seperti + , - ,* , / dan fungsi logik < , >,
=.
Keupayaan Asas Perkakasan
Antara keupayaan asas perkakasan
ialah;
-
menerima maklumat
-
menyimpan maklumat dan data di
dalam ingatan utama dan ingatan bantu
-
menyalin maklumat dari ingatan
ke daftar
-
melaksanakan arahan di dalam
dafta
-
melaksanakan arimetk bagi data-data
bernombor
-
membandingkan data
-
menyimpan hasil data yang dilaksanakan
di dalam daftar
-
menyalin kandungan daftar ke
ingatan utama
-
menghantar output kepada alat
output.
LITAR DALAM
KOMPUTER
BAHASA
PENGATUCARAAN
Satu bahasa buatan dan bahasa
formal yang mempunyai istilah terhad , terdiri daripada satu set kata kunci
untuk membentuk arahan dan mempunyai satu set peraturan tatabahasa.
Terdapat 2 jenis bahsa pengatucaraan
iaitu Bahasa Pengatucaraan Khas (Special-purpose programming language)
dan Bahasa Pengatucaraan Am.(General- purpose programming language).
Bahasa pengatucaraan khas direka khas untuk penggunaan tertentu, misalnya
SQL (Structured Query Language) di reka khas untuk pengkalan data.
Bagi bahasa pengatucaraan am, digunakan untuk mendapatkan penyelesaian
bagi berbagai maslah seharian.
Bahasa pengatucaraan Am boleh
di bahagikan kepada 3 kelas.
-
Bahasa Mesin
-
Bahasa Penghimpun
-
Bahasa Peringkat Tinggi.
Bahasa Mesin
Bahasa mesin adalah bahasa
asli komputer. Satu program yang ditulis dalam bahasa mesin tidak perlu
dialih bahasakan dan boleh terus dilaksanakan. Ini disebabkan bahasa mesin
mengandungi arahan-arahan yang telah sedia difahami oleh komputer. Walau
bagaimanapun terdapat beberapa kelemahan mengenai bahasa mesin antaranya,
-
arahan-arahannya sukar dipelajari
dan cryptic walaupun pengaturcara yang profesional.
-
memrlukan terlalu banyak
arahan untuk menyelesaikan satu masalah yang mudah.Biasanya aturcara berkhir
dengan satu aturcara yang panjang.
-
Bahasa mesin adalah machine-dependant.
Ia bergantung kepada penjenisan komputer.
-
Oleh kerana tiada satu bahasa
yang piawai , program yang ditulis pada satu jenis komputer tidak boleh
dilaksanakan pada komputer yang lain.
Bahasa Penghimpun
Bahasa penghimpun adalah lebih
baik daripada bahasa mesin. Arahan-arahannya mengandungi lebih kurang seperti
bahasa Inggeris. Walau bagaimanpun bahasa penghimpun tidak boleh diproses
secara terus . Kita perlu gunakan penterjemah bahasa yang dipanggil assembler.sembler
akan menukarkan bahasa penghimpun kepada kod mesin dan kemudian dilaksanakan
. Bahasa penghimpunan ini juga terdapat beberapa kelamahan , antaranya,
-
secara amnya, satu arahan bahasa
penghimpun hanya untuk satu arahan dalam bahasa mesin. Akibatnya aturcara
yang sebenar adalah panjang.
-
Setiap komputer mempunyai bahasa
penghimpun tersendiri. Bagi setiap jenis komputer yang baru, kita perlu
belajar bahasa yang lain pula.
-
Oleh kerana berbagai variasi
dalam bahasa penghimpun, ianya tidak mudah alih.
Bahasa Peringkat
Tinggi.
Bagi mengelakkan kelemahan
dalam bahasa mesin dan penghimpun , bahasa peringkat tinggi dikembangkan.
dalam bahasa peringkat tinggi arahan-arahan hampir sama dengan bahasa Inggeris
dan dengan hanya menulis satu arahan sahaja boleh mewakilikan berbagai
arahan pada aras bahasa mesin. Bahasa ini adalah lebih mudah dipelajari
. Walau bagaimanapun bahasa peringkat tinggi perlu juga dialih bahasa kepda
bahasa mesin sebelum dapat dilaksanakan. Untuk ini digunakan kompiler,
satu sistem software yang dapat menukarkan program sumber(source program)
kepada pelakasanaan program objek
Kebanyakkan bahsa peringkat
tinggi telah dipiawaikan , oleh itu ianya adalah mudah ubah. Antaranya
yang masih digunakan sehingga kini ialah;
-
FORTRAN (Formula translation)
, sesuai untuk penggunaan peringkat saintifik dan kejuruteraan.
-
COBOL(Common Buisness Oriented
Language) sesuai peringkat penggunaan dalam perniagaan
-
BASIC (Beginners All-purpose
Symbolic Instruction Code). Bahasa ini dikembangkan untuk memudahkan para
pelajar menggunakannya.
-
Pascal, bahasa peringkat tinggi
berstruktur dan sesuai digunakan oleh ahli-ahli akedamik .
-
C dan C++, satu bahasa yang dianggap
sukar tetapi dapat menyelesaiakan banyak masalah yang rumit dalam pengatucaraab.
Buat masa ini bahasa C dan C++ merupakan bahasa yang popular di senua peringkat.
AgamaPendidikanHiburanAkhbar
& Majalah
KomputerPoskadWallpaper
Malaysia
Laman Utama