EMail:tmnm@hotmail.com
http://tuanmat.tripod.com
Format bermaksud proses menyediakan tapak
permukaan cakera bagi membolehkan maklumat disimpan di dalamnya.
Sesebuah cakera tidak boleh menyimpan sebarang maklumat melainkan setelah
cakera tersebut di format terlebih dahulu. Maklumat-maklumat pula
terdiri daripada fail-fail sama ada fail program atau fail data atau kedua-dua
sekali. Proses format dapat diumpamakan seperti penyediaan tapak
rumah sebelum rumah didirikan di atas tapak tersebut.
Tahap format terbahagi kepada tiga bahagian
mengikut tertib:
1. Format
Fizikal (format tahap rendah-dilakukan di kilang)
2. Pembahagian
Permukaan Keras (untuk cakera keras sahaja)
3. Format
DOS atau OS/2
Sebenarnya tugas ini tidaklah sesukar seperti
mana yang kita sangkakan. Mungkin kerana ia melibatkan penggunaan "Dos
Prompt", maka ia menyebabkan ramai diantara kita berasa takut.
Adalah menjadi harapan saya, supaya selepas
daripada ini, anda akan dapat melakukannya sendiri. Namun, sebelum kita
memulakannya, terdapat beberapa perkara yang perlu kita ketahui.
Pertama sekali, kita perlu mengetahui cara
untuk membina "Start Up Disk". Cara yang paling senang membinanya
ialah dengan cara langkah seperti berikut:
1. Start pada
menu
2. Control
Panel
3. Add/Remove
Program
4. Startup
Disk -masukkan disket dan klik pada(Create Disk)
Untuk pengetahuan anda, Dos yang berada di
dalam "Start Up Disk" tersebut adalah Versi 7.00. Ia adalah
kepunyaan Windows 95 iaitu lanjutan kepada Dos 6.22. Selepas daripada Dos
6.22, Microsoft tidak lagi mengeluarkan perisian Dos, sebaliknya telah
menggabungkan Dos kedalam Windows 95 secara tidak langsung.
Untuk itu, sekiranya anda memulakan komputer
anda (Booting) daripada "Floopy Disk" dengan menggunakan
Dos versi 6.22 ke bawah, anda tidak akan dapat menjalankan program Windows
95 keatas.
Windows 95 sendiri dapat dibahagikan kepada
beberapa versi. Iaitu Windows 95 yang pertama sekali, Windows 95a, Windows
95b dan Windows 95c. Setiap versi yang dikeluarkan mempunyai kelebihannya
tersendiri. Ini berlaku kerana masalah ralat yang berlaku di dalam kod
program tersebut yang dikenali sebagai "bugs". Setiap versi dibina
untuk memperbaiki ralat yang telahpun dikenal pasti.
Keduanya setelah anda memperolehi "Start
Up Disk" anda perlu memeriksa kandungan fail di dalam disket tersebut.
Caranya ialah dengan menaip arahan <dir a:> Antara lain, disket anda
perlu mengandungi fail-fail berikut:
1. Command.com
2. format.com
3. sys.com
4. fdisk.com
5. scandisk.exe
Setelah memastikan disket tersebut mengandungi
fail-fail diatas, seterusnya anda perlu "restart" komputer anda.
Sama ada dengan memilih pilihan "restart your computer" di dalam
windows 95, ataupun menekan butang "reset" sekiranya anda telahpun
keluar dari Windows dan berada pada Dos Prompt.
Semasa komputer anda sedang dihidupkan kembali,
tekan butang "Delete" ataupun "Del" pada papan kekunci anda.
Tujuan anda berbuat demikian adalah untuk memasuki BIOS Setup kerana
terdapat beberapa perkara yang perlu anda lakukan.
Setiap komputer tidak semestinya mempunyai
jenis BIOS yang sama.
Apa yang saya terangkan adalah asas sahaja,
anda perlu mengubah mengikut kesesuaian komputer anda.
Sila pergi kepada "Advance BIOS setup".
Pastikan pilihan "Boot sequance" disetkan supaya dimulai dengan
"A".
Contohnya <A, C, CD-ROM>. Tujuannya ialah supaya komputer akan
dimulakan dengan mencari Sistem Operasi daripada disket kemudian
barulah dari Cakera keras.
Kebiasaannya, komputer akan dimulakan dengan
cakera keras. Terdapat juga komputer yang disetkan seperti diatas. Namun,
ia bukanlah satu langkah yang baik. Ini kerana, komputer anda akan mencari
Sistem Operasi daripada disket, sekiranya tidak ditemui, ia akan meneruskan
pencarian ke dalam cakera keras.
Sekiranya terdapat disket yang dijangkiti
virus di dalam disket tersebut. Virus yang ada akan berpindah ke dalam
ingatan komputer seterusnya berjangkit ke dalam cakera keras. Satu perkara
lagi, sekiranya disket tersebut tidak mengandungi Sistem Operasi, anda
akan menerima mesej seperti berikut:
"None System or disk error. Replace
and press enter to continue"
Ini bermakna fail sistem tidak terdapat di
dalam disket tersebut. Fail sistem yang dimaksudkan adalah fail-fail
berikut:
1. msdos.sys
2. io.sys
3. command.com
Seterusnya, setelah membuat perubahan seperti
diatas, sila pilih pada pilihan "save setting and exit" atau mana-mana
pilihan lain yang mempunyai maksud yang sama iaitu anda ingin keluar dan
menyimpan setting yang anda telah lakukan.
Masukkan "Start Up Disk" kedalam pemacu
A. Biarkan komputer anda hidup kembali sehingga anda dapat lihat tanda
seperti berikut <A:> Jika tidak, sila tekan enter beberapa kali
sehingga anda mendapat A prompt.
Setelah berjaya mendapatkan A prompt, anda
perlu menaip arahan berikut untuk memformat cakera keras anda. "format
c: /s", Sekiranya cakera keras anda adalah C. Jika cakera keras anda
adalah D. Maka anda perlu menaip "format d: /s". Tanda "/s"
digunakan untuk memindahkan Sistem Operasi ke dalam cakera keras.
Kita tidak boleh menyalin Sistem Operasi ke dalam cakera keras sepertimana
kita menyalin fai-fail yang lain. Ini kerana kedudukan fail-fail bagi Sistem
Operasi adalah istimewa. Ia sentiasa berada di pangkal sesebuah disk.
Selepas anda menekan enter, anda akan menerima
mesej yang menyatakan bahawab proses format akan memadam keseluruhan fail
di dalam cakera keras anda. Jika anda ingin memformat cakera keras anda,anda
hanya perlu menekan "y". Jika tidak, anda perlu menekan "n".
Seterusnya anda akan diberikan sekali lagi
mesej untuk memastikan bahawa anda benar-benar ingin memformat cakera keras
anda. Tekan "y" untuk teruskan.
Setelah proses format selesai. keluarkan "Start
Up Disk" dari pemacu A. Hidupkan semula komputer anda. Apabila komputer
anda telah dihidupkan, apa yang terkandung di dalam cakera keras anda hanyalah
satu fail sahaja yang dapat anda lihat iaitu fail command.com.
Langkah seterusnya ialah mengaktifkan pemacu
CD-ROM dengan memasukkan disket driver cd-Rom ke dalam pemacu A.
Setelah itu bolehlah installkan software/hardware lain termasuk Windows.
|