Mari Berzikir
Mari berzikir Fadhilat Ta'awwuz

Tawwuz ialah ucapan " A'uzubillahi minas Syaitonir Rajim " yang diucapkan sebelum membaca Bismillah apabila kita membuat sesuatu. Ucapan Ta'awwuz itu ibarat meminta izin dan ibarat mengetuk pintu. Seumpama seseorang yang hendak masuk ke istana berkata-kata dengan Raja, maka hendaklah dibersihkan dirinya daripada kekotoran dan begitu juga dengan pembacaan Al Quran. Kerana barangsiapa yang membaca Al Quran, hendaklah dimulai dengan bacaan "A'uzu " yang akan membersihkan lidahnya daripada kekotoran yang dibawa oleh syaitan. Hukum membaca Ta'awwuz itu sunat dan sunnah. Firman Allah :

" Jika engkau diganggu Syaitan dengan sesuatu gangguan, hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Kerana sesungguhnya Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui." ( Al A'raf : ayat 200 ) 

" Apabila engkau membaca Al Quran, maka ucapkanlah " A'uzubillahi minas Syaitonir Rajim. Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai kekuatan dapat memaksa orang-orang beriman yang bertawakkal kepada Allah" ( An Nahl : 98 - 99) 

Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai kekuatan dapat memaksa orang yang beriman kepada Allah untuk masuk ke dalam perangkapnya. Maka pengertian daripada ayat di atas, fahamlah kita bahawa Ta'awwuz seseorang mukmin itu adalah merupakan satu cara untuk bertawakkal kepada Allah s.w.t. Diterangkan oleh Ibnu Abbas r.a :

" Kebesaran Al Quran itu dengan A'uzubillahi minas syaitonir Rajim dan pembukaan Al Quran itu dengan Bismillahirrahmanirrahim." 

Berkata ulama' bahawa A'uzu itu adalah seperti sesapu Al Quran.. Maka setiap orang yang hendak membaca Al Quran, perlulah menyapu hatinya dari segala keraguan dan was-was. Dan berkata Al Hassan bin Abi Tolib : " Barangsiapa yang membaca A'uzubillahi minas Syaitonir Rajim " itu, maka tidak ada jalan Syaitan yang boleh menggodanya."

Kebanyakan hati manusia dikalahkan oleh Syaitan yang telah berjaya menyerap masuk ke dalam hatinya dengan pengaruh nafsu. Sehingga hati itu memilih keduniaan dan melupakan akhirat. Hal ini tidak dapat dikalahkan melainkan manusia itu kembali kepada zikir Allah ( mengingati Allah ) dan membanyakkan membaca Ta'awwuz.. Berkata Jabir bin Ubaidah Al Adawi : Saya pernah mengeluh kepada Al A'la bin Ziyad : tentang was-was yang terdapat di dalam dada saya. Maka ia berkata : Bahawa Hati itu umpama sebuah rumah yang dilalui beberapa pencuri. Pencuri-pencuri itu berusaha mencuri apa-apa yang menjadi kegemarannya di dalam rumah tersebut. Tetapi jika di dalam rumah tersebut tidak mempunyai apa-apa, maka pencuri-pencuri itu akan melalui sahaja rumah itu dan akan meninggalkannya. Yakni hati yang bersih daripada syahwat nafsu tidak akan dimasuki Syaitan.

 
1 | 2


AgamaPendidikanHiburanAkhbar & Majalah
 KomputerPoskadWallpape Malaysia
Laman Utama