Rangkaian Kawasan Meluas (WAN)
WAN (Wide Area Network) menghubungkan suatu kawasan yang lebih luas dari segi geografinya, contohnya menghubungkan Florida, Amerika Syarikat dengan dunia.

Rangkaian WAN berupaya menghubungkan sekolah-sekolah di Florida dengan tempat-tempat yang lain di dunia contohnya Tokyo dalam hanya beberapa minit sahaja, tanpa perlu menyediakan sejumlah wang yang besar untuk membayar bil telefon.  Namun begitu, rangkaian WAN ini agak rumit dan kompleks.  Ia memerlukan pelbagai perkakasan dan perisian sebelum membolehkan rangkaian setempat dan metropolitan berhubung dengan komunikasi secara global dan antarabangsa seperti internet.  Secara lahirnya, rangkaian WAN kelihatan hampir sama dan tidak banyak bezanya dengan LAN atau WAN.

Dapat kita simpulkan bahawa WAN mewakili rangkaian komputer yang terpisah oleh jarak dan lokasi geografi yang jauh.  Banyak digunakan dalam bidang perniagaan, yang mana komputer peribadi boleh menghantar  atau menerima data walaupun di mana lokasinya berada kepada minikomputer yang berada di pejabat(hos).  WAN biasanya menggunakan wayar telefon khas, gentian optik, gelombang mikro ataupun satelit bagi tujuan komunikasi.