MASALAH BIASA PC DAN PENYELESAIANNYA
Komputer peribadi adalah alat elektronik
yang boleh mengalamai kerosakan. Sebagai pengguna kita perlu mengetahui
dan mengenalpasti sebarang masalah biasa yang sering berlaku terhadap komputer
peribadi. Dengan cara ini kita dapat mengelakkan sebarang kerosakan
yang lebih besar disampin dapat menjimatkan masa dan wang.
Langkah Penting:
1. Jangan Panik: Bila sesuatu yang
tidak betul berlaku kepada pc, anada perlu mengalih pandangan dengan melakukan
perkara lain seperti minum secawan kopi atau sekeping roti. Dengan
cara ini, anda akan dapat merasa tenang dan lebih bersedia untuk melakukan
sesuatu dengan mengikuti langkah-langkah berikutnya.
2. Harap sesuatu yang luar biasa akanberlaku:
Terdapat juga banyak kejadian yang tidak dapat diterangkan dengan mudah,
tetapi sering berlaku. Kadangkala apabila anda dapati masalah dengan
komputer andam anda hanya perlu mematikan suiz pada pc dan hidupkan semula
selepas seketika dan anda mendapati segala masalah yang anda hadapi sebelumnya
akan hilang. Komputer anda dapatberfungsi seperti sediakal.
3. Permudahkan masalah: Apabila didapati
pc anda mengalami masalah, bukan semua bahagian yang terdapat di dalam
pc menjadi penyebab. Selalunya satu kompenan tertentu sahaja yang
menjadi penyebab. Contohnya bila anda tidak dapat mencetak dokumen
tertentu, punca masalah mungkin disebabkan perisian pencetak, kabel dari
pc ke pencetak atau bagaimana anda membuat setup terhadap Windows.
Semak "error massage" yang dipaparkan dan cuba tutup dan buka semula pc.
Sekiranya masih juga tidak dapat mencetak, cuba keluar dari Applikasi Windows
dan cetak dengan menggunakan arahan dalan DOS. Semua langkah yang
disarankan diatas bertujuan untuk memudahkan masalah dan mencari penyebab
kepada masalah tersebut. Antara langkah-langkah yang boleh digunakan
untuk memudahkan masalah adalah seperti berikut:
a) Buat ramalan
untuk menentukan apakah kompenan yang besar kemungkinan menjadi penyebab
kepada masalahtersebut. Asingkan masalah tersebut kepada masalah
perkakasan atau
perisian. Misalnya jika monitor tidak mempamirkan paparan yang sepatutnya,
kemungkinan
yang bermasalah ialah mungkin monitor atau "video adapter".
b) Semak
apakah perubahan terkini yang telah anda lakukan kepada pc anda.
Kesan-kesan dari
instalasi kad baru atau 'driver" kepada perkakasan tertentu tidak ditunjukkan
dengan serta
merta. Kesan yang lain akibat dari pertambahan ini ialah kita perlu membuat
perubahan kepada
CONGIG.SYS atau AUTOEXEC.BAT. Atas alasan ini, kita perlu membuat
"back-up" kepada
kedua-dua fail ini sebelum menambah perkakasan baru. Jika anda memasukkan
perisian yang
berasaskan Windows, anda juga perlu back-up WIN.INI dan SYSTEM.INI.
Dengan cara ini, jika
terjadi sesuatu masalah, kita boleh melakukan proses menyalin semula.
c) Perisian
atau perkakasan?. Kebanyakkan daripada masalah yang timbul disebabkan oleh
perisian dan "memory conflicts". Uji pc anda dengan perisian yang
berbeza sebelum anda
beralih kepada perkakasan.
d) Tukar
kompenan dari komputer yang lain. Uji semula komputer anda dengan
mengambil
kompenan dari komputer yang baik dan cuba kepada komputer yang rosak.
Adakah masalah
yang anda hadapi dapat diatasi? Sekiranya ia dapat diatasi ganti
dengan kompenan tersebut.
4. Beri perhatian kepada pc semasa
proses "Book-up". Paparan di monitor semasa ujian POST dan
semasa pc melaksanakan program dari CONFIG.SYS dan AUTOEXEC.BAT selalunya
dapat
membantu kita mengenali masalah.
Selalunya paparanini akan digulung dengan cepat dan anda perlu menekan
kekunci F5 untuk mendapat paparan dalam bentuk baris demi baris.
Anda perlu menjawab soalan untuk bergerak ke baris berikutnya. Dengan
cara ini segala mesej yang dipaparkan dapat dianalisis. Dengan juga
bunyi yang dihasilkan semasa proses "book-up" bunyi beep yang dihasilkan
juga dapat memberi maklumat.
( Beeps )
>
= pendek
&&
= panjang
|
Paparan
|
Kemungkinan
Masalah
|
Tiada |
Tiada |
Bekalan kuasa |
Tiada |
Kursor sahaja |
Bekalan kuasa |
Tiada |
DOS Prompt |
Speaker |
> |
DOS Prompt |
Normal |
> |
Paparan Asas |
Disk |
> |
Tiada |
Monitor |
>& |
Error Code |
Lain-lain (selalunya memory) |
>> |
305 error code |
Papan kekunci |
Beberapa > |
Lain-lain |
Bekalan kuasa |
Beberapa > |
Lain-lain |
Bekalan kuasa |
Beep berterusan |
Lain-lain |
System board |
>& |
Lain-lain |
Monitor/Display adapter |
>&& |
Lain-lain |
Monitor/Display adapter |
5. Semak semua bahan yang sepatutnya
di plug: Nampaknya ia merupakan sesuatu yang remeh. Bila
anda berada dalam keadaan sibuk,
mungkin anda terlupa untuk memastikan perkara ini.
6. Semak semua kabel dan suiz: Kabel
yang tidak diskru akan longgar selepas beberapa ketika. Ini lebih
ketara bagi kabel yang disambungkan terus daripada "controller card" kepada
peranti dalaman.
7. Lihat tanda-tanda terlebih panas
(overheating) dan sejukkan dengan menyembur udara: Untuk menguji tanda-tanda
ini, matikan pc anda lebih kurang satujam dan hidupkan semula. Adakah
masalah yang anda hadapi berlaku semula dengan serta merta atau selepas
beberapa ketika. Jika ianya berlaku selepas beberapa ketika, ini
menunjukkan bahawa terdapatnya kompenan yang tidak berfungsi bila ianya
terlalu panas. Faktor utama yang menjadi penyebab ialah lapisan habuk
yang terkumpul. Pastikan dengan merasa kompenan tertentu dan bersihkan
dengan "canned air".
8. Bersihkan semua sambungandan letakkan
semula semua kadtambahan: Pada hakikatnya semua "expension board" diletakkan
dengan kuat pada soket. Perubahan suhu sering kali menyebabkan sambungan
ini menjadi longgar. Bersihkan dengan menggunakan pencuci bukan pelincir.
Jangan guna kapas atau lain-lain yang dapat meninggalkan gentian pada pc.
Gunakan "lint-free swabs" untuk mencuci. Bersihkan semua habuk yang
terdapat pada penyambung kabel dikad tambahan, pemacu dan lain-lain peranti.
9. Letak semula (Reseat) chip ke dalam
soket: Semak semula semua chip yang terdapat di papan utama. Sesetengah
chip ini diletakkan terus kepada papan utama dan setengahnya pula di masukkan
ke dalam soket yang dipaterikan kepada papan utama. Chipyang dimasukkan
ke dalam soket sering kali mengalami masalah. Penyebab utama kepada
masalah ini ialah perubahan suhu. Pastikan ianya diletakkan semula
dengan sempurna dengan menekan pada kedudukannya. Adalah sangat penting
untuk menyokong papan litar semasa menekan untuk mengelakkannya dari bengkok
dan memutuskan sambungan.
10. Lihat sumber-sumber berhampiran
seperti radio atau gangguan lat elektrik lain: Masalah kursor bergerak
sendiri walaupun tetikus tidak digerakkan dan paparan pada monitor tidaksempurna
adalah disebsbkan faktor ini. Jauhkan alat-alat tersebut untuk mengelak
gangguan.
11. Kurangkan sambungan kepada sumber
kuasa: Kadang-kadang sumber kuasa yang disambungkan kepada pemacu-pemacu
dan slot tambahan yang berbagai. Dengan itu keperluan terhadap bekalan
kuasa melebihi dari apa yang dapat dibekalkan oleh sumber kuasa.
Bunyi beep yang berterusan semasa boot-up adalah tanda masalah yang melibatkan
bekalan kuasa (Rujuk langkah 4). Bekalan kuasa anda mungkin tidak
dapat melayan semua keperluan, dengan itu anda perlulah membuang sambungan
kepada kompenan-kompenan yang kurang penting atau menukar kotak bekalan
kuasa kepada yang lebih berupaya.
12. Gantikan beteri CMOS: Bila pc
melalui proses boot-up, signal dihantar untuk menguji kehadiran jenis-jenis
perkakasan tertentu dan membandingkan dengan maklumat yang disimpan di
dalam CMOS. Maklumay yang disimpan dalam CMOS terus kekal dengan
kehadiran bekalan kuasa dari beteri walaupun kita mematikan komputer.
Jika beteri tidak di peterikan pada pemegang, anda boleh mengantikannya
dengan beteri baru yang sesuai.
CARTA MESEJ RALAT SISTEM
MESEJ
RALAT |
ULASAN
/ TINDAKAN |
CMOS Battery Bad |
Beteri Memori Capaian Rambang (RAM)
CMOS sudah lemah |
Cache Controller Error |
Sistem dapat mengesan ralat dalam
fungsi controller memori cache |
Cache Memory Error |
Sistem telah mengesan ralat pada
operasi memori cache |
CMOS Checksum Error |
Sistem telah mengesan ralat dalam
storan maklumat pada RAM CMOS. Jalankan SETUP untuk set semula semau nilai
di memori CMOS. Kiranya ralat itu masih berlaku menandakan modul RAM CMOS
telah rosak dan tidak dapat mengekalkan nilai-nilai dalam setup. Tukar
atau ganti modul yang rosak itu. |
80 x 87 (SX) Coprocessor Mismatch |
Coprosessor mathematik yang ditambah
dalam sistem adalah tidak sepadan dengan data konfigurasi setup. Jalankan
semula setup dan setkan konfigurasi |
Diskette Drive Controller Error |
Ada tiga sebab berlakunya ralat pada
controller :
1. Tidak ada kabel bekalan kuasa
ke pemacu
2. Kabel controller pemacu yang lebar
dimasukkan ke penghubung yang salah di papan sistem
3. Pemacu disket telah rosak. Periksa
semua hubungan kabel disket dengan controller dan bekalan kuasa. Ganti
pemacu jika ia didapati rosak |
Disket Drive Error |
Jalankan setup dan setkan konfigurasi
nilai pemacu disket. Kiranya ia telah disetkan dengan betul dan pemacu
telah dipasang dengan teratur, masalahnya mungkin pemacunya telah rosak.
Gantikan pemacu disket dengan yang baru |
Dikette Drive Type Mismatch |
Disket itu bukan yang sepadan. Gantikan
disket yang lain |
Display Card Mismatch |
Kad penayang video yang dipasang
di dalam sistem adalah berkonflik degan data konfigurasi setup. Mulakan
semula setup dan setkan konfigurasi kad penayang video dengan betul |
Equipment Configurasi Error |
Jalankan program setup semula untuk
memeriksa nilai konfigurasi sistem. Betulkan mana-,mana nilai konfigurasi
yang tidaksepadan dengan peranti (divice) yang dipasang di dalam sistem |
Fixed Disk 0 Error
Fixed Disk 1 Error |
Pertama periksa nilai konfigurasi
cekera keras pada setup. Kemudian periksa semua hubungan kabel untuk menentukan
pemansangan yang betul |
Fixed Disk 0 Extended Type Error
Fixed Disk 1 Extended Type Error |
Nilai configurasi cekera keras dalan
setup tidak betul. Tekan Ctrl-Alt-Esc atau Ctrl-Alt-Del untuk jalankan
setup dan setkan parameter pemancu keras yang betul |
Insert System Diskette and press
<Enter> key to reboot |
Terdapat disket yang bukan sistem
disket di dalam pemancu semasa booting sistem. Keluarkan disket tersebut
dan boot semula (reboot) sistem daripada sistem disket atau cekera keras
untuk memuatkan sistem pengoperasian ke dalam memori sistem |
I/O Parity Error |
Operasi capaian I/O idak berfungsi
dengan betul.Sila hubungi pembekal anda |
Keyboard Error or no
keyboard Connecter |
Ralat ini mungkin disebabkan oleh
sambungan kabel papan kekunci tidak betul atau papan kekunci itu telah
rosak. Periksa sambungan kabel papan kekunci ke unit sistem. Sekiranya
tidak ada masalah dengan sambungan tersebut, papan kekunci itu perlu diserviskan |
Keyboard Interface Error |
Ralat hubungan antara muka di antara
papan kekunci dengan papan siste. Mungkin sambungannya tidak betu. Periksa
sambungan dan jika tidak ada masala, papan kunci perlu diservis. |
Keyboard Locked |
Tidak membenarkan penggunaan fungsi
papan kekunci jika menguncikannya. Pusing kunci ke dudukan buka semula
papan kekunci |
Memory Error |
Terdapat kerosakan ke atas DRAM papan
sistem, modul SIMM atau kad memori. Ganti balik modul memori di papan sistem |
Memory Size Mismatch |
Sistem telah mengesan nilai konfigurasi
pada setup tidak sama dengan memori yang dimasukkan. Tekan Ctrl-Alt-Esc
atau Ctrl-Alt-Del untuk jalankan setup. Ini akan memulihkan semula dan
membetulkan ralat tersebut. |
On-Board COM1 Enabled
Automatically |
Kiranya video tidak wujud, sistem
akan memeriksa sama ada COM2 wujud atau tidak secara automatik. Sistem
akan membolehkan COM1 secara automatik jika COM1 wujud. |
Paraller Port 1 Conflict,
Disable On-Board Parellel 1 |
Jalankan semula setup |
Paraller Port 2 Conflict,
Disable On-Board Parellel 2 |
Jalankan semula setup |
Pointing Device Error |
Ralat ini boleh disebabkan oleh sama
ada sambungannya tidak betul atau peranti (Divice) yang rosak. Periksa
tetikus supaya ia terhubung dengan betul dengan unit sistem dan driver
tetikus telah dimuatkan ke dalam sistem dengan sempurna. Jika peranti tetikus
itu rosak, gantikan dengan yang baru |
Press Esc to turn off NMI, or any
other key to reboot. |
Sistem telah mengesan ada ralat NMi
(non-maskable interrupt). tekan Esc untuk jangan memperdulikan ralat
tersebut, atau mana-mana kunci untuk reboot sistem dan memadam / menghilangkan
NMI. |
Press F1 to Setup or any other key
to Continue ... |
Tekan F1 dan buat konfigurasi sistem. |
Press F1 to continue or Ctrl-Alt-Esc
/ Ctrl-Alt-Del for Setup. |
Suatu ralat konfigurasi Sistem telah
dikesan. Masuk ke dalam Setup untuk mengkonfigurasi semula sistem
dengan nilai-nilai yang betul bagi peralatan yang telah dipasangkan. |
Press 1 key to enter Setup or other
key to continue... |
Sistem telah mengesan ada terminal
digunakan dan bukannya monitor. tekan 1 untuk pergi ke menu Setup
dan periksa konfigurasi. Lain-lain kunci akan pintas menu Setup. |
Protected Mode Test Fail |
Ini adalah ralat dalam set arahan
mod pelindung (protected mode) CPU. Dalam keadaan ini sistem masih
boleh beroperasi di bawah mod sebenar (real mode) dalam persekitaran Dos.
Hubungi pembekal anda. |
RAM BIOS Bad |
Mesej ini timbul apabila ralat "firmware"
terjadi di modul EPROM pada papan sistem (sistem box). Baik-pulih
atau gantikan modul yang ridak boleh dipakai lagi. Hubungi pembekal
anda. |
RAM BIOS not exist |
Mesej ini timbul apabila pengguana
mencuba untuk membolehkashadow RAM sistem tetapi shadow RAM sistem sememangnya
tidak wujud. Hubungi pembekal anda. |
RAM Parity Error |
Modul RAM atau SIMM pada papan sistem
tidak berfungsi dengan betul. Ganti modul yang telah rosak. |
RAM Video not supported for AST 3G
Plus II |
Sistem secara automatik akan melumpuhkan
RAM Video semasa POST apabila menggunakan AST 3G Plus II. Mesej ini
mengesan kad video AST 3G Plus II pada papan sistem. |
|
|
|
|
Masalah Bekalan Kuasa Arus Ulang-Alik
(AC)
Simtom
|
Jangkaan
|
Penyelesaian
|
-
Tiada gerak balas dari sistem.
-
Tiada paparan.
-
Tiada lampu pada papan kekunci.
-
Tiada bunyi kipas.
-
Tiada beep.
-
Mesej ralat 01x 02x
|
Bekalan
kuasa tidak sampai |
-
Ganti soket
-
ganti kabel kuasa
-
pastikan bekalan kuasa sesuai (110/220V)
|
Bekalan Kuasa Arus Ulang-Alik (DC)
Simtom |
Jangkaan |
Penyelesaian |
-
Terdapat tanda-tanda ada bekalan kuasa
tetapi sistem tidak beroperasi
-
Kipas bermula dan berhenti
-
Mesej ralat 01x atau 02x
-
Selepas komputer bermula dengan baik,
ianya berhenti secara tiba-tiba
|
-
Sambungan kuasa
-
Pemilihan sumber kuasa masuk tidak betul
sama
ada 110V atau 220V
|
-
Semak sambungan
-
Set voltan dengan tepat
-
Ganti bekalan kuasa
-
Semak sistem adakah ia terlalu panas
|
Bateri
Simtom |
Jangkaan |
Penyelesaian |
-
Hilang tarikh/masa,memori, atau maklumat
berhubung dengan sistem cakera
-
Mesej ralat 01x,02x,102,103,161,162,163,164,199,
atau 17xx
-
Bunyi beep yang panjang
-
Ralat CMOS RAM
-
Ralat saiz memori
-
Ralat dalam konfigurasi pemacu cakera
|
-
Bateri di dalam pc
-
Cip CMOS RAM
|
|
Ralat Memori
Simtom |
Jangkaan |
Penyelesaian |
-
Ralat dalam saiz memori
-
Memori tidak mencukupi
-
Ralat dua beep pendek
-
Mesej 2xx
-
Parity check 1 or 2,atau ?????
-
Sistem pegun (Hang)
|
-
Cip memori longgor
-
CMOS setup
-
Kerosakan cip memori/kad
-
Cip memori tambahan
|
-
Ketatkan cip memori pada soketnya
-
Ketatkan ked memori
-
Semak CMOS
-
Gantikan cip memori atau kad
|
Ralat Cakera
Simtom |
Jangkaan |
Penyelesaian |
-
Ralat mesej dalam lingkungan 6xx atau
73xx
|
-
Pemacu cekera liut
-
Kad adapter pemacu cakera liut
|
-
Semak bekalan kuasa ke pemacu dan kabel
data
-
Tukar pemacu
-
Semak sambungan dari adapter ke papan
utama
-
Ganti kad adapter
|
-
Ralat mesej dalam lingkungan 17xx atau
104xx
|
-
Pemacu cakera keras
-
Kad adapter pemacu cakera keras
|
-
Semak bekalan kuasa ke pemacu dan kabel
data
-
Tukar pemacu
-
Semak sambungan dari adapter ke papan
utama
-
Ganti kad adapter
|
-
Non-system Disk or disk error
|
-
Cakera yang tidak ada fail sistem berada
di dalam pemacu A
-
Hilang fail sistem
|
-
Keluarkan cakera liut dari pemacu A
-
Laksanakan program system untuk masukkan
sistem
|
-
General error reading drive x
-
Invalid drive spesification
-
Drive not ready
|
-
Pemacu gagal berfungsi
-
Cakera tidak diformat
-
Tingkap pemacu tidak ditutup
|
-
Gantikan pemacu cakera atau cakera
-
Tutup tingkap pemacu yang berkaitan
|
Masalah Paparan Biasa
Simtom |
Jangkaan |
Penyelesaian |
|
-
Penyambung bekalan kuasa
-
Kabel paparan ke adapter
-
Monitor
-
CMOS setup bagi mode video
-
Kad video mungkin rosak
|
-
Jika tiada beep, masalah paparan utama
-
Beep lebih dari satukali dan eorormesej
menunjukkan "video setting" tidak betul atau kadvideo rosak
|
-
Satu beep pendek
-
Satu beep panjang dan dua pendek
|
-
Papan utama "switch setting" atau CMOS
setup
-
Kad video
|
-
Semak swich papan utama atau CMOS setup
-
Ganti kad video
|
-
Paparan ralat 5xx (CGA)
-
Paparan ralat 24xx (EGA)
-
Paparan ralat 74xx (VGA)
|
-
Kad vodeo mengalami kerosakan
|
Gantikan dengan kad video yang sesuai |
-
Paparan yang kabur, dan tidak tepat
|
-
Pelaras monitor
-
Kerosakan kad video
|
-
Laras semula monitor
-
Gantikan kad video
|
-
Bunyi "pop" dan berbau terbakar (Electrical
smells)
|
-
Monitor kotor atau berhabuk
-
Kerosakan pada bekalan voltan tinggi
|
-
Selenggaradan bersihkan monitor
|
Masalah Biasa Pencetak
Simtom |
Jangkaan |
Penyelesaian |
-
Tiada output dari pencetak (lampu bekalan
kuasa tidak kelihatan)
|
-
Pencetak tidak dihidupkan
-
Disambung kepada plug yang rosak
|
-
Hidupkan pencetak
-
Sambungkan kepada plug yang sesuai
|
-
Tiada output dari pencetak (lampu bekalan
kuasa menyala)
|
-
Butang On-line ditutup
-
Kabel pencetak tidak disambung dengan
baik
|
-
Buka (on) butang on-line
-
Pastikan sambungan dikemaskan
|
-
Tiada output dari pencetak (lampu bekalan
kuasa menyala dan sambungan kabel kemas)
|
|
-
Cuba lakukan cetakan paparan; Jika gagal
ini adalah masalah port pencetak
|
tiada output dari pencetak (lampu
bekalan kuasa menyala dan sambungan kabel kemas dan port pencetak berfungsi) |
-
Kesilapan dalam setup perisian
|
|
Masalah Alat Penunjuk
Simtom |
Jangkaan |
Penyelesaian |
|
-
Sambungan kabel salah
-
Driver salah
-
Bercanggah (conflict) dengan peralatan
lain
|
-
Kemaskan sambungan kabel
-
Semak CONFIG.SYS dan AUTOEXEC.BAT dan
driver agar sesuai dengan manual
|
-
Penunjuk kadangkala bergerak dan kadangkala
berhenti bila digerakkan
|
-
Anda menggunakan Windows tetapi melaksanakan
perisian bukan asas Windows atau anda melaksanakan perisian dengan driver
sendiri sendiri
|
-
Jangan laksanakan perisian tersebut melalui
windows
|
Masalah Biasa Bagi Cakera Keras
dan Cakera Liut
Simtom |
Jangkaan |
Penyelesaian |
-
Paparan "trak 0 bad- disk unusable"
|
-
Cakera rosak
-
Cakera tidak sesuai atau jenis format
-
Virus telah rosakkan track0
|
-
Tukar cakera atau formatsemula dengan
betul
|
-
Paparan "invalid or missing COMMAND COM"
|
-
Terpadam Command com
-
Command com tidak berada di tempat sepatutnya
-
SHELL,SET, atau PARTH bagi Command com
tidak tepat
|
-
Pastikan Command com berada pada direktori
ass atau berada pada SHELL yang dinyatakan di CONFIG.SYS
|
-
Paparan "Invalid Parameter"
|
-
Masukkan arahan yang tidak dikenali oleh
DOS Command
|
-
Pastikan arahan ditaip dengan betul
|
-
Paparan "Abort,Retry, Ignore, Fail
|
-
Tingkat pemacu tidakditutup
-
Pemacu tidakdapatmerasa kehadiran cakera
-
Cakera tidak diformat dengan betul
-
Program tidakdapat membaca atau menulis
pada bahagian cakera
|
-
Pastikan tingkap ditutup
-
Cakera tidak diformat dengan betul
-
Pastikan pemacu yang betul seperti yang
anda arahkan
-
Semak kehadiran Virus
-
Baiki kawasan cakera yang rosak dengan
perisian utiliti
|
-
Paparan "File allocation Table Bad"
|
-
Kerosakan pada cakera, pemacu atau controller
-
Gangguan virus
-
Masalah program
|
-
Gunakan perisian utiliti dan baiki kerosakan
|
-
Paparan "General Failure Reading/Writing
Drive x"
|
-
Pemacu, kabel, atau controller tidak
disambung dengan sempurna
-
Maklumat dalam cakera telah terganggu
kerana kegagalan perisian atau perkakasan
-
Kompenan yang terlalu panas
-
Kerosakan pada cache atau RAM
|
-
Pastikan segala sambungan sempurna dan
controller diletakkan dengan kemas
-
Jika tidak dapat boot-up dari C, boot-up
dari pemacu yang lain dan jalankan perisian utiliyi untuk mencari kerosakan
|
Masalah Kegagalan Cakera Keras
yang Biasa
Simtom |
Jangkaan |
Penyelesaian |
|
-
Motor pemacu
-
Tidak cukup bekalan kuasa
|
-
Baiki atau ganti pemacu
-
Semaksambungan bekalan kuasa kepada pemacu
-
Semak bekalan kuasa atau tukar kepada
yang lebih berkasa.
|
-
Pemacu mengeluarkan bunyi bernada tinggi
|
-
Kepala bersentuh dengan kepingan semasa
berpusing
|
|
Hak
Milik: |