Topologi Rangkaian
Topologi rangkaian merujuk kepada bagaimana komputer-komputer tersebut disambungkan secara pemetaan.  Topologi rangkaian terbahagi kepada dua jenis iaitu topologi fizikal dan topologi logikal.
Topologi fizikal bagi sesuatu rangkaian merujuk kepada kongfigurasi yang terdapat pada kabel, komputer dan lain-lain periferal (peripherals).  Topologi logikal pula adalah merupakan kaedah yang digunakan untuk memindahkan informasi atau maklumat di anatara satu komputer deengan satu komputer yang lain yang terdapat di dalam stesen kerja. Berikut adalah jenis-jenis topologi yang utama : Topologi Bas atau Linear Bas
Ia mengandungi kabel yang menjadi tunggak utama dan penyambung "nyawa" kepada komputer-komputer yang terdapat di dalam rangkaian.  Ia selalunya digunakan dipersekitaran yang menggunakan wayar koaksial.  Kabel-kabel ini mempunyai satu titik permula dan penutupnya (terminator) yang dipasang pada kedua-dua penhujung  awal dan akhir kabel tersebut.  Di antara kedua titik ialah komputer peribadi atau komputer pelayan dirangkaikan di antara satu sama lain.  Semua nod (fail pelayan, stesen kerja dan periferal) adalah disambungkan kepada kabel linear tersebut.  Di antara rangkaian-rangkaian yang menggunakan topologi linear Bas ialah Ethernet dan Local Talk.

Kaedah Topologi Linear Bas Bekerja
Semua nod pada Bas, Ethernet atau mana-mana rangkaian disambungkan kepada LAN sebagai cabang daripada talian umum.  Setiap nod mempunyai alamat atau tanda pengenalan yang unit dan berbeza di antara satu sama lain.  Kad rangakaian yang dipasangkan di dalam nod sebuah komputer lain,  pelayan fail atau pelayan pencetak, mendengar untuk memastikan bahawa tiada isyarat yang sedang dihantar di sepanjang rangkaian.  Kemudian ia akan menghantar mesej ke peranti lain dengan memberinya kepada penghantar-terima, biasanya pada kad tambah.  Setiap nod mempunyai penghantar-terimanya sendiri.

Penghantar-terima akan menyiarkan mesej di dalam kedua-dua arah supaya ia sampai kesemua nod lain di dalam rangkaian.  Mesej yang disampaikan termasuklah alamat destinasinya, sumber mesej tersebut, bingkisan pemeriksaan ralat, data-data atau maklumat.  Setiap nod yang terdapat disepanjang bas memeriksa maklumat alamat yang terkandung di dalam mesej.  Nod di mana mesej tidak di alamatkan, tidak akan diberikan sebarang perhatian.  Apabila nod mengesan alamatnya sendiri di dalam mesej, nod akan membaca data, memeriksa ralat, dan menghantar pemakluman kepada penghantar dengan menggunakan alamat penghantar yang disertakan sebagai sebahagian daripada mesej.

Apabila dua nod menghantar mesej secara serentak, pelanggaran akan berlaku di antara dua mesej membentuk corak gangguan elektrik yang boleh dikesan bergerak sepanjang bas oleh penghantar.  Penghantar pertama yang mengesan perlanggaran akan menghantar isyarat khas untuk menyekat rangkaian supaya setiap nod menunggu secara rawak bagi satu tempoh masa sebelum cuba untuk menghantar semula mesejnya.  Proses ini akan mengulang sehingga satu daripada nod menghantar mesejnya tanpa bertembung dengan mesej nod lain.

Kelebihan

Kekurangan