TAJUK:SEBALIK TABIR SEKOLAH WAWASAN
 

 Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 merupakan titik hitam dalam sejarah negara. Walaupun kejadian itu sudah lama berlaku, tidak mustahil ia berulang kembali jika kita gagal memanfaatkan masa dan zaman yang sedang diharungi.
 Jurang ekonomi antara kaum di Malaysia ketika itu membawa kepada rentetan rusuhan kaum yang menular begitu cepat ke seluruh tanah air. Berlaku penguasaan sumber ekonomi oleh sesetengah kaum hingga menerbitkan rasa tidak puas hati yang ketara di kalangan kaum lain. Akibatnya berlakulah rusuhan kaum yang boleh disifatkan sebagai luahan perasaan penduduk Malaysia pada waktu itu.
 Malaysia mengalami kekacauan yang sungguh mengaibkan. Lantaran peristiwa itu, pemimpin negara diketuk minda mereka untuk memulihkan semula hubungan antara kaum di negara ini.
 Kesinambungan usaha itu berlanjutan sehinggalah ke dekat baru ini. Cadangan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, untuk membentuk sistem persekolahan yang lebih bersifat kolektif dan berciri keharmonian kaum dianggap langkah bijak.
 Sebagai negara yang kian pesat membangun, sudah pasti Malaysia akan mengalami perubahan dalam aspek keperluan negara, khususnya dalam bidang politik, sosial, dan ekonomi. Namun keutuhan Malaysia mengekalkan konsep pemajmukan kaum, jika tidak diimbangi dengan betul, ia akan mewujudkan satu lagi pertentangan kaum.
 Dalam membicarakan mengenai perpaduan yang lahir dan terbina melalui satu jalinan sistem pendidikan yang berwajah baru, kita perlu melihat di sebalik tabir bagi tujuan pemprosesan wacana Sekolah Wawasan.
 Hari ini, masih wujud sekolah bersifat perkauman. Masih ada sekolah yang dikhaskan untuk kaum Cina dan India. Bagaimana jika sekolah sebegini masih wujud untuk tempoh 20 hingga 30 tahun akan datang? Adakah sistem pendidikan sedemikian mampu menjamin perpaduan antara kaum di Malaysia tetap kukuh?
 Sekolah Wawasan yang dicernakan  oleh Perdana Menteri mampu menjadi pemangkin dalam merealisasikan impian Wawasan 2020. Untuk menuju ke matlamat itu, Malaysia perlu bersedia menyediakan elemen manusia yang jauh daripada virus perosak. Bukan mudah bagi negara memastikan ia sentiasa berada dalam kawalan. Pembentukan sistem persekolahan sedemikian adalah veribal kepada pemusatan etnik berjiwa Malaysia. Ini kerana dalam sistem itu bukan saja bangsa Melayu yang akan bersekolah di sekolah berkenaan tetapi akan turut terhimpun pelbagai ras dan agama. Lantaran pertemuan itu, satu wadah pendidikan akan mewujudkan pertembungan budaya dan bangsa.
 Menurut konsep yang diluluskan itu, sekolah Wawasan merujuk kepada pengelompokan Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah rendah jenis Kebangsaan (SRJK) Cina dan tamil dalam satu kawasan yang sama.
 

DASAR PENDIDIKAN NEGARA

 Falsafah Pendidikan Kebangsaan menitikberatkan keharmonian dalam proses penimbaan ilmu. Justeru, langkah  bijak itu dianggap sebagai persediaan Malaysia menempuh alaf mendatang, yang sudah pasti lebih mencabar, menuntut ketahanan mental, dan keharmonian manusia yang hidup ketika itu.
 Tuduhan bahaawa penubuhan Sekolah Wawasan akan melenyapkan identiti sekolah-sekolah vernakular atau jenis kebangsaan, bukan sahaja tidak wajar, malah bertentangan dengan dasar yang telah dipersetujui dalam sistem pendidikan kebangsaan. Akta Pendidikan 1996(Akta 550) dengan jelas memperakukan kewujudan sekolah-sekolah jenis kebangsaan ini sebagai “sekolah rendah kerajaan atau sekolah rendah bantuan kerajaan yang menyediakan pendidikan rendah yang sesuai bagi murid dari umur enam tahun, menggunakan bahas Cina atau tamil sebagai bahasa pengantar utama, dan menjadikan bahasa kebangsaan dan Bahasa Inggeris  sebagai matapelajaran wajib”. Dengan adanya perakuan ini, maka tindakan mana-mana pihak yang dengan sengaja, berdasarkan niat tertentu, melenyapkan kewujudan mana-mana sekolah jenis kebangsaan , adalah suatu perlanggran undang-undang.
 Sebagai jaminan tambahan kepada pengekal identiti sekolah-sekolah jenis kebangsaan, Seksyen 62 Akta Pendidikan 1996 menetapkan supaya Lembaga Pengurus atau Lembaga Pengelola sekolah-sekolah ini tidak dibubarkan, manakala Seksyen 28 memperuntukan kuasa kepada menteri untuk menubuhkan dan meyelengara sekolah-sekolah tersebut. 
 Dengan adanya jaminan undang-undang seperti yang dinyatakan bahawa tuduhan berkaitan penubuhan Sekolah Wawasan itu sengaja dibuat untuk menimbulkan prasangka perkauman  dan pertelingkahan politik tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Malah ada yang berpendapat bahawa pelbagai tuduhan itu sengaja dibuat sebagai menunjukkan ketidakpercayaan oleh pihak-pihak tertentu kepada kewibawaan dan keikhlasan kerajaan.

“ Dasar Pendidikan akan dikekalkan dan buat masa ini Sekolah Wawasan ini hanyalah sebagai suatu usaha atau komplimentari kepada sistem pendidikan yang sudah wujud dan dalam satu sistem yang berjalan dengan baik. Saya tidak nampak mengapa sesuatu yang baik itu perlu ditentang . jelas sekali pelaksanaan Sekolah Wawasan tidak akan menjejaskan mana-mana pihak…….”
      - Dato’ Mahadzir Mohd Khir
 

LANGKAH MENJAYAKAN INTEGRASI KAUM

 Konsep Sekolah Wawasan yang diluluskan  oleh kabinet pada tahun1997 adalah menggabungkan  tiga sekolah berlainan aliran dalam satu kompleks yang mana pelajarnya berkongsi menggunakan kemudahan seperti padang dan kantin bagi membolehkan  mereka berinteraksi serta berkomunikasi di antara satu sama lain. Matlamat Sekolah Wawasan ini adalah untuk memperkukuhkan hubungan dan perpaduan pelbagai kaum di kalangan para pelajar aliran Sekolah Rendah Kebangsaan dengan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina dan Tamil.
 Bagaimanapun pelaksanaan konsep Sekolah Wawasan ini telah ditentang oleh pertubuhan yang mewakili masyarakat Cina kerana bimbang  sekiranya kewujudan sekolah tersebut akan menjejaskan pentadbiran SRJK Cina dan penggunaan bahasa ibunda di kalangan pelajar daripada aliran berkenaan. Secara tidak langsung hal ini akan menggangu, membantut dan menjejaskan perkembangan serta kewujudan SRJK.
 Justeru, sebuah badan bertindak yang dikatakan mendapat sokongan lebih dua ribu buah pertubuhan Cina iaitu rayuan Pilihan Raya Persatuan-Persatuan  Cina malaysia (Suqiu) telah membuat desakan kepada pihak kerajaan  supaya membatalkan rancangan Sekolah Wawasan di dalam Tuntutan 17 perkaranya. Manakala parti MCA dan Gerakan pula meminta supaya pihak Kementerian Pendidikan memberikan penjelasan kepada masyarakat cina berhubung kekeliruan dan kebimbangan yang timbul mengenai perlaksanaan konsep Sekolah Wawasan.
 Kebimbangan yang disuarakan oleh masyarakat Cina bahawa SRJK akan terhapus dan hilang segala ciri-ciri serta identitinya sebenarnya tidak berasas kerana setiap aliran yang bergabung di dalam Sekolah Wawasan   ini masih lagi megekalkan sistem pembelajaran serta kurikulum sedia ada. Dengan kata lain SRJK Cina , Tamil, dan Kebangsaan akan terus berada  di dalam keadaannya yang asal. Jadi , penempatan  penempatan ketiga-tiga aliran ini di dalam satu kawasan yang sama tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu usaha untuk menghapuskan SRJK.
 Apa yang lebih pentig di sini, penempatan  ketiga-tiga aliran sekolah ini dapat dijadikan landasan terbaik untuk mewujudkan integrasi kaum pada peringkat primer lagi. Bak kata pepatah , kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Begitu juga dengan integrasi kaum dan asimilasi budaya hanya dapat dicapai seandainya usaha memupuk hubungan serta perpaduan kaum itu dimulakan di kalangan pelajar-pe;ajar sekolah rendah dengan membiarkan mereka bergaul, berinteraksi dan bermain bersama-sama.
 Proses integrasi dan asimilasi  seharusnya dibiarkan berlaku secara evolusi serta semulajadi. Sebarang percubaan untuk mewujudkan integrasi dan asimilasi secara paksaan pasti akan menemui kegagalan. Oleh itu konsep Sekolah wawasan merupakan suatu kaedah terbaik bagi merealisasikan integrasi nasional  dan menghapuskan tembok pemisah serta mengurangkan jurang yang wujud di antara pelbagai kaum di negara kita.
 Penempatan SRJK mengikut tempatnya menjadi punca polarisasi kaum di negara ini. Pihak penjajah Inggeris wajar dipersalahkan dalam soal ini kerana merekalah yang bertanggungjawab membuat penempatan yang sedemikian rupa melalui dasar “pecah dan perintah” yang dilaksanakannya. Menerusi perlaksanaan konsep Sekolah Wawasan ini, kita berharap  interaksi secara “face to face” yang berlaku di kalangan pelajar dari pelbagai aliran ini  dapat menjadi perintis ke arah melahirkan sebuah bangsa Malaysia dalam erti kata yang sebenarnya. Masyarakat Cina dan India tidak seharusnya berasa takut dengan perlaksanaan Sekolah Wawasan ini kerana hal ini tidak menjejaskan penggunaan dan penguasaan  bahasa ibunda para pelajar SRJK.
 Ketegangan hubungan kaum dan masalah yang berkaitan dengan etnik di negara kita sebenarnya berpunca daripada sikap prejudis serta perasaan curiga lantaran kurangnya interaksi dan hubungan yang terjalin di antara mereka. Sebarang usaha ke arah integrasi nasional dan perpaduan kaum tidak boleh dilihat sebagai percubaan untuk membunuh atau menghapuskan budaya, bangsa, dan identiti sesuatu kaum. Dalam hal ini ssemua pihak harus meletakkan kepentingan nasional  dan negara pada kedudukan yang paling utama daripada kepentingan peribadi atau kaum masing-masing. Ini dapat dilakukan dengan memberikan sokongan dan dukungan kepada usaha-usaha yang dapat memupuk dan mengukuhkan hubungan kaum yang terdapat di negara kita.

 
AgamaPendidikanHiburanAkhbar & Majalah
 KomputerPoskadWallpapeMalaysia
Laman Utama