Pengenalan
Penggunaan komputer pada masa sekarang telah menjadi seperti sebahagian dari hidup kita.  Perjalanan dan tugas seharian menjadi semakin mudah dan tanpa disedari kita semakin bergantung kepada mesin yang kita panggil komputer ini.  Begitu juga dengan tanggungjawab dan beban kerja di pejabar, di mana maklumat-maklumat perlulah dihantar dengan cepat dan pantas bagi mengelak berlakunya kerugian atau sebarang kebocoran maklumat.  Contohnya, ahli-ahli perniagaan, penghantaran maklumat yang pantas dan selamat berupaya menghasilkan keuntungan yang berlipat kali ganda.

Di bidang pendidikan pula, gabungan di antara pengguna komputer dengan teknologi telekomunikasi telah menghasilkan apa yang kita kenali sebagai teknologi maklumat.  Teknologi maklumat telah memainkan peranan sebagai asas untuk menyimpan maklumat, mengolah maklumat, menyalur dan mengedarkan maklumat di dalam berbagai bentuk dan cara.  Bahan atau maklumat tersebut dapat disalurgunakan samada dalam bentuk teks,gambar,grafik,suara,animasi dan video atau gabungan kesemua unsur secara interaktif yang juga dikenali sebagai mulmimedia.  Semua bahan dapat disalurgunakan dengan menggunakan teknologi terkini, samada dengan rangkaian,intranet dan internet.

Melalui maklumat yang diperolehi di atas,bolehlah kita simpulkan bahawa Sistem Rangkaian Komputer (networking) turut memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya di dalam era teknologi maklumat terkini.  Sistem rangkaian komputer merupakan sistem komputer yang berpaut bersama dengan terminal dan peralatan perisian yang lain melalui talian komunikasi.  Rangkaian membenarkan pengguna yang berada  pada kedudukan taburan geografi yang pelbagai untuk berkongsi aturcara, data dan peralatan.  Teknologi rangkaian komputer ini yang pada awalnya hanya digunakan  dikalangan masyarakat teknologi serta mereka yang gemar mencuba teknologi yang baru, tetapi kini menjadi antara teknologi yang mendapat penerimaan luas di kalangan masyarakat.

Tidak keterlaluan jika kita mengatakan teknologi rangkaian sebenarnya membuka suatu dimensi baru di dalam penggunaan komputer peribadi.  Pengguna yang baru mengenali teknologi rangkaian seringkali bertanya-tanya mengenai kelainan dan ciri perbezaan yang dibawa oleh teknologi rangkaian kepada dunia perkomputeran.  Sebelum teknologi rangkaian diperkenalkan serta digunakan secara meluas, kebanyakkan komputer peribadi digunakan sebagai komputer tungal.  Pertamanya, ia tidak dirangkaiankan iaitu disambungkan dengan mana-mana komputer yang lain.  Oleh yang demikian, komputer tersebut hanya berupaya menggunakan sumber yang disediakan serta disambungkan kepada komputer tersebut sahaja.

Sebelum wujudnya sistem rangkaian komputer, pengguna yang ingin berkongsi perisian ataupun fail di dalam persekitaran komputer tunggal terpaksa menggunakan media storan yang boleh dialihkan seperti disket.  Namun begitu, kehadiran teknologi rangkaian komputer membolehkan apa yang suatu ketika dahulu dianggap mustahil menjadi kenyataan yang menguntungkan, menyeronakkan dan merealisasikanimpian ramai pengguna.