Make your own free website on Tripod.com
 
TAJUK:  Pengasingan Pelajar Dari Perspektif  Teori Sruktural- Fungsional 
 

 1.Pendahuluan 

1.1 Makna teori struktural- Fungsionalisme
 

Teori Fungsional diperkenalkan oleh Comte, Spencer dan E. Durkheim. Spencer dalam teorinya itu menyatakan bahawa masyarakat adalah satu.Disamping itu beliau juga mengkategorikan keluarga sebagai satu. Kedua-dua masyarakat dan keluarga memerlukan segala kemudahan seperti rumah kediaman,rumah ibadat,balai raya,sekolah,padang permainan dan sebagainya.Ringkasnya teori ini mengikut Spencer masyarakat terdiri daripada dua kumpulan iaitu masyarakat berfungsi dan tidak berfungsi.
Ahli-ahli fungsionalisme berpendapat bahawa masyarakat yang wujud kini mempunyai keperluan-keperluan tertentu untuk memenuhi kehendak-kehendak mereka.Mengikut Brinkerhoff dan White(1989) ada tiga andaian utama ahli-ahli Fungsionalisme iaitu  evolusi, harmoni dan stabiliti.Diantara ketiga-tiga ini stabiliti adalah yang utama dimana ianya menentukan sejauhmana sesuatu masyarakat itu dapat bertahan dan berkekal di alam semesta ini. Kedua  Evolusi, mengambarkan perubahan-perubahan yang berlaku kepada sesuatu masyarakat melalui proses adaptasi struktur sosial kepada pembaharuan.Ianya juga akan menghapuskan segala struktur yang tidak diperlukan lagi.
Masyarakat yang berfungsi adalah masyarakat yang stabil, harmoni dan sempurna dari segala segi termasuk dari segi bekerjasama,bersatupadu,hormat menghormati dan sebagainya. Ringkasnya masyarakat fungsional ialah masyarakat yang mengamalkan sikap berpositif. Kehidupan masyarakat fungsional sentiasa seimbang dan disenangi oleh yang lain. Mereka mudah gaul antara satu sama lain.
Sebaliknya masyarakat tidak fungsional ialah masyarakat yang tidak berfungsi. Masyarkat tidk berfungsi merujuk kepada masyarkat yang sentiasa mempunyai masalah seperti tidak berpuas hati terhadap pihak pemerintah, kacau bilau, tidak menunjukkan sikap tidak berkerjasama dan sentiasa berporak peranda.Mereka ini sentiasa mengamalkan sikap individualistik. Masyarakat juga tidak menghormati orang tua mahupun muda dan tidak memiliki nilai-nilai moral yang baik.Mereka sentiasa bersikap negatif sepanjang kehidupan di alam semesta. 
Merton yang merupakan seorang ahli Fungsionalisme menyatakan bahawa terdapat Perbezaan terhadap Fungsi dan Disfungsi.Perubahan dalam sesuatu masyarakat, jika membuahkan hasil positif, ia dikatakan fungsional(fungsi). Manakala jika perubahan sosial dalam sesuatu masyarakat membuahkan hasil negatif ianya dianggap Disfungsional.
 Kesimpulanya Perkara-perkara yang mengekalkan status qua disebut fungsional manakala yang tidak mengekalkalkan status qua disebut Disfungsional.
 

2. Menganalisis  Isu

2.1 Sinopsis isu

Tajuk kerataan akhbar- Pengasingan pelajar

Salah satu isu yang hangkat diperkatakan kini ialah mengenai pengasingan pelajar di sekolah rendah. Pengasingan pelajar ini telah berjaya dibongkarkan oleh  Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP). Menurut setiausaha agungnya Dato N. Siva Subramaniam hampir sepuluh peratus daripada Sekolah Kebangsaan di Malaysia mengamalkan pengasingan pelajar. Pengasingan ini menurut beliau berlaku mengikut kaum. Iaitu kebanyakkan sekolah ini mengasingkan murid mengikut kaum.
 Ada juga yang mengatakan bahawa pengasingan ini berlaku disebabkan oleh pilihan matepelajaran di sekolah. Terdapat dua matepeljaran yang memberi laluan kepada pengetua, guru besar dan guru – guru untuk mengasingkan murid mengikut kaum iaitu matepelajaran ibunda dan agama. Sementara itu ada juga yang menyatakan bahawa pengasingan pelajar di buat berdasarkan kebolehan pelajar dalam bilik drjah. Contohnya, murid yang rajin dalam kelas A dan murid sederhana dalam kelas B manakala murid lemah dalam kumpulan C. Apabila ini dilakukan kemungkinan stu etnik pelajar terlibat.
 Sebagai bukti kepada kenyataan ini NUTP telah meyenaraikan 27 buah sekolah yang terbabit  mengasingkan murid- murid ini. Menurut kesatuan tersebut banyak lagi sekolah yang akan disenaraikan. Walaubagaimanapun dakwaan ini disangkal oleh beberapa pihak termasuk Menteri Pendidikan,Timbalan Menteri Pendidikan dan beberapa Pegawai tertinggi kerajaan. Menurut Timbalan Menteri Pendidikan tindakan mengasingkan pelajar adalah bercanggah dengan dasar kementerian dan ia boleh menjejaskan proses integrasi kaum.Selain dari itu Kementerian jug enggan mempercayai segala tuduhan tersebut sebaliknya meminta Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Malaysia mengemukakan bukti yng kukuh terhadap tuduhanya itu.Mereka juga mahukan laporan lengkap berhubung dakwaan tersebut di kemukakan oleh Kesatuan tersebut.
  Walaupun pelbagai pihak bertelingkah  berhubung dengan isu tersebut,namun apa yang perlu diambil perhatian ialah samada perkara itu benar-benar terjadi ataupun tidak. Jika perkara itu benar-benar berlaku, mengikut Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Aziz Shamsuddin,Kementeriannya perlu mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang bertanggungjawap terutama Pengetua, Guru Besar dan Guru-guru.
 Kementerian Pendidikan juga mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri  masing-masing mengambil tindakan terhadap mereka jika perkara itu benar-benar berlaku.Namun Kementerian Pendidikan mengaku dan berpendirian bahawa sistem pendidikan negara tetap dalam keadaan baik. Mereka juga merasakan bahawa sistem pendidikan negara tetap berada dalam  landasan yang betul bagi menghasilkan warganegara yang bertanggungjawap dan bersatupadu.
 

2.2 Analisis isu berdasarkan  satu teori sosiologi
       Isu dinyatakan dalam akhbar ini ialah isu pengasingan murid mengikut kaum.
Pengasingan  murid atau pelajar ini berlaku disebabkan  sikap Guru Besar yang mementingkan diri sendiri. Guru Besar mempunyai agenda tersendiri seperti tidak membenarkan murid-murid atau pelajar –pelajar bergaul antara satu sama lain. Ini berlaku mungkin kerana pengetua ataupun guru besar seorang yang sangat ekstrimis dalam agama. Kemungkinan juga guru besar ini tidak mahu murid-murid ataupun pelajar-pelajar yang seagama dengannya  bercampur gaul dengan murid-murid atau pelajar-pelajar yang berlainan agama dan budaya. Disini kita dapati bahawa guru besar ini tidak mempunyai nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati di antara satu sama lain. Ianya  jelas menunjukkan bahawa  guru besar membawa pengaruh negatif .I ni dapat kita kaitkan terus dengan teori sosiologi Fungsionalisme.
 Selain daripada sikap guru besar, pengasingan murid ataupun pelajar berlaku disebabkan sikap negatif di kalangan  guru-guru. Guru-guru yang di tugaskan untuk mengajar murid-murid sering menunjukkan sikap membezakan kaum mengikut agama, budaya dan bahasa. Ada guru yang enggan mengajar murid-murid berbangsa india dan cina kerana mereka mempunyai berlainan agama dan budaya. Meraka tidak sedikitpun menunjukkan sikap kasih sayang yang perlu ada sebaliknya menunjukkan sikap benci terhadap sesuatu kaum. Ini menyebabkan mereka terpaksa mengasingkan murid-murid atau pelajar-pelajar mengikut kaum-kaum tertentu.Ini menunjukkan bahawa guru-guru bersikap Disfungsional dimana mereka bertindak menghasilkan mayarakat yang negtif dari segi mental dan jasmani serta rohani.
 Pengasingan murid-murid tupun pelajar – pelajar juga turut berlaku disebabkan oleh sikap ibu bapa.Ibu bapa mempunyai peranan yang amat penting dalam menentukan  kehendak-kehendak anak-anak mereka.Mereka yang seharusnya mengetahui naluri dan perasaan anak-anak mereka gagal berbuat demikian. Mereka tidak berfungsi dalam menentukan halatuju  anak-anak mereka.Jika mereka merupakan ibu bapa yang mempunyai ciri fungsional maka tentunya mereka akan memberikan perhatian yang lebih serius kepada kehendak anak-anak mereka. Contoh mereka akan menghantar anak-anak mereka ke aliran yang seiring dengan budaya dan agama mereka  seperti murid melayu ke sekolah kebangsaan, murid india ke sekolah tamil dan murid cina ke sekolah cina. Ataupun sekurang-kurang memberi nasihat kepada pengetua dan guru besar sekirannya mereka mengasingkan pelajar-pelajar mengikut kaum. Mereka juga boleh melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa agar tindakan wajar dapat diambil ke atas mereka yang bertanggungjawap.Sebaliknya ramai yang enggan berbuat demikian. Ini jelas menunjukkan bahawa ibu bapa adalah Disfungsional. 
 Isu pengasingan murid dan pelajar juga mempunyai hubungan rapat dengan Pegawai-pegawai di Jabatan Pendidikan  Negeri masing-masing. Pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri dan Negara tidak  menunjukkan tanggungjawab yang sepenuhnya. Ini dapat dijelaskan kerana tiada pemantauan yang rapi dibuat dari masa ke semasa. Jikapun mereka membuat pemantauan,tidak pernah mereka mendengar pandangan dan perasaan  murid-murid dan guru-guru berlainan bangsa terutama mengenai layanan yang diterima. Ini menjelaskan bahawa pegawai di Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan bersifat Disfungsional. 

2.3 Definisi satu daripada konsep sosiologi yang digunakan untuk menganalisis  Isu( Meritokrasi )
Dasar kerajaan selepas negara mencapai kemerdekaan, amat berbeza  dimana
Pendidikan melalui pengaliran diamalkan. Melalui pengaliran ini, murid-murid akan bersaing untuk mendapatkan pendidikan. Pendidikan ini di sahkan oleh sistem peperiksaan. Bagi mencapai matlamat sekolah murid-murid di asingkan mengakut kebolahan. Pelajar yang cemerlang akan di tempatkan dalam kelas A, murid yang sederhana dlam kelas B manakala murid yang lemah dalam kelas C  dan D.Contohnya  selepas U.P.S.R pelajar-peljar yang melanjutkan pelajaran kesekolah menengah akan diasingkan  mengikut keputusan U.P.S.R. Di peringkat sekolah menengah pelajar-pelajar diasingkan mengikut keputusan PMR dan SPM.
 Selepas Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan oleh kerajaan maka wujudlah sekolah- sekolah berasrama penuh.ekolah –sekolah ini wujud supaya dapat membantu  kaum yang ketinggalan dalam ekonomi mencapai pembanggunan yang setara dengan kaum-kaum lain di Negara ini. Khasnya kaum Bumiputra.
Amalan Metrokrai secara umumnya telah di terima oleh segenap lapisan masyarakat di Malaysia sebagai sebahagian dari sistem Pendidikan Negara.
 Kesimpulanya , Metrokrasi membolehkan setiap murid dan pelajar menikmati pendidikan yang sempurna mengikut kebolehan masing-msing.Ianya juga memberi peluang kepada murid-murid  untuk mencapai ke tahap yang lebih tinggi. 

 
2.4 Menganalisis isu berdasarkan 3 konsep Sosiologi
2.4.1  Konsep Metrokrasi
Seperti mana yang dinyatakan sebentar tadi bahawa Metrokrasi memberi peluang kepada semua murid dan pelajar untuk mencapai pendidikan ke tahap yang maksimum. Setiap murid dan pelajar di beri peluang untuk memperolehi ilmu pengetahuan mengikut kebolehan mereka. Namun apabila kita membincangkan isu pengasingan pelajar, kita dapati ada pihak yang cuba menyalahgunakan konsep ini untuk kepentingan diri sendiri. Sebagai contoh, Pengetua , Guru Besar dan guru –guru yang sedia maklum perkara ini cuba untuk mengasingkan pelajar-pelajar mengikut kaum. Mereka berbuat demikian supaya dapat memberi pendidikan kepada kaum mereka sahaja dan kaum-kaum lain di tinggalkan. Apabila ini berlaku maka  satu kaum dapat menguasai ilmu pengetahuan.Agenda sebenar mereka ialah supaya menjadikan kaum-kaum lain lemah dri segi ilmu pengetahuan dan ekonomi.

 2.4.2   KonsepPendidikan dan hubungn Etnik

 Selain daripada itu Sistem Pendidikan di negara kita sebelum kemerdekaan turut memberi kesan secara tidak langsung. Sebelum kemerdekaan inggeris telah mengasingkan tiga kaum utama di Malaysia mengikut pekerjaan mereka. Umpamanya orang cina di bandar, orang melayu di kampung manakala orang India di ladang.Sistem ini masih di amalkan di Malaysia di mana hari ini kita dapat melihat masih lagi wujud sekolah melayu di kampung, sekolah cina di bandar dan sekolah tamil di ladang. Ini menyebabkan kaum mejoriti merasa, mereka tidak dihormati dan di pandang rendah.Mereka mengangkap kewujudan sekolah aliran lain tidak perlu dan hanya semata-mata untuk memberi persaingan kepada mereka.Bagi mereka sekolah satu aliran sudah memadai. Namun akikat ini tidak diterima oleh kaum-kaum lain. Ini kerana mereka mengangkap sekiranya kerajaan menghapuskan sekolah-sekolah aliran lain seperti Sekolah Tamil dan Cina, maka budaya serta kepercayaaan juga akan turut hilang.Oleh itu mereka tidak membenarkan pihak berkuasa menutup sekolah-sekolah aliran Cina dan Tamil. Konflik ini menyebabkan kaum mejoriti bertindak mengasingkan pelajar-pelajar yang tidak  sekaum dengan mereka. 

2.4.3 Konsep Pendidikan dan Kurikulum

 Pengasingan murid dan pelajar di sekolah juga berlaku disebabkan kurikulum. Menteri Pendidikan Tan Sri Musa Muhammad sendiri mengku bahawa pengasingan pelajar berlaku kerana kurikulum yang berlainan.contohnya pendidikan moral dan pendidikan Islam. Pelajar –pelajar diasingkan mengikut etnik untuk memudahkan pihak pentadbir membuat jadual waktu pelajaran. Di samping itu Ustaz  dan Ustaza juga tidak dapat mengajar pendidikan Islam sekiranya murid bukan beragam islam berada dalam kelas tersebut. Justeru ada yang menyatakan bahawa adalah wajar bagi pihak sekolah mengasingkan pelajar untuk memudahkan segala pentabiran. Namun kita juga perlu meneliti pandangan ini kerana ada sekolah yang tidak mengasingkan pelajar dapat menjalankan pendidikan agama dan moral tanpa sebarang masalah. Lebih-lebih lagi mereka dapat mewujudkan suasana pembelajaran yng harmoni. 
2.5 Rumusan 
 Isu pengasingan murid dan pelajar di sekolah seperti mana yang di dakwa oleh Kesatuan  perkhidmatan Perguruan Kebangsaan ( NUTP )  sememangnya wujud di beberapa buah sekolah di negara kita. Namun isu tidak sangat serius seperti mana berlaku di negara-negara lain. Antara sebab utama isu berlaku adalah kerana sikap Pengetua, Guru Besar dan Guru-guru yang mementingkan diri sendiri tanpa berfikir akan kepentingan negara dan masyarakat. Mereka juga tidak berprofesional apabila menentukan halatuju sekolah pada masa hadapan.
Sekumpulan guru yang sangat extrimis kepada agama adalah juga merupakan punca pengasingan pelajar di sekolah. Mereka ini sangat  extrimis sehingga sanggup tidak sanggup lagi mendidik bangsa lain kecuali bangsa mereka sendiri sahaja. Guru-guru ini juga mempengaruhi minda kanak-kanak supaya tidak bergaul dengan masyarakat lain. Justeru  adalah wajar bagi guru-guru seperti ini supaya sedar akan bahaya yang menimpa negara sekiranya mereka teruskan usaha sedemikian.
Selain dari itu isu pengasingan juga berlaku disebabkan sikap ibu bapa yang menjadi tidak fungsional. Mereka tidak berusaha menyelesaikan masalah yang di hadapai oleh  anak-anak mereka  di sekolah. Justeru pihak pentadbir dan guru sekolah bertindak melampaui batas-batas yang di tetapkan oleh Kementerian Pendidikan.
 

2.6 Cadangan untuk menyelesaikan isu pengasingan pelajar

  Pada pandangan saya adalah tidak wajar lagi kerajaan masih mengkekalkan sistem pendidikan yang lama iaitu sistem semasa pemerintahan Inggeris.Kerajaan hendaklah berhenti dari membina sekolah kebangsaa, sekolah tamil dan sekolah Cina secara berasingan. Sebaliknya cadangan mewujudkan sekolah Wawasan perlu diberi perhatian dan sokongan oleh semua pihak. Disamping mewujudkan sekolah wawasan, kerajaan juga harus memastikan kepentingan setiap kaum di negara ini di pelihara. Antaranya kerajaan harus memastikan peluang pekerjaan di ekolah di berikan samarata kepada semua kaum, agama dan budaya kaum lain di pelihara tanpa sebarng masalah.
 Selin dari itu Kementerian Pendidikan juga perlu mengubah polisi Pendidikan jangka panjang di mana hanya satu aliran sekolah sahaja di kekalkan di negara kita. Contohnya menghapuskan sekolah  bersrama penuh sekolah-sekolah yang hanya melibatkan satu kaum sahaja. Kementerian juga harus berpendirian positif sewaktu menerima sebarang isu. Contohnya  isu pengasingan pelajar. Pada mula Kementerian Pendidikan tidak mengaku kewujudan isu ini malah meminta berapa pihak  supaya tidak berburu membuat tuduhan.Apabila isu ini dikaji barulah Kementerian Pendidikan membuat pengakuan.Jadi adalah baik, jika  setiap Isu yang di bawa dengan teliti dan mengambil tindakan sekiranya benar ianya wujud.

 Ibubapa yang menghantar anak-anak mereka juga perlu pastikan mereka belajar rajin-rajin.Sementara itu segala kemuskilan dan kesulitan yang terdapat pada anak perlu di selesaikan secepat mungkin. Ibu bapa juga perlu sentiasa peka terhadap perkembangan diri anak-anak mereka. Kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam pembelajaran hendaklah di beri perhatian terlebih dahulu  supaya mereka tidak ketingalan dalam pelajaran. Sekiranya mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran, maka tidak akan timbul isu pengasingan kaum di sekolah.
 Pengetua,Guru Besar dan guru-guru  hendaklah sentiasa di awasi. Pengawasan ini bukan bermakna  pergerakkan mereka di kongkong. Sebaliknya melalui pengawasan ini kerajaan dapat mempastikan mereka tidak melampaui batas-batas kepimpinan.Jika perlu, kerajaan bolehlah mengadakan kursus-kursus jangka pendek kepada mereka terutama yang berkaitan dengan isu-isu emasa.
 Akhirnya  dasar kerajaan yang membeza-bezakan kaum dan status perlu di hapuskan. Contohnya, status Bumiputra dan Bukan Bumiputra, Islam dan Bukan Islam.  Kewujudan pembezaan sedemikian menyebabkan rakyat tidak berpuas hati. Jika status ini dihapuskan dan kesamarataan di wujudkan, maka tidak akan timbul isu pengasingan murid dan pelajar di sekolah.
 

Bibliografi

Amir Hassan Dawi.2002.” Sosiologi dan Pendidikan”.Tanjung Malim:Quantum Books

Fatimah Daud.1992. Pengenalan Teori-teori Sosiologi. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Ahmad Mahdzan Ayob.1992. Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 

Bernama. .Kesatuan Guru Melayu Kesal Sikap Siva(Article).Berita Harian.
22 Dis 2001.

Bernama. Pengasingan pelajar: Pengetua boleh dihukum(Article). Berita harian. 25 Dis 2001

Bernama. Selesaikan isu pengasingan pelajar secara profesional(Article). Berita Harian 26 Dis 2001

 
AgamaPendidikanHiburanAkhbar & Majalah
 KomputerPoskadWallpapeMalaysia
Laman Utama