Make your own free website on Tripod.com
 
Cara Membuat Partition 
Biasanya partition dibuat pada hard disk (hdd)  yang baru dibeli, iaitu ketika ianya belum diformat atau belum ada sebrarang perisian di dalamnya.  Proses ini boleh dilakukan dengan utiliti FDISK daripada disket startup (startup disk) iaitu sistem pengoperasian DOS atau Window 95/98. Ia boleh dibuat dengan melalui 
CONTROL PANEL > ADD/REMOVE PROGRAM> START-UP DISK.
     Sebelum anda mula melakukan proses ini, pastikan hdd tersebut tidak mengandungi sebarang fail kerana proses berkenaan akan menyebabkan semua kandungannya hilang. 

Langkah :
1.  Masukkan disket (startup disk) dan hidupkan komputer anda.
2.  Pada prompt A:, taipkan FDISK contoh (A:>FDISK) dan enter.
3.  Paparan pertama yang akan kita lihat ialah soalan yang perlu dijawab samada hendak membolehkan sokongan untuk
     pemacu hdd bersaiz kecil atau besar.  Jika hdd anda bersaiz kecil dan kurang daripada 2.1 GB pilih NO sebaliknay 
     jika  hdd anda lebih besar daripada 2.1 GB wajarlah pilihlah Yes.
4.  Paparan seterusnya :
                   1. Create DOS partition or Logical Dos Drive
                   2. Set active partition
                   3. Delete partition or Logical DOS Drive
                   4. Display partition information
Penerangan:
~Pilihan pertama akan membolehkan anda membuat partition DOS utama dan tambahan serta pemacu ligikal di dalam 
  partition DOS tambahan.
~Pilih kedua untuk memilih partition mana yang hendak dijadikan partition aktif.
~Pilih ketiga untuk memaadamkan mana-mana partition atau partition logikal DOS di dalam hdd
~Pilih ke empat untuk mamaparkan semua maklumat partition.
5.  Pilih (1) .Jika anda mahu satu partition atau satu pemacu sahaja, anda perlu masukkan angka 100% tetapi jika anda
     mahu buat dua partition masukkan peratus 
     Contoh :
           Jika hdd anda 10GB dan anda ingin membuat dua partition bersaiz 6 GB (pemacu C) dan 4 GB untuk pemacu D . 
           Untuk itu anda masukkan 60% sebagai saiz partition utama . Untuk partition tambahna pula tidak semestinya 
           anda menggunakan kesemua 40% ruang cakera hdd. 
5.  Pilih (1) lagi.  Proses seterusnya untuk menggunakan DOS tambahan yang dihasilkan itu dan membahagikannya
     mengikut pemacu  Masukkan 100% 
6.  Pilih (2)  Untuk menentukan partition yang hendah dijadikan aktif .  Biasanya pemacu C dijadikan partiton aktif. 
     Selepas itu restart komputer anda.
7.   Hidupkan komputer anda lagi dengan startup disk masih di dalam pemacu. Ini kerana hdd anda masih dalam
      keadaan kosong.
8.   Bila dah ada promp A:>, barulah format pemacu C dan D .Keluarkan disket startup disk itu dan restart semula.
      Contoh: A>FORMAT C:/S  apabila dah siap format pula A>FORMAT D:
9.   Sekarang OS sudah berada dalam hdd anda.
10.  Aktifkan pemacu CD-ROM dengan driver cd-Rom untuk Instaall Windows.

Link Fdisk2....clik here
    Ke Laman Utama Komputer



AgamaPendidikanHiburanAkhbar & Majalah
 KomputerPoskadWallpapeMalaysia
Laman Utama