Make your own free website on Tripod.com
 
 

               TEKNIK MENJAWAB SOALAN SASTERA SPM
 

A. CERPEN, NOVEL DAN DRAMA

1. SOALAN KONTEKS/PETIKAN

Bentuk soalan :
Biasanya 3-4 soalan dikemukakan untuk soalan bentuk ini.   Soalan biasanya berkisar tentang:
Watak dan perwatakan
Latar tempat/latar waktu/latar masa/latar zaman/latar masyarakat
Berhubung dengan petikna atau dialog dengan peristiwa sebelum dan selepas peristiwa tersebut
Hubungan antara 2 watak yang terlibat
Mesej/perutusan/amanat
 

2. SOALAN PERBANDINGAN
Bentuk soalan biasanya :
Perbandingan watak dan perwatakan
Tema
Plot
Gambaran masyarakat

Nota:  Perbandingan boleh berlaku dalam satu karya atau antara 2 karya.
     Mesti nyatakan unsur persamaan dan perbezaan jika soalannya berbentuk perbandingan kecuali
   soalan yang memang dikhususkan untuk membandingkannya dari satu aspek sahaja iaitu sama
   ada aspek persamaan atau perbezaan sahaja.
 
 
 

3. TEMA/PERSOALAN UTAMA/PEMIKIRAN

Menyatakan jenis tema
Huraian tema
Contoh
Biasanya 4 markah diperuntukkan utk soalan berkaitan dgn tema
 

4. PANDUAN MENJAWAB SOALAN YANG BERKAIT DENGAN PLOT

Penekanan kepada 4 aspek iaitu:

i.      Tentukan bentuk plot sama ada terdiri daripada :

 a.    Plot kronologis -  mengikut urutan peristiwa

 b.    Plot kompleks /bukan kronologi – tidak mengikut urutan peristiwa
       [biasanya 2 markah]

ii.    Terangkan cerita tersebut dari awal hingga akhir secara ringkas
       [biasanya 1 markah]

iii.   Penilaian iaiatu menyatakan sama ada plot ceritanya senang atau sukar difahami

iv.  Kemukakan sinopsis ringkas (dr awal-akhir) cerita tersebut.  Penjelasan mesti
      meliputi tahap perkembangan plot iaitu :

      a. eksposisi/permulaan cerita ,
      b. klimaks /kemuncak merupakan  saat paling tegang dalam sesebuah cerita iaitu
          dipenuhi dgn pelbagai  konflik dan unsur suspens sehingga membawa kepada
          pengakhran konflik
     c. penyelesaian/peleraian cerita iaitu bahagian akhir sesebuah karya.  Pada tahap ini
        segala konflik dan masalah telah dapat diselesaikan.
        [biasanya 2 markah]

[keempat-empat aspek tersebut merupakan asas salam menjawab soalan berkaitan dgn plot]
 

5. UNSUR KEMASYARAKATAN

Merangkumi nilai-nilai  positif / baik sahaja yang dilakukan oleh seseorang watak sebagai anggota
 masyarakat dalam cerita tersebut.

PANDUAN MENJAWAB SOALAN:
Nama watak mesti didahulukan daripada unsur masyarakat
Contoh :  Lebai Pa seorang yang sabar …(seterusnya kemukakan huraian dan contoh)
Taburan Pemarkahan:  Biasanya 1 isi=2 markah
 

6. NILAI KEMASYARAKATAN

Nilai kemasyarakatan merangkumi nilai-nilai yang baik dan buruk yang dilakukan oleh anggota masyarakat.

PANDUAN MENAWAB SOALAN:
Nyatakan kata kunci nilai tersebut dahulu, kemudian baru dikuti oleh nama watak sebagai contoh dan huraian isi.
Tuliskan perkataan ‘nilai’dalam setiap perenggan jawapan.
Contoh:  Nilai masyarakat yang prihatin terhadap penderitaan orang lain.
 

7. NILAI KEMANUSIAAN/NILAI MURNI/NILAI MORAL
Nilai kemanusiaan:
Nilai-nilai baik dari segi akhlak,perlakuan dan sahsiah seseorang individu
Nilai moral:
Ajaran atau pegangan berkenaan baik buruk sesuatu perbuatan
Nilai murni:
Nilai yang masih suci,tulen,benar dan belum tercemar oleh unsur asing.
 

PANDUAN JAWAPAN BAGI SOALAN TENTANG NILAI KEMANUSIAAN/NILAI MURNI DAN NILAI MORAL

Mengemukakan nilai yang positif (baik) sahaja.
Perkataan ‘nilai’ mesti diletakkan dipangkal ayat, kemudian baru dikuti oleh contoh yang diwakili oleh watak
Jawapan terdiri daripada isi + huraian + contoh
Contoh jawapan: Nilai kasih sayang…[kemukakan contoh berserta huraian]
Taburan markah: Biasanya 1 isi = 2 markah
 
 

B. SOALAN PUISI

1. Huraian maksud sajak
Memberi makna keseluruhan sajak iaitu baris demi baris dan  rangkap demi rangkap tetapi tidak terlalu panjang (rumuskan). Oleh itu mesti teratur huraian baris.
Jika tidak ikut rangkap demi rangkap tolak 2 markah utk penyampaian
Kehilangan baris- tolak satu markah

2. Ciri-ciri Bentuk/luaran  Sajak :
a. rangkap
menyatakan jumlah rangkap
menyatakan jumlah baris dalam serangkap
perkaitan baris dalam rangkap
b. perkataan
menyatakan jumlah perkataan dalam setiap baris
cth jumlah perkataan paling banyak
cth jumlah perkataan paling sedikit
c. sukukata
menyatakan jumlah sukukata dalam baris
cth jumlah suku kata paling banyak
cth jumlah suku kata paling sedikit
d. Rima
Menyatakan pola rima keseluruhan dengan melihat rimanya (rima  akhir  dan rima tengah)
Kesimpulan bentuk sajak : tentukan sama aada bentuk terikat/tradisional atau bentuk tak terikat
 atau bebas

3. Tema
4. Persoalan
5. Mesej/amanat/pesanan/pengajaran
6. Latar
7. Gambaran masyarakat
8. Nilai  kemanusiaan dan kemasyarakatan
9. Unsur kemanusiaan dan kemasyarakatan

Peringatan : Panduan menjawab soalan berikut dalam puisi hampir sama dengan panduan menjawab soalan cerpen dan novel

10. Nada atau perasaan penyair
Jawapan perlu terdiri daripada isi + huraian+contoh
Biasanya 1 isi =2 markah

11. Unsur bunyi
Asonansi (pengulangan vokal)
Aliterasi (pengulangan konsonan)
Rima (persamaan bunyi di penghujung baris)
Jawapan perlu diberi definisi setiap unsur bunyi tersebut dan contoh
 



AgamaPendidikanHiburanAkhbar & Majalah
 KomputerPoskadWallpape Malaysia
Laman Utama