Make your own free website on Tripod.com
 
Balik ke........mat

SISTEM OPERASI

Apakah Sistem Operasi 

Sistem Operasi (OS ) adalah satu program software yang mengawal proses aturcara dan hardware di dalam komputer. Apabila komputer dihidupkan, sistem operasi adalah software pertama yang diaktifkan dalam memori.  Operasi Sistemlah yang memulakan / melaksanakan semua software program yang lain, contohnya Word Processor, spreadsheet, DataBase, Paint Program, Web Browsers, dan lain-lain lagi.
Sistem Operasi juga mengurus semua sumber ( resource ) input dan output yang ada dalam sesebuah komputer.  Ia mengawal tetikus, monitor, pencetak, pemacu ( drives ), pengimbas, modem, kayu ria ( joy stick ), dan lain-lain lagi.

Jenis-jenis Sistem Operasi 
Antara Sistem Operasi komputer ialah DOS, Win3.1, Win95, Win98, WinNT, OS2, dan Lynux.

1. Window 3.1 (akhir 80an)
- Graphic User Interface ( GUI )
- Melalui GUI, sesuatu program dapat diaktifkan dengan cara dwiklik tetikus pada ikon berkenaan.
- Menggunakan kaedah ‘drag and drop’ untuk menyalin fail.
- Kaedah ‘copy and paste’ merupakan kaedah paling mudah untuk menyalin fail.
- Menggunakan 16 bit.

2. Win95 / Win98 / Win NT
- menggunakan 32 bit
- Sistem Operasi ini lebih baik daripada Window 3.1.   Keupayaannya telah dipertingkatkan lebih canggih.
- Perisian Windows ini digunakan secara meluas.

Desktop Win95 / Win98 / Win NT 
Desktop adalah skrin utama Win95 / Win98 / WinNT. Ia berfungsi sebagai tempat permulaan di mana perisian komputer dan maklumat dapat diambil. ‘Background’nya boleh diubah melalui panel kawalan (control panel). Ikon-ikon di desktop adalah ‘shortcut’ kepada fail-fail, dokumen-dokumen, dan program. Untuk membuka fail-fail atau dokumen, dwiklik tetikus anda pada fail atau dokumen yang berkenaan.

 Paparan Desktop 

Ikon My Computer
Semua pemacu cakera di dalam komputer dipaparkan di sini.  Anda boleh menggunakan My Computer untuk melihat semua kandungan dengan cepat dan mudah di dalam komputer.  Dwiklik pada ikon  My Computer di desktop untuk mencari fail-fail dan folder.
 
Recycle Bin
Ia adalah direktori ‘trash’.  Jika  sesuatu fail atau program didelete, ia akan disimpan dalam direktori ini.  Recycle bin hanya akan menghilang fail tersebut jika anda klik butang kanan pada ikon ini dan memilih ‘empty recycle bin’.

  My Briefcase
Jika anda bekerja dengan fail-fail di rumah atau di dalam perjalanan, anda boleh menggunakan My briefcase untuk membantu menyimpan salinan-salinan  fail supaya dapat dikemaskinikan.  Untuk menggunakan ikon ini. Drag fail-fail dari folder yang dikongsi dari komputer utama ke ikon ini pada portable komputer.  Bila anda selesai bekerja dengan fail-fail di dalam portable komputer, sambung kembali dengan komputer utama. Kemudian klik ‘update all’ di dalam My Briefcase untuk menukarkan secara otomatik fail-fail yang tidak diubah di dalam komputer utama dengan fail-fail yang telah diubah di dalam My Briefcase.  Fail-fail di dalam komputer utama akan dikemaskini secara otomatik. 

  Start Button
Kebiasaannya ada pada sebelah kiri taskbar pada bahagian bawah skrin.  Gunakan tetikus dan klik pada start button untuk memilih program-program bagi ‘run’ program tersebut, menukar ‘setting’ pada  control panel, mencari fail dan folder.  Bila button ini diklik, satu senarai program akan dipaparkan.  Anda hanya perlu klik pada program yang dikehendaki.  Rujuk contoh di bawah.

1. Klik pada ‘start button’
2. Klik Program
3. Pilih program yang dikehendaki

Taskbar –taskbar terletak di bahagian bawah skrin.  Untuk setiap aplikasi yang dibuka, satu butang muncul pada ‘Taskbar’.  Anda dapat melihat nama semua aplikasi  yang dibuka pada ‘taskbar’.  Anda hanya perlu klik pada butang untuk melancarkan program tersebut.
 Bila anda menggunakan lebih dari satu aplikasi pada sesuatu masa, taskbar akan berada di paparan (display) atau di ‘set’ untuk bersembunyi (hidden) sehingga kursor digerakkan pada bahagian bawah paparan.  Dalam satu masa yang sama, lebih daripada satu program boleh digunakan.  Contohnya, Microsoft Word, Netscape, dan PowerPoint.
 

Bekerja Dengan Windows

Windows adalah bahagian empat segi pada skrin yang dikelilingi oleh bingkai tetingkap dengan  nama tajuk yang diletakkan pada bahagian tengah.  Bila anda melancarkan aplikasi windows, ianya akan dipaparkan pada windowsnya yang tersendiri. 
 
Keupayaan windows yang utama ialah membolehkan beberapa windows menjadi aktif pada masa yang sama.  Jumlah maksimum windows bergantung kepada berapa banyak ingatan yang ada di dalam komputer.  Mesej  ‘out of memory’ akan terpapar bila anda cuba melancarkan aplikasi yang  lain tetapi tidak ada ruang untuk windows yang lain.

Membuka Windows

1. Untuk membuka windows pada ikon, klik dua kali pada ikon tersebut, sebagai contoh, klik dua kali pada ikon ‘My Computer’.  Dialog box 
‘My Computer’ akan muncul.

Anda juga boleh menggunakan shortcut untuk membuka windows.  Halakan kursor pada ikon, klik butang kanan dan shorcut akan muncul.  Pilih ‘Open’ pada
shortcut dan dialog box ‘My Computer’ akan muncul.

2. Memeriksa Folder Windows Dalam Hard Disk.

Dwi klik ikon hard disk untuk memaparkan kandungan hard disk komputer anda.

3. Folder windows boleh juga dibuka dengan menggunakan butang kanan tetikus  untuk membuka menu properties dan kemudian klik open.

4. Tetingkap Windows akan muncul  dan anda boleh menggunakan scroll bar  untuk melihat kandungannya.

Akhirnya tutup semua tingkap dengan mengklik butang ‘tutup’. 

Mengubah Saiz Windows Dengan Butang Maximize, Minimize Dan Restore

a. Pilih butang maximize untuk membesarkan windows pada saiz maksimum.
b. Pilih butang minimize untuk mengecilkan windows supaya menjadi butang pada task bar.
c. Pilih butang restore untuk mengembalikan saiz windows kepada saiz asal. (saiz sebelum dibesarkan).  Butang  restore hanya muncul bila windows dibesarkan.

Menutup Windows 

Bila anda selesai menggunakan windows, anda patut menutupnya.  Ini menolong untuk mempercepatkan penggunaan windows, menyimpan ruang ingatan dan mengelakkan desktop dari menjadi sesak.

Cara-cara menutup windows

1. Klik pada butang close atau
2. Pilik windows yang hendak ditutup dan kemudian tekan ‘ALT  +  F4.

Menggunakan Scroll Bar

Scroll bar muncul pada tebing bawah di sebelah kanan windows bila teks, graphic atau ikon-ikon pada windows mengambil lebih ruang pada ruangan yang dipaparkan.

Guna ‘vertical scroll bar’ atau ‘horizontal scroll bar’ untuk melihat objek di bahagian bawah atau atas dan di bahagian kiri atau kanan windows.

Recycle Bin

Windows menyimpan fail-fail yang didelete di dalam Recycle Bin, directory yang digunakan untuk menyimpan fail-fail atau folder untuk sementara.  Fail-fail atau folder yang berada di dalam Recycle Bin  ini boleh diambil semula atau didelete terus.

Untuk mendelete fail atau folder, klik dan drag ikon fail berkenaan ke dalam recycle bin.  Jika butang shift ditekan semasa fail didrag, fail berkenaan akan dibuang tanpa disimpan di dalam Recycle Bin.

Mendapatkan Semula Fail Yang Telah Dibuang

1. Dwi klik pada ikon Recycle Bin.
2. Klik pada fail atau short cut yang hendak diambil semula.
3. Jika lebih daripada satu fail yang hendak diambil, tekan ‘control’ dan klik pada fail-fail yang dikehendaki.
4. Klik menu Fail, klik Restore.

Jika anda membuang folder, hanya fail-fail di dalam folder muncul di dalam Recycle Bin.  Jika anda mendapatkan semula fail yang diletakkan di dalam folder yang dibuangkan, windows akan membuat  semula folder  tersebut dan mendapatkan semula fail-fail di dalamnya.

 Mengosongkan Recycle Bin

1. Dwi klik pada ikon Recycle Bin.
2. Klik fail, klik ‘Empty Recycle Bin’.

Atau pun tekan butang kanan pada ikon Recycle Bin, kemudian klik ‘empty recycle bin’. Jika anda hendak membuang beberapa fail atau folder di dalam Recycle Bin, tekan kekunci control dan klik pada fail atau folder berkenaan.  Klik menu Fail dan klik delete.

Memasukkan Program ke Dalam Komputer
 
1. Klik butang Start dan klik Setting ( rujuk rajah di bawah )
2. Klik pada Control Panel
3. Dialog Box ‘Control Panel’ akan muncul
4. Double klik pada ‘Add / Remove Program’
5. Dialog Box ‘Add / Remove Program Properties’ akan muncul.
6. Ikut arahan selanjutnya seperti yang dipaparkan pada skrin.

Mencari Fail Atau Folder

1. Klik pada butang start, klik ‘Find’.
2. Klik fail atau folder.
3. Dialog Box ‘Find: All Files’ akan dipaparkan.
4. Pada kotak ‘Named’ taip nama fail yang hendak dicari.  
5. Klik ‘Find Now’.

Pencetak / Printer

Mencetak Dokumen

1. Jika dokumen sudah dibuka, klik pada menu ‘Fail’  kemudian klik ‘print’. Klik OK.
2. Jika dokumen belum dibuka, seret dokumen dari  ‘My Computer’ atau Windows Explorer kepada pencetak anda di dalam folder ‘Printer’.

Taskbar

Ubahsuai Taskbar Setting

1. Klik butang start, klik setting.
2. Klik taskbar.
3. Pada bahagian Taskbar Option atau Start Menu Program, tukar Settings yang dikehendaki.  Untuk menukar Settings, klik di dalam  ‘Check Box .’
 

0.Memindahkan  ‘Taskbar’

1. Tekan butang kiri di mana-mana bahagian pada  ‘Taskbar’ dan seret ke bahagian yang anda kehendaki  (atas, kanan atau kiri)
2. Lepaskan butang.

Mengubah Tarikh Dan Masa Di Atas ‘Taskbar’

1. Klik dwi kali pada paparan ‘clock’ di atas  ‘Taskbar’.
2. Kotak dialog ‘Date/ Time  Properties’ muncul di atas skrin.
3. Buat perubahan yang diperlukan.
 

Mengubah “Pattern”.

1. Klik dwi kali pada ikon ‘Display’ pada ‘Taskbar’.
2. Kotak dialog ‘Date/ Time  Properties muncul di atas skrin.
3. Klik Tab ‘Background’. Pilih ‘Pattern’ yang amda kehendaki di dalam senarai ‘Pattern’.
 

Balik ke....

MENGUBAH WINDOWS SETTINGS

DISPLAY

Menukar Latar Belakang Pada Desktop

1. Klik butang start, klik setting.
2. Klik control panel
3. Dwi klik ikon Display.
4. Klik pada ‘Background’ di dalam kotak dialog Display Properties.
5. Dalam senarai Pattern atau Wallpaper, klik pada pilihan yang dikehendaki.

Mengubah Kemunculan Pada Desktop

1. Ulang langkah 1 – 3 seperti di atas.
2. Klik pada ‘appearance’.

Jika anda mahu mengubah kemunculan pada satu elemen dalam skrin, klik pada elemen di dalam senarai item.  Kemudian, tukar Settings pada item Size, Color, Font Size Dan Color Areas.

Jika mahu mengubah kemunculan untuk semua elemen dalam skrin serentak, klik pada Apperareance Scheme di dalam senarai Scheme.
 

Mengubah Settings Pada  Desktop

Resolusi Skrin

1. Klik start dan klik settings.
2. Klik control panel dan dwi klik pada display.
3. Klik pada settings di dalam display properties.
4. Di bawah desktop area, drag Slider.
5. Monitor dan display adapter akan menentukan samada anda boleh  mengubah resolusi skrin.

Display Fonts

1. Klik start dan klik settings.
2. Klik control panel dan dwi klik pada display.
3. Klik pada settings di dalam display properties
4. Di dalam font size, klik pada size yang dikehendaki.
5. Untuk mengubah pada saiz display fonts, klik customs.
6. Kawasan fonts size cuma ada jika desktop area ditetapkan (set) melebihi daripada 640 X 480 pixels.

Screen Saver
1. Klik start dan klik settings.
2. Klik control panel dan dwi klik pada display.
3. Klik pada settings di dalam display properties
4. Klik screen saver dalam display properties.
5. Klik screen saver yang dikehendaki.
6. Untuk mengubah screen saver, klik settings.
7. Screen saver muncul  apabila komputer tidak digunakan selama beberapa minit mengikut  masa yang ditetapkan dalam kotak ‘wait’.
8. Untuk menghilangkan screen saver, gerakkan tetikus atau tekan mana-mana kekunci.

Bentuk Tulisan / Fonts

Menambah Bentuk Tulisan Baru Di Dalam Komputer
1. Klik butang start,klik settings.
2. Klik control panel.
3. Klik dwi kali pada ikon Fonts.
4. Pada menu File,klik ‘install new fonts’.
5. Klik pada pemacu dan folder yang mengandungi fail bentuk untuk tulisan baru untuk ditambah.
Mencetak Contoh Bentuk Tulisan

1. Klik butang start,klik settings.
2. Klik control panel.
3. Klik dwi kali pada ikon Fonts.
4. Klik dwi kali pada ikon bentuk tulisan yang dikehendaki.
5. Klik ‘Print’ pada contoh muka surat yang muncul.

Membuangkan  bentuk tulisan daripada komputer.
1. Klik butang start,klik settings.
2. Klik control panel.
3. Klik dwi kali pada ikon Fonts.
4. Klik dwi kali pada ikon bentuk tulisan yang hendak di delete.
5. Pada menu File, klik Delete.

Melihat Bentuk Tulisan Di Dalam Komputer

1. Klik butang start,klik settings.
2. Klik control panel.
3. Klik dwi kali pada ikon Fonts.
4. Untuk melihat contoh bentuk tulisan, klik dwi kali pada ikon tulisan berkenaan.
Tarikh Dan Masa / ‘Date & Time.

Mengubah tarikh komputer.

1. Klik butang start ,klik settings.
2. Klik control panel
3. Klik  dwi kali pada ikon  Date & Time.
4. Di bahagian Date,pilih hari,bulan dan tahun yang betul.
Mengubah Masa Komputer

1. Klik butang start ,klik settings.
2. Klik control panel
3. Klik  dwi kali pada ikon  Date & Time.
4. Di dalam kotak di bawah jam,pilih bahagian jam,minit,saat,atau penanda AM/PM yang dikehendaki.
5. Tambah atau kurangkan nilai yang dipilih dengan klik pada  anak panah atas atau bawah.
 

Regional Settings

Memaparkan Properties Untuk Regional Settings
1. Klik butang start , klik settings.
2. Klik control panel
3. Klik  dwi kali pada ikon  Date & Time.
4. Klik pada Regional Settings dalam kotak dialog Regional Settings Properties.
5. Dalam senarai klik pada kawasan yang menggunakan format tarikh ,masa,nombor dan mata wang yang dikehendaki.

Tab-tab dan  fungsi.

Tab currency -  menukar cara nilai matawang muncul
Tab numbers -  menukar cara komputer menunjukkan nombor.
Tab date – menukar cara komputer menunjukkan tarikh.
Tab time- menukar cara komputer menunjukkan waktu.

Mencipta ‘Shortcut’

Anda boleh memasukkan shortcut dalam mana-mana program,dokukmen atau pencetak di atas desktop,start button atau di mana-mana folder.Shortcut adalah cara pantas mendapatkan item.

Memasukkan shortcut ke atas Desktop
1. Dalam My Computer atau Windows Explorer dapatkan item yang senang di access .
2. Gunakan butang sebelah kanan untuk drag item ke dalam desktop.
3. Lepaskan butang tetikus.
4. Dwi klik  fail untuk mengaktifkannya.
Masukkan Shortcut Ke Atas Start Button.

1. Klik butang start,klik Settings.
2. Klik ‘Taskbar’,klik ‘Start Menu Program.’
3. Klik Add,dialog box create shortcut muncul, klik Browse.
4. Dapatkan program yang hendak dicipta shortcut.
5. Klik Next,dwi klik pada menu yang anda mahu letakkan program.
6. Satu dialog box akan muncul.
7. Taip nama fail yang hendak dimasukkan dalam menu,klik Finish.
8. Jika Windows meminta memilih ikon ,pilih satu ,dan klik Finish.
‘WINDOWS  EXPLORER’  DAN  ‘SYSTEM TOOLS’
 

Balik ke....

‘WINDOWS  EXPLORER’

Aplikasi ‘WINDOWS  EXPLORER’ digunakan sebagai pengurus fail iaitu untuk melihat dan Skrin menyusun fail-fail yang disimpan di dalam komputer.
‘WINDOWS  EXPLORER’ menunjukkan kandungan asas di dalam hard disk PC anda.Bila anda membuka ‘WINDOWS  EXPLORER’ , anda dapat melihat susunan folders di dalam komputer dan semua fail-fail dan folders di dalam setiap folder yang dipilih.
Ini amat berguna bila menyalin dan memindahkan fail-fail.
Anda akan membuka folder yang mengandungi fail yang hendak dipindah atau salin dan kemudiannya ‘drag’ ke dalam folder yang hendak dimasukkan.
Anda juga boleh membuat beberapa set folder dan menamakannya.

Membuka ‘WINDOWS  EXPLORER’
1. Klik butang start,klik Program.
2. Klik ‘WINDOWS  EXPLORER’.

Sesetengah papan kekunci mempunyai kekunci ‘flying windows’.Tekan kekunci tersebut dan tekan’E’ untuk shortcut ke ‘WINDOWS  EXPLORER’.

Folders di ‘WINDOWS  EXPLORER’.

Desktop -  aplikasi yang mempunyai ikon-ikon shortcut pada desktop akan muncul pada bahagian kanan skrin ‘WINDOWS  EXPLORER’ bila anda dwi klik pada desktop.

My Computer -  folder yang mewakili kandungan di dalam PC .Semua pemacu komputer dipaparkan di sini.Jika PC anda disambungkan di dalam satu rangkaian, anda boleh melihat ikon di sini yang memwakili komputer-komputer lain.

3  Floppy A -  ia mewakili disket yang dimasukkan ke dalam slot pemacu A.Dari sini anda dapat melihat kandungan disket.

Control Panel -  folder yang menunjukkan skrin ikon-ikon yang mewakili komputer settings dan menggunakan aplikasi-aplikasi yasng boleh digunakan untuk meningkatkan lagi operasi komputer.

Printers  -  ia memberikan capaian untuk ssettings pada pencetak  dan membenarkan penukaran dari satu pencetak kepada pencetak yang lain.Atau bertukar kepada ‘fax output’.

Dial-up Networking -  folder yang mengandungi fail-fail yang di setup untuk membenarkan komputer berhubung  melalui kabel telefon ke rangkaian komputer di luar.
Sebagai contoh, untuk berhubung ke katalog perpustakaan yang tertentu atau internet.

Recycle Bin -  ini  adalah ikon ‘trash’  .Jika anda menghilangkan fail ataupun program, ianya akan disimpan buat sementara di dalam direktori ini.
Recyce bin akan hanya dikosongkan bila anda menekan butang kanan tetikus dan klik ‘Empty Recycle Bin’.Melihat Fail-fail Dalam Folder.

1. Di dalam ‘WINDOWS  EXPLORER’ , klik  View.
2. Kilk salah satu dari ikon-ikon ini: ‘small icons’, ‘list’ atau ‘details’.
3. Cari View yang anda sukai.

Anda juga boleh menyusun item-item mengikut nama , saiz,tarikh dan jenis ,bergantung kepada jenis View.Cuba gunakan arahan ‘Arrange Icons’ pada menu View.
Melihat semua fail dan lanjutan nama fail.

1. Di dalam Windows Explorer , buka folder yang hendak dilihat.
2. Pada menu View, klik Options klik pada View,kemudian klik  ‘Shows All Fail’.
3. Jika anda mahu melihat nama ‘FileName Extentions’, pastikan kotak ‘Hide MSDos’, ‘File Extentions…’ tidak ditandakan.
Format Disket.

1. Masukkan disket yang hendak diformat dalam pemacu A.
2. Di dalam Windows Explorer ,dwi klik ikon My Computer.
3. Klik ikon pemacu A.
4. Pada menu File ,klik Format.
5. Kotak dialog ‘Format 3  Floppy A’ muncul.
6. Buat pilihan yang anda kehendaki.

Format disket akan menghilangkan semua maklumat di dalam disket tersebut.Jika ada fail yang terbuka dalam disket anda tidak boleh memformat.Jika disket itu dipadatkan (compress) gunakan Drive Space untuk memformat disket tersebut.
Menyalin Fail atau Folder.

1. Di dalam Windows Explorer ,klik fail atau folder yang hendak disalin.
2. Pada menu Edit, klik Copy.
3. Buka folder atau pemacu yang hendak disalin.
4. Pilih menu Edit,klik Paste.
 

Menyalin fail  ke  pemacu A.
1. Masukkan disket ke dalam pemacu A.
2. Di dalam Windows Explorer, klik pada fail yang hendak disalin.
3. Pada menu File,  klik  pada ‘Send to’, klik pada pemacu yang dipilih.

Memindahkan Fail atau Folder.
1. Di dalam Windows Explorer ,klik fail atau folder yang hendak dipindahkan
2. Pada menu Edit,klik  Cut.
3. Buka Folder  di mana anda hendak masukkan fail atau folder.
4. Pada menu Edit,klik Paste.
 

Membuang Fail atau Folder.
1. Di dalam Windows Explorer ,dapatkan  fail atau folder yang hendak di delete.
2. Klik pada fail atau folder.
3. Pada menu File,klik Delete.
 

Mendapatkan semula Fail-fail yang telah di delete.
1. Di dalam Windows Explorer ,klik fail atau folder yang hendak didapatkan semula.
2. Pada menu Edit,klik “Undo Delete”.
 

Memilih Lebih Dari Satu Fail Atau Folder.
1. Tekan keunci ‘CTRL’, klik pada fail-fail atau folder-folder  yang hendak dipilih.
2. Jika item-item disusun dalam satu baris ,klik pada item pertama,kemudian tekan kekunci ‘SHIFT’ secara serentak dan pilih item-item yang terakhir.
 

Mencipta Folder Baru
1. Di dalam Windows Explorer ,buka folder yang hendak dibuat folder baru.
2. Pada menu File,klik New ,kemudian klik Folder (Folder baru muncul).
3. Taip nama pada folder baru itu dan kemudian tekan <ENTER>.
 
 

Menamakan Semula Fail Atau Folder.
1. Di dalam Windows Explorer ,klik fail atau folder yang hendak ditukarkan namanya.
2. Pada menu File,klik  ‘Rename’.
3. Taip nama pada folder baru itu dan tekan <ENTER>.

Nama boleh mengandungi sebanyak 255 huruf termasuk ruang kosong (spaces).Tetapi ia tidak boleh mengandungi huruf-huruf berikut: \ / : * ? “ < > |.
 
 

Menyalin Dan Memindahkan Fail-Fail Dengan Menggunakan Butang Sebelah Kanan
1. Gunakan butang sebelah kanan untuk klik pada fail yang hendak salin atau pindahkan.
2. Untuk pindah,klik  ‘Cut’, untuk salin klik ‘Copy’.
3. Buka folder yang hendak diletakkan fail.Kemudian ,gunakan butang kanan tetikus untuk klik pada bahagian kosong di dalam Windows.
4. Klik Paste.
 

Memindahkan Atau Menyalin Fail-Fail Dengan Cara Drag
1. Di dalam Windows Explorer ,buka folder yang mengandungi  fail yang hendak dipindah ata disalin.
2. Gunakan butang kanan tetikus untuk drag fail ke folde yang anda hendak pindahkan atau salin.Kemudian ,lepaskan butang tetikus.
3. Klik ‘Move Here’ atau “Copy Here’.
SYSTEM TOOLS

Disk Defragmenter
Ia digunakan untuk menyusun semula fail-fail atau ruang yang tidak digunakan agar program dapat beroperasi  dengan cepat .Ia akan menambah kelajuan had disk.

Memulakan Disk Defragmenter
1. Klik butang start.
2. Pada Program, Accessories, System Tools, Disk Defragmenter.
3. Klik  Disk Defragmenter.
Scandisk
Scandisk digunakan untuk memeriksa har disk pada kerosakan logik dan fizikal dan kemudiannya membaiki bahagian-bahagian yang rosak.

Memulakan Scandisk
1. Kilk butang Start.
2. Pada Program, Accessories, System Tools, Scandisk
3. Klik Scandisk

DriveSpace 

DriveSpace  ialah satu cara memampatkan fail dalam pemacu cakera untuk mendapatkan lebih banyak ruang kosong.

1. Klik butang start. Pilih program
2. Klik Accessories, pilih System Tools, klik DriveSpace.
3. Pilih pemacu cakera untuk dimampatkan. 
4. Pilih Drive, klik compress. Tetingkap yang muncul menunjukkan saiz pemacu sebelum dan selepas dimampat.
5. Klik butang option untuk membuka kotak dialog Compression Options. Anda boleh menukar huruf dan saiz pemacu induk, atai menyembunyikannya,  klik butang OK.
6. Apabila anda mengklik butang start, anda diminta mengesahkan sama ada anda ingin memampatkan pemcau terpilih.
7. Klik butang Compress Now.  Sebelum berbuat demikian, anda mungkin membuat sandaran fail dengan mengklik butang Back Up Files.  Butang cancel akan membatalkan pemampatan.

Pemampatan mungkin menyebabkan kehilangan data. Oleh itu salin dahulu fail-fail penting sebelum memampatkan cakera.

Pemacu Hos dan Termampat.

Windows 95 akan membahagikan pemacu termampat kepada cakera termampat dan hos yang tidak termampat.  Hos tidak termampat mengandungi data pemacu dan fail yang tidak boleh dimampatkan.  Pemacu hos diberi satu huruf pemacu.  (contohnya H).  bagi pengguna, kedua-dua bahagian ini kelihatan sebagai pemacu berasingan.

Menukar Saiz Pemacu Termampat

Bagi langkah 4 dalam arahan di atas, anda berpeluang menukar saiz bahagian pemacu yang tidak termampat.  Saiz bahagian termampat akan bertukar secara berpadanan.  Untuk mengubah nisbah ruang termampat kepada ruang tidak termampat, guna perintah Drive pilih Adjust Free Space.

Memasang DriveSpace

1. Klik Control Panel
2. Dwi klik ikon Add / Remove Program dan pilih tab Window Setup.
 

Balik ke....

BACKUP

Tujuan Backup data ialah untuk menyelamatkan data penting seandainya fail atau hard disk rosak.
Backup boleh disimpan dalam pemacu atau pita.  Jika pemacu digunakan, backup sedikit sahaja data setiap kali.  Data dalam hard disk perlu dibackup dari semasa ke semasa.  Adalah perlu untuk membuat backup lebih dari satu salinan.  Ini adalah untuk mengelakkan kemungkinan menyalin fail rosak secara tidak sengaja.
Gunakan kemudahan backup untuk menyalin fail penting. Jangan salin fail terus daripada hard disk.
 

1. Klik butang start. Pilih Prgram, Accessories, System Tools dan klik Backup.  Apabila tetingkap Backup muncul, pilih tab Backup.
2. Jika anda ingin membuat backup bagi keseluruhan folder, pilih folder dari anak tetingkap kiri
3. Jika anda ingin membuat backup bagi fail-fail tertentu sahaja,  pilih fail itu dari anak tetingkap kanan.
4. Klik Next Step.
5. Pilih pemacu bagi menyimpan backup ini.
6. Klik butang Start Backup.
7. Pilih nama bagi backup tersebut.  
8. Klik OK
9. Bar kemajuan akan memaklumkan anda tentang proses backup.
10. Apabila selesai proses backup, klik OK.

Memulihkan Backup  

1. Dari dialog box Microsoft Backup, pilih Restore.
2. Pilih pemacu yang mengandungi fail backup.
3. Pilih fail backup yang akan dipulih.
4. Klik butang Next Step.
5. Pilih folder atau fail yang akan  dipulih.
6. Klik butang Start Restore.
7. Bar kemajuan akan memaklumkan tentang proses pemulihan.
8. Setelah pemulihan selesai, klik OK.
 

Membandingkan Fail Backup

Selepas backup. Anda mungkin ingin membandingkan fail cakera  keras.  Windows 95 menyediakan satu alat sistem untuk tujuan ini.
Fungsi compare membolehkan anda memastikan sandaran itu adalah lengkap.  Anda  boleh juga menyemak sana ada dail itu telah diubah selepas sandaran terakhir.  Perhatikan bahawa anda tidak dapat mengesan sama ada fail baru telah dicipta.

1. Mulakan Backup dengan memilih start, program, system, tools,backup.  Pilih tab Compare dari kotak dialog yang muncul.
2. Pilih fail backup yang ingin diperiksa seta folder dan fail yang ingin dibandingkan.
3. Laksanakan perbandingan semak keputusannya.

MEMASANG PERANTI

Memasang kad bunyi

Klik butang Start dan pilih settings, klik control panel.

1. Klik butang Next  dalam tetingkap pertama.
2. Dalam tetingkap yang berikutya, pilih NO dan klik Next.
3. Pilih jenis peranti untuk dipasang.
4. Pilih jenis peranti daripada senarai Hardware Types.
5. Contoh, peranti – kad bunyi, pilih Sound, Video and Games Controllers.
6. Klik Next.
7. Pilih pengeluar peranti daripada senarai Manufacturers.
8. Contoh, pengeluarnya Creative Labs.
9. Pilih modelnya daripada senarai Models.
10. Contoh – Creatives Labs Sound Blaster 16  or  AWE-32. Klik Next.
11. Dalam tetingkap seterusnya, anda berpeluang melihat setting bagi peranti itu.  Klik Next.
12. Klik butang Finish.  Arahan Restart akan muncul.  Klik YES.
 

Mencari Peranti

Jika anda memilih YES dalam langkah di atas, Win95 / 98 akan mencari peranti yang baru ini.  Tutup semua program supaya program ini dapat beroprasi dengan lancar.

Pemasangan Gagal
 

Jika peranti tidak dapat dikesan, atau anda telah tersalah memilih peranti, satu mesej akan muncul.  Klik butang Back, untuk memilih peranti yang lain.  Sekiranya anda klik butang Next untuk meneruskan pemasangan, peranti itu tidak akan berjalan dengan baik.
Klik Cansel untuk membatalkan pemasangan.

Setting Peranti

Untuk mengubah Setting, klik ikon System dalam Control Panel. Buat perubahan yang dikehendaki dalam Device Manager.
 

MEMASANG DAN MENGHAPUS PROGRAM (ADD AND REMOVE PROGRAM)

A. Memasang Program

Klik Start, klik Control Panel.

1. Dwi klik   Add/Remove Program.Pilih Install/ Uninstall.
2. Klik Install. Masukkan  CD -Rom atau Disket  driver dalam pemacu.Klik Next.
3. Windows 95/98 akan menyemak pemacu cakera atau pemacu CD –Rom untuk program pemasangan.(bergantung kepada pemacu yang digunakan.)
4. Jika fail yang betul tidak ditemui, klik Browse .
5. Sebagai contoh,program pemasangan bagi MS Office 95/98 dapat dilaksanakan dari pemacu CD Rom dengan dwi klik fail Setup.
6. Klik Finish.
 

Nama Program Pemasangan

Program pemasangan biasanya dinamakan sebagai  Install atau Setup.Secara amnya,anda memasang program baru dengan mencari nama seperti ini dalam disket  atau CD Rom kemudian melaksanakannya.

B. Menambah Dan Menghapus Program.

Klik Start, Settings  dan klik Control Panel

1. Dwi klik   Add/Remove Program.Pilih Install/ Uninstall.
2. Pilih program yang hendak dipasang atau dihapus daripada senarai yang terpapar dan klik Add / Remove.
3. Masukkan cakera pemasangan program ke dalam pemacu cakera atau CD Rom.
4. Kilk OK dalam Setup.
Program pemasangan akan bermula.

C. Memasang Dan Menghapus  Sebahagian Win 95/98

Klik butang start.  Pilih setting, control panel.

1. Dwiklik ikon Add/ Remove Program.
2. Pilih Windows setup.
3. Pilih komponen yang belum dipasang.  Dalam gambar, butir yang terpilih ialah Disk Tools.
4. Klik butang Details.  Kotak dialog  Disk Tools dibuka dan memaparkan option yang boleh dimasukkan. Pilih option yang dikehendaki dan pilih OK.
5. Klik butang apply dalam Add/Remove Program.  Komponen terpilih akan dipasang.
6. Jika anda memasang Disk Tools, Backup dan Drive Space akan ditambah terlebih dahulu ke menu Start di bawah programs Accessories - sistem tools.

Nota :- Program ini membantu anda membuat sandaran bagi fail anda.

DriveSpace
Program ini diguna  untuk memampatkan data pada pemacu cakera.  Ini  membolehkan anda memuatkan lebih banyak data ke dalam pemacu itu,  namun data mampat lebih mudah dipengaruhi oleh kerosakan cakera dan fail.

Balik ke....