TAJUK :Tingkahlaku yang melanggari norma-norma hidup

1.0 Pendahuluan
Kematian seorang pelajar tingkatan dua , Mohd Zulkarnain Rahim dari Sekolah Menengah Datuk Abdul Rahman Yassin (SDARY) Tampoi, Johor Bahru dipercayai dipukul samseng telah memeranjatkan semua pihak.  Ibu bapa pelajar berkenaan  dengan begitu hampa kehilangan seorang anak yang disayangi.  Kes ini menimbulkan kebimbangan dikalangan ibu bapa terhadap keselamatan anak anak mereka di sekolah.
Kadar jenayah dan masalah sosial yang semakin meningkat, khususnya dikalangan remaja dan pelajar sekolah bukan sahaja membimbangkan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bersekolah, tetapi ia turut memberi impak terhadap kredibiliti sekolah sebagai agen kawalan sosial  yang seharusnya  berperanan dalam pembentukan moral dan tingkah laku generasi muda.  Bagi golongan yang terlibat dalam gejala negatif ini sudah tentunya mempunyai sebab sebab tersendiri mengapa mereka berkelakuan demikian. 
Bagi kumpulan pelajar ini yang melanggar norma masyarakat setempat ataupun dalam institusi sekolah dikenali sebagai disiplin mereka dikategorikan sebagai devian dan delinkuen. Mungkin perkataan ini asing bagi kita kerana ianya jarang digunakan dalam bahasa seharian kita.  Kita lebih gemar  memberi label bagi kumpulan ini sebagai samseng, perogol, kaki ponteng, penagih dadah, homoseksual, lesbian dan sebagainya. 
Mereka yang melanggar norma masyarakat setempat inilah dikenali sebagai satu kumpulan yang bertingkahlaku devian dan apabila golongan ini merujuk pada mereka yang masih bersekolah atau belia maka mereka ini ialah delinkuen.

2.0 Definisi
Deviant – deviant behaviour, especially sexual behaviour, is considered to be strange and morally unacceptable.
Delinquent – someone especially a young person who breaks the law or behaves in ways their society does not approve.

Longman 
Dictionary of Contemporary English 
“Kelakuan yang melanggar jangkaan yang diinstitusikan, iaitu jangkaan yang dikongsi  dan diiktiraf sebagai sah dalam sesuatu sistem sosial”

      ~Albert Cohen, Deviance and Control
 

“Kelakuan yang menyimpang secara significant daripada norma-norma yang ditentukan untuk individu dalam status sosial…… , ia tidak dapat dipelihara secara abstrak  tetapi perlu dikaitkan dengan norma-norma yang dianggap oleh masyarakt sebagai munasabah dan morally binding  bagi orang menduduki status yang berlainan.”
 
Robert Merton, Anomie and Social Structure
“Kelakuan mengikut arah yang tidak dipersutujui, yang bertentangan dengan norma dan darjatnya melebihi had toleransi  sesuatu masyarakat”

      M.B Clinard Sociology of Deviant Behaviour

 Jelas bahawa devians dan delinquent rata rata membawa maksud tingkahlaku yang  melanggar norma-norma masyarakat tertentu.   Devian lebih merujuk kepada tingkahlaku ini secara umum manakala delinkuen pula menumpukan sesuatu had umur yang lebih menumpukan pelajar sekolah dan belia. 

Masyarakat dalam perbincangan ini adalah merujuk kepada institusi sekolah.  Seperti yang kita sedia maklum norma-norma dalam sesebuah institusi sekolah adalah dikenali sebagai disiplin.  Disiplin pula sering dirujuk sebagai masalah pelajar atau salah laku pelajar.  Kita seharusnya memandang perkataan disiplin ini dalam erti kata sebenar yakni, disiplin merupakan satu garis panduan yang disediakan untuk mengawal tingkah laku pelajar.

 Norma membawa pengertian peraturan dan garis panduan yang dikongsi bersama, sesuai dengan situasi.  Norma memberi garis panduan bagaimana individu bertingkah laku dalam masyarakat.

Menurut kamus Longman ,

   Discipline ~ a practise of making people obey rules and  orders.

Jelas menunjukkan bahawa disiplin disini adalah merujuk kepada kebiasaan yang diamalkan dalam mematuhi garis panduan dan arahan.  Oleh itu adalah tidak wajar apabila disiplin dikaitkan dengan tingkah laku pelajar yang melanggar peraturan sekolah.

Jelas, disiplin merupakan garis panduan menakala devian ataupun delinkuen pula merupakan sekumpulan manusia yang tidak mematuhi garis panduan ini. 

    Apakah pula perkaitan antara devian dan delinkuen  dengan disiplin. ?  Sebelum melihat perkaitan ini  kita akan melihat apakah sebenarnya yang dikatakan devian dan delinkuen.
 

Devian
Apabila seseorang itu melanggar peraturan atau norma yang ditetapkan oleh sesuatu masyarakat tertentu dan dalam kes ini masyarakat dikatakan sebagai institusi sekolah , maka individu ini dikatakan bersifat devian.  Devian lebih merujuk kepada tingkah laku atau pun behaviour seseorang tanpa mengira umur dan tidak bersifat konvensional  . 

Delinkuen
Delinkuen pula merupakan sekumpulan manusia yang mempunyai ciri-ciri khasnya mereka yang masih bersekolah dan belia.  Kumpulan ini merupakan devian dalam masyarakat yang tertentu, yakni sekolah merupakan tumpuan perbincangan kita. 

3.0 Faktor-Faktor Devian dan Delinkuen Di Kalangan Pelajar Sekolah
Alaf baru memperlihatkan keruntuhan moral dikalangan pelajar sekolah.  Keruntuhan ini pula merupakan salah satu faktor yang akan  memberi kesan kepada generasi yang akan datang. Teori interaksionalisme  berpendapat bahawa devian dan delinkuen sebagai satu proses sosial yang biasa.  Ia merupakan salah satu proses yang harus dilalui oleh segolongan remaja dalam mengharungi alam menjelang kedewasaan.  Ia juga dilihat sebagai satu proses neutrilisasi  dalam interaksi mereka. 

3.1 Faktor Sekolah

Menurut Amir Hassan Dawi dalam bukunya Penteorian Sosiologi dan Pendidikan, terdapat beberapa sebab mengapa seseorang itu berkelakuan devian dan delinkuen. 

Faktor petama merupakan kesalahan guru yang gagal berperanan dalam bilik darjah.  Apakah peranan yang harus dimainkan oleh guru agar pelajarnya tidak terjerumus kearah devian dan delinkuen? 

Seseorang guru seharusnya menjadi contoh kepada pelajarnya.  Contoh disini lebih memberatkan tentang perawakan dan nilai-nilai murni.  Pelajar menganggap guru sebagai idola mereka.  Apabila guru memberikan contoh yang kurang baik maka pelajar tidak boleh dipersalahkan apabila mereka mewarisi ciri ciri seseorang yang devian atau delinkuen.  Sebagai seorang guru yang tidak mempunyai nilai murni adalah tidak munasabah apabila pelajar disabitkan dengan kesalahan yang guru itu sendiri tidak mengamalkannya. 

Contoh yang paling ketara dalam dunia hari ini ialah merokok.  Adalah tidak wajar bagi seseorang guru disiplin mengenakan sekatan kepada pelajar yang merokok , walhal guru sendiri dilihat merokok dikantin sekolah dan sebagainya.

Faktor lain yang tidak kurang pentingnya yang telah digariskan oleh Amir adalah sikap guru yang tidak menghormati murid.  Terdapat pepatah inggeris yang mengatakan  “give respect and take respect”.  Hormat menghormati merupakan salah satu nilai murni yang perlu diamalkan oleh setiap individu tanpa mengira umur, darjat, keturunan dan agama.  Apabila kita menghormati seseorang , sudah tentunya kita akan dihormati.  Ini merupakan proses interaksi sosial yang biasa dalam sesuatu masyarakat. 

Andainya terdapat guru yang tidak menghormati pelajarnya sebagai seorang pelajar yang mempunyai hak tersendiri ,  maka pelajar tersebut akan bertindak balas untuk memenuhi kehendak nalurinya membalas dendam dan ini akan ditafsirkan sebagai tingkah laku devian dan delinkuen.  Adakah ini adil? Sebagai contoh apabila pelajar A lewat tiba ke sekolah kerana mempunyai masalah dalam perjalanan ke sekolah, tidak diberi peluang untuk membela diri dan memberi penjelasan , sebaliknya terus didenda oleh guru.  Apakah kesan yang tertinggal dalam jiwa pelajar A?  Pelajar A memerlukan seseorang guru yang ingin mendengar penjelasannya.  Tetapi sebaliknya tidak diindahkan dan ia akan meninggalkan  bibit bibit hitam dan menyimpan dendam terhadap guru tersebut.  Ini akan berlarutan dan apabila dalam situasi lain pelajar A tidak menghormati guru berkenaan ianya akan dikategorikan segai tingkah laku devian dan delinkuen.  Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini?
 

3.2 Faktor Luaran
Apabila dipandang dari sudut yang lain pula, apabila pelajar bertingkah laku devian dan delinkuen dalam aspek aspek yang tidak mungkin diwarisi dalam persekitaran sekolah seperti merogol, menonton video lucah, adalah tidak adil jika sekolah dijadikan punca mereka berkelakuan sedemikian. 

Mereka lebih dipengaruhi oleh media yang dengan sewenang-wenangnya meyebarkan unsur unsur negatif ini.  Ini merupakan salah satu kesan negatif akibat modenisasi.  Ini merupakan gejala dari pengaruh faktor luaran.  Keluarga  seharusnya menjadi contoh dan memastikan agar anak-anaknya tidak bertingkahlaku devian dan delinkuen. 

Kadangkala sesuatu tingkah laku yang biasa diamalkan dalam kelompok keluarga seperti merokok , atau meminum  arak  tidak dilihat sebagai devian .  Apabila tingkah laku ini diamalkan dalam kelompok lain seperti institusi sekolah maka ianya dianggap sebagai devian.  Bagaimanakah keadaan ini harus dinilai? Disini pepatah melayu yang berbunyi “Masuk kandang kambing, mengembek . Masuk kandang lembu manguak” haruslah diamalkan.  Kita seharusnya menghormati budaya atau subudaya masyarkat setempat. 

4.0 Devian dan Delinkuen Di Kalangan Pelajar Sekolah Negeri Sembilan

Apabila meneliti statistik Laporan Displin 2001, Unit Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. ( Rujuk Lampiran 1), laporan salah laku jenayah di kategorikan  kepada lapan bahagaian dan sub-sub bahagiannya. 

 Pada tahun 2000 Tingkah laku jenayah mencatatkan kes yang mencecah 970 bebanding dengan 1600 pada tahun sebelumnya yang memperlihatkan penurunan sebanyak 630 kes.  Antara tingkah laku jenayah ini ialah seperti berjudi, mencuri, melawan guru, melawan pengawas, memeras ugut, membuli, kongsi gelap, penyalah gunaan dadah, membawa senjata berbahaya, mencabul kehormatan mengancam, menceroboh, mengedar dadah, menunjuk perasaan dan bertaruh secara bear-besaran. 

Walaupun perangkaan mencatatkan penurunan secara keseluruhan namun tumpuan harus diberikan pada kes menyalahgunakan dadah.  Pada tahun 2000 terdapat sebanyak 6 kes berbanding dengan 1 kes pada tahun 1999.  Ini mencatatkan peningkatan sebanyak 83.33%.  Tumpuan juga harus diberikan pada kes menunjuk perassan/ piket dan Ganggu Sekolah.  Kes ini mencatat peningkatan sebanyak 21.28%.  Mungkinkah tingkah laku ini adalah akibat daripada contoh contoh yang dipertontonkan oleh media yang menjadi salah satu faktor yang mempengaruhi pelajar kearah tingkahlaku devian dan delinkuen?

 Analisa tingkahlaku lucah pula memperlihatkan  sub kategorinya sebagai berumbu-cumbuan, berkhalwat, membawa bahan lucah ke sekolah, mengintai pelajar perempuan, menggunkan kata-kata lucah dan perbuatan lucah, dan melukis dan menulis kata kata dan gambar lucah.  Salah laku ini mencatat penurunan  sebanyak 121 kes secara keseluruhan iaitu sebanyak 71%.  Namun bagi kes seperti bercumbu-cumbuan dan berkhalwat ia menctat peningkatan sebanyak 59.1% dan 31.8% masing-masing.  Tingkah laku ini juga sudah tentunya bukan merupakan satu tingkah laku yang diwarisi dari guru guru sekolah sebaliknya merupakan punca makro seperti yang dinyatakan oleh Amir Hassan Dawi dalam bukunya Penteorian Sosiologi dan Kurikulum. 

Bagi kes-kes seperti kekemasan diri, tidak pentingkan masa, tingkah laku biadab, tingkah laku musnah dan tingkah laku menipu, rata-rata mencatatkan penurunan yang amat memberangsangkan.  Ternyata aktiviti-aktiviti pemulihan yang dijalankan disekolah-sekolah sekitar Negeri Sembilan dalam menangani tingkah laku devian dan delinkuen berjaya setakat tahun 2000. 

 Bagi kes ponteng pula ianya mencatat penurunan sebanyak 4475 kes.  Kes yang harus diberi perhatian di sini ialah masalah ponteng peperiksaan dan ponteng asrama yang mencatat peningkatan sebanyak 54.5% dan 64% masing-masing.  Secara keseluruhannya sekolah-sekolah di Negeri Sembilan telah berjaya dalam memainkan peranan sebagai agen kawalan sosial dalam meminumkan kadar pelajar mereka dari bertingkah laku devian dan delinkuen.  Apakah yang telah dilakukan oleh mereka sehingga penurunan dalam semua kes menjadi begitu ketara, iaitu penurunan sebanyak  10, 040 kes.
 
Tenyata  peranan sekolah adalah amat penting dalam membantu pelajar –pelajar  normal dan pelajar-pelajar devian dan delinkuen ini dari terus terjebak tanpa mendapat bantuan yang sewajarnya.  Apabila meneliti perancangan yang telah digariskan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) (Lampiran 2), ternyata JPNS tidak memandang mudah akan kemudaratan yang akan dibawa oleh mereka yang bertingkah laku devian dan delinkuen dan mungkin juga mereka yang mungkin menjadi salah seorang dari mereka di masa hadapan.  Perancangan sahaja juga tidak mungkin dapat menagani masalah ini tanpa pelaksanaan yang efisyen oleh sekolah sekolah di seluruh Negeri Sembilan.  Dengan adanya pihak pengurusan dan guru guru yang prihatin terhadap betapa bahayanya gejala sosial ini, maka terbukti  bahawa kadar pelajar-pelajar yang bertingkah laku devian dan delikuen  di sekolah-sekolah Negeri Sembilan adalah terkawal. 

5.0 Peranan Sekolah Di Alaf Baru
Peranan Sekolah dialaf baru adalah begitu mencabar dalam menangani tingkah laku devian dan delinkuen di kalangan pelajar sekolah.  Sekolah berhadapan dengan pelbagai tuntutan baru.  Sekolah perlu lebih berperanan dalam mencorakkan  perkembangan nilai-nilai yang baik supaya pelajar-pelajar dapat berfikiran lebih rasional dan tidak menjerumukan diri mereka kearah golongan yang dikatakan sebagai devian dan delinkuen.

Pelajar pelajar yang dilahirkan oleh sekolah pada alaf baru juga seharusnya bukan sekadar robot yang cekap, pintar dan mahir tanpa memiliki nilai-nilai moral yang selaras dengan perubahan dan pembangunan.  Sekolah perlu mempunyai mekanisme pengawalan sosial yang berkesan bagi membolehkannya mengawal gejala-gejala buruk dan membenteras kes jenayah yang melibatkan pelajar sekolah. 

Bagi mencorakkan disiplin sekolah, semua guru harus menunjukkan komitmen dan diberi tanggungjawab bagi menguatkuasakan disiplin.  Salah satu faktor yang meyebabkan pelajar bertingkah laku devian yang makin berleluasa ialah kera guru-guru tidak diberi kuasa untuk mempertahankan  disiplin. 
 

Rujukan

Abd. Rahim Abd. Rashid, 2000, Wawasan & Agenda Pendidikan, Utusan 
   Publications, K.L

Abd. Rahim Abd. Rashid, 2001, Nilai-Nilai Murni Dalam Pendidikan, Utusan 
   Publications, K.L.

Ting Chew Peh, 1997, Konsep Asas Sosiologi, DBP.K.L.

Steven Box (terjemahan Cheu hock Tong),1997,Devians, Realiti dan Masyarakat, 
  DBP, K.L.

Amir Hasan Dawi, 2002, Penteorian Sosiologi dan Pendidikan, Quantum Books, 
  Tanjong Malim.

Sekolah Pembangunan Sosial UUM,1998, Pengenalan Kepada Sains Sosial, 
  Utusan Publications.K.L

Shahril @ Charil Marzuki,1999,Isu Pendidikan Di Malaysia, Utusan Publications.  K.L

 
AgamaPendidikanHiburanAkhbar & Majalah
 KomputerPoskadWallpapeMalaysia
Laman Utama