Make your own free website on Tripod.com
 
Rangkaian Kawasan Metropolitan (MAN)
MAN (Metropolitan Area Network) lazim meliputi suatu kawasan geografi yang agak luas berbanding dengan LAN.  Rangkaian MAN biasanya beroperasi di bandar-bandar, gabungan beberapa buah sekolah ataupun sesebuah daerah.  Dengan menjalanakan suatu rangkaian perhunbungan yang sederhana besarnya di dalam lingkungan susun atur geografi yang besar, informasi dan maklumat dapat disebarkan dengan meluas, cepat dan berkesan.

Perpustakaan-perpustakaan awam dan agensi-agensi kerajaan biasanya gemar menggunakan MAN untuk berhubung dengan wargaa setempat dan pihak pengurusan sektor swasta.  Satu contoh penggunaan MAN ialah di Pasco Country yang terletak di Florida, Amerika Syarikat.  Rangkaian MAN di sini dikenali senbagai "the MIND Netwrk" yang mana rangkaian tersebut berfungsi menghubungkan semua pusat media Pasco kepada komputer kerangka utama berpusat yang terletak di pejabat daerah dengan menggunakaan talian telefon, kabel koaksial, alat perhubungan tanpa tali/wireless.

Di dalam bidang perniagaan contohnya, satu komputer peribadi menghantar data kepada satu minikomputer atau kerangka utama.  Oleh kerana, komputer-komputer yang lebih besar atau berkuasa tinggi sememangnya direka sebagai pelayan (server), ia berfungsi untuk membenarkan mana-mana laluan masuk sesebuah terminal, sesebuah komputer peribadi itu boleh berkomunikasi dengan sebuah minikomputer atau kerangka utama.

Ini hanya berlaku jika komputer peribadi tersebut boleh bersaing atau menyerupai sebuah terminal.  Oleh yang demikian, kerangka iai akan berjaya apabila komputer peribadi itu dilengkapkan dengan terminal emulation software.  Komputer yang lebih besar itu menganggapi komputer peribadi atau stesen kerja itu sebagai satu pengguna lain di dalam rangkain perantaraan komunikasi input-output.

Apabila komputer yang lebih kecil disambungkan ke komputer yang lebih besar, perhubungan yang dirujuk sebagai perhubungan yang mikro ke kerangka utama.  Komputer besar dimana terminal atau komputer peribadi disambungkan dikenali sebagai komputer hos.  Jika komputer peribadi itu digunakan sebagai terminal, perisian memindahkan fail membenarkan pengguna memindahkan fail (download) dari hos ataupun menghantar data ke hos (upload).  Dowload file bererti membuka dan mengambil data dari sebuah komputer peribadi yang lain dan menghantar data ke komputer yang berkenaan yang diminta oleh pengguna.  Upload file pula bererti pengguna membuka fail data dan menghantarnya ke sebuah komputer yang lain.