Make your own free website on Tripod.com
 

Cara membuat Laman Web

Memberikan penghuraian asas tentang cara-cara membuat halaman Web tanpa menggunakan masa Internet anda, serta mengekalkan salinan semua halaman yang telah anda rekakan, tanpa mempedulikan cara anda membuatnya.

Sebelum mula membuat halaman pertama anda

 
Langkah Pertama
Buatkan satu "fail bersenarai" (folder) pada komputer anda untuk menyimpan semua halaman Web dan gambar-gambar yang ingin anda gunakan dalam tapak Web anda.

Sebagai contoh = C:\AA My HomePage\ seperti yang digambarkan di sebelah kanan.
Dengan fail bersenarai ini, anda akan menyimpan semua fail '.html' atau halaman Web yang telah anda hasilkan, serta sebarang gambar yang ingin anda letakkan dalam tapak Web anda. Ini membolehkan anda menghasilkan halaman-halaman tanpa membazirkan masa Internet.
Ini sebabnya!
Katakan, jika masalah yang tidak diduga timbul dan komputer-komputer GeoCities mengalami masalah teknikal, anda terpaksa pula menggunakan fail simpanan anda (backup), yang tidak semestinya mangandungi maklumat terkini, atau segala perubahan yang anda buat (setelah menggunakan fail simpanan/sebelum masalah berlaku) akan hilang.

Ataupun, kawasan petempatan GeoCities anda tidak dapat anda sampai untuk suatu jangka masa yang panjang, disebabkan penyelenggaraan sistem, anda akan dapat mengemaskinikan dan membuat halaman Web tanpa menggunakan masa Internet, kemudian muat-turunkan ke akaun GeoCities anda (atau dengan FTP) dan segala masalah akan reda dan kembali sediakala.
Anda mengelakkan diri daripada membazirkan usaha gigih membuat tapak Web anda.
 
 
Bagaimana saya dapat mengemaskinikan halaman Web tanpa menggunakan masa Internet?
Untuk membuat / megemaskinikan halaman anda tanpa menggunakan masa Internet, anda dapat menggunakan mana-mana Editor Teks, seperti "Notepad", "Wordpad", "MS Works" atau program penghasil teks yang lain, termasuk Editor Netscape (Versi 3 ke atas).

Setelah membuat / mengemaskinikan halaman anda, simpankannya dengan sambungan .html contohnya index.html seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas.
Sambungan html mungkin tiada dalam "menu tarik ke bawah" (drop-down) yang diberikan dengan program yang anda gunakan. Pilihlah "All Files" daripada menu dalam kotak dialog "Save As", dan taipkan sambungan html selepas nama fail yang telah anda hasilkan.
 
 
Apa yang dapat dilakukan jika saya telah membuat halaman dengan menggunakan kemudahan GeoCities, atau membuat halaman dengan Internet?
Anda hanya perlu mengunjuni halaman Web anda, kemudian simpankannya (save as or save file as dalam menu "File"), dalam senarai fail yang telah anda buatkan untuk pembuatan halaman tanpa menggunakan masa Internet.

 

 
 
 
 
 
 
 

Bagaimana untuk melihat halaman tanpa masa Internet, bagaimanakah saya dapat mengujinya?
Ini senang dijawab. Anda cuma perlu menggunakan menu "File" program Internet (browser) anda, pilih "Open..." untuk MSIE atau "Open file in Browser" bagi Netscape, bergerak ke senarain fail yang telah anda buatkan pada kompter anda tadi, pilih fail (dengan sambungan .html atau .htm) yang ingin anda lihat, dan buka fail itu.

Jika anda baru sahaja mengemaskinikan halaman anda, anda dapat melihatnya dalam browser anda, atau jika browser anda sedang berjalan, tekan butang "Refresh/Reload" untuk melihat segala perubahan terkini.
 
 Adakah sebarang peraturan asas yang perlu saya ketahui?
Ya. Pertama sekali, halaman pertama anda MESTI dinamakan index. Jika tidak, tapak Web anda tidak mempunyai "pintu hadapan", dan anda harus menggunakan sambungan html

Keduanya, pastikan semua nama halaman/fail/hubungan Web (link) anda dalam huruf kecil. Ini memudahkan anda untuk mengelakkan kesalahan semasa membuat hubungan ke halaman lain.
(Jika anda inginkan, anda juga dapat menamakan semula gambar-gambar and dalam huruf kecil dalam komputer anda, sebelum memuat turun ke akaun GeoCities anda)
Ketiganya, anda harus meletakkan hubungan Web ke GeoCities pada semua halaman anda untuk memastikan "tuan halaman Web kita", GeoCities puas dan gembira.
 
 
Sepatah dua kata tentang HTML
htm dan html sama apabila dilihat oleh browser anda.

(html = hypertext markup language).
Walau bagaimanapun GeoCities menggunakan sambungan html, jadi jika mereka perlu merujuk kepada halaman anda (katakan anda memenangi satu anugerah), mereka akan mencari fail index.html.
Jika fail index anda kini mempunyai sambungan htm, dan anda terpaksa menamakan semula fail agar GeoCities merujuk kepadanya, (daripada index.htm kepada index.html), sebarang hubungan Web yang anda telah buat pada halaman Web akan masih mencari index.htm dan tidak akan berfungsi.
Anda dinasihati agar anda terus bermula dengan sambungan htmlsekarang.


       Sekarang, bagi memulakan halaman pertama anda,
        ini dia Panduan HTMl  On-line / Off-line

Sambungan



AgamaPendidikanHiburanAkhbar & Majalah
 KomputerPoskadWallpapeMalaysia
Laman Utama