Komunikasi Data

Bagaimana ia Berfungsi
Mel udara,TV, radio,buku,suratkhabar dan sebagainya merupakan kaedah yang sering digunakan bagi menghantar dan menerima maklumat.  Teknologi ini tidak mengalami sebarang perubahan yang drastik sejak mula diperkenalkan sehingga sekarang.  Walaubagaimanapun, sistem komunikasi  data iaitu  sistem komputer yang memindahkan data melalui talian komunikasi seperti telefon dan kabel telah berubah dan semakin maju berbanding diawal kemunculannya  (1960)

Pemprosesan Data Berpusat
Di awal penggunaan sistem komputer semua prosesnya termasuk pemprosesan,perkakasan,perisian tertumpu pada satu pusat yang sama.  Konsep ini dinamakan Pemprosesan Data Berpusat.  Masalah timbul di mana setiap data perlu dipindahkan secara fizikal kepada sistem komputer dan setiap maklumat yang telah siap diproses juga melalui prosese yang sama untuk kembali kepada pengguna.  Semua ini memakan masa dan merugikan pengguna.

Pemprosesan Seiring
Perubahan seterusnya berlaku di mana setiap terminal disambungkan kepada satu sistem pusat melalui talian telekouinikasi.  Sistem Pemprosesan Seiring membenarkan pengguna mencapai atau menghantar data kepada sistem pusat dari terminal masing-masing walau di mana jua mereka berada.  Kekurangannya di sini ialah, setiap pemprosesan masih tertumpu kepada pusat yang sama iaitu sistem pusat sesebuah organisasi atau syarikat.

Pemprosesan Data Tersebar
DiDi awal tahun 70-an, minikomputer mula diperkenalkan di sektor perniagaan yang menjurus kepada bermulanya teknologi Pemprosesan Data Tersebar (DDP).  DDP merupakan kaedah di mana setiap komputer mampu memproses datanya sendiri dan pada masa yang sama mempunyai keupayaan  mencapai sitem pusat.  Ianya hampir sama dengan kaedah pemprosesan Seiring cuma DDP bukan sekadar mampu melaksanakan remote access (capaian jauh) tetapi juga remote processing  (pemprosesan jarak jauh).  Kemunculan rangkaian komputer dan juga mikrokomputer kemudiannya terus membawa perubahan yang lebih dramaytik kepada teknologi DDP.  Kini, rangkaian komputer direka bagi membolehkan setiap mikrokomputer dirangkaikan bersama dan berkongsi data dan juga sumber-sumber.

Konfigurasi Bagi Komputer Data
1.    Peranti Penghantaran
2.    Talian Komunikasi
3.    Peranti Penerimaan

Pemindahan Data
Komputer menghasilkan signal berbentuk digital yang sebenarnya merupakan kehadiran denyutan elektrik.  Setiap denyutan ini diwakili pula dengan nombor binari 1 dan 0 bagi status on dan off. (1 = on, 0 = off).  Sebahagian talian komunikasi mampu menghantar signal digital ini secara terus tetapiu talian komunikasi seperti talian telefon, kabel coaxial atau litar mikrowave yang asalnya direka untuk penghantaran suara secara analog tidak mampu menerima signal berbentuk digital.  Signal digital ini perlu ditukar dan diterjemahkan terlebih dahulu kepada bentuk analog sebelum dipindahkan.  Perterjemahan data dari bentuk digital kepada analog dinamakan modulation.  Perterjemahan sebaliknya pula (analog kepada digital) dinamakan demodulation.  Alat yang paling popular digunakan sebagai modulation ialah modem

Modem