Make your own free website on Tripod.com
 
 
 

 

Keselamatan Dari Terkena Kejutan Elektrik.

Jangan sesekali pegang wayar hidup dengan tangan
 
Jangan pegang/sentuh 'live wire' dengan tangan anda. Gunakan 'Test pen' atau 'Multimeter' untuk memeriksa sama ada talian tersebut mempunyai tenaga elektrik atau tidak.
Sekiranya kita memegang wayar hidup dengan tangan, maka secara automatik tangan kita akan mengenggam wayar tersebut. 
Sekiranya kita terpaksa juga memegang wayar hidup disebabkan ketiadaan peralatan yang sesuai, kita boleh menyentuh wayar hidup tersebut dengan jari belakang tangan. Sekiranya wayar yang kita sentuh merupakan wayar hidup maka secara automatik tangan kita akan tergenggam dan ini menyebabkan jari kita tadi terpisah dari wayar hidup tersebut. 

Buang wayar hidup(tutup) apabila membantu pesakit yang terkena kejutan elektrik.
 
Sekiranya seseorang terkena kejutan elektrik, jangan sesekali menyentuh mereka, ini dikuatiri mereka masih lagi menyentuh talian yang mempunyai tenaga elektrik. Tutup talian utama atau alihkan talian tersebut jauh dari pesakit sebelum menyentuhnya. 

Bila melakukan pemeriksaan terhadap 'live equipment' pastikan 
plug yang digunakan berada ditempat tinggi.
 
Pastikan plug kuasa yang digunakan dipasangkan ditempat yang mudah dicapai dan dilihat oleh pengguna lain supaya sekiranya berlaku sebarang kemalangan mudah sahaja pengguna lain dapat melihat dan memadamkan bekalan kuasa.

Jangan melakukan pemeriksaan terhadap 'live equipment' 
dalam keadaan bilik yang tidak selamat.
 
Pastikan bilik yang digunakan adalah selamat. 
Pastikan tiada peralatan tajam berada dibelakang
anda semasa melakukan pemeriksaan. Sekiranya
berlaku kejutan elektrik yang besar, kemungkinan
kita akan terhumban kebelakang. 

Pastikan sebelah tangan anda berada didalam poket seluar semasa 
melakukan ujian terhadap 'live equipment'.
 
Secara amnya, tenaga elektrik akan mengikut laluan yang mudah untuk sampai ke bumi. 
Apabila kita membuat pemeriksaan terhadap 'live equipment', selalunya sebelah tangan akan memeriksa peralatan tersebut dan sebelah tangan lagi akan memegang peralatan tersebut. 
Apabila berlaku kejutan elektrik, tenaga elektrik tersebut akan mengalir dari satu tangan kepada satu tangan yang lain melalui dada kita. Ini kerana itulah laluan yang paling cepat untuk sampai ke bumi. Ketika tenaga elektrik melalui dada kita, tenaga elektrik tersebut akan menganggu denyutan jantung kita. 
Sekiranya sebelah tangan kita berada didalam poket, tenaga elektrik tersebut akan mengalir dari tangan terus kepada kaki tanpa melalui jantung kita. 

Gunakan Kasut Getah.
 
Kasut kulit bukanlah penebat yang baik. 
V=IR (Voltan tinggi tidak membunuh, tetapi Current 'mill' yang membunuh. 
Elecktrik Statik boleh mencapai sehingga 10KV tetapi tidak akan membunuh. 

Pastikan diri tidak dibumikan.
 
Sekiranya kita memakai gelang elektrik statik yang digunakan untuk membuat tenaga elektrik statik yang akan merosakkan peralatan elektronik, pastikan kita mencabutnya sebelum kita memeriksa 'live equipment'. 
V=IR, dengan menjadikan diri kita dibumikan. Rintangan diri kita akan menjadi rendah. Dengan ini tenaga arus (currrent) akan meningkat tinggi.
 
 

TENAGA ARUS YANG TINGGI BOLEH MEMBUNUH. 

Putuskan punca bekalan tenaga elektrik sebelum melakukan pemeriksaan kecuali terpaksa.
 
Matikan suis peralatan. 
Matikan suis bekalan di plug dimatikan. 
Cabut plug dari dinding. 
Cabut plug pada peralatan. 
Letakkan kabel kuasa yang mudah anda lihat. 

Pisahkan peralatan lain yang bersambung dengan peralatan yang dibaiki.
 
Peralatan seperti monitor dan kapasitor (power supply) mungkin membawa bahaya, ini kerana kapasitor boleh menyimpan tenaga elektrik. Semakin besar kapasiti maka semakin banyak tenaga elektrik boleh disimpan dan dilepaskan. 

Berhati-hati apabila membaiki 'power supply'
 
Mungkin masih ada lagi kuasa yang disimpan didalam kapasitor. 
Sekiranya ada fius, tukar sahaja fius tersebut dan hidupkan kembali bekalan kuasa. Sekiranya fius tersebut terputus. Ganti sahaja bekalan kuasa tersebut. 
 

Jauhkan diri dari peralatan yang dibaiki apabila menghidupkan bekalan kuasa.
 
Sebab? Mana le tahu kalau ada letupan berlaku. 
Sekiranya letupan berlaku, tiada apa yang dapat dilakukan lagi. Semuanya sudah rosak. 
Sekiranya ada bau hangit, cepat-cepat matikan bekalan kuasa dan cuba selamatkan peralatan lain yang masih elok.

Monitor
 
Monochrome 10,000 volt, Color 35,000 volt. 
Tiub monitor juga boleh menyimpan tenaga elektrik selama berbulan-bulan. 

Apabila mengubah potentiometer, gunakan barangan plastik.
 
Penggunaan Test Pen tidak digalakan, dikuatiri semasa mengubah potentiometer test pen tersebut akan tersentuh peralatan yang lain.

Berhati-hati dengan peralatan yang bergerak.
 
Sekiranya pembaikan dilakukan terhadap barangan yang bergerak seperti Mesin Pencetak, pastikan tali leher, Kad nama, rambut dan barang kemas tidak ditarik oleh peralatan tersebut.