Make your own free website on Tripod.com
 

PENGHAYATAN SASTERA STPM KERTAS 3
Novel Empangan

Memantau Hakikat Kedirian Watak J
Oleh SITI HAJAR CHE MAN






KITA teliti dialog yang berikut yang diungkapkan di dua wajah tempat yang berbeza, dengan tiga wajah manusia yang berbeza juga.
Dialog 1:
"I can tell you're a Muslim, just by the way you look at the Holy Book."
"That's interesting. I've never thought a Muslim would look at the book one way, and a non-Muslim another."
"There's reverence in your eyes, something you'll never ever see in the eyes of a non-believer."
"You're most perceptive."
"Perceptive enough to distinguish a believer from a non-believer."
"What if I tell you've misperceived me."
"No, I haven't. It's just vanity on your part to play the doubter. Its all vanity, my son, all vanity." (hlm. xiv)
Dialog 2:
"Susah ko nak nulih tu?"
"Susah.  Ontah buleh habih ontah tak."
"Apo yang nak kautulih tu?"
"Caro kito bopikir, macam mano kito beradat, menyusun langkah hidup."
"Apo faedah eh?"
"Dapek ijazah tinggi."
"Lopeh tu nak makan gaji dokek mano?"
"Tak tau den do."
"Borapo lamo kau di kampung ni?"
"Itu pun den tak tau."
"Dah kawin lum?"
"Lum."
"Ngapo tak?"
"Bolum jumpo puteri kayangan."
"Kalau nak buleh dicari di Gunung Bunian."
"Buleh." (hlm.14)

Dialog 3:

Nira Hitam bertanya apakah tema disertasi J.
J terangkan seringkas mungkin
J lihat di air muka Nira Hitam ruas kecewa.
"Jurusan kau di Havard tu apo sobonar eh?"
"Falsafah."
"Falsafah Melayu?"
"Tak. Falsafah Yunani sikit, moden sikit, Chino sikit, Hindu sikit.  Falsafah Molayu tak ado."
"Jadi macam mano nak tolong kampung kita mombangun?"
"Secaro langsung, mungkin tak nampak. Socaro tak langsung tu, mungkin bulehlah."
"Macam mano?"
"Membori pondapek, potunjuk, bilo membincangkan satu idea, macam idea pombangunan ni."
"Nak bori pondapek ajo tak payah buek Ph. D do," kata Nira Hitam menyindir.  "Itu sapo-sapo pun buleh buek.  Molambak orang di kodai Sideeq tu bori pondapek. Borikan socawan kopi, keluarlah pondapek.  Soratuih orang seratuih pondapek." (hlm. 24).

 Demikianlah tiga dialog yang tidak dijelaskan kepada khalayak dari awal cerita yang disebutkan sebagai prolog hinggalah ke penghujung cerita yang disebut pengarang sebagai epilog.  Siapakah gerangan "J" ini?

Penjelasannya nyata dalam Dewan Sastera Januari 1999.

Rujukan : Dewan Sastera Versi lnternet