Boot Disk

Boot disk diperlukan untuk menjalankan komputer yang mengalami masalah kerana tidak dapat dijalankan secara biasa. Ia juga digunakan untuk menghidupkan sesebuah komputer yang baru dipasang.

Membuat boot disk untuk win9x

Start > setting > control panel > add remove program >  Startup disk > create disk.
Masukkan cd rom windows 9x ke pemacu cd rom dan disket yang telah diformat ke pemacu a:
Ikut arahan yang diarahkan.

Nota :
Boot disk untuk windows 95/96/97 tidak mempunyai sokongan untuk pemacu cd-rom.
Gunakan disket (floopy disk) yang baru dan dari jenis yang bermutu untuk membuat boot disk.
Write protect boot disk tersebut untuk mengelakkan dijangkiti virus.
Boot disk tersebut hendaklah diuji sekurang-kurangnya sebulan sekali.
Sediakan sekurang-kurangnya 4 boot disk untuk kegunaan kecemasan. manalah tahu salah satu disket tersebut gagal berfungsi disaat anda memerlukannya.

Laman ini mempunyai berbagai jenis boot disk untuk komputer anda ;)
http://www.treiber-archiv.de/boot.htm
http://www.bootdisk.com/home.htm

Laman berikut mempunyai panduan yang lengkap untuk membuat bootdisk / memformat cakera keras.
http://www.netpathway.com/~kramer/reinstall.html - clean reinstall
http://www.hildrum.com/hardwareCI.html - bootdisk / reinstall / service
 

Ke Menu Komputer


AgamaPendidikanHiburanAkhbar & Majalah
 KomputerPoskadWallpapeMalaysia
Laman Utama