Modul 2 : Komponen Utama Komputer


UNIT INPUT

Unit Input bertugas untuk mengelola kemasukan data ke dalam komputer.

Data atau arahan yang diberikan adalah dalam bentuk penulisan, bunyi, gambar, suara, isyarat
dan sebagainya.

Unit Input akan menukar arahan dan data yang diterima ke bentuk binari.
Contoh peranti Input ialah papan kekunci, tetikus (mouse), pembaa OCR, pengimbas (scanner), voice data entry dan sebagainya.
Sebagai contoh, papan kekunci membenarkan aksara ditaip dan dimasukkan kedalam komputer (serupa macam mesin taip). Setiap aksara akan ditukar kepada kod binari tertentu (iaitu kombinasi 0 dan 1) yang difahami oleh komputer.

Papan kekunci.
 - cara memasukkan data yang paling biasa digunakan.

Tetikus (mouse)
Tangan akan mengawal pergerakan kursor pada monitor dengan kaedah "point and click".
Semakin popular dalam penggunaan tetingkap (windows). Mudah dan tidak memerlukan arahan yang kompleks.

Digital Scanner
- menukarkan imej seperti gambar kepada digital form.

Voice input device.
- mengenli atau mengecam bahasa tabii yang dituturkan oleh manusia kemudian menukarkan bahasa tabii kepada digital form yang difahami oleh komputer. Penggunaannya masih terhad dan dalam kajian.

UNIT PEMPROSESAN PUSAT ( CPU )
 

CPU (Central Processing Unit) merupakan bahagian terpenting dalam sesebuah komputer. Ia juga dikenali sebagai Mikro Processor. Tugas utama CPU adalah untuk menjalankan kerja-kerja kawalan dalaman bagi keseluruhan sistem komputer. Ia terbahagi kepada 2 bahagian penting iaitu: 

Daftar (Register) ialah peranti yang boleh menerima maklumat, memindahkan dan menyimpan    sebarang arahan oleh unit kawalan.  Daftar alamat menyimpan alamat tempat storan atau peranti input/output; daftar arahan mengandungi arahan yang sedang dilaksanakan; penumpuk menyimpan nilai terumpuk; dafar storan mengandungi data yang diterima daripada storan atau yang dihantar ke storan.

Perkembangan Dan Keupayaan Teknologi CPU

CPU kini di bangunkan berdasarkan konsep RISC (Reduced Instruction Set Computer) dan Pipe line.  Konsep RISC ialah membuang arahan yang kompleks (non-essentials) supaya set arahan hanya terdiri daripada arahan yang mudah.  Melalui konsep Pipe line, arahan kompleks di susun dalam siri yang terdiri daripada beberapa unit di mana ia dapat diproses serentak dan mendapat output yang lebih cepat.

Keupayaan CPU diukur dalam beberapa cara iaitu:

Pengeluar utama pemproses mikro atau CPU ialah Intel untuk komputer IBM atau yang serasi dan Motorola untuk Macintochs.

Teknologi terkini CPU ialah PentiumII daripada Intel dan Power PC daripada Motorola.
 

 UNIT INGATAN UTAMA

Unit Ingatan Utama bertugas memegang arahan dan data yang akan diproses oleh unit pemprosesan pusat. Data dan arahan yang tersimpan boleh dicapai terus oleh Unit Pemprosesan Pusat.

Unit Ingatan Utama terbahagi kepada 2 bahagian iaitu : 

ROM adalah ingatan untuk menyimpan arahan dan data yang di tulis atau di sediakan oleh pembuat komputer. Ia adalah ingatan baca sahaja dan merupakan ingatan kekal, isi kandungannya hanya boleh dicapai oleh CPU tetapi tidak boleh diubahsuai atau ditambah dan tidak akan hilang apabila suiz dipadam. Jenis-jenis ROM : RAM adalah ingatan yang menyimpan data dan arahan yang ditulis oleh pengguna. Ia adalah ingatan untuk untuk baca dan tulis. Arahan dan data boleh dimuat dalam ingatan serta boleh diambil oleh CPU.

RAM adalah ingatan tidak kekal. Kandungan didalamnya akan terhapus apabila suiz dipadamkan.

UNIT OUTPUT

Unit output bertugas untuk mengeluarkan data yang telah di proses oleh komputer ke bentuk yang dikehendaki oleh manusia.

Arahan atau data yang diproses oleh komputer adalah dalam bentuk binari yang mana ianya amat sukar difahami oleh manusia. Oleh itu, unit ini diperlukan untuk menukar arahan atau data yang diproses dalam kod binari kepada bentuk teks, gambar, bunyi dan video.

Contoh peranti output adalah pameran grafik (CRT) atau skrin komputer, pencetak, pemelot, microfilem dan sebagainya.
 

Monitor (skrin komputer)

Berfungsi seperti tiub gambar televisyen dengan senapang (gun) elektronic menembak sinar elektron untuk dipaparkan pada skrin. Ia diukur dengan Pixel (Picture Elemant). Lebih tinggi bilangan pixer per screen lebih baik kadar paparannya. Ia boleh di kelaskan kepada 2 jenis iaitu monochrome atau warna dan keupayaan paparannya. Sesetengahnya hanya boleh memaparkan hanya teks dan ada yang teks dan grafik.
 

Pencetak (Printer)

Pencetak bertugas untuk mencetak maklumat yang diperlukan.
Pencetak boleh dikelaskan kepada 2 iaitu :

Peranti Bunyi

Menukar data output digital kepada bentuk bunyi atau suara. Bunyi direkod, dikod dan disimpan dalam disk akan ditukar ke bahasa percakapan.
 

UNIT STORAN SKUNDER

Storan skunder bertugas menyimpan salinan data arahan yang berjumlah besar yang diperlukan segera oleh komputer kerana keluasan unit ingatan utama yang terhad.

Ia juga digunakan untuk tujuan keselamatan.

Data dan arahan yang tersimpan di dalam peranti Input/Output ini tidak boleh dicapai terus oleh CPU. Ia mesti dimuat dalam RAM sebelum diproses oleh CPU.

Contoh storan skunder ialah cakera magnetik seperti cakera keras (hard disk), cakera liut (floppy disk) dan pita magnetik (tape).

Cakera Keras (hard disk)

Cakera Liut (floppy disk) CD-ROM (compact disk read-only memory)
[Kandungan]