Make your own free website on Tripod.com
 
 

Mengformat Cakera Keras
EMail:tmnm@hotmail.com
http://tuanmat.tripod.com

Format bermaksud proses menyediakan tapak permukaan cakera bagi membolehkan maklumat disimpan di dalamnya.  Sesebuah cakera tidak boleh menyimpan sebarang maklumat melainkan setelah cakera tersebut di format terlebih dahulu.  Maklumat-maklumat pula terdiri daripada fail-fail sama ada fail program atau fail data atau kedua-dua sekali.  Proses format dapat diumpamakan seperti penyediaan tapak rumah sebelum rumah didirikan di atas tapak tersebut.
Tahap format terbahagi kepada tiga bahagian mengikut tertib:
      1. Format Fizikal (format tahap rendah-dilakukan di kilang)
      2. Pembahagian Permukaan Keras (untuk cakera keras sahaja)
      3. Format DOS atau OS/2

Sebenarnya tugas ini tidaklah sesukar seperti mana yang kita sangkakan. Mungkin kerana ia melibatkan penggunaan "Dos Prompt", maka ia menyebabkan ramai diantara kita berasa takut. 
Adalah menjadi harapan saya, supaya selepas daripada ini, anda akan dapat melakukannya sendiri. Namun, sebelum kita memulakannya, terdapat beberapa perkara yang perlu kita ketahui. 

Pertama sekali, kita perlu mengetahui cara untuk membina "Start Up Disk". Cara yang paling senang membinanya ialah dengan cara langkah seperti berikut:
      1. Start pada menu
      2. Control Panel
      3. Add/Remove Program
      4. Startup Disk -masukkan disket dan klik pada(Create Disk)

Untuk pengetahuan anda, Dos yang berada di dalam "Start Up Disk" tersebut adalah Versi 7.00. Ia  adalah kepunyaan Windows 95 iaitu lanjutan kepada Dos 6.22. Selepas daripada Dos 6.22, Microsoft tidak lagi mengeluarkan perisian Dos, sebaliknya telah menggabungkan Dos kedalam Windows 95 secara tidak langsung.

Untuk itu, sekiranya anda memulakan komputer anda (Booting) daripada "Floopy Disk" dengan menggunakan Dos versi 6.22 ke bawah, anda tidak akan dapat menjalankan program Windows 95 keatas.

Windows 95 sendiri dapat dibahagikan kepada beberapa versi. Iaitu Windows 95 yang pertama sekali, Windows 95a, Windows 95b dan Windows 95c. Setiap versi yang dikeluarkan mempunyai kelebihannya tersendiri. Ini berlaku kerana masalah ralat yang berlaku di dalam kod program tersebut yang dikenali sebagai "bugs". Setiap versi dibina untuk memperbaiki ralat yang telahpun dikenal pasti.

Keduanya setelah anda memperolehi "Start Up Disk" anda perlu memeriksa kandungan fail di dalam disket tersebut. Caranya ialah dengan menaip arahan <dir a:> Antara lain, disket anda perlu mengandungi fail-fail berikut:
      1. Command.com
      2. format.com
      3. sys.com
      4. fdisk.com
      5. scandisk.exe

Setelah memastikan disket tersebut mengandungi fail-fail diatas, seterusnya anda perlu "restart" komputer anda. Sama ada dengan memilih pilihan "restart your computer" di dalam windows 95, ataupun menekan butang "reset" sekiranya anda telahpun keluar dari Windows dan berada pada Dos Prompt. 

Semasa komputer anda sedang dihidupkan kembali, tekan butang "Delete" ataupun "Del" pada papan kekunci anda. Tujuan anda berbuat demikian adalah untuk memasuki BIOS Setup kerana terdapat beberapa perkara yang perlu anda lakukan. 

Setiap komputer tidak semestinya mempunyai jenis BIOS yang sama.
Apa yang saya terangkan adalah asas sahaja, anda perlu mengubah mengikut kesesuaian komputer anda.

Sila pergi kepada "Advance BIOS setup". Pastikan pilihan "Boot sequance" disetkan supaya dimulai dengan "A". Contohnya <A, C, CD-ROM>. Tujuannya ialah supaya komputer akan dimulakan dengan mencari Sistem Operasi daripada disket kemudian barulah dari Cakera keras.

Kebiasaannya, komputer akan dimulakan dengan cakera keras. Terdapat juga komputer yang disetkan seperti diatas. Namun, ia bukanlah satu langkah yang baik. Ini kerana, komputer anda akan mencari Sistem Operasi daripada disket, sekiranya tidak ditemui, ia akan meneruskan pencarian ke dalam cakera keras. 

Sekiranya terdapat disket yang dijangkiti virus di dalam disket tersebut. Virus yang ada akan berpindah ke dalam ingatan komputer seterusnya berjangkit ke dalam cakera keras. Satu perkara lagi, sekiranya disket tersebut tidak mengandungi Sistem Operasi, anda akan menerima mesej seperti berikut:

"None System or disk error. Replace and press enter to continue

Ini bermakna fail sistem tidak terdapat di dalam disket tersebut.  Fail sistem yang dimaksudkan adalah fail-fail berikut:
      1. msdos.sys
      2. io.sys
      3. command.com

Seterusnya, setelah membuat perubahan seperti diatas, sila pilih pada pilihan "save setting and exit" atau mana-mana pilihan lain yang mempunyai maksud yang sama iaitu anda ingin keluar dan menyimpan setting yang anda telah lakukan. 

Masukkan "Start Up Disk" kedalam pemacu A. Biarkan komputer anda hidup kembali sehingga anda dapat lihat tanda seperti berikut <A:> Jika tidak, sila tekan enter beberapa kali sehingga anda mendapat  A prompt.

Setelah berjaya mendapatkan A prompt, anda perlu menaip arahan berikut untuk memformat cakera keras anda. "format c: /s", Sekiranya cakera keras anda adalah C. Jika cakera keras anda adalah D. Maka anda perlu menaip "format d: /s". Tanda "/s" digunakan untuk memindahkan Sistem Operasi ke dalam cakera keras. Kita tidak boleh menyalin Sistem Operasi ke dalam cakera keras sepertimana kita menyalin fai-fail yang lain. Ini kerana kedudukan fail-fail bagi Sistem Operasi adalah istimewa. Ia sentiasa berada di pangkal sesebuah disk.

Selepas anda menekan enter, anda akan menerima mesej yang menyatakan bahawab proses format akan memadam keseluruhan fail di dalam cakera keras anda. Jika anda ingin memformat cakera keras anda,anda hanya perlu menekan "y". Jika tidak, anda perlu menekan "n"

Seterusnya anda akan diberikan sekali lagi mesej untuk memastikan bahawa anda benar-benar ingin memformat cakera keras anda. Tekan "y" untuk teruskan.

Setelah proses format selesai. keluarkan "Start Up Disk" dari pemacu A. Hidupkan semula komputer anda. Apabila komputer anda telah dihidupkan, apa yang terkandung di dalam cakera keras anda hanyalah satu fail sahaja yang dapat anda lihat iaitu fail command.com.

Langkah seterusnya ialah mengaktifkan pemacu CD-ROM dengan memasukkan disket driver cd-Rom  ke dalam pemacu A.  Setelah itu bolehlah installkan software/hardware lain termasuk Windows.

 


Ringkasan
Ringkasnya sebelum  memformat hard disk, kita perlulah sediakan driver-driver yang diperlukan semasa memformat PC iaitu selepas install nanti seperti : 


    1. Start- up Disk (95/98/200)
    2. Driver Cd-Rom
    2. Hardware driver seperti soundcard, scanner, display card, cd rom dan lain² hardware. 

Jika semua driver itu sudah tersedia, barulah boleh format Hard Disk disk tersebut. Cara-caranya adalah seperti berikut : 
1. Masukkan start-up disk dlm pemacu floppy dan hidupkan (on power) komputer 
    *Pastikan  start up disk bebas daripada virus kerana ia mungkin boleh memasuki ke dalam memori jika 
     ada virus. 
2.  Setkan pada Bios setup untuk ( 1st boot floppy A, 2nd boot untuk hardisk.) 
     *Untuk setkan bios, semasa  hidupkan komputer tekankan kekunci delete
      yang terdapat pada keyboard. 
3.  Apabila keluar A:>  promt taipkan format c: (A>Format C:/S ) -S bermaksud memasukkan fail sistem yang 
     tersembunyi sekaligus dan  tunggu hingga selesai. Kalau hard disk anda dibuat dua partition perlu juga
     diformat pemacu D: (A>Format D:/S) Lepas itu keluarkan disket start-up Disk dan restart komputer anda 
4.   Installkan driver  Cd- Rom untuk aktifkan pemacu Cd-Rom .Contohnya : A:>copy mscdex.exe C: dan
      kemudian barulah A;>install. Setelah selesai keluarkan disket dan restart. 
      Sekarang sudah ada 3 pemacu termasuk floppy A (disket), C (hard Disk), dan D (Cd-Rom). 
5.   Masukkan CD WIN 95/98.Tukarkan dari pemacu C ke pemacu D untuk Install Windows tersebut.
      Contoh : C:>D:   (enter)
                   D:>cd win95/98
                   D:>setup   ( Proses setup akan dijalankan dan ikut arahan yang dipaparkan. )
5.   Sekarang komputer sudah ada dengan windows .  Selepas itu bolehlah installkan software/perisian yang 
      lain-lain yang anda perlukan. 
 ****  Bagi Hard Disk baru mesti dibuat partition terlebih dahulu sebelum diformat  ****

Sekiranya tidak dapat cari diatas...cuba cara ini pula.... FORMAT2
 


AgamaPendidikanHiburanAkhbar & Majalah
 KomputerPoskadWallpapeMalaysia
Laman Utama